Pengawas Gila!

By MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 27

30.6K 1.4K 77
By MyaAmeera

"Aduh, aduh! Med slow-slow lah. Urut macam nak cabut kaki aku." Sempat lagi aku merungut. Medina yang sibuk mengurut kaki aku yang terseliuh mencebik.

"Tu lah kau, tak hati-hati. Nasib baik tak patah tau!" Medina mula membebel.

"Aku hati-hati lah tadi. Cuma ada benda penting je yang ganggu fokus aku tadi. Tu lah sampai tak nampak akar pokok kayu besar tu." Aku cuba defend diri sendiri. Benda pentinglah konon kan.

"Benda penting? Alah apa sangatlah yang penting tu. Ni mesti kau risau mummy kau baca novel kau lepastu lipat muka surat novel tu kan? Tak pun kau takut papa kau makan makanan yang kau sorokkan kat dapur." Medina mencebik. Erkkk! Macam mana dia tahu?!

"Aku kenal kau lah. Tak payah nak buat muka terkejut. Hmm dah, macam mana kaki kau?" Medina menutup botol minyak yang diberikan oleh Cikgu Aidan itu.

"Dah tak sakit sangat." Aku menggerakkan kaki aku. Aku cuba berdiri. Berjaya!

"Hah! Aku dah boleh jalan! Aku rasa kau patut buka rumah urut lah." Aku ketawa. Aku terus peluk Medina dan mengucapkan terima kasih.

"Sama-sama. Lepas ni kau hati-hati! Aku taknak kau sakit lagi okey?" Pesan Medina.

"Yes mama!" Aku tabik kepada Medina.

"Sejak bila aku jadi mama kau?" Medina ketawa.

"Sejak kau dah pandai bebel pasal keselamatan. Caring gitu! Macam ibu mithali!" Aku memuji ikhlas.

"Pandailah kau! Jomlah bersiap!"

*************

Malam unggun api! Yeahhh! Aku memang suka malam unggun api. Kami bebas nak buat apa sahaja. Peraturannya cuma kena duduk keliling unggun api sahaja. Tapi yang tak bestnya unggun api kami ni kecik je. Yelah, kang terbakar tempat ni kalau kami buat unggun api besar-besaran.

"Sarah, aku nak kau nyanyi." Ujar Fikri.

"Aku tak tahu nyanyilah." Balasku.

"Alah takyah lah nak tipu kitorang. Bukan camping tahun lepas kumpulan kau menang ke masa malam kebudayaan. Kau nyanyi kan masa tu." Rusyaidi menyampuk.

"Malas lah."

"Janganlah camtu. Sarah! Sarah! Sarah!" Aizul menyorak nama aku.

"Sarah! Sarah! Sarah! Sarah!" yang lain pun dah join si Aizul tu sorak nama aku.

"Yelah!" Aku mengalah.

"Yeahhh! Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi!" Mereka semua bersorak.

"Aku nak kau nyanyi lagu, err apa eh? er, ah! Like I'm gonna lose you ! Aku nak lagu tu." Ujar Fikri.

"Suka hati kau je kan nak order lagu itu ini. Alah lagu tu aku tahu bahagian perempuan je lah!" Aku berpeluk tubuh memandang Fikri yang duduk di sebelah aku dengan.

"Takpe nyanyi je, aku main gitar." Fikri memegang gitar miliknya lalu memetik gitar itu.

I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows
we were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone

I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Ake terus diam selepas aku menyanyi bahagian tu. Alah, bahagian lelaki aku tak tahu.

In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know
So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets

Terkejut aku apabila Firdaus menyanyikan bahagian John legend itu. Dia bukan tak suka menyanyi ke? Ni pertama kali aku dengar suara dia. Not bad!

Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow

Aku menggerakkan kepala ke kanan dan ke kiri sambil tersenyum pandang Firdaus yang malu-malu kucing. Aku turut menyanyi bersama Firdaus selepas itu. Duet lah! Semua orang pandang kami sambil tersenyum-senyum termasuk cikgu. Aku hanya sengih.

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Hey
Whoa
I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Selepas lagu itu tamat, semua orang bertepuk tangan.

"Wah, sedaplah suara awak berdua! Sesuai sangat duet!" Puji Cikgu Anita.

"Biasa jelah cikgu." Aku termalu sendiri.

"Siapa lagi nak nyanyi?" Tanya Fikri.

