Pengawas Gila!

By MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 20

28.2K 1.5K 53
By MyaAmeera

"Medina!" Mia menjerit lalu memeluk Medina.

"Mia! Rindu gila dengan kau! Nasib baik kau datang sini kalau tak, mereput lah aku sebab rindu kau!"

"Aku pun rindu kau sangat-sangat!" Kemudian mereka berpelukan lagi.

"Sudah-sudahlah tu. Macam kera kena belacan aku tengok." Aku ketawa. Ada kena mengena ke?

"Kera? Kau lagi sesuai aku rasa. Hahahaha. Well, Aiman mana Aiman?" Medina meliarkan matanya. Sekejap kepalanya ke kiri, kejap je kanan.

"Aiman pergi tuisyen. Kejap lagi dia balik lah tu." Mia menjawab lalu Medina mengangguk.

Kami bertiga memang rapat. Selalu je hangout sama-sama sebelum ni. Tapi sekarang dah jarang. Huhuhu.

"Assalamualaikum." Terdengar suara seseorang memberi salam.

"Waalaikumussalam." Serentak kami bertiga menjawab. Panjang umur!

"Aiman!" Medina melemparkan senyuman termanis sampai aku pun kena kencing manis tengok senyuman tu.

"Medina Melissa binti Datuk Jaafar!" Lebar senyuman Aiman.

"Rindu aku tak?" Medina ketawa.

"Rindu! Tapi aku lagi rindu Diva. Diva mana Diva?" Aiman tersengih.

"Huh, kucing aku jugakkan yang kau cari. Yelah, aku sedar, siapalah aku di mata kau." Medina buat-buat sedih.

"Tau takpe. Hahaha. Aku gurau jelah. Aku rinduuuuu gila kat kau." Aiman mengenyitkan mata kepada Medina. Medina ketawa comel.

Aduh penat aku tengok telenovela ni. Yang mana pelakonnya dua-dua tak berbakat.

"Sudah-sudahlah tu. Lenguh mata aku tengok korang. Med, jom aku temankan kau naik atas." Mia membantu Medina mengangkat begnya lalu mereka berdua naik ke tingkat atas. Aku pulak duduk menonton tv.

"Ikha, abang nak tanya ni." Lalu Aiman duduk di sebelah aku.

"Tanyalah. Sejak bila abang pandai minta kebenaran nak bertanya dengan Ikha ni?"

"Sejak sekarang. Abang nak bawa kawan abang tinggal sini boleh tak? Senang kitorang nak study. Lagipun parents dia pergi overseas. Adik dia pulak tidur rumah kawan dia." Aiman memandang aku dengan pandangan penuh berharap.

"Ikha no hal. Mummy bagi aje siapa-siapa nak tidur kat sini. By the way, kawan abang ni siapa?" Aku memang tak kisah pun. Lagipun dia dengan Aiman kan. Tak jugak mati kebosanan dia sebab takde kawan nanti.

"Kawan tuisyen abang. Kiranya boleh lah ni kan? Abang kesian je dia tinggal sorang-sorang."

"Boleh, takde masalah."

Aiman mengeluarkan Iphone6 dari poketnya lalu mendail nombor seseorang.

"Assalamualaikum. Ye aku lah ni. Rul cepatlah datang sini. Ha'ah aku sorang je lelaki. Takut gak aku kalau diorang mencabul kehormatan aku." Aku pandang Aiman dengan muka paling epic. Takde maknanya kitorang nak cabul dia.

"Adik aku, sepupu aku, dengan girlfriend aku. Ye betulah serius!" Sejak bila pulak Medina jadi girlfriend dia ni? Siaran di tv sudah tidak menarik perhatian aku. Dari tadi aku asyik pandang Aiman yang berbual dengan rakannya melalui telefon.

"Kucing? Alah bawak je lah. Sepupu dengan adik aku memang suka kucing. Girlfriend? Oh, girlfriend aku pun suka kucing jugak. Tak payah risau lah. Ya, aku whatsapp kau alamat. Ok bye! Assalamualaikum." Aiman meletakkan telefon. Aku tersengih pandang dia.

"Bang, sejak bila Medina jadi girlfriend kau ni?" Aku tersengih.

