Bab 23

213 10 0
                                    

Kali ini Yuri benar-benar terlopong dengan kehandalan Ervin melakukan backflip.Dia dapat melakukan aksi itu lebih baik dan kemas berbanding lifeguard tadi.Molek saja dia menjunam masuk ke dalam air setelah memusingkan badan 360 darjah seperti seekor ikan lumba-lumba.Sungguh Yuri dengan kehebatan majikannya itu.

Bukan Yuri saja bahkan semua staf Pizza Star dan para pengunjung yang baru hadir ke air terjun Kota Tinggi itu bertepuk tangan melihat aksinya.Apa yang Yuri pelik,Ervin berkali-kali melakukan aksi yang sama untuk menjadi tatapan semua orang.Dia hendak menunjuk ke apa?

Yuri yang tadinya duduk di atas sebuah batu sambil melihat aksi backflip Ervin mula berasa bosan apabila kawasan itu dipenuhi para pengunjung.Dia memandang langit yang kelihatan mendung walaupun jam baru menunjukkan pukul 11.20 pagi.Beberapa orang gadis sebaya Yuri asyik memerhatikan Ervin tidak jauh daripada jarak mereka duduk.Sekali sekala mereka menundingkan jari ke arah Ervin sebelum ketawa besar.Ketawa miang!.

Yuri tahulah Ervin hensem.Tapi tak payahlah nak tengok dia lebih-lebih.Bukannya mereka kenal siapa Daniel Ervin.Eh,kenapa pula kau nak emosional sangat ni Yuri?!

Yuri memegang dada yang berdebar-debar.Hati rasa semacam.Rasa panas dan denyutan nadi tidak teratur.Rasa macam hendak marah orang saja.Ervin seperti tidak pandai penat melakukan backflip.Sudah terjun,dia kembali menaiki sebiji batu besar dan melompat.Sudah lebih 20 kali dia membuat aksi itu.Meluat pulak Yuri yang melihatnya!.

Untuk mengelakkan rasa marah yang meluap-luap,dia segera berdiri dan ingin berlalu dari situ.Niat di hati ingin berehat di pondok tempat menjamu selera.Sewaktu Yuri mula melangkah,hujan turun renyai-renyai.Para pengunjung yang sedang mandi manda langsung tidak mengendahkan suasana itu.Mungkin sebab mereka sudah basah.Jadi mereka tidak kisah jika dibasahi hujan.

“Kata orang tua-tua,tak baik bermandi dengan hujan.Nanti demam.”

Berderau darah Yuri apabila satu suara yang tidak dikenali menyapa dari arah belakang.Apabila dia berpaling,sehelai tuala bewarna putih diletakkan atas kepala Yuri.Mata Yuri membulat apabila melihat seraut wajah yang menayangkan senyuman manis itu.Wajah yang sudah lama tidak dilihatnya.

“Ya Allah,abang Am!.Bila balik sini?!” Yuri terjerit kecil sebelum menekup mulut menahan rasa teruja.Jika tidak mengenangkan yang Yuri dan dia langsung tiada pertalian darah,pasti sudah lama dia memuluk tubuh kurus itu.

“Baru je.Rindu betullah dekat adik abang ni.”

Yuri sedikit terkejut apabila Abang Amri menarik dirinya masuk ke dalam pelukan.Apabila menyedari yang  Yuri menahan tubuhnya daripada terus dipeluk,Abang Amri memohon maaf dan menjauhkan diri.Dia bertindak spontan apabila berjumpa dengan orang yang dirindui.Sungguh dia rindukan gadis itu.

“Abang buat apa dekat sini?” Yuri bertanya lagi.Tidak dapat membuang rasa ingin tahu.Hampir dua tahun berlalu,dan hari ini baru dia dapat menatap wajah itu.

“Jomlah,kita sembang dekat pondok.Hujan ni.Tak baik berhujan,nanti demam.”

Amri mengulang nasihat sebelum memimpin tangan Yuri menuju ke salah sebuah pondok pengunjung yang tidak berpenghuni.Mereka berdua duduk di situ sambil berpandangan antara satu sama lain.Hujan yang turun semakin lebat menggamit pemandangan Yuri.Dari kejauhan dia dapat melihat Ika,Kak Ima dan Farah berlari-lari anak ke arah sebuah pondok yang menempatkan beg dan bekalan makanan kami semua.

“Abang buat apa dekat sini?” Yuri bertanyakan soalan yang sama apabila Amri kelihatan tidak membuka mulut.

“Mandi manda dengan kawan-kawan abang.Mereka ada dekat atas.” Amri berkata seraya mengajukan jarinya ke arah kawasan paling atas air terjun.Yuri hanya mengangguk-angguk kecil.

Bila Kuli Jadi ArtisWhere stories live. Discover now