Pengawas Gila!

Por MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... Mais

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 18

28.9K 1.5K 70
Por MyaAmeera

"Mia!" Aku terus menerkam Mia selepas ternampak dia bersantai di ruang tamu bersama Mummy, daddy, uncle Amri dan auntie Eliza.

"Ya allah! Mak long, kenapa anak mak long ni. Aduh lemas kita. Wei Ikha aku bukan bantal peluk lah." Mia menolak aku. Aku kembali memeluknya.

"Aku rindu."

"Aku pun rindu kau." Mia membalas pelukanku.

"Sudah-sudahlah kamu berjejak kasih tu." Aku mencebik mendengar kata-kata mummy. Segera aku bersalaman dengan Auntie Eliza dan Uncle Amri.

"Abang Aiman mana?" Aku memandang kiri kanan. Takkan takde kot. Alah, tak best ah macam ni.

"Orang ada kat sini lah. Orang yang kat sana tu apahal pulak cari orang kat sini?" Aiman menyandar di dinding. Kenapalah hidup aku dikelilingi dengan lelaki-lelaki hot? Aiman hensem kot! Nasib baik sepupu aku, kalau tak dah lama aku try. Hahahaha gurau.

"Orang kat sini cari sebab rindu dekat orang kat sana." Aku sengih.

"Eleh, rindu konon." Aiman mencebik.

"Tak percaya sudah." Aku menjelir lidah.

"Wah cantiknya! Siapa bagi kau ni Ikha? Wah! Sweet gilo!" Sama seperti Medina, Mia terus mencium bunga tu. Serius wangi! Bau dia unik, tak macam bunga ros lain. Ros dari pluto mungkin. Semua orang tersengih pandang aku.

"Bang, tengoklah ank dara kita ni. Wah, wah. Bukan main Ikha ye? Siapa bagi? Firdaus ke Addrian?" Mummy mengangkat kening. Alah, bocorlah rahsia aku!

"Firdaus." Jawab aku pendek. Janganlah diorang fikir bukan-bukan! Jenuh aku nak menerangkan nanti.

"Firdaus Mia kenal. Addrian, hmm.. siapa tu?" Mia sudah menjongket kening. Alahai Mia, kenapa dibangkitkan isu tu!

"Kawan, budak baru. Dari Michael." Mereka semua terangguk-angguk.

"Tak nak bawa jumpa mummy dengan daddy ke Ikha?" Itu dia soalan bonus dari uncle Amri! Nak bawak jumpa mummy dengan daddy? Uncle nak Ikha kena kapak dengan mummy dan daddy ke?

"Ha'ah Ikha. Nanti bawaklah jumpa mummy dengan daddy. Kami okey, kan abang?" Mummy tayang sengih. Tak lawak lah mummy! Mati hidup balik pun aku taknak lah!

"Mengarut lah mummy ni!" Aku mencebik lalu semua orang mengetawakanku.

**********************************

"Oh macam tu! Kenapa lah kau tak bagi tau aku awal-awal!"

Aduh, lenguh mulut aku bercerita pada Mia tentang Addrian. Semua aku cerita. Dari A-Z. Dari mula aku jumpa dia sampai ke cerita hari ini. Dapat tak korang bayangkan betapa panjangnya tu?!

"Jadi kau pilih siapa?" Mia menyiku aku.

"Pilih siapa apa pulak ni?" Aku membelek majalah di tepi katil. Kemudian Mia merampas majalah tersebut dari aku.

"Addrian atau Firdaus?" Mia duduk bersila di atas katil.

"Mia kau ingat Iz tak?"

"Jangan tukar topik boleh tak?" Dia memukul aku menggunakan sebiji bantal.

"Bukan tukar topik lah! Ni ada sangkut paut jugak!" Aku mula baring dan memandang siling. Hmm..

"Iz? Farizal? Yang kau cinta separuh mati dulu tu?" Mia turut baring di sisiku.

"Dia tu lah." Aku memejamkan mata lalu tersenyum. Hmm.. Itulah 'dia' yang aku maksudkan sebelum ni. Farizal Haikal. Sebut je nama dia bibir aku terus mengukir senyuman.

"Jangan cakap kau masih suka dia Ikha."

