𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞�...

By nrlysy

197K 13.5K 569

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan... More

~CHAPTER 1|| ZAYREEL~
~CHAPTER 2 || ZAYREEL~
~CHAPTER 3 || ZAYREEL~
~CHAPTER 4 || ZAYREEL~
~CHAPTER 5 || ZAYREEL~
~CHAPTER 6 || ZAYREEL~
~CHAPTER 7 || ZAYREEL~
~CHAPTER 8 || ZAYREEL~
~CHAPTER 9 || ZAYREEL~
~CHAPTER 10 || ZAYREEL~
~CHAPTER 11 || ZAYREEL~
~CHAPTER 12 || ZAYREEL~
~CHAPTER 13 || ZAYREEL~
~CHAPTER 14 || ZAYREEL~
~CHAPTER 15 || ZAYREEL~
~CHAPTER 16 || ZAYREEL~
~CHAPTER 17 || ZAYREEL~
~CHAPTER 18 || ZAYREEL~
~CHAPTER 19 || ZAYREEL~
~CHAPTER 20 || ZAYREEL~
~CHAPTER 21 || ZAYREEL~
~CHAPTER 22 || ZAYREEL~
~CHAPTER 23 || ZAYREEL ~
~CHAPTER 24 || ZAYREEL~
~CHAPTER 25 || ZAYREEL~
~CHAPTER 26 || ZAYREEL~
~CHAPTER 27|| ZAYREEL~
~CHAPTER 28|| ZAYREEL~
~CHAPTER 29 || ZAYREEL~
~CHAPTER 30 || ZAYREEL~
~CHAPTER 31 || ZAYREEL~
~CHAPTER 32 || ZAYREEL~
~CHAPTER 33 || ZAYREEL~
~CHAPTER 34 || ZAYREEL~
~CHAPTER 35 || ZAYREEL~
~CHAPTER 36 || ZAYREEL~
~CHAPTER 37 || ZAYREEL~
~CHAPTER 38 || ZAYREEL~
~CHAPTER 39 || ZAYREEL~
~CHAPTER 40 || ZAYREEL~
~CHAPTER 41 || ZAYREEL~
~CHAPTER 43 || ZAYREEL~
~CHAPTER 44 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 45 || ZAYREEL~
~CHAPTER 46 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 47 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 48|| ZAYREEL~
~ CHAPTER 49 || ZAYREEL~
~CHAPTER 50|| ZAYREEL~
~CHAPTER 51 || ZAYREEL~
~CHAPTER 52 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 53||ZAYREEL~
~CHAPTER 54|| ZAYREEL
~CHAPTER 55 || ZAYREEL~
~CHAPTER 56 || ZAYREEL~
~CHAPTER 57|| ZAYREEL~
~CHAPTER 58||ZAYREEL~
~ CHAPTER 59|| ZAYREEL~
~CHAPTER 60|| ZAYREEL~
~CHAPTER 61||ZAYREEL~
~CAHAPTER 62||ZAYREEL~
~CHAPTER 63||ZAYREEL~
~ CHAPTER 64|| ZAYREEL~
~CHAPTER 65||ZAYREEL~
~CHAPTER 66 || ZAYREEL~
~CHAPTER 67||ZAYREEL~
~CHAPTER 68||ZAYREEL~
~CHAPTER 69||ZAYREEEL~
~CHAPTER 70||ZAYREEL~
~CHAPTER 71||ZAYREEL~
~CHAPTER 72||ZAYREEL~
~CHAPTER 73||ZAYREEL~

~CHAPTER 42 || ZAYREEL~

2.7K 171 6
By nrlysy

Zafreel tongkatkan tangannya di tiang besi itu. Kepala ditoleh memandang isterinya yang sedang mengambil gambar menggunakan kamera. Angin kencang yang menerpa ke wajah isterinya membuatnya tenang dipandang. Kini mereka sedang dalam perjalanan ke pulau perhentian.

"Macam manalah aku tak jatuh cinta kau, sedangkan aku tengok kau pun boleh buat aku tenang." Getus hati Zafreel.

Adellea yang merasakan dirinya diperhatikan, terus menoleh ke sebelahnya. Tepat sangkaannya, Zafreel sedang memerhatikannya.

"Hm, kenapa? Mabuk lagi ke?" Tanya Adellea. Zafreel menggelengkan kepalanya. "Tak. Tengok cinta hati aku ni terus tak pening dah."

"Mengarut. Dah makan ubat?"

"Dah." Tipu Zafreel. Sebenarnya dia malas nak makan ubat, dah la tak sedap. Kalau dia pening, suruh jelah Adellea urut. Ahak!

"Hm."


Uwek

Ini sudah masuk kali ke lima Zafreel muntah. Daripada pulau perhentian lagi dia muntah tak berhenti-henti. Selesai mencuci muka dan mulut, dia berjalan menghampiri Adellea. Dia mengambil tempat duduk disebelah isterinya.

