Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

Por AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... Más

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 27

14.2K 1.5K 121
Por AizackMesle

BERHENTI di pekarangan sebuah banglo tiga tingkat itu, mata Jelita melopong sebesar-besarnya. Kalau waktu tengok rumah keluarga Emiir waktu pertama kali pun, Jelita sudah mahu pengsan. Tengok rumah Emiir sendiri pula, macam tidak percaya rasanya.

Banglo tiga tingkat ini akan menjadi kediamannya sepanjang bergelar isteri Emiir? Fuh... Ni boleh buat modal nak riak dengan Aliah ni. Kahkahkah! Tapi keluarga Aliah pun memang sudah cukup senang. Dia ajela baru nak merasa semua ini.

"Mummy cepatlah turun." Mendengar seruan yang tidak asing itu, Jelita cepat-cepat membuka tali pinggang keledar. Sejurus itu, dia keluar dari perut kereta dengan mata berkedip-kedip banyak kali.

"Ni rumah awak?"

Emiir pandang Jelita. Pandangannya seolah-olah mengatakan 'Taklah, ni rumah mak cik jiran sebelah. Soalan bodoh apa kau tanya ni?'. Seumpana itulah ekspresi Emiir. Dengan kerut-kerut keningnya.

"Jom mummy! Shaq nak tunjuk bilik Shaq."

Belum apa-apa lagi, Eshaq sudah menarik baju Jelita agar ikut langkahnya masuk ke dalam rumah. Jelita sempat menentang mata Emiir, seolah-olah sedang meminta izin. Apabila lelaki itu angguk membenarkan, Jelita senyum. Kaki terus maju setapak demi setapak ke dalam banglo tersebut.

Tak perlu buka pintu sendiri. Ada beberapa orang pembantu rumah sudah sedia menunggu di depan sana untuk membukakan pintu. Jelita melempar senyuman kepada mereka-mereka yang menunduk hormat kepadanya. Kekok pula rasa apabila mereka panggil dia puan.

Puan Jelita. Ewww. Macam tak kena.

"Welcome to the family, puan." Amboi, siap speaking kau Jah. Jelita kekal senyum. Ketika mereka menunduk, dia juga menunduk. Bukan kaleng-kaleng pembantu rumahnya pun.

Lagi masuk ke dalam, lagi mulut Jelita tidak mampu ditutup. Cantik. Hias dalaman rumah Emiir terlihat kemas dan elegan dengan hiasan ala-ala Barat. Siap ada lampu chandelier berjuntai-juntai. Lantainya pun guna lantai granit bercorak marble. Berkilat. Boleh telek wajah sendiri.

Eshaq tarik tangan Jelita masuk ke dalam lif. Mak ai, dalam rumah pun ada lif! Ini betul-betul macam mimpi. Kalau mimpi, Jelita harap dia tak akan dikejutkan secepat yang mungkin. Di rumah ayahanda memang tak ada lif, tapi lebih lebar dan besar design rumah itu.

"Kita pergi bilik Eshaq tau." Eshaq pesan awal-awal.

Jelita angguk saja, akur. Sesekali mata mengerling dinding sekeliling. Sampai di bilik tidur Eshaq, budak itu terus buka pintu. Menarik Jelita supaya masuk lebih dalam. Tubuh Jelita ditolak lembut supaya duduk ke birai katil. Eshaq senyum-senyum.

"Nilah bilik Shaq. Cantik tak?" Tangan didepa.

"Cantik. Mestilah cantik. Takkan tak cantik..." Meleret-leret nada Jelita.

Eshaq panjat ke atas katil. Melabuhkan punggung ke ruang kosong bersebelahan Jelita. Kaki dibiar melunjur ke bawah. Jelita pandang Eshaq dari sisi. Dari ekor mata, dia boleh nampak senyum lebar budak itu. Perlahan, kepala Eshaq diusap.

"Eshaq suka mummy jadi mummy Eshaq?"

Eshaq angguk sungguh-sungguh. Tapi pandangan Jelita tidak dibalas pun. Dia hanya meluruskan pandangan ke dinding. Kaki digoyang-goyangkan. Sambil itu, senyum di bibir semakin melebar.

"Suka. Mestilah suka. Ada mummy... Satu-satunya impian Shaq. Shaq selalu sedih bila tengok orang lain ada ibu. Tapi sekarang Shaq dah ada mummy, so tak sedih lagi." Petah Eshaq bercakap.

