Bab 18

238 7 0
                                    

Sebaik saja tamat bekerja pada pukul 4.00 petang keesokan harinya,Yuri,Kak Ima dan Farah memunggah beberapa buah bagasi ke dalam bonet kereta Ervin.Yuri ingatkan Ervin tidak serius dengan apa yang diperkatakannya.Mujurlah mereka bertiga sempat berkemas sewaktu pulang dari KFC semalam.Ervin kelihatan teruja dan tidak menyabar untuk membawa mereka bertiga ke tempat tinggal baru.Beria sungguh dia mengarahkan mereka pindah keluar daripada hostel Pizza Star.

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat tinggal baru,Ervin kelihatan ceria dengan wajah yang berseri-seri.Bila Yuri bertanya di mana lokasi rumah baru mereka.Dia tidak mahu memberitahu dan ingin merahsiakan hal itu.Akhirnya,Yuri,Kak Ima dan Farah hanya mendiamkan diri hinggalah kereta BMW 5 Seriesnya menyusur masuk ke kawasan perumahan elit di Taman Daiman Jaya.

Pada mulanya,Yuri menyangka Ervin melalui jalan itu untuk menuju ke rumah baru kami yang berada di tempat lain.Namun,sangkaan Yuri meleset sama sekali apabila Ervin memberhentikan kereta mewahnya di hadapan pagar sebuah bangle mewah dua tingkat yang terletak di hujung jalan.Tidak sampai beberapa saat dia memberhentikan kereta,pagar rumah itu terbuka dan dia selamba sahaja memarkirkan keretanya di perkarangan banglo itu.Yuri,Kak Ima dan Farah diam tidak terkata.

“Selamat datang ke rumah saya.”

Ervin membuka mulut dan mereka bertiga tersentak.Yuri menghela nafas panjang.Rupanya banglo itu rumah dia.Gila punya besar.Yuri rasa dalam taman perumahan itu,rumah Ervin yang paling besar.Yuri melihat dia menonong keluar daripada perut kereta.Mungkin Ervin mahu mengambil sesuatu barang daripada rumahnya sebelum menghantar kami bertiga ke rumah baru kami.

Yuri,Kak Ima dan Farah masih tidak bergerak dalam kereta.Mereka berfikiran sama macam Yuri.Mereka hanya melihat persekitaran banglo dua tingkat itu daripada dalam kereta. Halamannya luas dan sangat cantik.Terdapat sebuah kolam air pancut di sisi kiri dan kelihatan tidak jauh di bahagian kanan rumah itu terdapat sebuah kolam renang yang agak besar.Ervin sedang berdiri di hadapan keretanya dan bercakap dengan seseorang melalui corong telifon.Yuri tersenyum kecil.Untungnya dia dapat tinggal dalam rumah sebesar ini.

“Sayang,temenung apa lagi tu?.Ima,Farah cepat keluar daripada kereta.Jom kita masuk dalam.”

Yuri terkejut apabila Ervin membuka pintu kereta dan memandangnya pelik.Kak Ima dan Farah turut teragak-agak untuk keluar daripada kereta saat itu.Ervin hendak menyuruh kami bertiga bertandang ke rumahnya ke?Yalah kut,sebab itulah dia menyuruh kami bertiga keluar daripada kereta.Namun,sangkaan Yuri sekali lagi meleset apabila Ervin membuka bonetnya dan mengeluarkan bagasi kami bertiga.

“Kita orang nak buat apa kat sini?” Yuri mencuit lembut bahu Ervin dengan jari telunjuk.Ervin memandang Yuri pelik sebelum ketawa kecil.Kemudian tangan kanannya melingkar di atas bahu Yuri dan dia menolak tubuh gadis itu agar menghadap ke arah  banglo mewah itu.

“Mulai hari ini,awak,Ima  dengan Farah tinggal di sini.”

“What?!” Walaupun mereka bertiga jarang menggunakan bahasa Inggeris tapi itulah kali pertama mereka terjerit serentak dalam bahasa asing itu.

...............................

Sebaik melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu mereka bertiga disambut oleh mama Ervin.Orangnya kelihatan cantik dan anggun walaupun umur sudah mencecah 40 an.Dan apa yang paling menarik minat Yuri,mama Ervin yang bernama Datin Kasma itu amat peramah orangnya.Dia langsung tidak kekok bersalaman dan melagakan pipi dengan Yuri,Kak Ima dan Farah.Bebeza benar dengan watak perempuan kaya yang selalu Yuri baca dalam novel.

“Anggap jelah rumah makcik ni seperti rumah sendiri.Makcik harap kamu bertiga selesa sepanjang tinggal di sini.”

Datin Kasma menyarankan agar kami bertiga memanggilnya makcik setelah berkenalan tadi.Sungguh merendah diri mama Ervin ini.Yalah,selalunya golongan datin manalah mahu dipanggil makcik.Paling kurang pun hendak digelar aunty.Padahal maksudnya sama sahaja.Suka sangat mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa ibunda.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now