Once Upon A Time : Apabila Ci...

By fiqahamani

457K 39K 2K

Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh d... More

Sebelum ke Cerita Asal...
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Selamat Hari Raya!
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Special : Temu Ramah bersama JUMBOL!
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Special : Temu Ramah Bersama Emier!
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Special : Temu Ramah bersama RIANNA!
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Epilog : Basir
Epilog : Amrish
Epilog : Emier
Epilog : Adam & Rianna
Epilog : Mereka
Special : Temu Ramah Bersama Adam
Very Special : Temu Ramah Bersama Syazwan
Q & A SESSION!
Q & A SESSION! ( Jawapan )

Bab 22

6.1K 560 8
By fiqahamani


    Mata Adam terbeliak besar. Badannya kaku, seolah-olah dipasung. Jantungnya bagaikan hendak tercabut. Hatinya kini membara dengan api kemarahan. Sesiapa saja yang melakukan ini, pasti telah memilih orang yang salah.

    Emier yang berada disebelahnya turut terpaku. Panggilan dari Adam sebentar tadi benar-beenar memeranjatkannya. Nasib baik saja dia belum beredar dari kawasan kolej. " Siapa yang buat semua ni?"

    Adam hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak ingin mengatakan apa-apa kini. Bukan niatnya untuk tidak menghiraukan Emier, tapi dia takut akan ada bahasa kesat yang keluar dari mulutnya. 

    Dengan membiarkan soalan Emier tergantung, Adam kini perlahan-lahan merapati basikal barunya yang tiga hari lepas berkilat dan bersinar lebih dari basikal Pak Hussain, tukang kebun kolej tetapi kini kelihatan lebih buruk dari basikal lelaki berumur 60-an itu. Bagai kepala terpisah dari badan, bagai kaki terpisah dari peha. Hancur berkecai basikal Adam dibuat oleh seseorang. Semuanya berderai, tiada apa yang masih melekat sesama sendiri.

    Salah satu skru kecil diambil. Tangannya mula menggenggam penumbuk. Walaupun baru tiga hari dipakainya, dia amat sayang akan basikal barunya. Lebih-lebih lagi apabila basikal ini dihadiahkan oleh Rianna buatnya, walaupun ianya sebagai balasan kerana merapatkan hubungannya dengan Syazrin, tetapi Adam tetap menghargainya. 

    Emier yang hanya memerhati mula berasa risau. Bukan risau akan Adam, tetapi risau akan si pelaku yang memburaikan basikal Adam. Sehinggakan ada bahagian yang mengalami kerosakan teruk. Dia risau jika si pelaku itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan apabila Adam bertemu dengannya.

    Sejak dia berumur 8 tahun lagi dia sudah mengenali Adam. Dia sudah masak benar dengan perangai Adam apabila bergaduh memandangkan pertemuan kali pertama mereka bukanlah seperti hubungan mereka kini. Agak teruk, sehinggakan mereka berdua terpaksa mengambil cuti selama seminggu dari sekolah.

    " Adam, whatever you think, please jangan buat. Kita boleh settle cara elok." Emier cuba untuk mendekati Adam, namun kakinya seolah-olah berat, seperti tidak mahu bergerak. Satu pesanan ikhlas dari Emier buat semua, jika Adam marah, tolong jangan dekati dia.

    " Its too late." Bisik Adam perlahan. " Aku akan pastikan dia menyesal sebab cari pasal dengan aku."

    Emier tersentak kecil. perlahan-lahan, dia menelan air liur kelat. Dia tahu dia harus berbuat seusatu. Mungkin dia patut cari siapa pelakunya dahulu, baru dia cari jalan bagai mana hendak menghentikan niat Adam yang ketika ini benar-benar dikawal sepenuhnya oleh api kemarahan.

    Tiba-tiba, otaknya rerfikir sesuatu. Kini, telefon yang berada di dalam poket cepat-cepat dibawa keluar. ' Sebelum aku selamatkan siapa je yang buat ni, better aku call dia dulu.' Bisiknya perlahan.

*****

     Rianna mencebik perlahan. bawah bibirnya berkali-kali digigit, tanda dia berasa geram. Ke hulu ke hilir dia berjalan, dari hujung ruang tamu sehinggakan hujung laman rumah belakang. " Who the hell did this?"

