Pengawas Gila!

By MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 24

30.6K 1.5K 77
By MyaAmeera

Awal pagi isnin seperti biasa ada perhimpunan rasmi sekolah. Bosan kan? Ya memang. Tapi sebagai pelajar sekolah terpaksalah semua kuatkan semangat dan mata. Kalau ada sesiapa yang syahid di dalam dewan perperangan melawan mengantuk ini, memang melayang jugaklah kasut aku kat muka dia. Ingat aku tak berani?

Masa yang diperuntukkan untuk perhimpunan cuma setengah jam tapi biasanya selalu terlajak sampai ke satu jam. Lagi teruk bila kami semua terpaksa bersila selama satu setengah jam. Cramp! Pelajar lain lah cramp. Pengawas duduk kat atas kerusi, pelajar lain kat atas lantai. Huahahaha. Tak adil? Apalah sangat setakat kerusi ni nak dibandingkan dengan pengorbanan yang kami telah berikan. Cewah, mengungkit nampak.

"Cikgu ada berita buruk, prom night sekali lagi ditangguhkan." Ujar Cikgu Emma yang sedang berdiri di atas pentas. Berita yang disampaikan oleh Cikgu Emma mengundang rungutan para pelajar. Dewan menjadi riuh rendah seketika.

"Ehem!" Aku berdehem dengan kuat. Serta merta dewan menjadi senyap macam kat tanah perkuburan.

"Thank you, Sarah" Ucap Cikgu Emma. Aku hanya mengangguk dari jauh.

"Maaflah ya. Ada sedikit masalah yang menyebabkan penangguhan ini. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih." Cikgu Emma menyudahkan ucapannya.

Bagus jugaklah prom ditangguhkan. Mood aku memang tengah zero! Sebab tu lah aku tak kisah kalau prom dibatalkan pun.

Akhirnya pengetua selesai berucap. Pengetua seperti biasa akan berucap selama tujuh minit setengah. Macam mana aku tahu? Aku kiralah, bukan main pork buta je. Dewan bersurai tanpa ada sesiapa membuat bising. Cuma bunyi derap tapak kaki yang kedengaran.

"Tangguh lagi lah beb!" Medina tiba-tiba muncul di sebelah aku.

"Apa boleh buat." Aku jawab selamba.

"Kau tak kisah ke?" Tanya Medina.

"Dah tak kot. Entah kenapa mood nak berprom dah ke laut. Zero! Dah tak excited langsung." Aku memuncungkan bibir.

"Lah, kenapa pulak? Tapi okeylah tu, tak jugak kau rasa kecewa kan?" Soal Medina. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Matapelajaran pertama, yang paling aku tak minat, Kimia! Huhuhuhu aku dengan kimia memang langsung takde chemistry langsung! Aku benci dia, dia pun benci aku, adil lah kan?

Tersengguk-sengguk aku menahan mengantuk. Medina pulak asyik mencubit aku setiap 5 minit. Memang dah rutin aku untuk mengantuk setiap kali kelas kimia. Dan menjadi kebiasaan juga untuk Medina mencubit aku setiap kali aku ingin terlelap.

"Sarah, pay attention. Kamu tahu kan subjek ni tak boleh drop." Ujar Cikgu Willie.

"Saya pun tak tahu kenapa mata ni asyik nak terlelap je setiap kali dengar perkataan kimia, cikgu." Aku menongkat dagu.

"Kamu terpaksa jugak dengar. Walaupun cikgu tau kamu dan kimia memang tak ada chemistry." Cikgu Willie tersenyum. Memang itulah yang aku selalu cakap pada Cikgu Willie. Hahahahaha.

Tiba-tiba pintu diketuk. Cikgu Anita kelihatan berdiri di sana.

"Maaf menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran kamu ya, ni cikgu nak panggil beberapa orang pelajar." Cikgu Anita meminta maaf lalu tersenyum. Haih, kalau tengah kelas kimia cikgu nak ganggu berapa lama pun saya oktak kisah. Huhuhuhu.

"Baik, pelajar yang cikgu sebutkan nama ni telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ya. Lepas ni terus ikut cikgu." Cikgu Anita mula memanggil beberapa orang pelajar. 10 orang kesemuanya. Aku dan Medina turut terpilih bagi menyertai perkhemahan itu. Hmm malasnya!

"Baik, semua ikut cikgu ya. Pinjam kejap budak-budak ni ya cikgu." Cikgu Willie hanya mengangguk. Yeah! Tak payah belajar kimia! Hehehehe. Jangan tiru aksi ini di rumah.

"Sarah, kamu tolong panggilkan pelajar tingkatan 5 boleh?" Tanya Cikgu Anita.

