Huruf (EXO Version) ✔

Por Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... Más

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Kristal Ungu

1.7K 162 18
Por Shim_Yoo


Kyungsoo menggerakkan kesatria putihnya di papan catur itu. Kai masih lagi merenung dengan teliti. Dia cuba memerah otak bagaimana hendak memerangkap permaisuri lelaki itu. Sudah tiga pusingan mereka bermain permainan itu, kemenangan tetap berpihak pada Kyungsoo. Dia tidak pernah merasai tekanan bermain catur seteruk yang dia rasakan pada ketika itu.

"Macam mana ni..." Kyungsoo memandang lelaki itu sambil tersenyum yang lebih kepada menyindir. "Kata dulu juara permainan catur semasa di kolej. Tapi macam tak boleh menang je ni."

Kai hanya mendengus kuat sambil memegang kepalanya. Apa yang dia katakan itu sememangnya benar. Akan tetapi, dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat mengalahkan lelaki itu.

"Bertenang." Kyungsoo ketawa melihat gelagat lelaki itu. "Ada masa lagi. Fikir baik-baik."

"Kenapa saya tak boleh ni.??" Kai menggerutu. "Awak pernah ikut mana-mana pertandingan catur ke.?"

"Awak lupa ke saya dibesarkan di mana.?" Kyungsoo memandang lelaki itu. "Saya tak masuk mana-mana pertandingan pun."

Kai mendengus kuat. "Habis tu macam mana awak boleh mahir bermain permainan ni.?"

"Erm... Belajar kot." Kyungsoo berfikir seketika sambil mengerutkan dahinya. "Mengisi masa lapang."

Kedengaran bunyi bising di belakang mereka menyebabkan Kai yang baru sahaja hendak menggerakkan permaisurinya pada papan catur itu menoleh pantas. Kyungsoo turut menoleh untuk melihat sesuatu. Pintu batu terbuka dengan serta-merta. Suho, Baekhyun dan Chanyeol muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Perjalanan balik itu tidak mempunyai masalah yang banyak bagi mereka. Ia tidak sesukar perjalanan mereka sewaktu mula-mula jalan.

"Yeah!!" jerit Kyungsoo ceria apabila terpandang mereka lalu segera bangun dari tempat duduknya. Dia segera mendekati Baekhyun. Dia turut memandang Suho dan Chanyeol. "Akhirnya kamu dah balik."

Baekhyun hanya tersenyum tawar kerana kepenatan. Dia tidak mampu menunjukkan riak muka yang lebih baik dari itu.

"Kami yang pertama ke.?" Tanya Suho.

"Ya.." Kai turut bangun dari tempat duduknya kemudian mendekati mereka. "Baru kamu."

Baekhyun mengangguk-angguk sambil bercekak pinggang. Suho dan Chanyeol kini sudah duduk kepenatan..

"Semua okey.?" Baekhyun memandang Kyungsoo.

Kyungsoo hanya mengangguk sambil tersenyum. "Awak jangan risau. Kai ni pun boleh diharap juga."

Kai hanya tersengih memandang lelaki itu.

"Saya dah ajar dia macam-macam."

Baekhyun hanya tersenyum memandang lelaki itu. Dia hanya mampu bersyukur kerana semuanya selamat.

"Mana bebola kristal tu.?" Tanya Kai agak teruja..

"Dalam beg." Suho beralih memandang Baekhyun. "Lebih baik simpan terus di tempatnya."

Baekhyun hanya tersengih memandang lelaki itu. "Cuma Luhan je yang boleh buka benda tu."

"Oh." Suho baru teringat mengenai hal itu.

"Macam mana perjalanan kamu.?" Tanya Kai dengan perasaan yang teruja kerana ingin tahu kerana dia langsung tiada apa-apa pengalaman di luar selepas mereka tinggal di situ.

"Boleh tahan." Chanyeol bersuara sambil cuba merehatkan dirinya. "Perkara yang paling susah adalah mencari tempat itu."