    Selalunya dia tidak semarah ini apabila barangan dia atau orang lain rosak kerana bagi dia ' money can fix everything'. tapi tidak tahu mengapa, apabila ianya melibatkan Adam, marahnya menjadi lain macam. Seolah-olah Adam itu seperti sangat bermakna buatnya walaupun hatinya tertawan pada Syazrin,

    Sedang dia bermonolog sendirian, satu sapaan telah membawanya kembali ke dunia realiti. " Riann!"

    Toleh saja gadis itu kebelakang, wajah risau dan gusar Emier kelihatan. Jujur dia kata, sepanjang dia mengenali Emier walaupun hanya terserempak di kolej, tidak pernah dia lihat jejaka itu tidak tersenyum. Selalunya, gigi taring yang menjadi tarikannya pasti akan kelihatan, tidak dimana atau apa jua situasi. 

    " Kau dah tau siapa yang buat?"

    Emier hanya mampu menggeleng kecil. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjejak pelaku tersebut. " Tapi aku lagi risaukan Adam dari pelaku tu."

    " Jadi, kau nak aku buat apa?" Soal Rianna lagi dalam bernada tegas. Nampak gayanya mood Puteri Hitlernya telah kembali. " Jujur aku kata memang aku geram. but if you ask me to do somethng ridiculous, I'm sorry but count me out."

    " Tak... Aku cuma nak kau cakap dengan Adam. Borak dengan dia. About anything , I don't care. Sementara aku cara siapa punya kerja semua ni."

    " Macam mana kau nak cari?"

    Dalam kerisauan, Emier tersengih kecil. " Well, I have a friend, with a powerful instinct."

*****

    " Aku tak ada masalah nak layan kau. Baliklah!"

    Baru saja dia hendak menutup pintu, tiba-tiba sebatang kaki terjulur disebalik pintu. Terkejut Adam seketika apabila ternampak kaki yang putih lagi gebu disebalik pintu yang kotor lagi berdebu itu. " Kau kenapa ni?"

    " Kau tu yang kenapa?!" Jeritan bingit Rianna sekali lagi berjaya mengejutkan Adam. Seperti biasa, puteri ini selalu saja berjaya membuatnya terpaku dalam kepegunan. " Kau ingat aku ni nak sangat ke datang jumpa dengan kau?! Kalau aku tak kenangkan yang kau dah banyak tolong aku dengan Syazrin, aku pun tak hingin nak jumpa kau!"

    " Kenapa nak jumpa aku?" Pintu yang tadinya hampir ditutup kini dilepaskan, agar ianya terbuka sendiri. 

    Rianna mendegus halus. Kakinya dipicit perlahan. sikit juga apabila dia manahan pintu yang hampir ditutup dengan kaki. " Aku datang sebab aku dengar basikal kau dah arwah."

     Adam memandang wajah Rianna. Begitulah dia apabila disebut saja tentang basikalnya itu. Tanpa sebarang jawpan, Adam terus mencapai tangan Rianna lalu menariknya agar dia duduk di atas kerusi. Sebotol ubat dicapai dari almari berdekatan. Seketika kemudian, gadis itu dapat merasakan bahawa kakinya disentuh oleh Adam.

    " Ka-kau buat apa ni?!"

    " Duduk diam-diam. Kaki kau dah merah." Dengar saja teguran Adam, tiba-tiba saja mood Puteri Hitlernya hilang. Kini dia seperi anak kecil yang akur kata orang tua. " Sorry sebab tutup pintu tadi."

    Perlahan-lahan, Rianna menggeleng. Nasib baik saja Adam menundukkan wajahnya, kalau tidak, pasti terserlah wajah merah gadis itu kini.  " Kenapa tak nak pandang muka aku?"

    Soalan Rianna dibiarkan tergantung. Tanganya masih lembut menyapukan ubat ke kaki Rianna. Selesai semuanya, dia bangun. Nianya untuk melangkah ke dapur bagi membuat air buat Rianna terbantut apabila dia merasakan hujung bajunya ditarik. " Kenapa tak nak jawab?"

    Lama Adam mendiamkan diri. Dia seperti tidak mahu membuka mulut jika ianya berkaitan dengan basikal baru kesayangannya itu.

    Rianna yang masih menunggu jawapan kini sedikit bengang. Dia paling pantang apabila bercakap dengan orang lembab begini. " Aku tanya ni kan? Kenapa tak nak jawab?!" 

    " Sebab kau yang bagi basikal tu dekat aku!" Adam mengetap perlahan bibirnya. matanya tetap memandnag lantai kosong di bawahnya. " Aku sayang basikal tu. Cakaplah aku over ke apa ke, tapi aku tetap sayang basikal tu! Nak-nak lagi kau yang bagi basikal tu dekat aku!"

