Pengawas Gila!

Af MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... Mere

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 15

29.1K 1.7K 122
Af MyaAmeera

"Lisa, I.."

"Hatchim!" Alamak! Tebersin lah pulak! Hidung ni kan! Mampus aku.

Addrian dan Medina terkejut nampak aku. Tidak!! Macam mana ni?! Apa aku nak buat?!

Err... Langgar je lah!

"Hatchim!" Aku berpura-pura bersin sekali lagi lalu aku menggosok hidung. And action Sarah!

"Er.. Selesma pulak." Kata aku sendiri sambil melangkah ke arah mereka dengan selamba.

"Med, jom lah. Dah lambat dah ni, 1M1S dah lama mula." Aku berlagak seperti baru sampai lalu menarik beg sandang berwarna pink turqoise aku.

Riak terkejut menghiasi wajah mereka berdua.

"Yang korang pandang aku macam tu kenapa?" Lakonan diteruskan bagi menutup jenayah aku tadi.

"Kau.. err.. bila kau sampai?" Addrian tergagap.

"Apa lah soalan kau ni. Yang kau nampak aku ada kat sini sejak bila? Since 1873? Aku kan baru sampai ni. Yang korang macam nampak anak gajah menetas ni kenapa?"

"Takde. Hehehehe.. Err I, ehh aku.. Err pergi dulu bye!"

"Wei tunggu! Aku dapat rasa sesuatu yang tak kenalah." Lakonan aku ni membuatkan mereka terkejut.

Macam babak suspend dalam sinetron. Slow-motion. Ternganga pun slow-motion jugak.

"Merepek! Dah lah Sarah, jom!" Medina menarik beg sandangnya.

"Kejap! Naluri aku kuat mengatakan yang korang ada sorok something. Med, kau tahu kan yang aku ni dilahirkan untuk menyibuk." Hebat tak lakonan aku? Tepuk lah sikit.

"Masalahnya takde apa-apa lah. Addrian ni saja je temankan aku sementara tunggu kau." Hebat juga lakonan minah ni, tapi bukan namanya teman sehidup semati lah kalau pembohongan kecil camni aku tak boleh nak perasan.

"Teman? Korang dah kenal ke ni?" Aku pandang Addrian. Saja nak pancing diorang berdua.

Addrian nampak terkejut dengan soalan aku.

"Ya.. Eh tak,tak. Kami cuma, cuma.. Err." Tergagap-gagap Addrian. Kemudian aku dapat menangkap isyarat matanya kepada Medina.

"Dah. Masa kau takde tadi lah kitorang kenal." Medina lebih selamba dan tenang. Tak tahu kenapa tapi aku rasa macam nak calonkan nama dia ni untuk anugerah pelakon wanita terbaik.

"Oh yeke? Ingatkan dah kenal sebelum ni. Ok jom lah, bising pulak Cikgu Faizal nanti. Bye Addrian." Addrian tersenyum manis lalu kami mengatur langkah menuju ke padang.

"Med, kau tak tipu aku kan?" Aku cuba mengorek rahsia. Tapi aku tetap selamba.

"Aku tipu kau." Katanya selamba. Dia tidak memandang aku sebaliknya fokus memandang hadapan.

What?! Medina nak mengaku ke ni? Serius?!

"What?" Nyata nada terkejut aku.

"Tapi aku tak boleh cerita sekarang. Aku tahu kau dah dengar tadi. Tak kiralah betapa hebatnya kau belakon, kau takkan dapat tipu aku. Aku harap kau sanggup tunggu sampai aku rasa aku dah sedia nak cerita." Dia berkata dengan nada yang serius.

Awwwww. Sweet tak kitorang? Dia tahu bila aku menipu dan aku pun dapat kesan bila dia menipu. Kami tak dapat menipu antara satu sama lain. Sweet kan?

"It's okey Med. Take your time." Aku memegang bahunya.

Kami berjalan hingga ke laluan berbumbung di tepi padang. Kami mendapatkan Cikgu Faizal.

"Mak cik, awal sampai?" Aku dan Medina tersengih.