Suho dan Baekhyun hanya tersenyum kemudian mengangguk bersetuju. Itu adalah perkara yang paling memenatkan bagi mereka.

"Kat mana tempatnya.?" Tanya Kyungsoo.

"Entah lah." Suho cuba mengingat kembali tempat itu yang amat susah untuk dibayangkan semula. "Kami pun tak tahu."

"Kat sebuah bukit." selamba Chanyeol bersuara.

"Bukit.??" Ulang Kyungsoo kemudian memandang Baekhyun. "Bukan ke semua bebola tu terletak di gua.?"

"Ya." Baekhyun bersuara. "Gua tu terletak dalam bukit tu."

------------------------------------------------

Tao, Lay dan Chen melangkah masuk ke dalam sebuah gua yang agak berangin memukul badan mereka. Kedengaran bunyi titisan air yang mereka sendiri tidak tahu dari mana datangnya kerana gua itu terlalu gelap tanpa apa-apa cahaya. Ia hanya mendatar dan mereka terpaksa berjalan dalam keadaan berhati-hati kerana mereka langsung tidak membawa apa-apa lampu.

"Ouch!" Chen mengerang. "Awak pijak kaki saya!"

"Sorry." ucap Lay walaupun dia tidak pasti sama ada benar-benar dia yang terpijak kaki lelaki itu ataupun tidak.

Mereka kini masuk ke satu kawasan yang kini diterangi cahaya yang amat terang menyebabkan mereka mengecilkan mata seketika. Perlahan-lahan mereka memandang ke sekeliling kawasan itu.

"Akhirnya kita sampai." Tao menarik nafas lega.

Chen dan Lay hanya berdiri tercungap-cungap sambil bercekak pinggang cuba menahan penat. Mereka sudah tidak mampu membuka mulut langsung untuk bercakap. Perjalanan mereka ke situ tidak sesukar perjalanan Chanyeol, Baekhyun dan Suho. Mereka tidak diserang dan tiada sebarang gegaran yang berlaku. Gua itu sudah memang sedia terbentuk di situ.

"Mana bebola kristal tu.?" Chen cuba mencari.

"Tu." Lay menuding ke arah satu bebola Kristal berwarna ungu yang berkilauan di atas sebuah bulatan batu yang besar. Ia tidak terletak di tempat yang tinggi dan tidak perlu dipanjat untuk mengambilnya.

"Jom!"

Lay segera berjalan mendekati bebola kristal itu disusuli oleh Chen dan Tao. Ia diselaputi cahaya keputihan yang bersinar.

"Cantiknya." Chen kelihatan teruja sambil membesarkan matanya. "Kamu rasa kalau dijual ni mahal tak.?"

Lay merenung lelaki itu tajam sambil mendengus kuat. "Permintaan awak ni melebih sangat lah."

"Tanya je pun." balas Chen.

Lay hanya mendengus kuat kemudian mengeluarkan tangannya untuk mencapai bebola kristal itu.

"Eh, nanti..."

"Apa lagi.?" Bentak Lay memandang Chen.

"Biar saya yang ambil.?" Pinta Chen dengan wajah yang penuh harapan bercampur teruja.

Lay mendengus kuat kemudian berundur sedikit untuk memberi laluan kepada lelaki itu. "Ambil lah."

Chen tersenyum gembira. Dia segera mendekati bebola Kristal itu lalu mencapai menggunakan tangannya yang kosong. Apa yang tidak diduga, tiba-tiba sahaja dia membeku seluruhnya. Perlahan-lahan tubuhnya di selubungi ais yang entah dari mana membuatkan dia tidak dapat bergerak langsung.

Serentak Tao dan Lay terkejut kemudian berundur sambil tercengang. Mereka memandang sekeliling untuk mencari jika ada kelibat Kai di situ kerana itu adalah kuasanya.

"Apa dah jadi.?" Lay terkedu memandang Chen yang kini kaku tidak bergerak sambil tangannya ke depan memegang bebola itu.