"U, nyanyilah untuk I! I nak U nyanyi! U yang main gitar tu, bak sini gitar U!" Zara berjalan ke arah kami lalu merampas gitar Fikri. Aku dan Fikri saling berpandangan lalu mengangkat bahu.

"Nah, U nyanyilah." Zara menyerahkan gitar itu kepada Addrian sambil tersenyum gedik.

"Gedik baii si Zara tu, aku rasa nak lempang je muka dia." Aku berbisik di telinga Fikri.

"Aku pun menyampah tengok dia. Kau lempang pipi kiri, aku lempang pipi kanan. Macam tu baru puas hati." Fikri berbisik di telinga aku pula. Lalu kami berdua ketawa kecil.

Aku pandang ke hadapan. Addrian sedang merenung aku. Terus aku buat-buat tak nampak. Bahaya pandangan tu. Boleh menjatuhkan hati!

"I dedicate this song to my beautiful princess." Ujar Addrian sebelum memetik gitarnya. Zara pula tergedik-gedik di sebelah Addrian.

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Addrian tidak lepas-lepas memandang aku ketika dia menyanyi. Aku dapat rasa yang lagu tu dia tujukan untuk aku. Ya, dia dah tunggu dan cari aku selama 9 tahun. Aku tahu itu yang dia maksudkan sewaktu menyampaikan lagu tadi. Aku rasa tersentuh dan terharu. Ku tetap menanti. Lagu itu terngiang-ngiang di telinga aku.

Semua orang bertepuk tangan selepas Addrian habis nenyanyikan lagu itu. Aku cuma diam. Zara pula malu-malu gedik di sisi Addrian. Perasanlah tu.

"Wah! Addrian sedap gila suara kau! Tapi nyanyi lagu jiwang. Hahahaha takpe, not bad!" Aizul memuji.

"Tapi kau tujukan kat siapa?" Tambah Aizul lagi.

"Mestilah Rian tujukan Zara!" Belle menyampuk.

"Tapi aku tak rasa camtu pun." Sampuk Rusyaidi. Aku diam dan buat-buat tak tahu sambil bersiul. Janganlah Addrian cakap apa-apa.

"Sarah," Aizul pandang aku. Alamak! Janganlah! Takkanlah Aizul perasan Addrian asyik pandang aku tadi?! Masak!

"Apa?" Jawabku terketar-ketar.

"Jangan bersiul. Nanti hantu datang!" Tergelak kami semua mendengar kata-kata Aizul.

"Tak caya? Meh sini aku ceritakan kisah hantu bersiul." Aizul terus membuka cerita.

Hampir sejam jugaklah baru cerita tu habis.

"Hah! Macam tu lah cerita hantu bersiul." Ucap Aizul dalam nada yang menakutkan.

"Zul! Kalau aku tak berani pergi tandas malam nanti, siap kau!" Wana menayang buku lima kepada Aizul.

"Susah apa? Kencing ajelah dalam khemah tu." Ujar Aizul lalu semua ketawa.

"Seramlah! Sarah, hati-hati. Hantu tu pergi dekat orang yang bersiul, kau dah bersiul tadi." Fikri cuba menakut-nakutkan aku.

"Aku tak percayalah cerita hantu bersiul korang tu." Aku berpura-pura berani. Padahal dah nak terkencing sebab takut.

"Yeke?" Tanya Fikri. Aku mengangguk.

Bahhhhhhhhhh!

"MUMMY!" Aku memeluk Wana yang ada di sebelah kanan aku.

"HAHAHAHAHA! Tak takut konon!" Aizul dan Fikri mengetawakan aku.

Tak guna! Sejak bila pula si Aizul ni merayap pergi belakang aku?! Mesti dah kamcing dengan si Fikri ni!

"Sengal! Terkejut aku! Nasib baik korang tak kena lempang tau!" Aku mengurut dada. Mereka berdua ketawa.

"Kata tak takut." Fikri mengejek aku.

"Diamlah kau." Mereka ketawa mendengar jawapan aku.

"Baiklah, dah lewat ni. Semua pelajar masuk khemah!" Ujar Cikgu Aidan.

"Alah, awal lagi lah cikgu." Kami semua merungut.

"Takde! Masuk tidur semua." Cikgu Emma menambah. Kami semua menurut dengan berat hati.

"Goodnight semua!" Ucapku.

"Goodnight!" Ujar mereka semua sebelum masuk ke dalam khemah.

"Sarah, hati-hati dengan rambut panjang kak Leha!" Usik Aizul.

"Kak Leha mano pulak?" Tanyaku.

