𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞�...

By nrlysy

197K 13.5K 569

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan... More

~CHAPTER 1|| ZAYREEL~
~CHAPTER 2 || ZAYREEL~
~CHAPTER 3 || ZAYREEL~
~CHAPTER 4 || ZAYREEL~
~CHAPTER 5 || ZAYREEL~
~CHAPTER 6 || ZAYREEL~
~CHAPTER 7 || ZAYREEL~
~CHAPTER 8 || ZAYREEL~
~CHAPTER 9 || ZAYREEL~
~CHAPTER 10 || ZAYREEL~
~CHAPTER 11 || ZAYREEL~
~CHAPTER 12 || ZAYREEL~
~CHAPTER 13 || ZAYREEL~
~CHAPTER 14 || ZAYREEL~
~CHAPTER 15 || ZAYREEL~
~CHAPTER 16 || ZAYREEL~
~CHAPTER 17 || ZAYREEL~
~CHAPTER 18 || ZAYREEL~
~CHAPTER 19 || ZAYREEL~
~CHAPTER 20 || ZAYREEL~
~CHAPTER 21 || ZAYREEL~
~CHAPTER 22 || ZAYREEL~
~CHAPTER 23 || ZAYREEL ~
~CHAPTER 24 || ZAYREEL~
~CHAPTER 25 || ZAYREEL~
~CHAPTER 26 || ZAYREEL~
~CHAPTER 27|| ZAYREEL~
~CHAPTER 28|| ZAYREEL~
~CHAPTER 29 || ZAYREEL~
~CHAPTER 30 || ZAYREEL~
~CHAPTER 32 || ZAYREEL~
~CHAPTER 33 || ZAYREEL~
~CHAPTER 34 || ZAYREEL~
~CHAPTER 35 || ZAYREEL~
~CHAPTER 36 || ZAYREEL~
~CHAPTER 37 || ZAYREEL~
~CHAPTER 38 || ZAYREEL~
~CHAPTER 39 || ZAYREEL~
~CHAPTER 40 || ZAYREEL~
~CHAPTER 41 || ZAYREEL~
~CHAPTER 42 || ZAYREEL~
~CHAPTER 43 || ZAYREEL~
~CHAPTER 44 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 45 || ZAYREEL~
~CHAPTER 46 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 47 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 48|| ZAYREEL~
~ CHAPTER 49 || ZAYREEL~
~CHAPTER 50|| ZAYREEL~
~CHAPTER 51 || ZAYREEL~
~CHAPTER 52 || ZAYREEL~
~ CHAPTER 53||ZAYREEL~
~CHAPTER 54|| ZAYREEL
~CHAPTER 55 || ZAYREEL~
~CHAPTER 56 || ZAYREEL~
~CHAPTER 57|| ZAYREEL~
~CHAPTER 58||ZAYREEL~
~ CHAPTER 59|| ZAYREEL~
~CHAPTER 60|| ZAYREEL~
~CHAPTER 61||ZAYREEL~
~CAHAPTER 62||ZAYREEL~
~CHAPTER 63||ZAYREEL~
~ CHAPTER 64|| ZAYREEL~
~CHAPTER 65||ZAYREEL~
~CHAPTER 66 || ZAYREEL~
~CHAPTER 67||ZAYREEL~
~CHAPTER 68||ZAYREEL~
~CHAPTER 69||ZAYREEEL~
~CHAPTER 70||ZAYREEL~
~CHAPTER 71||ZAYREEL~
~CHAPTER 72||ZAYREEL~
~CHAPTER 73||ZAYREEL~

~CHAPTER 31 || ZAYREEL~

2.7K 201 8
By nrlysy

Mereka berlima yang melihat Adellea sudah tidak ada disitu, terus mereka bergerak ke meja yang diduduki oleh Zafreel. Nak kena soal sial si Zafreel ni.

Mereka menarik kerusi dari meja lain sebelum duduk menghadap Zafreel. Dia hanya memandang mereka dengan wajah yang tenang.

