Pengawas Gila!

By MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 17

30.1K 1.6K 57
By MyaAmeera

"Wei, wei berhenti jap!"

"Ish kau ni janganlah sergah aku camtu. Bagi lah salam dulu ke." Dia menolak lembut kepala aku. Aku balas balik dengan menolak dahi dia.

Aku masih lagi memegang lengannya. Nasib baiklah aku pakai sarung tangan, kalau tak memang aku tak berani pegang-pegang lelaki tak berlapik ni. Nak minta tolong Medina, boleh berguling-guling kitorang kat sini. Medina pun tak berapa reti sangat, tapi kalau setakat nak meluncur sendiri tu dia bolehlah.

"Kau tengok tu. Tu bukan ke itik yang langgar aku hari tu?" Aku menunding jari ke arah Medina dan Addrian yang sedang berbual bersama sekumpulan gadis.

"Mana? Ramai orang lah! Mana aku nampak." Dia mencari-cari. Sekejap kepalanya ke kiri, sekejap ke kanan. Aku yang naik pening.

"Ish! Buta ke rabun?! Tu hah! Yang 5 orang pakai short pants kat sana tu." Aku memuncungkan bibir ke arah mereka.

"Ohh yang tu." Dia terangguk-angguk.

"Amboi, mentang-mentanglah aku mention short pants, terus nampak lah ye? Gatal." Aku mencebik.

"Kau jeles ke?" Dia mengangkat kening lalu tersenyum sinis. Ee, perasan lah dia ni! Patut buat medical check-up, manalah tau dia ada terkena jangkitan bakteria perasan!

"Jeles kejadah! Boleh jalan lah!" Aku mencebik lagi. Tiba-tiba telinga aku menangkap suara beberapa orang gadis yang berada berdekatan kami berdua.

"Hensem bai boyfriend dia, untunglah! Dia pun lawa!" Gadis itu berbisik kepada rakannya. Bisik jadah! Aku boleh dengar lah, tapi aku buat bodoh je.

"Tu lah! Sweet gila! Skate sama-sama, pakai couple shirt, jeles doh!." Aku mencebik pandang Firdaus. Aku tahu dia pun dengar. Dia tersenyum gatal. Diorang tu pun satu, berbisik macam tertelan microphone! Aku yang jauh ni masih boleh dengar lah diorang berbisik.

"Kau tengok, orang lain pun puji kita sweet tau!" Dia berbisik di telinga aku dengan nada teruja.

"Apa kata kau jadi gitlfriend aku?" Dia buat muka gatal. Ish aku tak sukalah bila dia main-main camni! Yang cairnya aku! Ish! Benci betul!

"Kalau kau rasa nak kena lempang atau nak jadi bola hoki ais, teruskanlah mengarut macam tu!" Aku menjelingnya tajam. Dia menarik muncung.

"Kau ni tak boleh bawak gurau lah." Kali ini giliran aku pula menarik muncung. Kemudian Firdaus tiba-tiba menarik muncung itik aku. Terkejut punya pasal, aku cuba untuk menepis tangannya. Aku tidak lagi berpaut padanya. Kemudian badan aku hilang imbangan dan Bukkkk! Innalilah, macam nangka busuk!

"Adoi!" Aku yang sudah terduduk di atas ais terkaku apabila ramai orang memandangku. Malu! Itu yang aku rasa sekarang! Firdaus hanya memandang aku dengan wajah selamba. Ish! Bencinya dia ni!

Bersusah payah aku cuba untuk bangun namun gagal. Ais ni terlalu licin! Wahai ais! Kau memang sengaja nak dera aku ke ni?! Lalu anak mata aku menikam wajah Firdaus. Tersengih-sengih dia pandang aku. Geram! Nak aje aku gigit mamat depan ni sebab geram sangat!

"Wei tarik lah aku! Aku tak dapat bangun sendiri lah!" Marahku. Orang dalam kesusahan dia boleh sengih je?! Tak tanya pun aku okey ke tak! Kecik hati aku! Kemudian dia menghulurkan tangan. Belum sempat aku meraih tangannya, dia sudah melarikan tangannya itu. Nak mainkan aku pulak dia ni! Memang nak makan penampar aku lah! Huhu nak nangis! Mummy, daddy! Firdaus kejam!

"Aku tolong kau tapi ada syarat." Ergh! Geram! Tuhan sajalah yang tahu betapa teringinnya aku nak lempang muka dia sekarang ni. Aku jadi makin malu apabila ada beberapa mata yang menyaksikan drama tak laku kami.

"Wei cepatlah! Aku malu." Aku buat muka sedih. Itulah modal aku bagi meraih simpati semua orang.