"Sayanggg. Kau tak kesian ke dekat aku ni? Dari tadi aku asyik muntah je." Kata Zafreel sambil menjebikan bibirnya.

"Tak." Jawab Adellea selamba.

"Sampai hati." Zafreel buat gaya seperti mahu menangis.

"Memang tak kesian." Zafreel menjeling tajam sebelum dia membaringkan kepalanya diatas paha Adellea. Terkejut Adellea dengan tindakan Zafreel.

"Kepala aku pening, tolong urut kan kepala aku."

"Ish bangun la. Orang nampak la." Adellea mula gelabah. Macam mana kalau pekerja dia yang lain nampak, mau malu dia nanti. Zafreel hanya mengeraskan tubuhnya.

"Biarla aku nak manja dengan isteri aku, apa masalah?"

"Masalahnya kita dekat public, bukan dekat rumah. Bangun la nanti diorang nampak la."

"Biarla. Kisah pulak aku."

"Kau ni kalau aku lempar dalam laut pun best jugak."

"Cubalah kalau boleh."

Dan akhirnya, Adellea hanya membiarkan sahaja. Tetapi dia perasan akan sesuatu selepas melihat wajah pucat Zafreel.

"Kau makan ubat tak tadi?" Secara automatik Zafreel mencelikkan matanya. Tubuhnya mengeras.

"Dah."

"Tipu."

"Betullah, aku dah makan tadi." Bohong Zafreel lagi.

"Kalau kau makan ubat, kau takkan muntah teruk macam ni. Baik kau mengaku cepat." Adellea memandang tepat ke dalam anak mata Zafreel. Zafreel pula hanya menayangkan wajah kosong. Adellea tolak tubuh dari baring di atas pahanya.

"Tunggu kejap." Dia bangun dari duduknya kemudian berjalan memasuki ke dalam kapal. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan sepapan ubat dan botol air mineral ditangannya. Dia mengambil semula tempat duduknya tadi.

"Aku tahulah yang kau tu tak makan ubat." Katanya sambil mengeluarkan sebiji ubat itu dari papan ubat itu.

"Nah makan. Now." Dia menyuakan sebiji itu dengan botol air mineral. Pantas Zafreel menggelengkan kepalanya laju. Tak lah dia makan ubat. Tak sedap!

"Eii! Tak nak aku, dah la pahit, uwek." Zafreel buat gaya nak muntah. Adellea berdecit meluat. Dia menarik tubuh Zafreel kuat supaya bersandar di bahunya.

"Bukak mulut kau." Zafreel menggelengkan kepala. Adellea mencengkam rahang Zafreel sehingga mulutnya muncung ke hadapan.

"I said open your mouth."

Akhirnya Zafreel terpaksa juga membuka mulutnya. Penutup botol itu dibukanya sebelum menyuap suaminya. Selepas itu, Zafreel melentok manja di bahu Adellea. Hehe baru best.

"Kau ni kalau aku paksa baru nak makan." Dia mengusap lembut belakang badan suaminya.

"Kau ni dalam diam caring jugak kan?" Usik Zafreel berserta senyuman manis.

"Mana ada. Dah kau tak makan ubat, aku paksa la." Merah wajah satu wajah Adellea sekarang ni. Kang ada pulak yang kena campak dalam laut sana.

"Elelele... Tu muka merah tu. Cakap jelah yang kau tu risaukan aku." Zafreel buat suara mengejek. Adellea mengalihkan pandangan ke arah lain. Alahai, time ni la dia nk merah satu muka.

"Tak. Muka aku merah ni ha sebab panas." Adellea mengipas mukanya dengan tangan. Berkerut kening Zafreel, aik.

"Panas apanya, dah maghrib ni sayang."

"Oh ya eh."

"Kau ni nak menipu pun agak-agak la, tengok kiri kanan dulu." Dia mencubit perlahan hidung mancung Adellea.

"Suka hati aa." Adellea memuncungkan bibirnya ke hadapan. Zafreel ketawa perlahan melihat isterinya. Comel!

"Ha, muncung lagi mulut tu. Aku kiss kau kat sini karang baru tahu." Semakin memerah wajah Adellea dibuatnya. Eii.. suami dia ni, betul-betul minta nak kena lempar dalam laut!

"Eii.. aku lempar kau dalam laut tu betul-betul karang. Gatal!" Dia mencubit lengan suaminya.

"Kau yang buat aku jadi gatal lepastu salahkan aku pulak."

"Betul apa, kau memang gatal mengalahkan ulat bulu."

"Aku gatal dengan kau je, cinta hati." Makin geram Adellea dengan Zafreel. Zafreel senyum sehingga menampakkan bentuk lesung pipitnya. Senyuman paling manis.