"Boleh je. Saya pergi dengan Medina eh cikgu." Cikgu Anita mengangguk lalu menyerahkan beberapa keping kertas yang telah diklip.

"Tu senarai nama ya. Nanti jumpa cikgu kat bilik guru." Kata Cikgu Anita.

Aku dan medina terus berjalan menuju ke blok sebelah. Aku mengetuk pintu kelas tingkatan 5 Zamrud. Tak ada cikgu pulak. Firdaus yang sedari tadi sibuk berbual dengan seorang pelajar perempuan menoleh ke arah kami.

"Belle? U buat apa kat sini?" Medina nampak terkejut melihat gadis yang tadinya racak berbual dengan Firdaus.

"Melly! Kita jumpa lagi!" Perempuan yang bernama Belle itu memeluk Medina.

"Zara! Melly lah!" Dia memanggil seorang lagi rakannya. Si Zara itu pula sedang sibuk menggedik dengan Addrian.

"Melly! Rindu U!" Mereka berpelukan lagi.

"Buat apa kat sini?" Tanya Medina selepas dia melepaskan pelukan.

"First day kat sini. I dengan Belle baru je pindah hari nii." Kata gadis bernama Belle itu. Ingat aku tak cam ke? Ni lah itik yang langgar aku kat Sunway hari tu! Siap kutuk aku dalam tandas lagi. Sungguh tidak bermoral!

"Like seriously? Kenapa pindah tiba-tiba ni?" Tanya Medina.

"Sebab Addrian ada kat sini." Kata Zara lalu melemparkan senyuman ke arah Addrian.

"Baiklah pelajar yang aku panggil ni ikut aku cepat. Korang terpilih untuk menyertai perkhemahan." Aku terus menjalankan tugas sebab aku malas nak berlama-lamaan di situ. Aku terus melipat senarai nama tersebut.

"U, I dengan Belle pun nak join camping ni." Kata Zara.

"Aku tak tahu, tanyalah cikgu kalau nak. Aku tolong panggil je. Lagipun camping ni untuk yang terpilih je." Kataku. Terasa malas nak melayan itik dua ekor ni.

"Zara, serius U berdua nak pergi camping?" Tanya Medina dengan pandangan kurang percaya. Alah aku dah dapat agak, orang kaya macam diorang ni manalah suka pergi hutan. Pergi mall barulah diorang minat.

"Kami nak pergi sebab Addrian dengan Firdaus pun pergi." Kata Belle gedik. Geram pula aku tengok dia ni.

"Whatever, jomlah gerak. Nanti cikgu tunggu." Laju kaki aku melangkah meninggalkan mereka semua di belakang.

"Kau okey tak ni?" Soal Firdaus secara tiba-tiba. Entah sejak bila dia berjalan di sisi aku.

"Firdaus, tunggulah I!" Belle merengek manja. Manja kepala otak dia, gedik adalah.

"Yang kau asyik nak berkepit dengan aku ni kenapa?" Tanya Firdaus geram. Hahahaha padan muka kena reject. Muka je lawa! Attitude aku bagi markah -10.

"Alah, U ni." Dia merengek gedik lagi. Dah orang taknak tu, pergilah main jauh-jauh. Shuhhh!

"Lambatnya kamu Sarah." Tegur Cikgu Anita tiba-tiba.

"Hehehe maaf cikgu." Aku hanya tayang sengih.

"Kenapa macam ramai sangat ni?" Tanya cikgu.

"Oh lupa!" Aku menepuk dahi.

"Cikgu, itik eh bukan, pelajar berdua ni nak sertai camping ni jugak, cuma nama diorang takde dalam senarai yang terpilih." Terangku. Kan dah tersasul panggil diorang berdua tu itik.

"Memang ada 2 orang yang dah tarik diri tadi. Tapi.." Belum sempat cikgu menyudahkan ayatnya Belle sudah memotong.

"Alah boleh lah cikgu! Please, please, please?" Belle buat muka comel. Aku akui memang comel tapi entah kenapa rasa ringan pula tangan ni nak lempang muka dia.

"Yelah-yelah." Akhirnya Cikgu Anita mengalah. Apa lagi, melompatlah dua ekor itik tu.

"Baiklah, ni senarai barang yang perlu korang bawa ye. Hari jumaat ni kita bertolak." Kata cikgu Anita. Kami semua mengangguk tanda faham.

****
Sudah seminggu berlalu sejak aku menolak Firdaus masuk ke kolam ikan. Sekarang aku banyak mengelamun di tepi kolam ikan tu.

"Kamu buat apa ni Sarah? Asyik mengelamun je. Ingatkan siapa?" Sapa mummy.

"Ingat Mia. Sarah rindu sangat!" Ya memang aku rindukan Mia. Aiman juga.

"Lah mummy ingatkan rindu siapa." Mummy duduk di sebelah aku.