"Jadi girlfriend aku." Dia tersenyum lalu menghulurkan tangannya. Aku dapat rasa yang muka aku sedang berona merah. Tak guna punya Firdaus! Main kotor nampak!

"Kalau kau sambut tangan aku, aku anggap kau setuju." Dia tersenyum lagi. Anak matanya menikam anak mata aku. Bagai terpana dengan matanya, aku tanpa berfikir panjang terus menarik tangannya lalu berdiri.
"Wow, korang tengoklah tu, sweet gila!" Kata gadis yang bagai tertelan microphone tadi. Aku sedar yang matanya sedari tadi tidak lepas-lepas memandang aku dan Firdaus.

Sweet? Drama murah ni pun dia cakap sweet? Sweet kejadahnya bila hero membiarkan heroinnya terduduk macam anjing laut atas ais ni tadi.

"Aku nak keluar." Kata aku selamba sambil memegang lengannya. Kali ini aku memegang kuat tangannya. Takut jatuh lagi! Cukup lah dah malu tadi! Jaga kau Firdaus! Aku sembur kau cukup-cukup lepas ni!

Aku terus membuka kasut setelah keluar dari gelanggang ais tadi. Sumpah pasni aku takkan main lagi benda ni! Aku memandang tajam Firdaus yang turut membuka kasutnya. Aku berdiri lalu bercekak pinggang.

"Kau ni dah kenapa?" Aku betul-betul rasa nak lempang dia! Ya Allah! Malu betul aku hari ni! Kenapa dia kejam sangat kat aku hari ni? Hari tu dialah penyelamat aku masa aku hampir jatuh. Kali ni? Huhuhu nak nangis!

"Kenapa? Kaki awak sakit ke?" Aku buat muka menyampah. Kaki tak sakit! Hati ni lagi sakit lah! Dah bengkak agaknya!

"Yang kau berawak dengan aku ni kenapa? Kau tertelan ubat gegat ke apa ni?" Ikut hati aku nak je meroyan lepas tu marah dia cukup-cukup! Tapi tak tahulah kenapa aku rasa tak sampai hati.

"Kau kan dah jadi girlfriend aku sekarang. Jangan lupa tu!" Senyumannya seolah-olah memerli aku. Erk.. lupa pulak pasal syarat tu. Kiranya dah rasmi lah ni? Ehh jangan merepek lah!

"Ada aku cakap aku setuju?" Aku berpeluk tubuh. Kejadian tadi berlayar dalam kotak fikiran aku. Tiba-tiba aku dapat rasa detakkan jantung aku. Laju. Aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Aku dapat rasa satu perasaan yang maha pelik! Cinta? Hell no!

"Kan aku dah cakap, bila kau sambut tangan aku maknanya kau dah terima aku. So? Aku tak paksa kau pun kan."

"Tapi aku terpaksa tau! Ke kau memang sengaja nak malukan aku tadi?"

"Malu ke? Semua orang tengok pun jeles lah dengan kau. Sebab aku sweet." Dia tersenyum manis lagi. Tak tahu kenapa setiap kali dia senyum hati aku rasa makin sejuk. Hai hati! Bengkak dah surut ke?

"Banyak lah kau punya sweet. Sweet kejadahnya macam tu." Aku memasamkan muka. Kalah asid etanoik 10 MOL.

"Janganlah marah, aku gurau je lah. Memang aku nak tolong kau tadi tapi aku tengok comel je kau terkial-kial kat atas ais tadi. Kalau aku rakam kau lepas tu upload kat Youtube mesti kau famous!"

"Ha'ah! Famous! Trending lagi kan! #AnjingLautTerkial-kialAtasAis. Wahhh bestnyerr!" Aku buat muka menyampah lalu berlalu dari situ. Bila dah down ni memang satu benda je aku cari. Aiskrim!

"Kita nak ke mana ni?" Ehh? Sejak bila pulak dia ikut aku ni? Ish, memang tak boleh tengok orang senanglah dia ni! Pertanyaannya sengaja aku tak jawab. Nak merajuk! Gedik? Aku peduli apa!

Aku membeli aiskrim kegemranku. Aiskrim vanilla! Hmm sedap! Aku duduk di tempat yang disediakan di dalam kedai itu sambil menikmati aiskrim aku. Hmm tenangnya. Aku memejamkan mata untuk merasai ketenangan. Apabila mata aku terbuka, aku nampak Firdaus sedang duduk di hadapan aku sambil menikmati aiskrim oreonya. Nak merajuk punya pasal, aku langsung tak endahkan dia. Aku cuma buat bodoh sambil terus melayan aiskrim aku.