Jelita cuba membayangkan apa yang dilalui oleh anak tirinya itu. Kanak-kanak seawal usia Eshaq seharusnya mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Jelita tidak nafikan, Emiir sudah cukup baik menjaga Eshaq. Tapi sebaik-baik bapa, budak ini perlukan kasih sayang seorang ibu.

Kepala Eshaq ditarik ke dadanya. Pipi tembam budak itu diusap. Dibelai penuh kasih. Lalu dahi Eshaq menerima ciuman ringkas. Makin mereka rapat, Jelita makin dapat rasakan, selama ini terlalu banyak yang dipendam oleh Eshaq.

Dia nampak perasaan demi perasaan, dengar luahan demi luahan dari mulut Eshaq sendiri. Kasihan memang kasihan. Itu mungkin itu sudah bahagian budak itu. 'Hilang' ibu seawal usia yang masih muda.

"Mummy janji dengan Shaq."

"Janji apa?" Kepala tunduk membalas tatapan polos Eshaq.

"Jangan tinggal Shaq. Jangan tinggalkan daddy. Shaq takut..." Pinggang Jelita dipeluk erat-erat. Eshaq sembam wajah ke perut gadis itu.

"Mummy janji."

Tatkala janji telah dilafaz, Jelita tahu dia tidak boleh berundur lagi. Apa yang dia telah lakukan sampai saat ini, harus diteruskan sehingga akhir penamat. Perjanjian yang telah dibuat dengan Eshaq cukup untuk beritahu betapa dia sayangkan budak itu.

Dia akan menyayangi dan menjaga Eshaq seperti anaknya sendiri hingga hela nafas terakhir.

"Mummy sayang Eshaq?" soal Eshaq tiba-tiba. Tangan jelita dipegang. Kelopak matanya mengedip polos.

"Mestilah sayang. Sayang sangat anak mummy ni!"

Eshaq akhirnya tertawa. Angguk banyak kali dan terus memeluk tubuh Jelita erat-erat. Ketat-ketat. Eshaq janji, walau apapun yang berlaku, tiada sesiapa boleh rampas mummy daripada dia.

Selang beberapa minit selepas itu, Emiir menapak masuk ke dalam bilik tidur Eshaq dengan pakaian santai. Lelaki itu sudah siap menukar kemeja awal tadi dengan sehelai t-shirt putih dan sweatpants kelabu. Jelita balas tatapan Emiir yang sedang bersandar di pintu sambil peluk tubuh itu.

"Aku nak bawa kau ke bilik."

Maksudnya bilik 'kita'. Bilik mereka. 'Berdua'.

Jelita jatuhkan kepala beberapa kali sebelum mendongakkan wajah Eshaq. Kepala budak itu diusap lembut. Penuh sayang. Tatapannya sarat dengan perasaan yang tidak mampu diluahkan melalui kata-kata. Demi Tuhan, budak lelaki ini benar-benar telah berjaya mencuri sekeping hati milik Jelita.

"Mummy ikut daddy kejap. Tunggu sini tau."

Ironinya, Eshaq akur. Langsung tiada bentakan atau rengekan seperti budak kecil.

"Okey mummy. Shaq tunggu."







JEJAK saja kaki ke dalam bilik tidur serba mewah itu, Jelita dapat rasakan bulu romanya meremang tegak. Seluruh ruang itu didominasi oleh warna hitam. Ada kalanya sedikit warna kelabu dan merah. Tidak jauh beza daripada bilik Emiir di Farran's Residence. Tapi auranya berbeza.

"Menung apa? Masuklah." Suara serak-serak basah dari belakang itu buat Jelita teguk liur dalam-dalam.

"Ada satu katil aje ke?"

Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Kemudian, tubuh dipusing menghadap Emiir yang sudah berhenti melangkah. Lelaki itu, daripada seluk tangan ke dalam seluar, kini sudah menukar posisi dengan memeluk tubuh. Jelas-jelas otot lengan lelaki itu naik.

Emiir kerut kening mendengar soalan Jelita. Sekejap pandang Jelita, sekejap pandang katil bersaiz King di belakang isterinya. Ekspresinya seolah-olah mengatakan Jelita sedang bertanya sesuatu yang sudah jelas-jelas ada jawapan di depan mata.

Rasanya tak ada pula dia letak dua buah katil di situ.

"Nampak macam ada sepuluh katil ke?" Sarkastiknya.

Jelita memutar bebola mata ke atas. Berdecit lalu melipat bibir bawahnya ke dalam. Turut memeluk tubuh sambil menentang mutiara hitam pekat milik Emiir. Nafas dihela panjang-panjang.

"Saya nak tidur katil lain."

