Bab 6

312 10 0
                                    

Sudah sebulan Ervin menjadi pengurus di Pizza Star,Kota Tinggi.Sepanjang tempoh pemuda itu berkerja disitu,Yuri cuma arif mengenai satu hal saja tentang dirinya.Daniel Ervin,jejaka paling kacak dan menjadi kegilaan kebanyakkan staf dalam Pizza Star suka sangat cari pasal dengan Yuri!.Satu hari kalau Ervin tidak menyakat atau membuat Yuri naik marah,itu maknanya dia buang tebiat.Yuri pulak memang tidak boleh buat tidak tahu dengan semua usikannya. Semakin galak dia mengusik,semakin cepat Yuri naik darah!.

“Yuri,jom teman saya kira stok dalam freezer.” Belum sempat Yuri memakai apron,suara Ervin menyapa pendengarannya.Yuri memandang Ervin yang sedang tersenyum lebar ke arahnya sekilas sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star.

Punyalah ramai staf Pizza Star,mengapa Yuri  yang menjadi mangsa untuk menemaninya mengira stok.Malas Yuri nak layan!.Yuri buat bodoh sebelum berlalu ke tandas sebaik  selesai punchcard.Sejak peristiwa ditegur oleh Ervin kali lepas,Yuri memakai atau menanggal apron dan vest dalam tandas.Takut juga jika pakaiannya terselak di khalayak umum seperti kata Farah.Selesai memperkemaskan diri,Yuri keluar daripada tandas.Satu keluhan besar terbit daripada bibirnya apabila terpandangkan seraut wajah tampan itu sedia menunggu di hadapan tandas.Dia ini tiada kerja hendak dibuat ke? Sampai hendak menunggu di hadapan tandas bagai.Hendak mengintai ke apa?.Sekali lagi Yuri buat muka selamba dan cuba melangkah menjauhinya.

“Hish,dia ni asyik buat tak nampak kita jelah.Geram betul!” Ervin membebel sambil mengekori langkah gadis itu.

Ervingeram dengan Yuri?.Lantaklah.Malas Yuri hendak layan.Baru saja Yuri ingin meneruskan langkah untuk membersihkan sebuah meja yang kotor dengan sisa makanan,Yuri terasa vestnya ditarik dari arah belakang.Langkahnya terhenti dan Yuri mendongkol geram. Ada juga yang kena flying kick kejap lagi ni!.

“Bos ni dah kenapa? Nak main tarik tarik vest saya pulak!” Suara Yuri meninggi dan dia bersemuka dengan Ervin.

Ervin langsung tidak takut dengan kemarahan gadis comel itu.Malahan dia boleh tergelak kecil.Yuri menahan sabar seraya membetulkan vest yang molek terletak pada badan.Mujurlah Ervin hanya menarik vest.Jika dia menarik kemeja atau apron hingga terlucut daripada tempat sepatutnya,memang Yuri bagi satu penampar percuma pada wajah kacak itu.

“Em,saya tarik vest awak sebab ada kelemumurlah.” Yuri terdiam dan terkedu.Ervin mendekati dan dengan selamba meletakkan tangan kanannya pada bahu Yuri ,menguis-nguis perlahan,seolah olah membuang habuk di situ.

Berderau darah Yuri bila Ervin berada begitu dekat.Bos dia ini meroyan ke apa? Dia ingat ini iklan syampu dalam televisyen ke? Segera saja Yuri menepis tangan majikannya itu dan dia sendiri membelek vest di kawasan bahunya.Tiada sebarang habuk pun.Biar betul rambutnya ada kelemumur?.Yuri menjaga rambut dengan baik selama ini.Beberapa ketika Ervin memandang Yuri pelik sebelum tawanya meletus membingitkan suasana.

“Alahai,awak ni Yuri.Percaya saja temberang saya.Muka tu blur je.Comel betullah.” Sakat Ervin tidak sudah.Naif betul gadis dihadapannya itu.

Blur?Comel?Tengkorak dia! Yuri hanya mampu menggigit bibir memerhatikan perilaku Ervin.Wajahnya yang putih bersih itu merona merah kerana gelak yang berlebihan. Beberapa pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kawasan mereka berdiri turut sama tergelak melihat telatah Ervin.Memang tidak tahu malu betul!.

“Suka hati awaklah Encik Daniel Ervin nak cakap apa pun.Saya malas nak melayan.” Yuri terus menuju ke arah meja kotor tadi dan memulakan tugas.Meletakkan sisa makanan dalam satu bekas sebelum menyusunkan pinggan mangkuk agar bertingkat.Senang untuk diangkat.Kutleri diletakkan dalam satu mangkuk dan gelas disusun di atas satu dulang plastik hitam.

“Sukanya hati bila dengar awak panggil nama penuh saya.Tapi,panggilan encik tu buang sajalah.Nama saya memang sedap,Daniel Ervin.Saya lebih suka kalau awak panggil saya Ervin.” Ervin mula merepek bagai mak nenek seraya menolong Yuri mengangkat semua pinggan mangkuk yang Yuri susun untuk dihantar ke tempat membasuh pinggan.Yuri memekakkan telinga dan meneruskan kerja umpama Ervin tiada di sisi.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now