Tao hanya mengangkat bahunya dengan mulut ternganga. Chen kini sudah tidak bergerak. Tao menghalakan tangan kanannya pada lelaki itu untuk cuba mencairkan ais yang menyelaputinya.

"Awak tak pakai otak ke.?" Lay merenung Tao. "Air awak tu bukannya panas nak cairkan ais ni."

"Habis tu apa lagi yang kita boleh buat.?" Tao merenung lelaki itu sambil mendengus perlahan.

"Saya nak tembak." Lay memandang Chen turut mengeluh. "Tapi takut dengan dia sekali kena."

"Habis tu takkan nak bawa balik dia dalam keadaan macam ni.?" Tao kini kebingungan.

BOOM!!!

Serentak Tao dan Lay menoleh apabila terdengar bunyi hentaman yang kuat entah dari mana. Tidak semena-mena, lebih kurang sepuluh lembaga berkelubung muncul dari segenap arah menyebabkan kedua-dua lelaki itu terundur kebelakang. Tao dan Lay mula cemas sambil membesarkan mata. Lembaga-lembaga itu mula berjalan mendekati mereka dan bersedia untuk menyerang.

"Apa kita nak buat.??" Tao memandang Lay mula menggelabah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Lay memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya. "Buat apa lagi.?? Lawan lah!"

Tao hanya mengangguk kemudian segera menghalakan tangan kanannya ke arah salah satu lembaga berkelubung di situ. Dia cuba mengeluarkan kuasanya bagaimanapun tiada apa-apa yang berlaku. Lay turut fokus untuk mengeluarkan kuasa dari matanya. Akan tetapi, ia tidak keluar.

"Apa yang berlaku.??" Tao memandang tangannya kebingungan seolah-olah ada jawapan di situ.

"Entah." Lay turut kebingungan sambil berfikir. "Saya tak dapat keluarkan kuasa saya."

Tiba-tiba sahaja salah satu daripada lembaga itu menarik Tao.

"Tao!!!"

Tao kini terkapai-kapai cuba melawan bagaimanapun dia terlalu lemah tanpa kuasanya itu.

"Tao!!!!"

Semuanya sia-sia. Tao kini ghaib bersama lembaga itu tadi. Lay berlari mendekati Chen. Dia menjadi buntu. Tidak semena-mena ais yang menyelaputi badan lelaki itu cair menjadi air.

Chen jatuh terduduk di lantai sambil terbatuk dan tercungap-cungap. "Nasib baik saya tak mati."

"Chen..." Lay segera mendekati lelaki itu sambil merenungnya cemas. "Mereka dah ambil Tao!!"

"Saya tahu lah." Chen bangun perlahan-lahan masih dalam keadaan terbatuk-batuk. "Saya bukannya tidur tadi."

"Apa kita nak buat sekarang.??" Tanya Lay.

Chen berfikir agak buntu. Dia juga tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Nak dikejar, tak tahu ke mana. "Kita balik dulu. Beritahu yang lain."

------------------------------------------------

Baekhyun masih lagi duduk sambil meneliti bebola kristal berwarna biru yang berada ditangannya itu. Dia tidak sabar untuk melihat kuasa bebola yang hanya bersaiz sebesar bola golf itu. Itu lah bebola yang dikajinya selama ini. Kyungsoo masih lagi meneruskan kerjanya di dapur dengan bantuan Kai yang kini kelihatan sudah biasa dengan kerja itu sejak dia ditinggalkan menjaga markas itu. Chanyeol dan Suho kini sedang duduk berbual kosong di atas sebuah bangku berdekatan unggun api di mana ukiran batu akan terbentuk jika butang bulat ditengahnya akan ditekan.

"Asyik merenung bebola tu je awak ni..."

Baekhyun tersentak kemudian memandang Kyungsoo dengan mata biru bersinarnya. Lelaki itu kini duduk di hadapannya sambil tersenyum manis membuatkan lelaki itu membetulkan kedudukannya.