Mendengar permintaan penuh dominasi itu, anak mata Emiir turun naik merenung tubuh Jelita. Yang dia agak, tinggi Jelita dalam 159 cm, seberat 52 kg. Bukan besar mana pun. Kalau dia angkat, siap boleh dilempar-lempar lagi.

"Katil tu dah cukup besar. Kenapa nak tidur katil lain? Kau besar kalah gergasi ke sampai tak cukup satu katil?"

"Hei mulut awak ni kan! Saya nak tidur katil lain sebab saya takut kaki saya naik lagi atas perut awak. Itu mujur kaki saya je. Kalau dengan saya satu badan naik atas awak, haaa..."

"Haaa, apa?" Emiir mula angkat sebelah kening tebalnya.

Melihat Jelita yang sudah terdiam tanpa diksi, Emiir berjalan lagi setapak demi setapak mendekati isterinya. Gadis itu langsung tidak bergerak walau seinci. Masih gagah berani berdiri di posisi asal. Tapi dari seraut wajah bujur sirih gadis itu, dia tahu ada butir gugup mula bercambah.

Makin rapat. Tinggal sejauh setapak lagi. Tapi Jelita masih tidak berganjak. Sudut bibir Emiir diam-diam ternaik sedikit. Hanya sedikit. Bahkan, tidak nampak pun yang sebenarnya lelaki itu sedang tahan diri untuk senyum sinis. Seolah-olah kosong renungan sang pemilik mata helang itu.

"Sambunglah apa yang kau nak cakap."

Jelita geleng kepala laju-laju sambil kemam bibir. Tangan diam di sisi tubuh. Dia ramas-ramas sisi blouse yang dipakainya. Jantung sudah mula melakukan senaman. Dup dap, dup dap lebih laju dua kali ganda dari biasa.

"Do you want to sleep together? I mean... sleep..." Suara rendah serak basah Emiir kedengaran mengintimidasi.

"Sleep...? Did you mean..."

Tangan Emiir sudah menyentuh pinggang Jelita. Sengaja menarik tubuh isterinya lebih rapat. Lebih erat. Lebih menambah-nambah debar di hati gadis itu. Boleh nampak dada Jelita sudah turun naik. Gelisah tidak semena-mena. Sedangkan Emiir masih bereaksi biasa.

"Emiir... I warn you. Jangan berani buat bukan-bukan. Kalau tak, saya..."

"Saya?" Emiir pantang dicabar.

"Nak jerit? Jeritlah. Kita tengok ada sesiapa ke yang peduli."

Dan bibir Jelita kembali terkatup rapat-rapat. Memang pun. Kalau dia jerit sekalipun, tak ada sesiapa akan peduli. Emiir pemilik rumah ini. Semua orang di dalam rumah ini bekerja di bawah lelaki itu. Bukan bekerja di bawahnya.

Tapi Emiir betul-betul serius ke? Gila. Sejak bila Emiir macam ini? Jelita benar-benar tak sangka Emiir sanggup buat macam ini kepadanya. Kalau dia tahu perangai sebenar Emiir, memang dia tak akan setuju untuk bernikah dengan lelaki itu.

Nasi sudah menjadi bubur. Nak menolak pun, Emiir sudah jadi suami dia. Hendak tidak hendak, terpaksa...

"Benda kotor apa yang kau fikir?"

"Aduh!" Terpejam mata Jelita apabila Emiir menjentik dahinya. Tidaklah kuat mana. Tapi tetap rasa pedihnya.

"Sakit?" soal Emiir beberapa saat selepas itu. Melihat Jelita masih tidak berhenti menggosok dahi, keningnya bertaut. Rasanya tak kuat mana pun dia jentik. Drama lebih perempuan ni.

"Gila tak sakit?! Jari awak tulah keras macam besi. Kalau berlekuk dahi saya esok, saya saman awak!"

Emiir tepis perlahan tangan Jelita. Yang tadinya menggosok dahi, kini keras tubuhnya apabila Emiir meniup di tempat yang telah dijentik itu. Jelita pegun dalam posisi itu. Kejung seperti tugu negara.

'Abah, apa Emiir dah jampi Jelita ni?' desis hatinya.

"Dah tak sakit?"

"Hmm..." Angguk sambil sembunyi senyum.

Jelita tersengih-sengih dalam diam. Rasa seperti berjuta-juta ekor rama-rama berterbangan di dalam perut apabila Emiir meniup dan mengusap perlahan dahi dia. Kemudian, lelaki itu berganjak menjauhkan diri dua tapak ke belakang.

"Awak nak ke mana?" tanya Jelita kehairanan.

"Gym."

