Mine (Always & Forever) ✔️ Co...

By anissyaaa

276K 15.8K 871

Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos More

Prologue
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Epilogue
NOTICE eBook
Tumpang Promote
Appreciation giveaway
I need your opinion pls
LAST DAY PROMO
Promo ebook
Aydan Haqq's
CNY ebook promo
10 ebooks RM20 sahaja
PROMO RAYA
CONTEST VIDEO MENARIK

Bab 34

4.4K 318 15
By anissyaaa

Melangkah masuk ke bilik, Adwa terus merebahkan badan ke atas katil. Kepalanya semakin berdenyut. Sejak kebelakangan ini, kepalanya sering sakit dan pening. Sementara menunggu Aakiff pulang, Adwa berniat untuk merehatkan diri untuk meredakan rasa sakit kepalanya.

Setengah jam kemudian, Aakiff tiba. Dia terus melangkah ke arah Adwa yang terbaring kepenatan di atas katil. Jari jemarinya mengusap lembut kening dan dahi Adwa yang sedang berkerut itu. Merasakan sentuhan di dahinya, Adwa membuka mata. Dia terus bangun.

"Kiff, bila awak sampai?" soalnya menggosok mata.

"Baru saja," ujar Aakiff. Adwa duduk bersila di atas katil. Rasa sakit kepala makin berkurang akan tetapi rasa pening masa bersisa.

"Awak ikut Zaid pergi kolej kan hari ni? Macam mana? Ada rasa apa-apa?" Adwa bertanya sambil mengulum senyuman lembut. Daripada reaksi serba salah Aakiff, Adwa dapat menduga jawapan Aakiff. Walaupun dia sedikit kecewa kerana berharap Aakiff sekurang-kurangnya dapat rasakan sesuatu. Dia tetap senyum.

"It's okay. Take your time," Adwa menyentuh lembut tangan Aakiff. Aakiff sekadar ukir senyuman nipis. Adwa bangun untuk ke bilik mandi. Namun tubuhnya terhuyung hayang sedikit akibat pening. Aakiff laju bangun untuk membantu Adwa.

"Awak okay tak ni? Nak pergi klinik tak?" Aakiff bertanya khawatir.

"Eh tak apa. Saya okay. Maybe stress sikit. Itu yang pening sikit tu," balas Adwa cuba mengurangkan rasa risau Aakiff. Aakiff teragak-agak untuk membiarkan Adwa ke bilik air seorang diri. Namun dia tidak mahu juga Adwa rasa kurang selesa dengannya.

Aakiff duduk di pinggir katil. Kata-kata Imani menjengah kembali di ingatannya.

"I bet sekarang Adwa tengah runsing sebab suami dia sendiri lupakan dia. She must be stressing herself right now," kata Imani. Aakiff kerutkan dahi. Mula timbul kerisauan di hatinya.

"Awak rasa dia stress?"

"Tell me Aakiff. Siapa saja yang tak stress kalau suami ada depan mata tapi tak ingat isteri sendiri," sambung imani lagi.

Aakiff mengetap gigi. Wajahnya diraup kasar.

"Tapi apapun Imani sangat kagum,"

"Kagum kenapa?"

"Sebab Imani tengok, walaupun Aakiff dah tak ingat siapa Adwa. Your eyes still tell everyone how much she meant for you," ujar Amani mengukir senyuman lembut. Aakiff diam. Dia juga sebenarnya risau kalau-kalau Adwa berasa tertekan dengan situasi mereka sekarang. Kalau dia cuba meletakkan dirinya di tempat Adwa juga dia pasti rasa hilang semangat jika orang yang sepatutnya sayang kita sepenuh hati telah melupakan kita.

Tak lama kemudian, Adwa keluar dari bilik air. Apabila melihat wajah Aakiff yang berkerut, Adwa mendekati Aakiff.

"Awak okay tak ni?" Adwa bertanya. Aakiff pandang Adwa dengan sejuta perasaan menembus ke dalam dirinya. Walaupun Adwa kurang sihat, Adwa tetap prihatin akannya.

"Aakiff?" Adwa panggil apabila Aakiff tidak menyahut pertanyaannya.

"I'm fine. Awak dah okay? Pening kepala lagi?" Aakiff bertanya prihatin.

"Saya okay. Bila dah mandi ni rasa segar sikit tubuh. Lepas ni saya nak pergi masak sekejap. Awak rehatlah dulu. Teringin nak makan apa-apa tak?" Adwa bertanya pula. Aakiff geleng kepala.

"Saya tolong," Aakiff mempelawa.

"Betul?"

Kepala diangguk.

***

Keesokannya...

Adwa menggeliat kecil. Cuti hujung minggu yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Adwa menggoreng cucur udang sebagai minum petang mereka pada hari itu. Aakiff duduk di hadapan Adwa.

"Wa," Aakiff panggil lembut. Suaranya sedikit bergetar. Adwa pandang Aakiff dengan penuh persoalan.

"If you want me to let you go, tell me." Ujar Aakiff secara tiba-tiba.

Namun bagi Adwa, Kata-kata Aakiff ibaratkan satu benda berat menimpa hati dan jantung Adwa secara serentak. Dia pandang Aakiff dengan riak tidak sangka.

"Apa awak cakap ni?" Adwa marah.

"Wa. Saya tak suka tengok awak stress fikir keadaan saya. Saya pun tak suka tengok awak kecewa setiap kali saya cakap saya masih tak ingat apa-apa. It hurts me to see you hurting," kata Aakiff cuba buat Adwa faham. Namun ayatnya membuatkan Adwa lagi marah.