"Ehem. Kitorang nak tanya kau ni, betul ke ni tunang bos?" Liyana disebelah sudah menepuk dahinya sendiri. Haish dari tadi orang cakap dia ni tunang bos, tak faham ke.

Khairy menepuk kepala Haikal sekali. Haish bengap dia sebijik macam Aziem. "Kau ni kan Yana dah bagitahu tadi. Jangan kau jadi bengap macam si Aziem ni." Haikal menggosok kepalanya yang sedikit sakit. Dia nak gosip je..

"Aku nak tanya ni, macam mana kau boleh pikat hati bos secepat tu? Tak silap aku, hati bos tu keras macam batu. Tak de mana-mana orang lagi yang mampu cairkan hati dia. Asal kau cepat sangat? Macam mane kau buat?" Lebar panjang soal Aziem. Mana tahu nanti dia boleh guna untuk pujuk bos. Haha.

"Well... Rahsia." Balas Zafreel dengan bangga.

"Ala kau ni, share la sikit tips tu. Kitorang pun nak tahu jugak." Renggek Haikal.

"Mana boleh, aku sorang je boleh tahu."

"Eleh, berlagak eh kau. Kalau kau nak tahu, sebenarnya bos lagi sayangkan kitorang dari kau." Kata Aziem selamba. Yang lain juga turut menganggukkan kepala sambil memandang Zafreel. Dia senyum sinis.

"Then, show me proof." Balas Zafreel sambil senyum jahat. Jom tengok sapa yang menang.

"Bos selalu belanja kitorang makan." Kata Aziem.

"Aku selalu belanja dia makan ice cream, sebab tu dia terima aku jadi tunang dia." Balas Zafreel tanpa lepas memandang ke arah mereka.

"Bos selalu bawak kitorang pergi bercuti setiap tahun." Celah Haikal.

"Aku selalu bawak bos korang pergi dating." Liyana sudah terbeliak biji matanya. Kalau la dia tak selalu balik rumah mak dia, mesti dia tahu kalau gadis itu mahu keluar date. Boleh dia ikut, Haha.

"Macam mana Lea boleh setuju dengan kau? Bukan ke dia tu susah nak keluar rumah?" Soal Liyana.

"You know... " Balasnya tidak habis ayat.

"Bos selal--" belum sempat Rina menghabiskan ayatnya, ada suara lain berbunyi.

"BOS! Kitorang dah siap buat kerja! Jom kita pergi lepak mamak, hooray!" Jerit riang Hakimi sambil berjalan terhuyung-hayang. Penat dia bersihkan dapur yang berhabuk tu, nasib ada Raina dengan Bunga tolong dia.

Izhan yang berjalan dibelakang rasa mahu saja menhempuk kepala si Hakimi ni. Terlebih hyper pulak dia.

"Aik, apahal kumpul ramai-ramai ni? Ada mesyuarat agung ke?" Soal Bunga. Mereka belima turut berjalan ke arah meja itu. "Siap ni?" Tanya Amir.

"Tunang bos." Balas Aziem ringkas.

"Haah? Tunang?" Blur Amir. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ish dia ni tunang bos. Nama dia Zafreel. Simpan sikit kau punya blur tu." Liyana menjeling ke arah Amir.

"Oh tunang. Eh?! Sejak bila bos ada tunang?" Semua menepuk dahi mereka sendiri. Haish blur tahap apakah.

Adellea yang sedang turun dari tangga itu melihat para pekerjanya sedang berkumpul terus didekati sambil bercekak pinggang ala ibu-ibu.

"Ni apasal tak siap lagi ni?! Nak keluar makan ke tak?!" Marah Adellea. Terkejut semua pekerjanya. Tiba-tiba sahaja bos mereka muncul dari belakang Zafreel.

"Ya ya! Kejap bos!" Habis semua lari berselerak. Kerusi yang tidak disusun dibiarkan begitu sahaja. Kejal lagi la susun balik, nak pergi settle dulu apa yang patut.