Cup.

Zafreel mencium sekali pipi kiri Adellea. Kemudian terus dia peluk erat isterinya.

"Sayaanggg cinta hati aku ni." Katanya dengan suara manja.

Tanpa mereka sedari, drama mereke ditonton oleh semua orang.

Aziem, Amir, Riana, Rina Khairy dan berserta dengan captain yang membawa kapal ini.

"Alahai, rasa macam nak pergi terjun balik je dalam laut tu." Kata Amir sendiri sambil meletakkan tangan kanannya di dadanya. Mereka semua baru sahaja naik ke atas boat ini kerana sudah magrib. Orang tua-tua cakap, tak elok mandi laut waktu maghrib.

"Dah la aku single meyingle. Sendu aku." Aziem pula berkata.

"Jomlah kita semua bergalau. Ku menangis-"

"Korang yang sibuk pergi tengok tu pahal? Diorang dah kawin biar jelah." Pantas Riana mencantas kata-kata Khairy.

"Awak jelah broken, saya dah ada isteri, cucu pun saya dah ada. Saya dengan isteri saya dulu pun sweet macam tu." Tenang captain itu berkata. Semua mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Allah, indahnya." Kata mereka semua serentak.

Makin sendu la mereka semua.

Adellea mencalit sedikit lip gloss itu ke bibirnya. Malam ini ialah malam terakhir mereka di Langkawi. Jadi mereka semua membuat keputusan untuk keluar membeli belah pada malam ini.

Zafreel mendekati isterinya itu. Entah kenapa Adellea malam ini kelihatan comel apabila memakai hoodie itu.

Terkejut Adellea apabila ada tangan yang mendarat di pinggangnya. Pantas Adellea menoleh ke wajah suaminya. Sebaik sahaja dia menoleh, hampir saja bibirnya bertemu dengan bibir Zafreel pantas dia menjauhkan sedikit wajahnya dengan wajah suaminya.

"Nak apa?"

"Asal tak terus je kiss aku tadi?" Kata mereka serentak. Jarak mereka hanya dipisahkan oleh satu nafas. Zafreel sudah mengepung Adellea kiri kanan dengan tangannya.

"Hah?" Tanya Adellea berserta dengan muka blurnya.

"Aw.. You make me want your lips right now." Tangannya naik memegang hujung bibir dengan matanya tak lepas memandang bibir merah jambu itu.

"Hah?" Blur Adellea lagi.

"You look cute when you blur."

"Hah? Kau nak apa sekarang ni?"

Zafreel tundukkan sedikit kepalanya, baru sahaja dia hendak mencium bibir Adellea, pintu bilik mereka diketuk.

Shit. Carutnya.

"Lea cepatlah. Kau buat apa lama sangat, kitorang ni dah lama tau tunggu dekat bawah. Cepat sikit." Kata Liyana.

"Ya! Ya! Ya! Sabar! Dah nak siap dah!" Jawab Adellea.

"Ish tepi. Diorang dah tunggu tu." Adellea menolak tangan Zafreel dari pinggangnya. Tetapi Zafreel mengeraskan tubuhnya.

"Kejap, kita sambung balik."

"Hah? Sambung ap-" Terpotong percakapan Adellea apabila Zafreel tiba-tiba menindih bibirnya dengan bibir Adellea.


Ceria wajah Adellea setelah mendapat ais krim kegemarannya. Dia menyuap ais krim itu penuh nikmat ke dalam mulutnya. Ya tidak lagi kalau bukan chocolate mint.

Dia hanya mengikut ke mana sahaja yang pekerja perempuannya pergi. Sengaja dia mengikut mereka, manakala dia menyuruh Zafreel pergi dengan pekerja lelakinya.

"Korang pilih la nak singgah mana. Dior ke, Gucci ke, aku belanja." Kata Adellea. Serentak semua menoleh memandangnya dengan riak tidak percaya.

"Kau nak belanja? Serius aa?" Tanya Liyana tidak percaya.

"Ada nampak aku main-main ke?"

"Okay.. kalau macam tu kita pergi..." Mereka berfikir sebentar. Sekeliling dipandang.

"Erk.. kalau Sephora?" Tanya Bunga ragu-ragu.

"Hm pergi lah." Selepas itu mereka menarik tangan Adellea masuk ke dalam kedai itu. Haih, nasib tak jatuh ais krim dia.

Selepas selesai memilih barang, masing-masing beratur untuk dibayar. Adellea memandang semua barangan yang diambil oleh mereka. Berkerut dahinya kerana sikit sahaja barangan yang diambil oleh mereka.

"Asal sikit sangat ambik? Kenapa tak ambik banyak?" Semua memandang pelik ke arahnya. Aik? Ambil sikit pun salah ke?