"Mummy, Sarah nak pergi camping lagi lah hari jumaat ni." Ucapku.

"Okey." Pendek saja balasan dari mummy.

****

Malam itu aku termenung di dalam bilik. Entah apa yang aku menungkan. Aku sendiri tidak pasti

Ting!

Aku mencapai telefon lalu mendapati ada mesej dari whatsapp.

Firdaus : Dah tidur ke?

Sarah : Belum lagi.

Firdaus : Kau dah okey? Kau tak nangis lagi kan?

Sarah : Hahaha aku okey, tak nangis-nangis lagi.

Firdaus : Aku nak tanya something.

Sarah : Tanyalah.

Firdaus : Kau pernah nampak tak si Belle dengan Zara tu? Aku macam pernah nampaklah.

Sarah : Pelupa lah kau ni. Si Belle tu lah yamg langgar aku masa kat Sunway dulu!

Firdaus : Kan! Aku memang dah agak! Tapi aku takut salah orang! Ish aku tak tahu lah apa masalah dia tu.

Sarah : Kenapa?

Firdaus : Asyik nak berkepit je! Aku nak belajar pun tak senang. Gedik.

Sarah : Hahahaha! Agak-agak kalau aku buat camtu kat kau, kau benci aku jugak ke?

Firdaus : Kalau kau, tak kot.

Sarah : Kenapa pulak?

Firdaus : Sebab aku suka kau?

Wuarghh! Aku berguling-guling di atas katil. Sepuluh kali aku baca. Aku tersenyum setiap kali membacanya. Entah kenapa aku rasa happy.

Sarah : Malas lah nak layan kau.

Firdaus : Alah aku gurau jelah.

Eeee. Dia cakap dia gurau je? Gurau?! Aku melemparkan telefon itu jauh dari aku. Geram!

Ting! Ting! Ting! Berkali-kali telefon itu berbunyi. Aku buat dunno je. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku biarkan sahaja Charlie Puth buat konsert tanpa ada hati mahu mengangkat panggilan itu.

Let's Marvin Gaye and get it on,

You got the healling that I want,

Just like they said it in the song,

Until the dawn,

Let's Marvin Gaye and Gaye it on!

Ok aku kalah! Terus aku angkat telefon itu.

"Hello?" Aku memulakan bicara.

"Kau dah tidur ke?" Tanyanya.

"Ya, tengah mengigau ni. Kau rasa kalau aku tengah tidur aku jawab ke call kau ni." Kataku.

"Manalah tau kau bangun sebab Charlie Puth sibuk sangat berkonsert." Katanya.

"Kenapa kau call aku?"

"Sebab kau bluetick message aku kat whatsapp. Kenapa tak balas?"

"Perlu ke?"

"Tak perlulah. Kau baca mesej aku yang baru tu eh? Tak payah balas. Bye!" Firdaus terus menamatkan panggilan.

Aih? Mati? Takkan merajuk kot. Aku terus buka aplikasi whatsapp untuk membaca mesejnya. Ada tujuh mesej baru.

Firdaus : Janganlah bluetick.

Firdaus : Kau marah aku ke?

Firdaus : Kau dah tidur ke ni?

Firdaus : Alah janganlah marah aku.

Firdaus : Sarah oh Sarah ~ Aku tahu kau bangun lagi, aku tahu kau sengaja taknak check whatsapp kan?

Firdaus : Aku tahu kau akan kalah kalau aku call. Kejap aku call.

Firdaus : I love you :* Kali ni aku tak bergurau.

Aku tersenyum membaca setiap mesejnya. Lebih-lebih lagi mesej yang terakhir sekali. Aku berguling-guling di atas katil sambil memeluk Love, anak patung yang papa belikan untuk aku dari New York. Sedang aku sibuk berguling ke kiri dan kanan tiba-tiba, Pukkkk!

"Arghhh!" Aku mengerang kesakitan apabila kepala aku terhantuk pada almari di sisi katil. Sakit wo!

Aku mengusap lembut dahi malang aku. Maafkan aku wahai dahi. Ni kalau mummy tahu ni mahunya aku ditibai guna kuali. Erkkkk! Dahi aku!!!!!

Macam dah lama tak update kan? Eh ya ke? Ok siapa kat media tu? Sebelum ni dah tunjuk Iz dengan Mia kan? Kali ni kita tunjuk Medina pulak. Hahahaha! Lawo tak Medina? HIHIHIHI Love you dear readers! Muah ciked :* Hahahaha (*^﹏^*) Sorry typo.. Lagi satu sis nak promote cerita 'Kebahagiaan dalam perpisahan' yang ditulis oleh @MissJ38 .. Baca ye, jangan tak baca pulak ;)

Continue Reading

You'll Also Like

1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...