"Aku pun tak tahulah Mia. Aku dah move on. Tapi kenapa aku masih suka sebut nama dia? Fikirkan dia? Kau rasa kenapa ek?" Aku memandang ke kiri. Bunga yang Firdaus bagi aku dah letak dalam pasu. Firdaus. Sentiasa buat hati aku cair. Tapi rasanya masih tak cukup. Tak sehebat Farizal Haikal cairkan hati aku walaupun Firdaus jauh lebih kacak.

"Aku tak tahu. Complicated. Tapi kenapa eh? Firdaus dan Addrian tu berebut-rebut nakkan kau, tapi kau masih fikirkan Iz. Lagipun, Iz kan suka orang lain. Dalam bahasa kasarnya kau betepuk sebelah tangan."

"Sebab hati diorang ada kat aku, tapi hati aku pulak masih lagi ada kat Iz." Aku tersenyum tawar.

"Okey, macam ni, anggaplah Iz tu cuma sebahagian dari masa lalu kau. Lagipun Iz dah takde." Mia cuba nenyedarkan aku.

Ya. Iz dah takde. Aku sangat rindu dia. Tiba-tiba setitis air mata aku jatuh. Iz, aku rindu kau. Aku masih tak dapat lupakan kau. Kenapa kau tinggalkan aku?

Tahun lepas..

"Cikgu dengar ada murid baru." Cikgu yang tidak aku kenali itu seolah-olah mencari aku. Segera aku mengangkat tangan.

"Wah, lawanya! Macam Taylor Swift." Gurauan cikgu itu membuatkan aku tertunduk malu. Rakan sekelas baharuku galak ketawa.

"Ok cik Taylor Swift, mari ke depan kenalkan diri." Terasa janggal pula apabila semua mata memandang aku.

"Er, nama saya Sarah Zulaikha. Nak panggil apa pun saya tak kisah. Sarah ke, Zulaikha ke, Ikha ker, semua boleh." Aku tersenyum manis.

"Nak panggil sayang boleh?" Ucap seorang lelaki yang duduk betul-betul di hadapan aku. Aku hanya tersengih. Satu kelas ketawa termasuk cikgu. Sporting cikgu ni!

"Kenapa Iz? Dah berkenan ke?" Cikgu itu ketawa. Dari dekat barulah aku nampak nametag yang dipakai oleh cikgu itu. Emma. Ohh, nama cikgu ni Emma rupanya.

"Baik, ada sesiapa nak tanya soalan pada Sarah?"

"Awak single tak?" Lelaki tadi bertanya lagi. Aku hanya menunduk malu.

"Kamu ni Iz! Takde soalan lain ke? Tahulah Sarah ni lawa." Cikgu Emma hanya berpeluk tubuh. Iz, Iz rupanya nama dia. Bibir aku mengukir senyuman.

Selepas tamat sesi bersoal jawab aku kembali ke tempat dudukku. Gadis putih melepak duduk di sebelah aku ni bernama Medina Melissa. Aku panggil dia Medina. Dia yang suruh aku panggil macam tu, aku iyakan saja.

Knock,Knock. Meja aku diketuk lalu aku mengangkat muka. Iz? Tak silap itu lah nama dia.

"Hai Taylor Swift! Nama saya Farizal Haikal." Dia tersenyum manis. Aku hanya tertunduk malu. Perasaan yang aneh tiba-tiba datang menjelma. Aku bagai tertarik dengan Iz.

Pertama kali aku melihat wajahnya tadi, jantung sudah mengepam darah dengan laju. Hati berasa tidak keruan dengan setiap butir bicaranya. Pertama kali aku merasa perasaan seperti ini. Aku rasa bahagia.

"Macam sombong je cik Taylor Swift ni. Taknak layan kita ker?" Dia menongkat dagu di hadapanku.

"Er hai, Fa, Fari..." Aku tergagap sebab tak ingat nama penuh dia.

"Farizal Haikal. Alah, kalau susah sangat panggil saya sayang je lah. Tak pun abang." Dia cuba bergurau. Tiba-tiba aku berasa gugup. Aku hanya mampu tersenyum macam orang bodoh.

"Kau ni Iz, janganlah kacau dia." Medina menolak dahi Iz.