"Memang dari dulu kan. Girlfriend dalam bahasa melayu apa? Kawan perempuan. Bukan yang special." Dia menekan-nekan skrin Iphone6 kepunyaannya semasa bercakap dengan aku.

"Ye ker? Ada bayangan tak Medina tu boleh jadi sepupu ipar Ikha?" Aku mengekek ketawa.

"Boleh je kalau ada jodoh." Aiman tersengih memandang skrin Iphone6 nya.

"Eh Ikha nak naik jap. Nak bagitau Mia supaya pakai tudung." Aku menepuk bahu Aiman lalu meninggalkannya.

Aku dengan Medina memang dah betudung dalam rumah sebab Aiman bukan mahram kami. Mia pula tak pakailah. Aiman kan abang dia. Aku mengetuk pintu.

"Sarah hari ni kita takyah masaklah. Kita pesan piza je ok tak? Biar abang aku belanja." Mia menyikat rambutnya.

"Piza? Nak!" Aku sudah terbayang piza tuna kegemaran aku. Laparnya!

"Oh ya, Mia kau pakai tudung ek? Kawan abang kau nak datang tidur sini." Aku terus baring di atas katil. Medina pula sibuk menekan-nekan papan kekunci laptopnya.

"Kawan abang aku? Siapa?"

"Entah. Dia cakap kawan tuisyen dia."
Aku mengemaskan tudung bawal aku yang aku pin di dagu dan hujungnya aku main libas je kiri kanan.

"Okey, jomlah turun. Kita pesan piza, aku dah lapar."

-------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum." Kami berempat yang sedang sibuk bergurau di ruang tamu terdiam sebentar.

"Assalamualaikum." Dia beri salam lagi. Mesti kawan Aiman yang datang tu.

"Waalaikumussalam." Serentak kami berempat menjawab. Aku bangun lalu membuka pintu.

"Firdaus?" Terkejut aku melihat susuk tubuhnya terpacak di depan pintu. Dia hanya terseyum.

"Bro, wassap!" Aiman mendekati aku lalu mendapatkan Firdaus. Mereka bersalam lalu membuat gaya yang entah apa dengan tangan. Alah, yang macam lelaki selalu buat tu.

"Along?" Medina terkejut melihat kekandanya.

"Hi Firdaus! Kau rupanya." Mia turut menyapa Firdaus.

"Jap! Korang dah kenal ke?" Aiman pandang kami dengan wajah penuh tanda tanya. Kami bertiga berpandangan lalu ketawa.

"Kita cerita kat dalam. Firdaus, masuklah." Aku melemparkan senyuman manis.

"Along buat apa kat sini?" Medina memulakan bicara.

"Aiman ni lah ajak along tidur sini. Lagipun mama dengan papa kan pergi overseas. Tapi along pun tak tahu ni rumah Sarah mula-mula, lepas Aiman kirim alamat baru Along tahu." Terang Firdaus sambil mengeluarkan si kucing bernama Diva itu dari sangkar comelnya.

"Wah! Diva lah! Jadi korang ni adik beradik lah ya?" Aiman teruja apabila Diva keluar dari sangkaranya. Terus Aiman memeluk dan mencium si comel itu. Sebelum ini Medina ada bawak Diva datang sini. Sebab itulah Aiman kenal Diva.

"Ha'ah, Medina adik aku." Katanya lagi. Aiman menganguk tanda faham.

"Hai Firdaus! Tak lama lagi dapat adik ipar lah!" Aku ketawa kecil.

"Adik ipar? Aku tak faham." Firdaus memandang aku minta penjelasan. Aku cuma menggeleng lalu ketawa. Tiba-tiba Mia mencubit lengan aku lalu bertanya melalui pandangan mata. Aku terus berbisik di telinganya. Kami berdua pandang medina lalu ketawa.

"Apa?" Soal Medina apabila sedar kami ketawa melihatnya. Aku dan Mia terus menggeleng dengan senyuman di bibir.

"Oh ya, mana girlfriend kau Man?" Firdaus bertanya Aiman yang sedari tadi sibuk bermain dengan Diva. Sekejap dia ketawa, sekejap dia mengusap kepala Diva dan bercakaran dengannya.

