𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞�...

By nrlysy

197K 13.5K 569

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan... More

~CHAPTER 1|| ZAYREEL~
~CHAPTER 2 || ZAYREEL~
~CHAPTER 3 || ZAYREEL~
~CHAPTER 4 || ZAYREEL~
~CHAPTER 5 || ZAYREEL~
~CHAPTER 6 || ZAYREEL~
~CHAPTER 7 || ZAYREEL~
~CHAPTER 8 || ZAYREEL~
~CHAPTER 9 || ZAYREEL~
~CHAPTER 10 || ZAYREEL~
~CHAPTER 11 || ZAYREEL~
~CHAPTER 12 || ZAYREEL~
~CHAPTER 13 || ZAYREEL~
~CHAPTER 14 || ZAYREEL~
~CHAPTER 15 || ZAYREEL~
~CHAPTER 16 || ZAYREEL~
~CHAPTER 17 || ZAYREEL~
~CHAPTER 18 || ZAYREEL~
~CHAPTER 19 || ZAYREEL~
~CHAPTER 20 || ZAYREEL~
~CHAPTER 21 || ZAYREEL~
~CHAPTER 22 || ZAYREEL~
~CHAPTER 23 || ZAYREEL ~
~CHAPTER 24 || ZAYREEL~
~CHAPTER 25 || ZAYREEL~
~CHAPTER 26 || ZAYREEL~
~CHAPTER 27|| ZAYREEL~
~CHAPTER 28|| ZAYREEL~
~CHAPTER 29 || ZAYREEL~
~CHAPTER 30 || ZAYREEL~
~CHAPTER 31 || ZAYREEL~
~CHAPTER 32 || ZAYREEL~
~CHAPTER 33 || ZAYREEL~
~CHAPTER 34 || ZAYREEL~
~CHAPTER 35 || ZAYREEL~
~CHAPTER 36 || ZAYREEL~
~CHAPTER 37 || ZAYREEL~
~CHAPTER 38 || ZAYREEL~
~CHAPTER 39 || ZAYREEL~
~CHAPTER 40 || ZAYREEL~
~CHAPTER 41 || ZAYREEL~
~CHAPTER 42 || ZAYREEL~
~CHAPTER 43 || ZAYREEL~
~CHAPTER 44 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 45 || ZAYREEL~
~CHAPTER 46 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 47 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 48|| ZAYREEL~
~ CHAPTER 49 || ZAYREEL~
~CHAPTER 50|| ZAYREEL~
~CHAPTER 51 || ZAYREEL~
~CHAPTER 52 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 53||ZAYREEL~
~CHAPTER 54|| ZAYREEL
~CHAPTER 55 || ZAYREEL~
~CHAPTER 56 || ZAYREEL~
~CHAPTER 58||ZAYREEL~
~ CHAPTER 59|| ZAYREEL~
~CHAPTER 60|| ZAYREEL~
~CHAPTER 61||ZAYREEL~
~CAHAPTER 62||ZAYREEL~
~CHAPTER 63||ZAYREEL~
~ CHAPTER 64|| ZAYREEL~
~CHAPTER 65||ZAYREEL~
~CHAPTER 66 || ZAYREEL~
~CHAPTER 67||ZAYREEL~
~CHAPTER 68||ZAYREEL~
~CHAPTER 69||ZAYREEEL~
~CHAPTER 70||ZAYREEL~
~CHAPTER 71||ZAYREEL~
~CHAPTER 72||ZAYREEL~
~CHAPTER 73||ZAYREEL~

~CHAPTER 57|| ZAYREEL~

1.8K 142 6
By nrlysy

Adellea pandang semua orang yang berdiri dihadapan katilnya. Semua wajah yang berada di situ diperhatikan olehnya.

"Awak kenal siapa yang ada depan awak ni?" Tanya doktor perempuan itu sambil jarinya dihalakan ke arah Ameer dahulu yang berdiri tidak jauh darinya itu.

Adellea mengangguk perlahan.

"Ameer Amrin Khan. My grandfather." Jawab Adellea perlahan. Doktor itu mengangguk faham.

Kemudian semua orang disitu ditanya oleh doktor itu sehinggalah tiba giliran Arslan.

"Awak ingat siapa lelaki ini?"

Adellea diam. Wajah tampan Arslan itu ditenungnya lama. Cuba mengingati wajah itu.

"Ar.. Arslan. I know him."

Semua disitu melepaskan nafas lega. Semua yang berada disitu diingati oleh Adellea.