"Kau masih tak nak cakap ngan aku ke? Merajuk lagi?" Dia memulakan bicara apabila aku memang tiada tanda-tanda nak bersuara. Aku terus diam. Mulut aku dah zip dan mangga. Aku nak merajuk habis-habisan ngan dia!

"Sarah Zulaikha, janganlah marah. Tak comel. Saya tak pandai pujuk oranglah. Modal saya nak pujuk awak cuma muka kucing saya. Tengok mata ni." Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Aku ketawa. Comel, tapi buruk betul bila mamat macho nak acah cute.

"Yeah, dah ketawa." Dia melemparkan senyuman. Hish, taulah senyum tu sedekah tapi tak payah lah nak sedekah banyak sangat kat aku! Bagai tersedar aku batuk kecil lalu kembali dengan riak muka bersahaja tadi. Ego kena tinggi! Dia kena pujuk aku lebih lagi! Baru aku maafkan. Hahahaha.

"Hm.. aku tak ada idea lah macam mana nak pujuk kau. Aku tak reti. Aku tak pernah pujuk perempuan merajuk. Issa tu lainlah, senang dipujuk."

Memang Medina tu senang kena pujuk. Tayang je muka cute atau buat dia gelak. Dijamin lepastu dia akan okey. Tapi aku lain! Perlukan kesabaran yang tinggi untuk pujuk aku.

"Oh ya! Kau tunggu sini kejap eh. I'll be right back!" Kemudian dia meninggalkan aku tercongok sendirian di sini. Huhuhu. Macam forever alone pulak duduk makan aiskrim sorang-sorang kat sini.

Aku mengeluarkan telefon. Snap gambar aiskrim aku. Gambar aiskrim Firdaus pun nampak sekali. Aku letak caption 'Forever alone. Orang tu tak pandai nak pujuk. Huhuhu.'. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Medina! Lupa pulak pasal diorang berdua! Mampus aku!

"Hello? Hehehehe." Aku memulakan perbualan selepas menjawab panggilan itu.

"Banyak lah hehehe kau! Korang kat mana hah? Puas kitorang cari! Ambik kesempatan dating lah tu!"

"Dating kejadah! Aku kat kedai lah. Panjang citernya! Sorry beb, aku betul-betul lupa lah pasal korang!" Aku sudah menggaru kepala yang tak gatal. Aku tak ada kutu okey.

"Macam ni lah kawan kan, aku sedar siapalah diri ini bagimu. Eh malaslah nak drama. Cepat lah datang sini balik. Awkward lah aku berdua dengan Addrian kat sini, nasib baik ada kawan lama aku kat sini kalau tak memang aku dah blah! Cepat sikit! Habis kredit aku!" Belum sempat aku nak cakap apa-apa dia sudah memutuskan talian. Mak aih! Kedekut kredit lah minah ni. Nama je anak Datuk, tapi kredit pun nak berkira. Apalah.

Aku cepat-cepat menghabiskan aiskrim aku. Tiba-tiba sejambak bunga ros muncul di hadapan aku. Firdaus?

"Aku tengah cuba pujuk kau ni. Sorry?" Aku agak terharu melihat sejambak bunga itu. Wah, sweetnya! Seumur hidup aku tak pernah dapat bunga dari seorang lelaki, ni kali pertama. Bibir aku mengukir senyuman lalu aku menyambut sejambak bunga ros itu. Wangi!

"Dah senyum-senyum tu maknanya dah tak merajuk lagi lah ni? Suka tak? Sweet tak?" Tanyanya. Aku terus mengangguk laju. Gila tak suka! Cantik gila. Entah ada berapa kuntum semuanya. Di bahagian tengah ros merah yang disusun sehingga kelihatan seperti bentuk hati. Di tepinya pula ada banyak ros berwarna putih yang menyerlahkan lagi ros merah yang berada di bahagian tengah. Sumpah cantik!

"Dari mana kau dapat ni? Sini ada kedai bunga ke?"

"Rahsia. Special untuk kau tau!"

"Thank you! Aku suka sangat." Hahaha tadi bukan main nak tinggikan ego.

**********************************

"Korang pergi mana hah?" Medina terus menyergah kami berdua. Aku hanya mampu menayang sengih.

"Tak ke mana pun. Ada orang tu merajuk tadi." Firdaus memandang aku. Aku sengih.

"Wah, ada bungalah! Nak tengok." Aku menghulurkan bunga itu kepada Medina.

"Cantik! Mana kau dapat?" Medina mencium bunga itu. Wei jangan lebih-lebih, aku punya tu. Aku memuncungkan mulut ke arah Firdaus. Medina senyum sampai ke telinga.