"Semua totalnya RM 759.58, cik." Lalu Adellea mengeluarkan black cardnya dari casing telefonnya. Dia tak bawak handbag, jadi dia letak dalam casing phone je.

Black card itu dihulurkan kepada pekerja itu. Selesai membuat bayaran, black card itu dihulurkan semula berserta resit pembayaran kepada Adellea lalu mereka berjalan keluar dari kedai itu.

"Bos ada nak pergi mana lagi ke?"

"Aku nak pergi kedai ice cream tadi, aku nak beli lagi."

"Bapak aa, perut kau tu tong ke apa? 24 jam makan ice cream." Adellea menjeling Liyana.

"Biar la. Banyak cakap kau." Kemudian dia berjalan seorang diri untuk pergi ke kedai ais krim tadi. Suka hati kite la nak makan banyak mana pun. Haish.

Sedang dia berjalan, iphonenya bergetar didalam poket seluar bertanda ada panggilan masuk. Lalu dia mengeluarkan iphonenya dari poket.

"Hello."

"Sayang kau dekat mana?" Tanya Zafreel ditalian. Dah satu mall dia cari isteri dia, tapi tak jumpa. Risau dia dibuatnya.

"Aku nak pergi kedai ice cream ni, dekat tingkat 2. Datang sini ta-"

Entah macam mana dia boleh terlanggar bahu seseorang. Dia mengangkat kepala memandang lelaki itu.

"Sorry encik, saya minta maaf. Saya tak sengaja, saya minta diri dulu ya." Selepas itu tergesa-gesa Adellea berjalan pergi dari situ. Bukan apa, dia melihat dari segi pemakaian lelaki itu dari atas sampai bawah semua hitam. Ngeri jadinya.

Lelaki itu memandang lama ke arah Adellea yang semakin hilang dari pandangannya. Kemudian perlahan-lahan dia berjalan mengikuti Adellea.

"Hey sayang, what happens? Are you okay?" Tanya Zafreel risau.

"Nothing, terlanggar bahu orang tadi." Balas Adellea.

"Kau jalan pakai mata ke lutut sampai boleh terlanggar orang ni?"

"Eh tak lah, aku jalan pakai kaki bukan mata." Bidas Adellea. Apa laki dia ni tanya soalan macam tu, dah sah-sah dia cakap TERlanggar.

"Haish kau ni, kalau jadi apa-apa macam mana? Nanti siapa yang susa-"

Tit.

Adellea mematikan panggilan begitu sahaja. Malas nak layan laki dia tu. Daripada mendengar Zafreel membebel, baik dia pergi beli ais krim choco mint dia. Lagi sedap!

Selepas membayar dan mengambil ais krim, Adellea mengambil tempat di salah satu meja yang disediakan disitu sementara menunggu suaminya datang.

Sekelilingnya dipandang sambil menyuap ais cream ke dalam mulut sehingga mata terhenti di satu meja. Dia melihat seorang ayah yang sedang melayani anak perempuan.

Tiba-tiba dia teringat akan kenangan dia bersama ayahnya.

"Baba nak as kim!" Tangan kecil itu tergapai-gapai cuba mengambil bekas ais krim itu dari tangan ayahnya. Tersenyum kecil Arman melihat wajah comel anak perempuannya.

"Calm down, little star." Dia menyuakan sudu itu ke mulut anaknya. Pantas Adellea membuka mulutnya luas.

"Sedap?"

"Edap, nak agi." Adellea membuka lagi mulutnya, lalu Arman menyuap lagi ais krim itu ke dalam mulut Adellea. Kemudian dia membiarkan Adellea memakan sendiri ais krimnya.

"Comot la little star baba ni makan ice cream." Arman mengambil tisu kemudian mengelap mulut comot Adellea. Tergelak Adellea apabila Arman mencubit pipinya.

Tersedar Adellea dari lamunan. Dipandang ais krimnya yang sudah sedikit cair. Dia tersenyum pahit. Isian pipinya ditolak sebelum menyambung menyuap ais krimnya.

Kenyataan pahit yang selalu dia harus terima selalu. Bagi Adellea, dia hanyalah sebatang kara, hidup keseorangan tanpa sesiapa disisinya.

~


TBC

Sorry tau sbb lma tak update, saya bru hbis exam. Chap kli ni pnjg sikit tau.

40 votes.

Continue Reading

You'll Also Like

806 106 10
People come and go. Satu sentence yang betul lagi benar. Selepas seorang pergi, datang pula yang lain. Setelah kematian ibunya, Allanis Delisha kemur...
644 64 3
Derita... setiap titisan air mataku hanyalah penuh dengan derita. Derita yang dicipta sendiri oleh orang yang kusayangi. Nadhir Arsyad seorang jejak...
3.2M 282K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
102K 4.4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...