    Dengar saja perkataan 'sayang' keluar dari mulut Adam, sekali wajah Rianna berubah merah. kini matanya beralih pula memandang ke bawah. Sedar saja tangannya masih bertauut dengan baju Adam, ceat-cepat pegangan tersebut dilepaskan. " A-apa-apa jelah... Basikal je pun."

    " But it's my precious..." Lembut dan mendayu. Tidak tahu mengapa, dengar saja suara Adam begitu, dia terasa lemah di lutut.

    Kini, dia terus menyngkung, menyorokkan wajahnya disebalik tangan. ' Kenpa suara dia boleh jadi seseksi suara Syazrin ni?' Gerutunya di dalam hati.

*****

    " Give me reason why should I help you."

    Emier mula menggaru-garu kepalanya. Menyesal pula dia datang ke sini walaupun dia sendiri yang kata dia bakal menyelesaikan kes pecah basikal Adam dengan bantuan kawannya, tapi bukannya senang untuk meminta bantuan si mamat poker ini. " Erm, ala... please? Kau kan saudara aku?"

    Farish mengerling Emier yang berda di sebelahnya. Benar mereka mempunyai talian darah walaupun hanya saudara jauh. Wajah lelaki itu diteliti dengan betul. Emier tidak akan suka-suka datang mencarinya disini, melainkan untuk lepak dengannya bermain game ataupun mempunyai masalah. 

   " Please, Farish. Tolong aku kali ni. Aku betul-betul dah buntu ni!" 

    Dengar saja rayuan Emier, hati Farish bagaikan sedikit terusik namun di wajahnya tetap tiada sebarang emosi. Namun dengan rayuan saja tidak cukup untuk membuang sifat malas yang menguasai diri Farish ketika ini. " I'm busy."

    " Kau tipu!" Kolar baju Farish ditarik kuat tatkala lelaki poker itu mula melangkah kembali masuk ke rumahnya. " Kau bukannya buat apa pun!"

    " I'm too lazy to help you. Plus, its not even my problem." Selamba tapi bermakna. Ada kebenaran juga disebalik apa yang dikatakan oleh Farish. 

    Kini, Emier mengeluh kuat. Kolar baju Farish dilepaskan. Jujur, dia kini benar-benar buntu. ' Kenapalah orang yang paling berguna pada saat ni ialah orang ni? Tak boleh orang lain ke?' Desis hatinya.

    Inilah dia Farish, kawan dn saudara yang dia kenali semasa di sekolah menengah sehingga kini. Lelaki yang sangat pendiam, berhati batu, berwajah poker tidak berekpresi dan yang paling penting mulut laser tahap Adam sendiri pernah hilang sabar terhadapnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Farish ini digilai semua wanita walaupun berperangai begini.

    " Farish... Please sangat-sangat."

    Farish menarik nafas panjang. Wjaah Emier ditatap lama. Dia tidak boleh bazirkan lagi masanya berdiri disini untuk mendengar rayuan kawannya itu. " Who and how should I help?"

    Dengara saja balasan dari Farish, segera wajahnya terukir senyuman lebar sehingga ke telinga. Akhirnya dapat juga dia mencairkan sedikit hati batu lelaki ini." A Cinderella, help him with you instinct."

    Lama Farish memandang wajah Emier. Seperti sedang meneliti sesuatu dari air muka lelaki bergigi taring itu. Disangkanya hanya sekadar gurauan, rupanya tidak. " A guy Cinderella?" Soalnya kembali dengan wajah yang tidak beremosi namun dengan hati yang sangsi.



End of Bab 22...

P/s :

So here it is, Bab 22! I know memang mengarut sikit but stay with it guys. Now I intruduce you to Farish!  Actually he is the first character yang saya pernah buat and watak Farish ni ada dalam my first story. But sadly saya tak publish lagi dekat Wattpad tapi saya plan nak buat lepas habis cerita ni. So this Apabila Cinderella Adalah Lelaki is actually my second story.  Tajuk my first story? Nantilah korang tahu. So, I'll update Bab 23 soon and banyak lagi benda yang akan terungkai after this. Stay tune and see ya again in next chapter!

Continue Reading

You'll Also Like

479K 40.6K 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal...
10.1K 1.8K 33
Farah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it...
1.8M 14.6K 10
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
31.8K 3.6K 71
SYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang per...