"Bukan sengaja cikgu. Ni semua sebab Encik polis yang tak bertauliah tadi." Aku mencebik sambil menulis nama pada buku kehadiran.

"Cikgu tau. Masa on the way nak ke sini tadi cikgu nampak kamu bergari dengan Encik polis tak bertauliah tu. Main polis intip ke?" Cikgu Faizal ketawa.

Polis intip? Macam-macam lah cikgu ni. Medina pula sudah ketawa kuat.

***********************************

"Assalamualaikum." Aku memberi salam kemudian terus masuk ke dalam rumah.

Aku ternampak beberapa buah beg besar di tepi tangga. Beg siapa pulak ni? Kenapa ada kat sini? Mummy dengan Daddy nak halau aku ke apa ni?

Tiba-tiba aku ternampak mummy.

"Beg siapa ni mummy?" Aku bertanya. Mummy dari dapur muncul dengan muka bengangnya.

"Beg kamu, mulai hari ni mummy tak nak tengok lagi muka kamu dalam rumah ni. Kamu boleh berambus!"

What theee ikannnn? Mummy ni dah kenapa?!

"Kamu nak keluar sendiri atau kamu nak mummy humban kamu keluar dengan tiga beg ni sekali?!" Suara mummy mula naik satu oktaf.

"Tak apa! Biar Ikha keluar sendiri! Ikha tahu dah sampai masa untuk Ikha keluar dari sini! Ikha tahu Ikha ni cuma anak angkat dan tak layak pun tinggal kat sini. Halalkan makan minum Ikha dan terima kasih atas kasih sayang yang mummy dan daddy curahkan selama ini." Aku pasrah dengan nasib yang bakal menimpa aku selepas ini.

"Bagus! Berambus! Keluar kau cepat dari sini!"

Dengan lafaz basmalah, aku menarik ketiga-tiga beg itu menuju ke pintu. 2 beg besar dan 1 beg kecil.

"Menuju puncak gemilang cahaya, itu dia Sarah Zulaikha pelajar Akademi Fantasia musim ke-13 akhirnya menamatkan pelajarannya di minggu ke-9. Jangan sedih Ikha, rezeki ada di mana-mana. Semoga berjaya di luar sana." Mummy melambaikan tangannya.

Aku berpura-pura menangis sambil melambaikan tangan ke arah mummy.

"And cut! Bravo Ikha! Bravo! Mummy salute kamu. Hebat lakonan kamu! Mummy rasa kamu patut ceburi bidang lakonan lah." Mummy kemudian duduk di atas sofa.

"Alah! Mummy lagi hebat lah! Ikha rasa mummy patut berlakon filem lah lepasni." Aku meletakkan ketiga-tiga beg tadi di tempat asalnya. Kemudian aku duduk di samping mummy.

Jangan terkejut! Aku dengan mummy memang suka bergurau macam ni! Mengikat hubungan kekeluarga lah katakan. Kadang-kadang daddy pun join sekali, tu barulah gempak! Happy family lah katakan.

"By the way, mummy nak outstation ke?" Bagai tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Aku dan mummy selamba melayan tayangan ulangan drama Tuan Anas Mikail.

"Mummy, daddy, uncle Amri and auntie Eliza nak pergi New York 5 hari."

"What???! Ikha pun nak ikut! Auntie Zurich nak kahwin kan? Nak pergii!" Aku merayu mummy. New York wei!

"Tak boleh."

"But why?" Tak puas hati ni! Kenapa aku tak boleh ikut pulak!

"Your exam result." Pendek jawapan mummy.

"Kan Ikha dah janji Ikha akan belajar haritu." Aku buat muka kucing bermata besar macam dalam cerita puss in boots.

"Kalau kamu merayu pun dah tak boleh, dah penuh. Mummy and daddy pun dapat tiket dari uncle Amri. Kebetulan SPM nak dekat, jadi Aiman tak nak skip sekolah. Mia pula tak suka travel. Jadi uncle Amri bagi dua tiket tu kat mummy. So, hello New york!"

"Ish bencilah. Jadi takkan Ikha nak duduk rumah sorang-sorang?"