"Baby, sampai hati U kan! Sanggup U tolak dahi I? I cinta U." Aku terkejut apabila Iz memejamkan matanya dan bergerak ke arah Medina perlahan-lahan. Dia macam nak cium Medina lah. Bukkk! Medina memukulnya menggunakan buku teks sejarah.

"Padan muka." Medina tersenyum puas apabila Iz mengaduh kesakitan.

"Sarah, kau jangan layan sangat dia ni. Dia ni memang macam ni dengan semua orang." Aku tersenyum nipis mendengar penjelasan Medina.

Hmm.. Aku fikir Iz layan aku macam tu sebab dia suka aku. Malangnya tanggapan aku silap. Rupanya semua orang dilayan sebegini oleh Iz. Aku berasa sedikit kecewa.

"Bukan semua orang lah. Orang-orang yang terpilih je aku layan macam ni." Dia tersenyum manis.

"Taylor Swift taknak turun makan ke?" Ada rupanya lagi dia ni. Ingatkan dah turun. Dari tadi senyap je.

"Yelah Sarah, jomlah makan. Rehat 30 minit je." Medina mengemaskan tudungnya.

"Er, turun lah dulu. Nanti aku turun."

"Okey, tapi jangan lambat sangat tau. Jomlah Iz." Medina dan Iz jalan beriringan menuju ke kantin. Timbul pula rasa cemburu.

Aku menutup suis kipas lalu menutup rapat kedua-dua pintu. Baru sahaja aku ingin mengorak langkah untuk pergi dari situ, aku ditahan oleh sekumpulan lelaki.

"Wah, siapa ni? Cute. Budak baru ke?" Mereka menahan aku.

Aduh! Takkan hari pertama dah kena buli? Apa nak buat? Buli balik? Tapi papa tak suruh aku gaduh.

"Jomlah turun ngan kitorang." Salah seorang dari mereka menarik tangan aku.

"Lepas lah bodoh!"

"Wah, muka je lawa tapi garang lah wei!" Mereka ketawa. Ish seram aku! Dah macam perogol bersiri.

"Dude, jangan kacau awek aku lah." Aku berpaling apabila terdengar satu suara. Iz!

"Awek kau ke Iz? Alah bagi lah kat aku. Anggaplah dia ni hadiah daripada junior untuk seniornya." Lelaki itu tersenyum gatal. Ee seram aku! Betul-betul perogol bersiri agaknya!

"No, no, no. Kau cari perempuan lain. Dia ni aku punya." Tak tahu kenapa tapi aku suka dengar dia cakap macam tu 'Dia ni aku punya.' Terasa bagai berada di awang-awangan. Kemudian Iz menarik aku pergi dari situ.

"Jangan cakap dengan diorang. Dorang tu bukan betul sangat." Iz tersenyum. Hmm, aku rasa aku memang dah sukakan Iz.

"Mesti susahkan jadi cantik? Asyik kena kacau je. Tapi kau jangan risau, aku akan sentiasa tolong kau." Dia tersenyum lagi. Aku macam nak menari agogo sebab gembira sangat! Aku bagai berada di awang-awangan!
Air mata mengalir dengan deras sekali setiap kali aku teringatkan setiap kenangan bersamanya. Kemudian Mia memeluk aku dengan erat.

"Dahlah. Dia kan dah takde. Janganlah nangis lagi." Mia cuba memujukku.

"Aku tak boleh. Semua benda yang aku buat akan mengingatkan aku pasal dia." Aku menangis semahu-mahunya dalam pelukan Mia.

"Tapi sebelum ni kan kau dah ok."

"Aku tak tahu. Tiba-tiba aku teringat dia balik. Kenangan tu semua datang balik Mia. Bodoh ke aku menangis sebab ni? Aku rindu dia sangat. Iz." Aku terus menangis dalam pelukkan Mia. Mia menggosok lembut belakangku.

Hello! Sorry kalau bab ni tak seperti yang korang harapkan. Author akan cuba update secepat mungkin lepas ni okey. Sebarang typo amatlah dikesali. Thank you!

Continuar a ler

Também vai Gostar

6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
Barbie Doll✔ Por Dayanabilah

Ficção Adolescente

3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
Hater to Harder Por SyaUryuu

Ficção Adolescente

88.8K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...