Pengawas Gila!

By MyaAmeera

1.8M 97K 8.8K

Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Holaa
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Teaser
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bukan update
Bab 53
Bab 54
Attention!! Author Akan Update ASAP
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
S2?

Bab 11

32.2K 1.7K 152
By MyaAmeera

Wuargh letihnya! Aku menghempaskan badan ke atas katil. Sikit lagi nak terhempas kat atas lantai. Kalau terhempas kat lantai alamatnya ada keduri tahlil lah kat rumah ni nanti.

Tengok jam, baru pukul 5. Tidur lah kejap! Penat pulak. Tidak lama kemudian aku terus terlelap.

"Budak ni! Sarah Zulaikha! Bangun! Kamu boleh sembahyang tak? Maghrib dah ni! Ya Allah! Apalah nak jadi dengan anak dara sorang ni. Entah bila dia pulang pun tak tahu."

Aku dengar mummy membebel. Lambat-lambat aku bangun.

"Ikha bole solat ke?" Tanya mummy.

Aku menggeleng.

"Jadi macam mana dengan temu janji
paksa kamu tu?" Dia tersengih.

Eleh! Mulalah tu nak korek rahsia! Tapi aku memang suka bercerita itu ini dengan mummy. Mummy aku sangat memahami dan sporting! Kau hado?

"Tak best! Best part main ice skating jer."

Kemudian aku bercerita segalanya dengan terperinci. Tanpa hiperbola atau tokok tambah. Berita asli!

"Firdaus selamatkan kamu? Wah sweetnyaaa."

Mummy tersengih lalu menolak bahuku. Keluar dah perangai gila-gila mummy ni. Dah macam Medina pulak!

"Ya. Tapi macam magic pula. Macam mana dia boleh sempat selamatkan Ikha? Dia ada bela saka kot." Aku ketawa.

"Hish budak ni! Jadi yang mana satu?"

"Yang mana satu apa pulak ni?" Bekerut dahiku.

"Ikha pilih Firdaus atau Addrian."

Mummy mengangkat keningnya berkali-kali sambil tersengih. Mummy ni dah kenapa. Takkan dah kemaruk nak bermenantu kot? Jangan buat hal suruh aku kahwin muda sudah! Nonsense semua tu! Aku alah benda macam ni.

"Ikha pilih.." Aku pandang kiri kanan. Lalu aku membuat isyarat tangan meminta mummy datang mendekatiku. Aku meletakkan bibir dekat dengan telinga mummy. Lalu aku berbisik.

"Ikha, Ikha pilih Kim Soo Hyun."

"Hish budak ni! Orang serius dia buat main pula!" Marah mummy.

Hahaha. Mummy dah terkena!

"Daripada pilih diorang berdua tu baik Ikha pilih Kim Soo Hyun. Hensem! Kalau tak pun Le Min Ho ke. Eh Kim Woo Bin pun boleh tahan jugak. Ahaks!"

"Ee.. Apa lah budak ni. Tapi yang penting, jangan pilih Lee Min Hoo, dia tu..." Lalu mummy pandang kiri kanan lalu mendekatkan bibirnya ke telingaku.

Apasal pulak tak boleh pilih Min Ho ni? Dia menagih dadah ke? Ish nonsense! Ke dia tu sebenarnya perempuan? Ok itu lagi nonsense! Dia buat pembedahan plastik ke? Ok yang ni masuk akal sikit. Tapi aku peduli apa, plastik tak plastik, janji hensem! Bukan aku bakal kahwin dengan dia pun.

"Sebab Lee Min Ho tu.... Skandel mummy." Terus mummy senyum katak.

Aku buat muka menyampah. Muntah jugaklah aku kat sini.

"Uhuk! Menyampah! Report kat daddy."

"Report lah." Mummy menjelirkan lidah kepada aku. Macam budak! Hahaha.

*******************************

Aku membuka aplikasi wechat. Nak juga aku baca post mengarut ngarut manusia kini. Aku berhenti scroll, tertera nama Merian. Merian? Siapa ni? Aku kenal ke? Nama pun lebih kurang macam jenama sardin.

Stalk lah kejap si sardin ni.

'Kerna terpaksa aku relakan.'

'Bulan cuma satu, bintang pula beribu. Pastinya kau akan pilih bulan, berbanding bintang yang biasa sepertiku.'

'Kau tak pernah nampak aku. Dalam hati kau cuma ada dia.'

'Aku berpura-pura bahagia '

'Jangan singgah di hati ini, jika tidak ada niat untuk tetap tinggal.'