"Jangan risaulah! Aiman dengan Mia akan tinggal sini sementara."

"Yeke? Yeah! Lama tak jumpa Mia. Erm, mummy kalau Ikha nak ajak Medina tidur sini boleh?" Harap-harap mummy izinkan. Boleh juga kami berempat berpartyy. Aiman tu walaupun tua setahun tapi dia lah yang paling sakan kalau kami menganjurkan party bertiga semasa ibu bapa tiada di rumah. Ajak Medina mesti lagi happening ni!

"Boleh, bawa lah sesiapa yang penting jangan lebih-lebih eh? Mummy percaya Ikha tau! Mummy tak nak apa-apa jadi kat Ikha!"

"Okey mum. Titah dijunjung!" Yeahh! Partyyyy!

*********************************

"Rumah kau? Ada mia dengan Aiman sekali? Cool babe. Lama tak jumpa diorang." Suara Medina kedengaran di hujung talian.

Aku terus menghubungi Medina malam itu untuk mengkhabarkan berita gembira ini.

"By the way, esok lepas sekolah kita lepak Sunway?" Dah lama aku rasa tak pergi jalan-jalan, lagipun aku nak beli novel. Hahahaha.

"Sunway? Hmm ok jugak. Aku nak cari baju untuk Prom sekali."

Prom! Yelah! Lupa pulak!

"Eh Prom bila eh?" Aku dah ingat-ingat lupa.

"Sabtu ni."

Sabtu? Yeahhh! Tak sabarnya! Ada hikmah juga aku tak dapat ikut mummy dengan daddy pergi New York.

"Ok besok kita cari baju!"

"Alright!"

**********************************

"Hello? Encik polis nak apa malam-malam buta ni? Saya baru je habis bergayut dengan adik encik tau!" Aku terus menyergah selepas aku menjawab panggilan tersebut.

"Apa kau merepek ni Sarah?"

Ehh apasal lain suara si Firdaus ni? Aku tengok skrin, Addrian! Aku menepuk dahi. Tu lah, pakai terjah je! Kan dah salah orang. Tapi kenapa aku fikir Firdaus yang call aku? Nama pun aku tak tengok tadi kan. Takkan aku harap dia call aku kut? Sah! Angau dah ni!

"Hahaha sorry, aku fikir si Firdaus tadi." Huhuhu mana nak letak muka ni? Dalam periuk belanga mummy muat agaknya.

"Aku tengok korang macam rapat je?"
"Yeke? Mungkinlah kot!"

"Mungkin? Kenapa ada mungkin?"

"Entah. Hahahaha." Aku tak tahu apa yang lawak. Tapi aku ketawa je.

"Korang couple ke?"

Pulak! Hari tu Firdaus suspek aku couple dengan Addrian. Sekarang Addrian pulak suspek aku couple dengan Firdaus. Apa ni? Aku tak main lah couple-couple bagai. Nak muntah dengar pasal couple dak-dak baru nak up sekarang ni. Ayat kecang! Hahahaha.

"Well, kau rasa?" Nak jugak uji dia sama macam aku uji Firdaus hari tu.

"Aku tak tahu." Mendatar.

"Dia cuma boyfriend aku. Tak lebih tak kurang."

"Not special one, right?"

"Yes."

Aku terdengar dia menghembus nafas lega.

"Addrian,"

"Yes?" Awwww sweetnya suara dia!

"Lepak Sunway esok?"

"On!"

Hai guys! Pasni update takkan laju *laju ker?* macam selalu.. Kenapa? Sebab saya nak mula sambung balik update cerita 'Amnesia! Siapa aku sebenarnya?' yang dah lama berhabuk. Adik saya yang suruh update lagi. Dia kata best = ̄ω ̄= kembang kempis jugaklah hidung ni ≧﹏≦ Kalau free bacalah.. Ahaks, macam promote jerr.... Ok that's all.. Thank you sebab baca, vote and comment 'Pengawas gila!'. ≧﹏≦

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
4.1M 198K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...
6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
1.6M 92.5K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...