Adellea pandang ke arah satu pasangan yang tidak dikenalinya itu.

"Who are they?" Semua beralih arah Dato' Aidiel dan Datin Zaliha. Mereka mengerutkan kening.

Belum sempat Ameena menjawap, tiba-tiba pintu bilik itu buka dari luar. Semua mata memandang ke arah lelaki yang baharu masuk itu.

Adellea menoleh memandang ke arah lelaki itu. Tepat anak mata hijaunya bertembung dengan anak mata amber milik lelaki itu.

Zafreel pandang lama ke dalam anak matanya milik isterinya. Mahu saja dia berlari ke arah isterinya kemudian dipeluk tubuh itu. Namun dia harus tahan dahulu.

Tak lama selepas itu, Adellea menoleh memandang ke arah doktor yang berada di sebelahnya.

"Siapa mereka bertiga selain ahli keluarga saya?" Tanya Adellea polos. Doktor itu senyum segaris.

"Semua boleh keluar tunggu di luar dahulu, saya nak check pesakit." Arah Doktor Syuhaidah. Semua perlahan mula keluar dari bilik itu kecuali Zafreel. Dia masih kaku di tempatnya.

"Kita keluar dulu Zaf. Apapun yang terjadi lepas ni, terima dengan ikhlas." Dato' Aidiel menepuk bahu anaknya sebelum anaknya itu ditarik perlahan keluar dari situ.

Beberapa minit kemudian doktor Syuhaida keluar dari bilik itu sambil membawa laporannya. Dia mendekati ke arah Zafreel.

"Kenapa dengan isteri saya? Kenapa dia tak kenal saya?" Tanya Zafreel melulu.

"Amnesia anterograde." Jawap doktor itu. Zafreel mengerutkan kening. Huh? Isterinya amnesia ke?

"Jenis amnesia ini merupakan gangguan pada daya ingat terkait peristiwa masa lalu yang masih melekat pada pengidap amnesia jenis ini. Tetapi pengidap anemia ini hanya dapat mengingati dapat mengingati peristiwa yang sudah berlalu." Lebar panjang doktor itu menjelaskan.

"Isteri encik mengalami amnesia jenis ini akibat kecederaan pada otaknya." Katanya lagi.

Zafreel terkaku.

"Saya tak faham," Kata Ameena.

"Pesakit tidak dapat mengingati pada masa kini. Dia hanya mengingati peristiwa yang sudah berlaku. Contohnya, pesakit hanya ingat peristiwa yang jadi pada beberapa tahun yang lepas. Macam cucu puan tengah hadapi sekarang. Dia mungkin mengingati pada tujuh tahun atau enam tahun yang lepas. Sebab itu dia boleh ingat awak semua." Lebar doktor itu berkata. Ameena mengangguk kepalanya. Zafreel disitu hanya mampu diam.

Isterinya tidak mengingati dirinya.

Bagaimana dia mahu untuk dekat dengan isterinya?

Tak mungkin dia akan lepaskan Adellea begitu saja.

Ameer yang melihat raut wajah Zafreel itu membuatkannya terfikir sesuatu. Mungkin dengan cara dia ini dapat tolong Zafreel. Lantas dia mendekati ke arah lelaki itu.

"Reel." Panggil Ameer perlahan. Dia membuat isyarat untuk mengajak Zafreel ke tempat lain untuk bicara dengannya.

Mereka berjalan jauh sedikit daripada situ. Lalu Zafreel pandang Ameer. Dia diam menanti jawapan.

"Appa tahu perasaan kamu, Zayra tak ingat kamu. Cuma yang appa boleh tolong satu je." Katanya seraya itu tepat mata coklat itu pandang ke dalam anak mata Zafreel.

"Berlakon jadi cucu angkat appa dan omma. Pikat hati dia macam mana kamu pikat hati dia dulu. Jaga dia macam mana kamu jaga dia selalu nanti dekat Pakistan. Buat dia jatuh hati semula dengan kamu." Terang Ameer. Tanpa teragak-agak, Zafreel terus angguk setuju. Apa-apa saja, asalkan dia dekat dengan isterinya.

"Okay. Reel ikut balik Pakistan." Putus Zafreel.

Ameer senyum sebaris.

Ameer dan Zafreel melangkah masuk ke dalam wad itu. Berkerut dahi Adellea apabila melihat datuknya berjalan dengan lelaki tidak dikenali olehnya itu.

"Zayra."

"Who is he?" Tanya Adellea.