Zafreel memandang Adellea lembut. "Kau nak keluar pergi mana?" Soalnya lembut sahaja. Terhenti pergerakan Adellea yang sedang menyusun kerusi itu. Dia akan kepala memandang ke arahnya, tepat anak mata hijau itu bersambung dengan anak mata amber milik Zafreel.

"Nak bawak diorang pergi makan dekat mamak, lepastu balik la." Balasnya, terus dia berjalan ke arah barista untuk mengecek apa yang patut.

"Aku ikut. Ada banyak lagi aku nak bincang dengan kau ni." Adellea hanya menganggukkan kepalanya. "Haah, okay." Balasnya.


Seperti yang dikatakan oleh Adellea, akhirnya mereka semua sampai disalah satu kedai mamak. Kedai mamak itu menjadi pilihan mereka kerana mereka seketika dahulu selalu juga melepak dekat sini jika habis kerja awal.

Mereka mengambil meja makan yang berada diluar sahaja. Sengaja mahu mengambil angin malam. Zafreel mengambil tempat duduk disebelah Adellea. Sebaik sahaja mereka semua melabuhkan punggung, datang seorang pekerja lelaki yang mereka kenali. Uncle Sam.

"Hey, suda lama talak nampak kamu semua. Apa khabar? Mau makan apa?" Soal Uncle Sam sambil memegang buku nota untuk mengambil pesanan.

"Aiyo Uncle Sam. Kitorang sihat je, cuma busy kerja. Er, bagi saya mee goreng tiga."

"Kami nasi goreng empat." Celah Liyana.

"Kami macam biasa, nasi kandar lauk campur, kuah banjir." Kata Izhan pula. Uncle Sam hanya menganggukkan kepalanya sambil menulis pesanan.

"Lagi? Minum mau minum apa?"

"Macam biasalah." Kata semua.

"Okay, itu dua orang talak mau makan minum kah?" Soalnya apabila melihat dua pasangan dihujung meja itu hanya sibuk dengan iPad nya. Terus sahaja dua mata itu mengangkat memandang ke arahnya. "Er, saya tak nak makanlan tapi air macam biasalah uncle." Uncle Sam hanya menganggukkan kepalanya.

"Saya sama macam dia je uncle." Kata Zafreel hanya menunjukkan ke arah Adellea.

"Okay, itu saja kan." Uncle Sam mengulangi kembali pesanan yang dibuat oleh mereka sebelum kembali berjalan pergi.

Masing-masing hanya fokus pada telefon bimbit sementara menunggu makanan.

Adellea sibuk melihat pelbagai jenis gambar dekoran pelamin di iPad milik Zafreel. Katanya, Datin Zaliha menyuruh mereka memilih pelamin idaman mereka sendiri.

"Entahlah. Semua cantik je aku tengok. Ikut kau lah nak pilih yang mana." iPad itu dihulurkan semula kepada Zafreel. Dia tidak kisah yang mana, yang penting nanti majlis berjalan lancar.

Zafreel hanya menganggukkan kepalanya. "Oh ya, cinta hati. Esok aku datang ambil kau tau, mummy suruh aku bawak kau pergi butik dia. Katanya nak fitting baju nikah."

"Okay." Dia mengambil minumannya yang baru sahaja sampai tadi. Dihirup perlahan air itu. Zafreel turut melakukan benda yang sama. Kering tekak bincang pasal kahwin.

"Lepas makan ni, kau ikut aku pergi satu tempat tau." Adellea mengerutkan kening. Nak pergi mana pula malam-malam ni.

"Oh don't worry, diorang semua ni akan ikut kita. Kita takkan keluar berdua malam-malam macam ni." Sambungnya lagi. Lega hati Adellea mendengarnya.


Mereka pun telah selesai makan, jadi mereka sekarang hendak ke tempat yang dikatakan oleh Zafreel. Sampai sahaja didepan kereta Zafreel dia membuka pintu disebelah pemandu untuk Adellea.

Berkerut dahi Adellea. "Aku kena naik dengan kau ke?" Soalnya.