Mak aih! Jiwang jugak si sardin ni! Naik menyampah pulak aku baca ayat jiwang dia ni. Tapi, dia ni siapa sebenarnya? Tengok Id lah! Apalah aku ni.

Id: Medina_99

Medina? Lah, dia rupanya yang jadi sardin ni. Ingatkan sardin mana yang dok berjiwang karat dalam wechat ni. Aku message Medina.

Me : Yo! Assalamualaikum sardin!

Hahahaha pembuka kata yang tiada sivik. Tapi nasib baiklah ada bagi salam. Dah kira beradab lah tu. Ting! Minah ni pasal reply message memang laju!

Medina : Siapa sardin? Kau ker?

Me : Dok aih! Aku cakap pasal kau lah.

Medina : Apahal pulak aku jadi sardin ni?

Me : Dah nama wechat kau macam jenama sardin.

Medina : Ewah bukan main kau kutuk nama kesayangan aku tu kan. Sardin? Ada ke sardin jenama Merian cik Sarah oi.

Me : Mungkin ada, mungkin takda. Ehh Merian tu apa sebenarnya?

Medina : Aku ada hal lah sikit. Nanti aku hello-hello kau eh babai.

Me : Woi jangan lari lah!

Ish! Tak matang betul lah main lari-lari ni. Tak sempat lagi nak tanya pasal post jiwang syahdu dia tu.

------------------------------------------------------------

"Hello.." Aku memulakan bicara selepas menekan accept di skrin telefon aku.

"Hello mutusami ke ni?" Firdaus galak ketawa.

"Ini Kutusami, Mutusami abang saya. Kenapa ya?"

"Hahahaha. Kau ni kan." Ketawa ke mengilai budak ni. Pastu apa yang dia gelakkan, ada yang lucu ke?

"Apa kau nak? Nak kaki?"

"Aku nak kau cik penolong ketua pengawas." Katanya. Nadanya macam bergurau, macam jugak serius.

"Oh yeke? Boleh sangat lah Encik ketua pengawas."

"Betul ni boleh?" Ambuih, gembira nampaknya. Eh tak nampak, boleh dengar jer.

"Boleh blah. Boleh mampus."

"Ish garanglah kau ni, gurau pun tak boleh. Dah! cerita cepat macam mana kau dengan Addrian boleh pergi dating tadi? Kau couple dengan dia ker?" Nadanya tiba-tiba berubah. Macam org tak puas hati pulak. Seram aku!

Penat aku sebab terpaksa bercerita panjang lebar. Lenguh mulut ni.

"Yang kau buat deal camtu apahal?"

"Manalah aku tahu dia hebat sangat."

"Tu lah kau tak selidik dulu sekarang yang makan hatinya aku." Omelnya.

"Apahal pula kau makan hati? Takde benda lain ke nak makan? Cuba check kat dapur, mana tau ada maggie ke, biskut ke, roti ker." Loyar buruk dan aku memang tidak dapat dipisahkan.

"Loyar buruk nampak, siapa tak makan hati kalau kekasih hati dating dengan mamat hensem lain. Addrian tu hensem, susahlah aku kalau kau terpikat dengan dia."

"Kau merepek apa ni Firdaus? Nak makan kaki tak?"

"Eee taknak aku. Geli. By the way, kes pasal Addrian jadikan gambar kau wallpaper tu apa cerita?"

"Wek. Malas lah nak cerita pasal dia, Takde faedah! Kita tutup citer pasal dia." Malas aku nak panjang-panjangkan cerita pasal ni.

"Alah kau ni, baru je nak gossip." Dia mengeluh kuat.

"Ok kita gossip pasal benda lain. Ni aku nak tanya sikit kat kau." Aku mula membuka cerita baru.

"Nak tanya apa? Aku suka warna apa? Aku suka warna biru." Katanya lalu ketawa.

"Ish takde masa aku nak tahu pasal warna fevret kau. Aku nak tanya pasal 'Merian'."

"Merian? Sardin mana pulak tu?" Ketawa aku meletus kuat. Kan dah cakap! Macam sardin lah bunyi dia. Tak tahu lah kenapa.

"Ish, ni aku nak korek rahsia dari kau, kau pulak tak tahu. Apalah."

"Wei Merian tu apa?" Katanya seperti tidak puas hati. Mesti dia tengah curious sangat sekarang ni. Hahaha.

"Aku pun tak tahu. Tu lah aku tanya kau ni."

"Hek eleh."

Continue Reading

You'll Also Like

645K 72.3K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020
4.1M 198K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...
58.8K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...