"Sweet lah along ni! Issa punya ada?"

"Issa punya takdak. Kalau nak beli sendiri." Firdaus mengetawakan adiknya.

"Apalah nasib, dapat abang yang kejam terhadap adiknya. Aku di-adik tirikan." Medina berlagak sedih.

"Lepas ni kita nak ke mana?" Addrian yang sedari tadi berada dalam mode silent akhirnya bersuara.

"Tengok wayang?" Aku memberi cadangan. Lantas mereka semua bersetuju.

"Nak tengok apa eh?" Kami memegang dagu.

"Tengok jelah apa-apa. Jangan yang lewat sangat nanti lambat pulak kita balik" Cadang Medina.

"The sand, lagi 20 minit. Kita tengok tu jelah." Kami semua mengangguk lalu Addrian dan Firdaus beratur di kaunter tiket.

"Aku nak beli makananlah. Aku belanja. Sarah tanya diorang nak apa." Aku mengangguk lalu menuju ke kauter tiket di mana Firdaus dan Addrian berada. Aku terdengar perbualan mereka.

"Bunga bro? Not bad! I like your style! Tapi aku akan buat lebih lagi dari itu." Addrian ketawa.

"Goodluck bro. Tapi aku takkan biarkan kau dapat orang yang aku cinta." Firdaus tersenyum manis.

Diorang ni tak habis-habis lagi ke berebutkan aku? Tapi aku pilih siapa? Aku tahu aku nak pilih siapa, tapi aku masih lagi ragu-ragu. Huhuhu. Aku sejujurnya masih lagi selalu fikirkan 'dia'. 'Dia', orang yang pertama menambat hati aku sejak kali pertama aku menjejakkan kaki ke SMK Megah. 'Dia'. Masihkah 'dia' bertamu di hati aku? Acap kali aku menolak perasaan sendiri namun tanpa sedar namanya selalu terucap di bibirku. Huhuhu Sarah. Jiwanglah.

"Korang nak makan apa? Medina kata dia belanja." Mereka terkejut apabila aku berada di belakang mereka. Tak payah nak terkejut sangatlah!

"Err.."

***********************************

Kami melangkah masuk ke dalam panggung. Kami duduk di bahagian belakang. Medina duduk di hujung sebelah kiri. Di sebelahnya Firdaus lepas tu aku dan di sebelah aku ada Addrian. Kenapa diorang berdua ni pulak sebelah aku? Aku nak duduk sebelah Medina! Baru sahaja aku ingin menukar tempat duduk, lampu sudah terpadam. Hmm.. duduk je lah! Cerewet kau ni Sarah!

Cerita ni agak bosan bagi aku. Sebab aku tak minat cerita yang ramai orang mati. Aku lagi suka cerita romantik dan komedi. Tiba-tiba muncul babak yang menggelikan. Euw! Addrian menutup mata aku.

"Jangan tengok, aku tahu kau geli. Nanti babak ni habis aku buka mata kau." Tangannya tidak menyentuh muka aku tapi cukup menjadi penghalang agar aku tak nampak skrin besar itu. Aku hanya mengangguk.

Dia mengalihkan tangannya. Tidak lama kemudian ada babak banyak lagi babak yang menggelikan. Addrian terus menutup mata aku. Sampai satu masa aku dah boring, mata aku terasa berat lepas tu aku terus terlelap.

"Sarah, Sarah bangun." Aku mendengar seseorang memanggil nama aku. Mata aku terus terbuka.

"Kejaplah Med, pinjam bahu kau jap." Aku berura-ura ingin menyambung tidur.

"Wei cerita dah habis lah!" Addrian terjerit kecil. Aku pandang ke kanan. Mampus! Aku tidur kat bahu dia rupanya! Alamak malunya! Aku cepat-cepat bangun.

"Orang lain tengok wayang, tapi kau tidur pulak. Apalah." Medina menggeleng.

"Boring lah cerita tu. Banyak babak menggelikan. Aku tak tahan part jari dia tersepit tu! Euw!! Jari aku turut terasa tau. Ngilu!" Aku memegang jari jemariku.

"Dah jom balik. Dah lewat."

Hello pembaca sekalian! Maaf kalau ada tatabahasa penulis yang tak betul. Penulis pun masih belajar. Hahaha. Maaf kalau ada typo jugak eh. Lepasni akan ada throwback pasal 'dia' yang Sarah maksudkan. Tunggu next update eh? Thank you kepada semua tang sudi baca/vote/komen ! Saya hargai!

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
42.5K 2.9K 70
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...