"Awak nak keluarlah ni? Takkan baru sampai dah nak keluar? At least bawalah saya tour rumah ni dulu. Awak ni..."

"Mini gym. Tingkat atas. Kalau nak ikut, tukar baju cepat," potong Emiir sebelum berlalu keluar.

Jelita hantar langkah Emiir dengan ekor mata. Diam di situ dalam lima minit. Setelah mendapat kesedaran, barulah dia tergopoh-gapah menyalin pakaian. T-shirt kartun Doraemon dan seluar tracksuit menjadi pilihan. Tindakannya sepantas kilat.

Tak sangka ada mini gym di dalam rumah ini. Jelita memang suka pergi gim. Tapi kerana masa yang terhad, dia sukar untuk pergi gim di luar. Lagipula, kalau tiada teman, dia memang tak berani pergi seorang diri. Lagi-lagi si Aliah tu memang malas nak ke tempat-tempat macam itu. Terlalu terbuka katanya.

Jelita memilih untuk naik guna tangga. Satu demi satu anak tangga dipijak. Sambil itu, dia sempat memandang hiasan dalaman rumah itu. Semuanya serba mewah. Besar-besar. Tinggi-tinggi. Dan Jelita pasti, semuanya diimport dari luar negara.

Sampai di tingkat tiga, Jelita berkira-kira sama ada ingin belok ke kiri atau ke kanan. Dia berhenti di tengah-tengah. Dan kebetulannya, waktu itu ada Ainun yang baru keluar mengemas sebuah bilik. Jelita lempar senyum lebar.

"Eh puan nak ke mana ni?" soal Ainun ramah.

"Kat mana eh mini gym? Emiir tulah, dia tinggalnya saya. Saya dahlah tak tahu lagi selok-belok rumah ni."

Ainun ketawa kecil mendengar rungutan isteri majikannya itu. Gadis muda itu memang peramah betul. Walaupun belum sampai dua puluh empat jam Jelita berada di dalam rumah ini, dia sudah dapat rasakan Jelita akan jadi sumber penceria di sini.

"Mari akak bawakan puan."

"Eh janganlah panggil puan. Malulah. Saya muda lagi. Jangan panggil puan. Panggil Jelita je, okey?" Sambil mulut mengomel, Jelita ikut saja langkah Ainun.

Sekali lagi Ainun ketawa.

"Ni tempatnya, Jelita. Masuklah."

"Terima kasih akak...?"

"Nama akak, Ainun." Ainun senyum.

"Terima kasih Kak Ainun."

Usai menghantar langkah Ainun yang sudah menuju ke arah tangga, Jelita tolak perlahan pintu mini gym tersebut. Masuk-masuk saja, semerbak bau yang tidak asing. Bau apa lagi. Bau Emiirlah. Jelita ni sensitif sedikit dengan bau. Dia boleh cam bau seseorang itu dengan mudah tau.

"Kenapa tak tunggu saya? Mujur ada Kak Ainun tau... MasyaAllah, indahnya ciptaan Tuhan. Ya habibi..." Hampir jatuh rahang Jelita melihat Emiir sedang duduk di atas sit up bench tanpa baju. Ketul-ketul di perut lelaki itu menjadi santapan mata Jelita.

Emiir pula, apabila perasan kehadiran Jelita di situ, dia terus bangkit. "You want to work out with me?"

Gila tak nak!

Jelita angguk cepat-cepat dan senyum apabila Emiir beri isyarat tangan supaya datang mendekat. Peluang yang ada, dia takkan sia-siakan. Bagai bulan jatuh ke riba, Jelita tak akan tolak peluang yang ada untuk kenal Emiir dengan lebih mendalam.



Mr. Cold Dictator,
4 May 2022


Maaf lewat update. Author sibuk sikit ( raya konon ) .

Ohya, author ada buat contest Raya With Aizlieya. Hadiah yang menarik menanti anda. Kepada yang nak join, sila baca syarat betul-betul, ada di Instagram author, aizackmesle_

KAU ORANG BERAYA DI MANA TAHUN NI?

Seguir leyendo

También te gustarán

3M 177K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...
366K 31.5K 15
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
386K 42.8K 21
في وسط دهليز معتم يولد شخصًا قاتم قوي جبارً بارد يوجد بداخل قلبهُ شرارةًُ مُنيرة هل ستصبح الشرارة نارًا تحرق الجميع أم ستبرد وتنطفئ ماذا لو تلون الأ...
1.6M 71.5K 76
မာဗာရစ် + ခွန်းညီလွန်းရန် ( 8.9.2023)