Bab 26

226 8 0
                                    

Selama dua hari Yuri tarik muka dengan Ervin.Dan apa yang paling Yuri sakit hati apabila Ervin  seperti tidak endahkan dia lagi.Ervin jarang menegur atau bersembang dengannya.Pemuda itu hanya  tersenyum daripada jauh apabila memandang Yuri.Entah apalah yang difikirkannya.Sungguh Yuri terasa hati dengan perangainya itu.

 “Kak,kenapa orang tengok kebelakangan ni akak muram je?” Pertanyaan Ika yang selesai menamatkan nyanyian sebuah lagu mematikan lamunan Yuri.

Sebentar tadi,sebaik saja tamat kerja shift petang pada pukul 12.00 malam,Aizul mengajak Yuri dan Ika berkaraoke. Ima dan Farah bekerja shift pagi bersama Ervin.Mereka sudah pulang terlebih dahulu.Yuri dari awal ada menghantar mesej kepada Ima yang menyatakan dia mahu keluar dengan Aizul.Jadi Ervin tidak perlu mengambil dirinya di Pizza Star.Pusat karaoke yang menjadi pilihan Aizul malam itu ialah Big Box yang terletak tidak berapa jauh daripada Pizza Star.

“Takde apa-apalah Ika.”

Yuri menjawab malas sebelum memandang Aizul yang seronok menyanyikan lagu-lagu 70-an dengan lantang.Memang kawannya itu minat berkaraoke.Tapi suara dia boleh memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya.Terjerit dan terlolong melepaskan stress selepas bekerja.Itulah tujuan utama mereka semua berkaraoke.

“Yuri,giliran kau pulak nyanyi.”

Aizul memberikan mikrofon kepada Yuri dan dia berdiri daripada duduk.Aizul telah menempah bilik itu selama dua jam.Jadi mereka bertiga bergilir-gilir untuk menyanyikan lagu kesukaan masing-masing.Lagu Ace yang bertajuk Love menjadi pilihan Yuri.Dada berasa sebak apabila menyanyikan chorus lagu itu.Wajah Ace dalam video muzik itu kelihatan dipenuhi kesedihan kerana tidak dapat menggapai cintanya.Sekarang,Yuri seperti berada dalam kedudukan Ace.

‘Even if it's just a dream,I think I want to see more
Even if we can never touch,It's love that can not flap
My hearts goes back and forth,I wander around looking for the light
Now if this still goes on,I will accept this sleeping sadness 
Floating just like a bubble,Love that will just vanish’

Sebaik saja Yuri tamat menyanyikan lagu itu Aizul dan Ika bertepuk tangan.Yuri macam biasalah membongkokkan sedikit badan gaya seorang artis.Sorakan mereka menghilangkan sedikit rasa sedih yang bertamu di hati.

“Serius Yuri,suara kau memang mantap.Aku rasa kalau kau masuk Mentor atau Akademi Fantasia,ada harapan jadi juara.Suara kau merdu macam suara Ace.” Aizul berkata dengan nada bersungguh.Ika mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju.Yuri hanya mampu tergelak kecil.Langsung tidak memikirkan yang dia layak untuk bergelar seorang penyanyi.Dia bukan Ace.

……………………………………

Jam menunjukkan pukul tiga pagi saat Aizul menghantar Yuri di hadapan rumah Ervin.Mujurlah pagar utama tidak berkunci.Datin Kasma berbaik hati meminjamkan Yuri  sebentuk kunci pendua untuk kegunaan Yuri, Ima dan Farah membuka pintu.Jadi dia dapat memasuki banglo itu tanpa perlu mengejutkan orang lain agar membuka pintu.Dengan langkah perlahan,dia menapak masuk ke dalam banglo itu.

“Awak pergi mana?!” Jerkahan seseorang yang berada di ruang tamu membuatkan jantung Yuri hampir gugur.Dia menghela nafas panjang seraya mengurut dada apabila terpandangkan wajah Ervin.Boleh pulak Ervin duduk dalam suasana bergelap.Lampu semua tidak berpasang.

“Awak ni mengejutkan saya sajalah.” Yuri menggumam kecil sebelum bertatap mata dengan Ervin.Berasa tidak sedap hati apabila melihat seraut wajah itu yang masam mencuka dan langsung tiada senyuman.

“Awak pergi mana? Pukul tiga pagi baru ingat nak balik.” Ervin berpeluk tubuh dan merenung Yuri tajam.Bimbang betul hatinya apabila gadis itu tidak pulang ke rumah setelah tamat bekerja.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now