"Exactly."

"Tapi kalau aku naik denga kau, empat ekor dekat belakang tu nak lempar mana." Katanya sambil memuncungkan bibirnya ke arah Liyana, Raina, Rina dan Bunga yang sudah menunggu di keretanya.

"Bagi jelah diorang bawak kereta kau. Cepat la, masa tak tunggu kita." Adellea mengeluh kecil. "Liyana! Tangkap!" Adellea membaling kunci kereta Mercedes nya ke arah Liyana. Nasib sempat Liyana menyambut kunci itu. Kalau tidak masuk dalam longkang ni tak pasal.

"Nak buat apa dengan kunci kereta kau ni?"

"Kau bawaklah kereta aku. Aku naik dengan Zaf." Liyana hanya mengangguk mengerti. Terus sahaja mereka berempat masuk ke dalam perut kereta itu.

"And now, please get in my queen." Kata Zafreel lembut. Tangannya masih setia memegang pintu kereta. Adellea menjulingkan matanya ke atas. Kurang suka jika Zafreel memanggilnya begitu. Lainlah kalau dia panggil 'cinta hati', merdu je dengar. Ahak!

"And i am not your queen, Mr. Zafreel." Katanya sebelum masuk ke dalam kereta. Terus sahaja Zafreel menutup pintu tersebut.

"You will be my queen soon, Mrs. Zayra." Katanya sambil berlari ke arah pintu memandu. Terus saja dia masuk ke dalam kereta, Audi R8 itu bergerak meninggalkan kawasan itu diikuti oleh Liyana dah beberapa buah superbike milik pekerja.

Kerja kafe pun naik superbike, ko ado?

Akhirnya mereka tiba ditempat yang dituju oleh Zafreel. Adellea melihat ke luar tingkap kereta, laut? Nak buat apa tepi laut malam-malam ni.

"Kau turun dulu, kejap lagi aku turun." Adellea hanya patuh. Tali pinggang keledar dibuka kemudian dia keluar dari kereta. Terus angin malam menerpa ke kulit wajahnya. Disini tidaklah terlalu gelap, kerana ada cahaya bulan dan lampu jalan. Ada juga pasangan dan keluarga lain yang sedang mengambil angin malam.

Perlahan-lahan dia menurun ke bawah sambil berhati-hati. Tinggi sangat batu ni. Dia tidak pula melihat bayang pekerja-pekerjanya, mungkin sudah pergi bermain disekitar hujung sana. Pantang nampak laut, laju je diorang hilang.

Sedang seronok dia mengambil angin malam dengan mendengar air laut yang tenang itu, Zafreel datang dengan membawa dua buah kerusi lipat kemudian dipasang. "Duduklah, aku nak pergi ambik barang kejap." Tanpa memberi respon, terus sahaja Adellea duduk. Penat berdiri.

Tenang sahaja angin malam menerpa ke arahnya. Sedikit sejuk tapi tidak dihiraukan. Seronok menikmati keindahan dihadapannya.

Kini Zafreel kembali sambil membawa sebuah gitar ditangannya. Terus saja dia melabuhkan punggung di kerusi itu. Dia menoleh memandang wajah jelita Adellea. Tenang sahaja wajah tunangnya.

"Feeling better, hm?" Soalnya sambil memandang wajah itu.

"More better, thanks."

Zafreel hanya senyum kemudian jarinya mula memetik gitar yang berada diatas ribanya. Dia memainkan lagu yang berjudul 'Penjaga hati'.

Tak sadar kutemukan

Temukan wanita rupawan yang sadarkan

Dia seorang, tiada lain tiada bukan

Hanya dia

Adellea memandang Zafreel tak percaya. Boleh ke semerdu itu suara dia? Zafreel hanya senyum kepadanya. Dia sambung bermain gitar tersebut.