"Apa yang awak asyik tengok tu.?" Kyungsoo berkerut merenung Baekhyun dan bebola kristal berwarna biru itu silih-berganti.

"Tak ada lah." Baekhyun segera meletakkan bebola itu ke dalam kotak keperakan di mana Kris dan Luhan menyimpan semua rantai Huruf di dalam itu sebelum ini. "Saya tengok-tengok je."

"Nampaknya semua belum balik lagi ni."

"Ya." Baekhyun memandang langit yang kini hampir menjelang senja. "Dah nak malam."

"Boleh jadi mereka balik esok kot." teka Kyungsoo.

"Saya tak tahu." Baekhyun hanya mengangkat bahunya. "Bergantung sejauh mana mereka bijak menggunakan peta tu."

"Kamu rasa tak ada apa-apa yang terjadi pada mereka ke.?" Chanyeol kini sudah menyertai mereka di meja itu bersama Suho.

"Saya tak tahu." Baekhyun berfikir seketika.. "Saya tak risau kumpulan Kris dan Luhan. Tapi kumpulan yang satu lagi ni."

"Tapi bebola yang mereka cari bukan yang di kawal ketat kan.?" Kyungsoo merenung Baekhyun.

"Ya." Baekhyun mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang. "Tapi musuh akan menyerang, Soo."

Kyungsoo terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

"Kami pun kena serang." ujar Baekhyun. "Ini kan lagi mereka."

"Tak apa-apa ke tu.?" Kyungsoo kini mula risau.

"Tak ada masalah kot." Kai bersuara sambil membawa pinggan berisi pisang goreng mendekati mereka. "Tao dan Lay pun boleh tahan juga.

"Harap-harap tak ada..."

Belum sempat Baekhyun menghabiskan kata-katanya, kedengaran bunyi geseran pintu batu itu terbuka menyebabkan dia berpaling. Semua orang turut memandang ke arah pintu batu yang terbuka itu. Lay dan Chen tercungap-cungap masuk ke dalam seperti dikejar hantu.

"Yeah!!!" jerit Kyungsoo gembira.

Lay tidak bersuara sebaliknya terus baring dengan beg galasnya masih tersangkut di belakang. Chen pula terus duduk sambil terbatuk-batuk tidak mampu menunjukkan apa-apa reaksi.

"Akhirnya kamu sampai." Suho menepuk-nepuk bahu Chen.

Chanyeol dan Baekhyun hanya mampu memandang. Kai turut tersenyum memandang Lay pulang dengan selamat.

"Mana bebola tu.?" Tanya Kyungsoo.

Chen membuka saputangan berwarna putih yang dipegangnya itu. Bebola kristal berwarna ungu bersinar kini kelihatan.

"Wow..." Kyungsoo segera mencapai bebola itu.

"Nanti..."

Serentak semua orang berpaling memandang Baekhyun yang kini sedang memandang Lay dan Chen silih berganti.

"Mana Tao.??"

Semua orang tersentak kemudian memandang sekeliling untuk mencari kelibat lelaki itu. Lay dan Chen pula berpandangan.

"Dia kumpulan lain ke.?" Chanyeol berkerut memandang Baekhyun.

"Tak." Baekhyun menggelengkan kepalanya masih merenung Chen dan Lay. "Dia dengan mereka."

"Dia..." Chen menggigit bibirnya. Entah macam mana dia hendak memberitahu hal itu. "Dia..."

"Dia apa.?" Gesa Baekhyun yang mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada reaksi lelaki itu.

"Dia ditangkap." Lay menarik nafas panjang.

"APA.?!!" Serentak semua orang terkejut.

"Ditangkap.??" Ulang Chanyeol.

Lay mengangguk-angguk. "Oleh lembaga yang selalu..."