"Alah, nanti kau tidur adalah dia teman kau kat sebelah." Jawabnya.

"Tak guna kau Zul!" Aku membaling selipar ke arahnya. Dia cepat-cepat berlari masuk ke dalam khemah sambil ketawa.

Haih, ke mana pulaklah selipar aku tu pergi. Sarah, Sarah, yang kau baling jauh sangat tu kenapa? Kan dah susah, kena cari pulak!

"Oi nak ke mana tu?" Tanya Medina.

"Cari selipar. Aizul lah ni punya pasal!" Aizul juga yang aku salakan.

"Besok jelah cari. Bahayalah." Cadang Medina.

"Takpe, aku pergi kejap je, kau masuklah khemah dulu. Pinjam torchlight kau." Medina menghulurkan torchlightnya.

"Hati-hati! Jangan lama tau!" Pesan Medina.

"Depan ni je lah. Janganlah risau mama." Sengaja aku menekankan perkataan mama tu.

"Ish! Bukan tadi ada kat sini ke? Ke mana pulak perginya selipar aku ni?" Aku membebel sendiri.

"Cari ni ke?" Addrian muncul di hadapan aku.

"Err.. Kau. Ha'ah, aku cari selipar aku."

"Nah," Addrian menghulurkan selipar aku.

"Errr.. Thank you." Aku mengambil selipar aku lalu menyarungkan selipar itu ke kaki aku.

"Sarah." Panggil Addrian.

"Ya?"

"Lagu tadi tu.."

"Kenapa dengan lagu tadi?" Aku memotong cakap Addrian.

"Aku nyanyi untuk kau." Katanya.

"Errr.." Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa.

"Aku bukannya nyanyi untuk Zara." Tambahnya lagi.

"Sejujurnya aku rasa terharu." Ucapku malu-malu.

"Kiranya kau suka lah ni?" Tanyanya.

"Suka? Er.. mestilah aku su..."

"Bola satu! Bola satu! Kami menangkap dua remaja berdua-duaan di dalam gelap!" Muka kami berdua disuluh menggunakan torchlight. Silau!

"Haziq! Kau rupanya! Takde kerja ke?" Aku memarahi Haziq. Ada seseorang lagi yang berdiri di sebelahnya, siapa tu? Alahai silaulah!

"Ziq, silaulah mata aku. Tak nampak! Janganlah suluh!" Haziq ketawa lalu mengalihkan lampu suluhnya.

"Kau buat apa ni Sarah? Kalau cikgu nampak macam mana?!" Marah seseorang. Mata aku masih lagi silau. Aku menggosok mata aku berkali-kali.

"Err.. Firdaus.."

"Masuk khemah sekarang! Jangan berdua-duaan dengan lelaki kat dalam gelap macam ni. Kalau cikgu nampak lagi teruk. Pergi masuk." Marahnya.

"Er.. ya.. ya.. aku masuk.. khemah sekarang. Bye!" Aku terus lari pecut 100cm selepas mengucapkan selamat tinggal.

"Ya Allah! Kau ni kenapa? Terkejut aku!" Marah Medina.

"Abang kau marah aku lah!" Aku mencebik lalu menanggalkan tudung.

"Kenapa pulak?" Tanya Medina.

Aku menceritakan kejadian tadi kepada Medina.

"Tu lah, aku nak teman kau taknak tadi." Medina mencebik.

"Apa-apalah. Aku nak tidur, goodnight!" Aku menutup muka menggunakan selimut.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Sebab apa? Entahlah. Tapi babak di mana Firdaus tengking aku tadi ligat berputar di dalam kepala aku. Takkan lah aku tak dapat lelap sebab tu kot? Sebab Firdaus marah aku? Mungkin jugaklah! Tapi, Eh!! Malas nak fikir! Tidurlah Sarah! Tidur! Jangan nak drama sangatlah!

************

Ingat nak update semalam tapi, hehehehe sorry! Nak double update pun sis tak dapat. Sorry bab ni boring. Takde idea. Tapi sebagai ganti, say hello to Addrian kat media tu! Sem tak? ♥_♥ Lepas ni kalau ada update lagi sis tunjuk Firdaus pulak. Hehehehe. Sorry typo dan kesalahan tatabahasa sis *^O^* Sis malas nak check balik.

Satu lagi! Sis nak promote satu cerita ni, tajuknya 'Tersuka dalam diam' yang ditulis oleh @lala_FarahNadhirah. Bacalah ya jangan tak baca pulak ≧﹏≦

Continue Reading

You'll Also Like

59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...