"Tu, yang duduk bersila atas sofa tu." Aiman memuncungkan mulutnya ke arah kami kemudian dia kembali bermain dengan Diva. Di antara kami bertiga, Medina seorang sahaja yang bersila atas sofa.

Aku dan Mia pandang Medina. Dia hanya diam memandang skrin telefon. Sibuk berinstagram. Mesti dia tak perasan mata kami bertiga sedari tadi menenungnya.

"Wah! Issa dah pandai eh. Ada boyfriend hot tak bagi tahu Along." Firdaus tersengih memandang Medina. Medina yang tidak tahu apa-apa hanya menayangkan muka blur.

"Along merepek apa ni? Issa tak faham."

"Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu." Mia berkata lalu ketawa sambil menutup mulut. Dia ketawa memang macam tu, ketawanya lebih sopan dari aku.

"Aku lagi tak faham." Aku galak ketawa apabila muka Medina berkerut seribu.

"Takde apalah Med." Aku tahan ketawa. Seronok kenakan dia ni. Hahahaha.

Ting Tong!

Loceng dibunyikan. Aku sudah terhidu bau piza kegemaran aku. Mmmm! Yummy! Aku, Medina dan Mia meluru ke pintu. Maklumlah, dah kebulur sangat ni. Dan tengah hari ini kami berpartyy makan piza. Sambil makan kami bergurau dan berselfie sakan. Dah macam keluarga bahagia. Seronoknya dapat berkumpul macam ni.

-------------------------------------------------------------

Selepas menunaikan sembahyang maghrib, aku, Mia dan Medina melepak di dapur. Aiman dan Firdaus pulak berkurung di dalam bilik. Study lah tu, calon SPM kenalah rajin ye dok?

"So, kita nak masak apa ni?" Mia membuka peti sejuk. Medina turut menyertai Mia membelek barang dapur yang ada.

"Apa kata kita masak ayam masak merah?" Medina memberi cadangan.

"Ok jugak tu. Feveret Aiman tu.." Aku ketawa mendengar kata-kata Mia.

"Kita masak ayam masak merah dengan sayur kubis je lah." Aku memberi cadangan. Medina dan Mia mengangguk tanda setuju.

Hampir sejam aku, Mia dan Medina bersilat di dapur. Hmm! Hebat jugak kitorang ni!

"Aku panggil abang-abang korang eh." Kataku selepas siap mengelap meja. Medina sedang sibuk menyediakan pinggan dan Mia pula sedang mengacau air di dalam sebuah jug.

"Okey." Balas mereka berdua serentak.

Aku terus memanjat tangga ke tingkat atas. Tanpa memberi salam atau meminta izin masuk, aku terus membuka pintu bilik mereka.

"Wei, jom maa..." Kata-kata aku terhenti apabila ternampak mereka berdua hanya mengenakan boxer! Gila seksi! Aku terus pusing ke belakang. Aduh buat malu je! Tu lah, lain kali bagi salam dulu!

"Hah, pusinglah. Kitorang dah berbaju." Aku pusing menghadap mereka. Fuh! Nasib baik. Nasib tak gugur jantung aku. Apa tidak, dua-dua pun pakai pakaian yang paling minimum tadi. Dua-dua pun sado huhuhuhu. Nasib baik akak kuat!

"Yang korang tak berbaju tadi kenapa. Tegak bulu roma kita tahu tak?" Aku mencebik.

"Dah Ikha terus masuk. Lagipun Ikha patut bersyukur tau sebab dapat tengok abang-abang sado macam kitorang berdua ni." Aiman acah-acah buat gaya cool! Sepupuku hot! Perghh! Korang ada?

"Macam gay je." Aku ketawa.

"Alamak Man, dia tuduh kita tak straight lah!" Firdaus galak ketawa.

"Dah lah! Jom turun makan. Diorang dah tunggu tu!"

Sebenarnya sis nak tulis panjang lagi tapi mata ni dah merayu nak minta tidur. Harap korang enjoy bab ni hehehehe. Lepas ni sis update banyak lagi ok. Hahahaha Saja je letak gambar sendiri kat media :P Maafkan typo sis (*^﹏^*)


Continue Reading

You'll Also Like

28.7K 1.3K 34
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
256K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...