Belum sempat Lay menghabiskan kata-katanya, kolar bajunya direntap kuat oleh Baekhyun menyebabkan lelaki itu berdiri tidak mampu melakukan apa-apa. "Apa awak cakap.??"

Kai terundur ke belakang kerana terkejut. Chen pula memandang Lay risau. Chanyeol dan Suho turut tercengang.

"Baekhyun..." panggil Kyungsoo.

"Jangan menyampuk, Soo!" bentak Baekhyun dengan kuat sambil masih merenung Lay.

Kyungsoo terdiam. Dia terkejut melihat Baekhyun. Belum pernah lagi lelaki itu menengking seperti itu. Kai memandang Kyungsoo.

"Apa yang kamu buat.??" Gumam Baekhyun kemudian menumbuk muka Lay menyebabkan lelaki itu terundur ke belakang. "Kenapa sampai dia boleh kena tangkap pula.?"

Chen bingkas bangun. "Jangan salahkan dia je! Saya pun salah!!"

Baekhyun memandang Chen dengan mata marak yang menggerunkan. "Awak nak saya tumbuk awak juga ke.??"

Chen tergamam mendengar kata-kata lelaki itu. Suho dan Chanyeol turut berpandangan kehairanan. Mereka belum pernah melihat lelaki itu marah sampai begitu sekali. Kyungsoo kini menangis kemudian berlari masuk ke dalam biliknya. Kai hanya tersepit di dalam situasi itu tidak tahu hendak berbuat apa.

"Takkan nak lindungi antara satu sama lain pun kamu tak mampu!!" bentak Baekhyun kuat.

"Kami cuba." Chen bersuara.

"Habis tu kenapa boleh dia ditangkap.?!" Tempik Baekhyun. Wajahnya yang selalu tenang dan bergaya kini bertukar bengis.

"Kami tak dapat guna kuasa." Lay bersuara sambil tercungap-cungap memandang Baekhyun. Pipinya kini luka dan berdarah tetapi tidak terlalu besar. "Kami pun tak tahu kenapa..."

"Mereka ada sepuluh." ujar Chen dengan nada terdesak. "Saya jadi beku. Lay tak mampu nak lawan mereka dalam keadaan kuasa kami tak boleh dikeluarkan."

"Kenapa pula awak jadi beku.?" Baekhyun merenung lelaki itu.

"Saya tak tahu." jawab Chen. "Sebaik saja saya mengambil bebola kristal tu saya terus mengeras."

Baekhyun menarik nafas panjang sambil memejamkan matanya cuba menenangkan dirinya. Fikirannya kini mula terganggu.

"Baekhyun..." Chanyeol memandang lelaki itu sayu. "Bawa bertenang dulu. Benda dah jadi."

"Apa saya nak cakap dengan Kris.?" Baekhyun mencengkam kepalanya. Entah kenapa matanya kini mula berkaca.

Semua orang hanya terkedu mendengar nama Kris disebut. Jika berita Tao ditangkap itu sudah membuat Baekhyun jadi seperti itu, apa lagi jika Kris yang mendapat tahu.


A/n: Moment KaiSoo. Hehehe. Sweet je kan. Terbayang pulak dorang main catur tu. Btw, Tao kena tangkap. Korang rasa macam mana reaksi Kris?? Baek pun dah naik gila. Ini kan pula dia. Huhuhu. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Seguir leyendo

También te gustarán

6.2K 862 20
Park Seonghwa yang juga merupakan bekas kekasih Diane hadir ke perkahwinan hanya untuk memberikan ucapan tahniah. Namun siapa sangka, kehadirannya di...
4.5K 562 9
Kapal itu semakin senget, rakan-rakan yang lain hanya mampu berpaut antara satu sama lain. Ada diantara yang mengambil kesempatan untuk menghantar me...
8.8K 1K 13
"Kenapa asyik aku je yang kena ejek? apa salah aku.. " "Pelik sangat ke aku ada tanduk?" "hyung.. "
28.4K 4.3K 46
ෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup...