Pengawas Gila!

By MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 33

24K 1.6K 137
By MyaAmeera

"Addriana duduk kat Johor belah mana? Pasir Gudang?" Aku cuba menukar topik setelah setengah jam menangis dalam pelukan Addriana. Bila tersedar, malu jugak aku

"Akak tau-tau je eh? Addriana macam panjang sangat, panggil Ana je lah. Ana tinggal kat Johor dengan atok dan nenek. Papa dengan mama Ana pulak duduk sini."

Aku suka Ana ni. Dia cepat mesra dan ceria. Tengok penampilan pun, sedap mata memandang.

"Ana selalu balik sini ke?"

"Dua bulan sekali. Selalunya mama, papa dengan abang yang datang JB." Ana bercerita dalam nada yang ceria.

"Kenapa Ana tak tinggal dengan parents Ana?" Tak pernah-pernah aku mesra begini dengan orang yang baru aku kenali. Mungkin aura Ana yang mudah mesra tu yang jadikan aku macam ni.

"Ana kesian dengan nenek dan atok. Mama anak tunggal jadi Ana tak nak diorang sunyi."

Hmm baiknya Ana ni. Lembut sahaja tutur bicaranya. Aku pulak? Hampeh. Orang depan mata bercakap macam menjerit. Garang pula macam singa. Apalah aku ni. Langsung takda ciri perempuan melayu sopan macam Ana.

"Baiknya Ana." Aku berkata dalam nada kagum.

"Lupa nak tanya, nama akak siapa?" Ana melemparkan senyuman manis yang mampu menggetarkan tulang rusuk lelaki yang ada masalah tulang rusuk.

"Nama akak Sarah Zulaikha."

"Sarah Zulaikha? Sarah Zulaikha?! Akak!" Tiba-tiba Ana memeluk aku erat.

"Patutlah abang naik gila. Akak memang cantik!" Pujinya. Apa yang jadi ni? Tak fahamlah.

"Abang? Gila? Cantik? Thank you." Nampaknya ayat Ana puji aku je yang aku faham. Ayat pertama tu aku blur.

"Patutlah abang beriya nak sekolah sini sampai suruh Ana pujuk papa." Nadanya makin riang. Seriang ria ribena.

"Akak tak faham. Apa maksud Ana?" Aku sudah blur tahap rabun.

"Mohammad Addrian. Akak mesti kenal kan? Tu abang Ana!" Teruja sungguh dia.

Adik Addrian? Muka tak sama pun. Mungkin sorang ikut mak, sorang ikut bapa. Sempat aku berhipotesis.
Tapi yalah, nama kan dah dekat, awat aku tak perasan?

"Serious? Jadi tadi Ana dah jumpa Addrian lah?" Aku pula yang teruja lebih ni.

"Tak sempat. Lagipun Ana tak tahu mana satu kelas abang. Lagipun abang tak tahu Ana datang sini, kalau dia tahu Ana jamin dia akan ponteng kelas." Ana ketawa.

Dapat aku simpulkan di sini bahawa hubungan mereka adik beradik memang rapat walaupun sorang duduk Johor, sorang lagi duduk Selangor. Kenapalah aku anak tunggal. Aku cemburu tengok Medina dan Mia ada abang. Sekarang, Ana pula. Cakap pasal ponteng, ni hah penolong ketua pengawas tengah ponteng duduk bersembang dekat pondok. Macam mana nak kawal disiplin pelajar kalau disiplin sendiri pun tunggang langgang?

"Ana, akak rasa akak kena balik kelas dulu lah. Akak dah okey dah ni." Aku cuba kuatkan otot muka untuk senyum ikhlas. Sedari tadi hambar saja senyuman aku.

"Yalah, Ana lupa pulak akak ada kelas. Akak anytime call Ana tau! Ana ada banyak benda nak borak dengan akak. Bye, Assalamualaikum!"

Ana sempat menulis nombor telefonnya pada buku nota aku sebelum mengucapkan selamat tinggal.

"Waalaikumussalam."

*****

Aku masuk ke dalam kelas dengan tenang dan selamba. Semua orang pandang aku macam aku dah bunuh mak cik kantin. Ada juga yang berbisik, kutuk aku lah tu.

"Nak kutuk tak payah bisik-bisik, aku rela hati nak dengar. Tak best cakap belakang ni, aku pun nak tahu cerita jugak." Aku berkata selamba.

"Sarah, apa kau dah buat?" Medina tengok aku dengan muka risau.

Belle dengan Zara tu kan mulut Angelina Jolie, jadi aku pasti satu sekolah dah tau pasal kejadian tadi. Lepas ni macam-macam versilah akan muncul.

"Aku memang salah tapi dalam masa yang sama aku difitnah. Ops tak! Sorry salah! AKU DIFITNAH, DITOLAK, DIMAKI, DAN DILEMPANG!" Aku jerit ayat terakhir itu sehingga semua orang curi pandang aku. Lambat lagi ke cikgu nak masuk ni? Dah semak otak aku!

"Sarah aku rasa kau patut berhati-hati sebab aku takut Belle akan mengadu kat papa dia. Aku takut kau akan kena buang." Jelas riak risau terpancar pada wajah Medina.

"Aku tak salah jadi aku tak takut. Allah dengar doa hambanya yang dizalimi." Betul ke ayat aku tu?

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian seisi pelajar kelas 4 Zamrut. Wajah yang aku mulai benci ada di muka pintu.

"Sarah Zulaikha." Panggilnya.

Dengan langkah berat aku menuju ke arahnya. Aku cuba kawal ekspresi muka aku. Aku cuba buat wajah setenang mungkin.

"Bilik disiplin. Papa Belle datang sekolah."

Kenapa dengan Firdaus? Kenapa dia asyik berubah-ubah?! Aku dah tak kenal dia!

"Oh." Jawab aku pendek lalu mengorak langkah.

"Minta maaf je lah dengan Belle." Firdaus menyentuh bahu aku dari belakang.

"Jangan sentuh perempuan macam aku!" Pedas! Cili padi pun tak pedas camni.

"Sarah, aku, aku tak sengaja. Aku, aku..."

"Dahlah. Aku memang akan minta maaf dengan diorang. Niat baik aku masa rehat tadi dah menyebabkan aku difitnah macam ni. Entahlah, kalau aku kena buang sekolah pun siapa kisah? Mesti semua gembira, terutamanya kau!"

"Janganlah cakap macam tu. Kalau kau mengaku salah kau takkan kena buang."

"Mengaku salah? Aku mengaku aku salah. Tapi tak bermaksud aku mengaku fitnah murahan belle dengan Zara tu betul!" Panas! Aku rasa nak mengamuk!

"Dah terang lagi bersuluh kau salah! Kau dah tampar diorang, kau yang cari pasal kan? Sekarang kau kenalah mengaku silap." Tegasnya.

"Kau pekak?! Dari tadi aku dah mengaku silap aku! Aku sedar silap aku! Silap Belle dan Zara? Puf! Dilindungi kabus!"

****

Baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu, aku sudah dengar si sawan tu meroyan macam babi kena selesma. Ops! Kasar ke? Tak kot sebab sesuai sangat!

"Belle nak papa buat dia sampai kena buang sekolah! Dia tolak Belle tau papa! Dia tolak anak kesayangan papa!"

"Ya, princess, anything for you."

Anything for you? Inilah salah satu sebab kenapa Ibu bapa tak boleh manjakan anak-anak. Nanti spesis macam Belle dan Zara akan membiak di sana sini.

"Tapi kita tak boleh buang pelajar sesuka hati Encik." Kali ini aku terdengar suara Cikgu Hassan.

"Saya tak peduli Cikgu! Budak tu dah melampau dengan anak saya." Bentak pak cik tu.

Aku kena buang sekolah lah ni? Tapi kenapa aku tak takut langsung? Macam mana aku boleh jadi setenang ini? Mungkin betul orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Perlahan-lahan aku menguak pintu bilik disiplin itu.

"Assalamualaikum." Tenang.

"Waalaikumussalam. Sarah duduk sini." PELAWA Cikgu Hassan.

Sekarang kami berempat sahaja yang ada dalam bilik ini. Belle yang sudah menukar pakaian tersenyum sinis tengok aku. Aku tengok papa Belle, macam familiar. Aku pernah jumpa ke sebelum ni?

"Zulaikha? Zulaikha kan?" Kata papa Belle teruja. Siapa dia ni? Mana tau nama aku?

"Kenal saya ke?"

"Kamu lah kan? Sarah Zulaikha?!" Teruja benar orang tua ni. Apasal ni?

"Ya, saya Sarah Zulaikha."

"Uncle dah lama cari kamu! Kat sini rupanya kamu sekolah." Aku bingung dengar kenyataan Uncle ni.

"Papa, macam mana papa boleh kenal dia ni?" Belle tak puas hati tengok aku.

"Dia yang selamatkan papa masa papa kena sakit jantung hari tu."

What? Yalah! Uncle ni lah yang aku dan Firdaus selamatkan hari tu! Yang tiba-tiba sakit jantung tu. Maigod! Tapi macam mana Uncle kenal dan tahu nama aku? Bukan kami terus blah ke lepas Uncle disahkan selamat? Tak sempat pun nak jumpa Uncle ni.

(A:N / Rujuk bab 14 kalau tak ingat)

"Macam mana Uncle cam saya?"

"Uncle ingat tanda nama dan muka kamu sikit. Kawan kamu yang bawak kereta tu Uncle tak ingat." Jawabnya.

"Firdaus, seorang lagi tu Firdaus." Kataku selamba.

"Papa! Balik kepada tajuk! I don't care! Belle nak dia dibuang jugak!"

Telinga aku! Perlu ke dia jerit sampai tu sekali?

"Tapi Belle, papa rasa tak patutlah kita buang Sarah sebab tu." Uncle sokong aku. Buahahaha ambik kau Belle! Mungkin Uncle lembut hati sebab qku dah pernah selamatkan d

"I don't care! Belle tak nak satu sekolah dengan makhluk perosak macam dia!" Belle tunding jari ke arah aku. Ehh, ada aku kisah?

"Kalau macam tu, kamu pindah Michael balik okey?" Uncle cuba memujuk anaknya yang dah macam Siamang.

"Tak! Nak!" Nyaring! Arghhh!

"Fine!" Kali ini aku pula yang menjerit.

Semua orang tercengang tengok aku. Tak nak sangat aku sekolah sini kan Belle?!

"Saya akan pindah. Minggu depan tak ada siapa akan tengok muka saya lagi dalam sekolah ni. Puas?!" Aku nekad, nekad!

"Puas!" Belle menjerit sambil tersenyum sinis.

"Sarah, kamu jangan buat keputusan melulu." Cikgu Hassan mencela.

"Tak apa cikgu. Saya dah buat keputusan. Muktamad! Nanti parents saya datang sekolah. Belle, rahsiakan benda ni sampai aku pindah kalau tak aku takkan pindah."

"Deal!" Dia senyum sinis.

****

"Daddy, mummy, jom kita pindah. Ikha setuju dengan cadangan mummy dengan daddy haritu."

Daddy dengan mummy yang sedang sibuk menonton tv terkejut.

"Betul sayang? Hari tu bukan kamu tak nak ke? Sayang Medina lah, sayang sekolah lah apa lah."

Ya, beberapa hari sebelum aku pergi camping mummy ada bincang ngan aku pasal ni. Masa kat kolam ikan. Mummy kata dia ikut keputusan aku, tapi masa tu aku cakap tak.

"Mungkin dah sampai masa kita pergi tempat lain. Lagipun Ikha rasa akan ada sesuatu yang baik jadi kat JB nanti." Tenang aku menjawab.

"Kamu ada masalah ke?" Aku terkejut dengar soalan daddy. Nampak sangat ke? Air mata aku terus tumpah. Aku dah tak dapat kawal. Aku peluk mummy dengan daddy erat dan cerita semuanya dalam keadaan teresak-esak.

"Kamu pasti ke ni? Kita bukan pindah sebulan dua tau Ikha." Tanya mumny minta kepastian.

"Ikha lari dari masalah ke mummy?" Aku masih lagi menangis.

"Mungkin kamu perlu masa." Mummy peluk aku.

"Kalau camtu, kita pindah."

Sis akan update secepat mungkin sebab ramai yang dah tak sabar kan? Huhhuhu terharu sis. Terima kasih sebab sokokng PG!

Kesempatan ini sis nak promote dua cerita. Pertama, 'Hello, Kesayangan!' bh @afiadz. Kedua, 'Cinta Yang Tak Pasti' by @losingxhope. Bila sis ada masa sis akan baca jugak ye. Semua pun baca tau, jangan lupa vote dan komen sekali key? :)

Terima kasih sebab menyokong! Terima kasih jugak untuk 51k!

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...