Bab 29

249 8 0
                                    

Sejak peristiwa Zaty menyerang dan Ervin melindungi Yuri,hubungan Yuri dan Ervin semakin rapat.Yuri tahu yang Ervin menyukai dirinya dan dia sendiri memang ada menyinpan satu perasaan pelik untuk pemuda itu.Namun dia  tidak pasti sama ada perasaan suka itu sama dengan cinta atau bukan.Yuri tidak pernah bercinta dengan serius.Sebelum ini,cintanya terhadap Amri hanya cinta monyet.Jika tidak masakan dia boleh melupakan perasaan yang digelarnya cinta itu terhadap Amri begitu saja.Kata orang,jika kita benar-benar mencintai seseorang.Kita akan berasa sangat sakit jika dia meninggalkan kita.Yuri mana pernah ditinggalkan Ervin.Jadi dia tidak tahu perasaan itu.

“Yuri,saya nak ikut.Nak ikut!” Satu suara yang amat dikenali tiba-tiba terjerit di belakang Yuri.Macam budak-buaklah dia ni! Hampir saja terlepas kain pengelap meja yang Yuri pegang sedari tadi.Yuri berpaling ke belakang dan melihat wajah Ervin dengan senyuman teruja.Disisinya kelihatan Kak Ima dan Farah tersenyum senget.Apa hal pulak ni?

“Nak ikut pergi mana?” Yuri berbasa basi.Dia rasa dia tahu Ervin hendak megikutnya ke mana.

“Nak ikut awak temankan Ima dengan Farah dating.” Selamba saja Ervin berbicara. Ini semua pasti disebabkan oleh mulut Kak Ima dan Farah yang gatal membocorkan rahsia.

“Pergilah ikut.” Yuri menjawab ringkas.

“Betul ni? Awak tak kisah?” Ervin bertanya dengan riak wajah tak percaya.

“Ya.Tak kisah.Awak pergi temankan Farah dengan Kak Ima dating seorang diri.Saya boleh goyang kaki dan layan mama awak karaoke dekat rumah.” Jawapan Yuri menyebabkan muka Ervin berubah keruh.

“Janganlah macam tu.Awak ikut sekalilah.Awak boleh pergi dating dengan saya.Taklah nanti awak bosan tengok orang lain berdating.” Ervin mengeyit mata nakal.

Aduhai,senak perut Yuri mendengar bicara pemuda itu.Langsung tiada perasaan bersalah dalam setiap tutur katanya.Macamlah aku terdesak sangat untuk keluar bertemujanji dengan dia.Gila apa!.Cemuh Yuri dalam hati.

“Saya tak nak.”

“Yuri,janganlah macam ni.Biarlah Ervin ikut.Nanti taklah kau bosan tengok kita orang dengan pasangan masing-masing.” Tokok Farah bersungguh.

“Em,biarlah bos ikut.Lagipun dia jarang jalan-jalan dekat Johor.” Alasan Kak Ima langsung tidak munasabah.Dia ingat Ervin bukan kaki jalan ke?

“Yuri,jomlah pergi.” Amboi,sekarang aku pulak yang dipaksa menemani mereka.Sabar sajalah dengan kerenah Daniel Ervin ni!.

…………………………………………

Atas desakan Ima dan Farah,akhirnya Yuri membenarkan Ervin ikut sama program temujanji mereka.Sejak bekerja di Pizza Star,Yuri memang selalu menemani Ima atau Farah bertemujanji jika mereka mengajak Yuri.Yuri rasa kehadirannya menggangu konsentrasi mana-mana pasangan untuk bertemujanji.Namun,itu bukan salah Yuri.Siapa suruh mereka ajak Yuri menemani mereka.Jadi,nasib badanlah.Hari itu untuk pertama kalinya Yuri menemani Ima dan Farah dengan seorang lelaki lain di sisi.Siapa lagi kalau bukan Ervin.

Bukan main bergaya lagi dia pagi itu.Dengan jeans Levis hitam dan t-shirt Polo bewarna merah  darah.Sama pulak dengan warna baju Yuri.Kebetulan atau mereka memang berjodoh.Yuri tidak merasakan seperti dia menemani Kak Ima dan Farah berdating.Ini kerana mereka bertiga bertolak dengan kenderaan masing-masing. Ima menaiki kereta Proton Waja kepunyaan teman lelakinya yang bernama Riduan.Sementara Farah menaiki Satria Neo dengan teman lelakinya,Sufian.Lokasi pertama mereka berenam ialah Zoo Johor.

“Apalah dia orang ni pergi dating dekat zoo.”

Yuri membebel apabila tercium bau yang kurang menyenangkan datang daripada kandang haiwan-haiwan di situ.Sebaik saja sampai di zoo, Ima dan Farah membuat keputusan untuk berjalan berpasangan dengan teman lelaki masing-masing.Jadi tinggallah Yuri dan Ervin berdua saja.

Bila Kuli Jadi ArtisМесто, где живут истории. Откройте их для себя