"Saya tak pernah stress dengan keadaan awak Aakiff. Saya tak pernah paksa awak untuk ingat semula tentang kita. Kalau awak pilih untuk tak nak dapat balik memori awak, saya terima. Tapi kenapa-" suara Adwa tersekat di hujung kerongkong. Kepalanya kembali berdenyut. Air matanya mula bergenang.

"Wa,"

"Awak cakap awak tak suka tengok saya terluka. Tapi Aakiff, kata-kata awak lagi melukakan hati saya. Saya faham awak tak ingat saya. Tapi awak nak kita berpisah?" Adwa bertanya. Suaranya bergetar jelas menunjukkan kata-kata Aakiff sangat memberi kesan kepadanya. Dia pandang Aakiff dengan mata yang sudah berlinangan air mata. Sungguh hatinya terluka ketika itu.

"Wa dengar dulu apa yang saya nak cakap," Aakiff mendekati Adwa. Tangan Adwa ditarik dan digenggam lembut.

"Why so suddenly?" Adwa bertanya lemah. Suaranya kedengaran serak sedikit. Aakiff diam sebentar.

"I met Amani-" belum sempat Aakiff menghabiskan kata-katanya, Adwa merentap kasar tangannya daripada Aakiff. Aakiff kelihatan tersentak apabila Adwa memandangnya dengan penuh rasa benci dengn tiba-tiba. Jantungnya ketika itu juga terasa bagai hampir tercabut melihat reaksi Adwa.

Adwa meruap kasar wajahnya. Dia membelakangkan Aakiff. Nafas dalam di tarik.

"Wa please," Aakiff cuba memujuk Adwa. Namun Adwa sudah terlebih emosi. Dia tidak dapat berfikir secara rasional ketika itu.

"Saya nak keluar. Izinkan saya keluar," kata Adwa masih tidak mahu pandang Aakiff.

"Wa," suara Aaakiff bergetar.

"Please Aakiff. Saya tak boleh tengok awak sekarang ni. Saya tak nak bercakap ikut emosi. Jadi tolong izinkan saya keluar," suara Adwa juga bergetar. Aakiff ketap bibir. Satu keluhan dilepaskan.

"Saya izinkan," Aakiff membalas lemah. Suaranya bergetar

Dengan itu, Adwa terus melangkah meninggalkan Aakiff yang mula dirasuk perasaan kesal. Aakiff mengetap rahangnya dengan kuat. Rambut ditarik kasar. Menyesal dengan kata-katanya. Lagi kesal kerana dia tidak dapat menjelaskan dengan baik pada Adwa.

***

Adwa memberhentikan kereta berhampiran taman perumahan Mawar. Dia terus mendail nombor kawan baiknya itu. Beberapa deringan panggilan dijawab.

"Hah? Kenapa. Rindu aku ke?" Mawar berceloteh di hujung talian.

"Mawar," suara Adwa bergetar. Menyedari situasi itu, Mawar terus berubah serius.

"Wa. Kau kenapa? Okay tak ni?" Mawar mula risau.

"Aku tumpang rumah kau kejap boleh?"

**

"Ya Allah wa, kau okay tak ni?" Mawar terus menerpa ke arah Adwa.
Adwa ketika itu juga sudah reda dari emosinya yang kurang stabil tadi.

"Aku okay," Adwa senyum hambar. Mawar tidak banyak tanya sebaliknya mempelawa Adwa masuk ke dalam rumah.

Mawar memberikan secawan air milo panas kepada Adwa.

"Aku tak nak korek banyak tapi aku cuma nak tahu satu benda je," Mawar bersuara. Dia dapat lihat wajah Adwa yang penat dan lemah.

"Is it about Aakiff?" Mawar bertanya. Adwa diam seketika sebelum mengangguk.

"Aku tumpang rumah kau untuk malam ni boleh?" Adwa bertanya.

"Boleh. Tak ada masalah. Tapi kau dah minta izin Aakiff bukan?"

Sekali lagi Adwa mengangguk. Mawar bangun.

"Kau habiskan milo tu, lepastu kau pergi rehat. Aku tengok dah macam orang nak pengsan muka kau tu. Nampak sangat penat. Lepasni terus rehat," Mawar berkata sedikit risau. Jarang sekali dia tengok muka Adwa pucat seperti itu.

Usai minum air, Adwa terus ke bilik yang dimaksudkan oleh Adwa. Sebaik sahaja dia letak kepala di bantal, dia terus lena.

Tepat jam 8 malam, Mawar menerima whatsapp daripada Aakiff.

Mawar, Adwa dengan kau kan?
, Is she okay?"

Soalan Aakiff membuatkan Mawar menghela nafas lemah. Mawar tahu Aakiff sayangkan Adwa dan dia juga yakin Aakiff masih sayangkan Adwa walaupun Aakiff hilang ingatan. Oleh sebab itu, dia agak tertanya-tanya kenapa buat pertama kalinya, Adwa merajuk sampai begitu sekali.

Aku rasa Adwa macam penat sikit. Sekarang dia tengah tidur. - Mawar

Mawar, Tolong update aku pasal wa please. - Aakiff.

No worries. I will. - Mawar

Emm Mawar, maaf susahkan kau, boleh tak tolong sediakan susu untuk Adwa - Aakiff

Bagi ubat untuk kurangkan sakit kepala juga- Aakiff

Tolong bagitahu aku apa-apa - Aakiff.

Thankyou Mawar - Aakiff

Adwa geleng kepala. Dia yakin ketika itu Aakiff tidak senang duduk.

"No problem"

Dont forget to Vote & Comment



Continue Reading

You'll Also Like

378K 19.7K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
36.9K 1.9K 36
1 BOOK : MAWAR Noah Hykal Mawar Bella sinopsia di dalam ye tq you are mine Mawar🌹
619K 13.6K 63
#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwi...
143K 5K 81
ℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...