Bab 21

246 9 1
                                    

Pemandangan yang menghijau bersama bunyi deruan air terjun mengalir jatuh dari puncak gunung menggamit kedamaian dalam jiwa Yuri.Dia menghirup udara segar sambil memejamkan mata untuk merasai kelembutan bayu yang menyegarkan.Sungguh suasana seperti itu menenangkan jiwanya!

“Wah,nyamannya suasana dekat sini!”

Jeritan kecil Farhanah tidak jauh dari tempat Yuri berdiri menyapa pendengarannya.Kelihatan Farhanah mendepangkan kedua tangan seolah-olah sedang ditiup angin pantai.Walhal,kawasan itu bukan berangin pun.Yuri kembali memandang hadapan.Indah sungguh ciptaan Allah.Dia kembali memejamkan mata.

“Hoi,kau termenung apa tu?!” Sergahan Din dari arah belakang memeranjatkan Yuri.Dia mengurut dada seketika.Memandang Din yang selamba menunggang motor EX5 masuk ke dalam kawasan air terjun.

“Kau ni Din,kacau  aku jelah!.Wei,boleh pulak kau bawa masuk motor sampai ke sini.Tak kena tahan dengan pak guard ke?” Yuri bertanya seraya berpeluk tubuh.

Setahu Yuri kenderaan hanya boleh diparkir di bahagian luar.Ini tidak,selamba sahaja Din menunggang motosikal hingga mencecah masuk ke kawasan yang bersebelahan dengan air terjun.

“Pagi lagilah Yuri.Pak Guard belum masuk kerja.Itulah bagusnya kita datang awal.” Din menjawab sebelum kembali menunggang motosikalnya.Kali ini dia memecut ke kawasan hadapan dan kembali berpusing ke belakang.Sempat pula Din memberhentikan basikal di sebelah Farhanah dan berbual dengan gadis itu.Hendak menguratlah tu.

Yuri menggeleng-geleng kepala melihat tingkahlaku sahabatnya itu.Mujurlah tiada pengunjung lain di situ melainkan kumpulan mereka.Jam baru menunjukkan pukul lapan pagi.Itulah kali pertama dia berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi dalam masa seawal itu.

“Sayang,seronoknya datang sini.”

Yuri tersentak apabila satu suara berbisik lembut di cuping telinganya.Tidak perlu berteka teki akan gerangan manusia yang suka berbisik itu kerana dia sudah cam sangat dengan suaranya.Siapa lagi yang hendak memanggil dia sayang jika bukan Ervin.Yuri memandang wajah tampan yang berdiri di sisinya.Ervin tersenyum lebar dan merenung kesayangannya lembut.Yuri memerhatikan Ervin yang bergaya santai daripada atas hingga ke bawah.Pemuda itu hanya mengenakan sehelai seluar track pendek dan t shirt Converse berleher bulat.

“Apalah yang seronoknya.Awak belum mandi pun.” Yuri beralih pandang.Kembali menatap air terjun yang indah mengalir.Cuba membuang rasa pelik yang kerap bertandang apabila dia terlalu dekat dengan Ervin.

“Eh,saya dah mandi lah Yuri.Cuba ambil bau,wangi kan?” Wajah Yuri membahang apabila Ervin sengaja mendekatkan tubuhnya dengan gadis itu.Saja ingin menggoda si gadis jual mahal.

 “Maksud saya mandi dalam air terjun nilah.Bukan mandi dekat rumah.”

Yuri menyambung kata dan Ervin mengangguk-anggukkan kepala.Kemudian dia tersenyum nakal.Entah apalah yang dia fikirkan.Yalah,apabila mengunjungi kawasan air terjun,jika tidak mandi manda,maka kuranglah keseronokannya.Ervin ini tidak faham atau sengaja buat tidak faham akan bicara Yuri?

Tiga hari lepas,kakak Ervin,Dania Farhanah yang pulang bercuti mengajak Yuri,Ervin,Kak Ima dan Farah untuk mandi manda di air terjun.Kebetulan beberapa orang staf Pizza Star iaitu Aizul,Din,Emir,Kak Ifa,Ika dan Mak Ngah kerja shift petang.Jadi Yuri mengajak mereka untuk menyertai aktiviti itu bersama.Datin Kasma tidak dapat ikut serta kerana dia mempunyai urusan perniagaan yang perlu diselesaikan.

Lokasi mandi manda mereka   ialah Air Terjun Kota Tinggi. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan ideal untuk pengunjung berenang. Din mengajak mereka semua bertolak awal daripada rumah agar mereka dapat mandi lebih lama di air terjun itu.Sebab itulah mereka semua menjadi pengunjung pertama dalam air terjun Kota Tinggi itu.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now