Ameer pandang wajah Zafreel dan wajah cucunya berganti-ganti. Dia menghembuskan nafas berat.

"Cucu angkat keluarga kita."

"What?!" Terlopong mulut Adellea. Dia tak salah dengar kan. Kerja gila apalagi yang datuknya buat ni.

"Are you serious?"

"Nampak macam appa main-main ke?" Cucunya itu dipandang tajam.

Mata Adellea beralih pada lelaki disebelah datuknya itu. Wajah kosong itu pandang tajam.

"Mulai sekarang dia yang akan jaga makan pakai kamu." Kata Ameer.

"What?! Gila ke?!"

Jawap Zafreel dan Adellea serentak. Mereka berdua memandang ke arah lelaki tua itu. Dia hanya tenang.

"No excuse." Kata Ameer tenang. Dia tahu jika dia berkata begini, cucunya tidak akan melawan cakapnya. Lalu dia berlalu keluar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa. Meninggalkan Zafreel dan Adellea di situ.

"Eii tak ingin aku nak jaga kau. Mulut bising." Kata Zafreel seraya membuat muka jijik. Adellea pandang tajam wajah Zafreel.

"Habis tu kau ingat aku hadap sangat nak kau jaga aku? Aku pun tak hingin la, muka pun macam beruk ada hati nak cakap mulut aku bising." Bidas Adellea berapi. Zafreel mendekati ke arah katil.

"Kau tu memang mulut bising. Tak boleh terima kenyataan. Tak padan dengan baru sedar dari koma. Sengal" Kata Zafreel kemudian dia menjuling matanya ke atas lalu berjalan keluar dari bilik itu.

"Tak guna punya jantan. Perangai macam tu diorang boleh ambik buat cucu angkat. Sah mesti dia bagi dekat apa-apa dekat appa dengan omma. Sampai orang tua tu boleh nak ambik dia jadi cucu angkat." Bebel Adellea.

Tiba-tiba dia merasakan kepalanya sakit. Dipegang kepalanya dengan tangan. Lalu dia membaringkan badannya diatas katil itu. Perlahan lahan dia cuba untuk menutup matanya.

Zafreel bersandar pada dinding hospital. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Dia berasa bersalah sebab terpaksa melayan isterinya begitu.

'Aku minta maaf sayang sebab terpaksa layan kau macam tu. Aku tahu kau baru sedar, kau tak patut kena layan macam tu. Aku minta maaf. Aku terpaksa.' katanya di dalam hati. Isterinya baru sahaja sedar dari koma, tetapi sudah dilayan begitu olehnya. Siapa je tak rasa bersalah.

Dia mengelap hujung matanya lalu berlalu pergi dari situ.


Datin Zaliha memandang sahaja perbuatan anak lelakinya itu. Bukan main banyak lagi bungkus baju. Dah bagasi dua bagasi di isinya. Sekarang Zafreel sedang menyusun baju ke dalam bagasi ketiga.

"Kenapa banyak sangat luggage Zaf ni? You nak duduk sana berapa lama?" Tanya Datin Zaliha.

"Luggage Zaf dah siap yang dua tu. Sekarang ni Zaf tengah pack baju Adellea." Kata Zafreel lalu kembali menyambung kegiatannya. Datin Zaliha mengeluh sekali.

"Betul ke Zaf nak pergi sana? Syarikat dekat sini macam mana?"

"Zaf dah tekad, Zaf nak ikut Adellea. Pasal syarikat mummy tak payah risau, Aiden boleh uruskan semua tu." Balas Zafreel.

"Berapa lama?"

Zafreel diam dahulu.

"Dua bulan. Selepas dua bulan Zaf akan balik sini. Cuma mummy kena terima lepas Zaf balik sini, sama ada Adellea atau tidak." Datin Zaliha diam. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh anaknya itu.

Beberapa minit selepas itu Datin Zaliha keluar dari bilik anaknya itu.

Zafreel pandang pakaian Adellea yang berada ditangannya. Lalu diangkat dibawa ke muka. Dihidu bau dari pakaian itu. Bau isteri masih lagi ada pada pakaian itu.

"I miss you."

~


TBC

Adellea baru sedar dah gado dengan Zafreel. Apa nak jadi la lepas ni🗿, lgi ii lps ni ada arslan selalu meyampuk time diorang bergaduh💀

Apapun jgn lupa vote, no vote no update.

Continue Reading

You'll Also Like

9.4K 400 8
"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 "Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐡 Ika yang baru sahaj...
7.5K 712 25
Jatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi...
1.5M 127K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...