Dia buatku nyaman

Dalam hangat pelukan

Dia perasa mengerti yang kurasa

Hanya dia

'Kan kuarungi tujuh laut samudera

'Kan kudaki Pergunungan Himalaya

Apa pun 'kan kulakukan 'tuk dirimu sayang

Oh, penjaga hati

Makin tenang Adellea mendengar suara merdu Zafreel. Dia hanya membiarkan tunangnya menyanyi hingga ke hujung lagu.

'Kan kuarungi tujuh laut samudera

'Kan kudaki Pergunungan Himalaya

Apa pun 'kan kulakukan 'tuk dirimu sayang

Oh, penjaga hatiku, ho-uh-oh

Kar'na bersamamu semua terasa indah (terasa indah)

Gundah gulana hatiku t'lah hancur sirna (gulana hatiku t'lah sirna)

Janjiku takkan kulepas, wahai kau bidadariku dari surga

'Tuk s'lamanya

'Tuk s'lamanya

'Tuk s'lamanya

Habis sudah lagu itu dinyanyikan oleh Zafreel. Adellea mengeluh perlahan. Kenapa cepat sangat lelaki ini menyanyi? Tak puas dengar suara merdu dia. Hampir tertidur Adellea dibuatnya, merdu sangat bila dia nyanyi tu.

"Amacam? Sedap tak suara aku?" Adellea hanya menjeling sekilas ke arah Zafreel. "Biasa je." Balasnya ringkas.

"Betul ke biasa je? Aku tengok orang tu tadi sampai nak tertidur." Zafreel senyum jahat. Wajah Adellea sudah berbahang. Argh, macam mana boleh kantoi ni.

Ting!

iPhone Adellea berbunyi menandakan bahawa ada notifikasi masuk. Laju sahaja tangannya memasukkan kata kunci kemudian group chat dibuka. Dia melihat Aziem menghantar gambarnya dengan Zafreel yang sedang bermain gitar sambil bernyanyi. Dengan caption nya...

Aziem problem :

Untung ler.. org tu healing ada org tolong nyanyikan lagu untuk dia. Kami ni para single hanya mampu healing sambil bukak Spotify je😞

Selepas membaca mesej yang dihantar oleh Aziem, terus sahaja dia mengangkat muka. Kiri kanan dipandang mencari sosok pekerja-pekerjanya. Matanya terhenti disatu kumpulan yang sedang duduk dibatu besar itu. Pandangan tajam diberi kepada mereka.

"UNTUNG LERR! KAMI NI SPOTIFY JE MAMPU!!" Jerit Aziem tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Terus sahaja Izhan dan yang lain mengangkat iPhone mereka menunjukkan mereka sedang mendengar lagu melalui Spotify. Adellea hanya jeling menjeling tajam kemudian kembali memandang ke arah laut.

"Hahaha... Happy go lucky jugak eh pekerja-pekerja kau. Staf-staf aku semua serius je memanjang. Kecuali di Aiden bengap tu." Kini Zafreel pula bersuara. Adellea hanya ketawa perlahan.

"Entahlah diorang tu. Pening kepala aku nak melayan kerenah diorang. Kadang tu, ada yang garang macam singa, yang sorang tu terlebih hyper, yang sorang tu terlalu random. Macam kau tengok tadi, si Aziem tu." Panjang lebar Adellea cerita. Makin lebar senyuman Zafreel.

"Tapi kan, aku si Aiden tu elok je. Apa yang bengap nya?"

"Kau tak hadap dia tiap-tiap hari, mana lah kau tahu." Katanya kepada Adellea.

"Eleh, kau pun samalah. Kau tak pernah hadap sepuluh ekor tu, mana kau tahu yang diorang tu happy go lucky." Bidas Adellea semula. Zafreel memandang tajam ke arah tunangnya. Melawan.

Haish dua ketul ni asyik nak gaduh je 24 jam. Lempar masuk dalam laut tu baru tahu.

~

TBC

Vote for next chapter>>

Vote 10 = update

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 283K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
233K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
7.1K 663 31
Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal...
175K 4.2K 11
🌼 BGMI EDISI RAYA ❤️ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya memulakan bicaranya. "Then?" Sepatah Rayy...