Suamiku yang terbaik

By Zul_Riss17

3.1K 938 945

Berada dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. sejak kecil, jiwa Nurul Aqilah me... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Intro
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29

Bab 25

82 19 47
By Zul_Riss17

Kali pertama kupandang, pesona di wajahmu... Saat itu hatiku kan terpana...

********

Walaupun keletihan, Aqilah menggagahkan dirinya mengikut Afiq ke Butik An-Nisa. Mereka mahu mencuba baju pengantin yang ditempah untuk majlis yang bakal berlangsung tidak sampai sebulan sahaja lagi.

    Puan Nik yang sedang duduk, tersenyum melihat Aqilah dan Afiq melangkah seiringan memasuki kedainya. Lebar senyumannya melihat kemesraan pasangan itu. Pasangan secocok! Puan Nik membuat penilaian sendiri.

    Aqilah yang menyedari pandangan Puan Nik, cepat-cepat menjarakkan diri daripada Afiq.

    "Amboi... Dari mana ni Qilah?" Sapa Puan Nik. 

    "Jalan-jalan, aunty," sahut Aqilah dengan senyuman.

    "Aunty baru telefon mama kamu, tanyakan tentang kamu dan Afiq yang katanya nak datang ambil baju. Mama kamu dah bising-bising tadi bila aunty beritahu dia yang anaknya tak sampai-sampai lagi. Rupa-rupanya..." Puan Nik tidak meneruskan kata-kata, sebaliknya melirik pandang pada teruna dara sejoli di hadapanya itu.

    Berkerut-kerut kening Aqilah mendengar kata-kata Puan Nik itu. Afiq di sebelahnya tersenyum senang.

    "Hmm... Mama suruh Qilah datang ambil baju dari aunty," ujar Aqilah cuba mengelak daripada terus-terusan diusik.

    "Siap dah. Tapi, aunty rasa elok kalau Qilah dan Afiq buat fitting dulu. Kalau ada apa-apa yang tak kena, aunty boleh terus betulkan apa yang patut." Puan Nik terus berjalan ke sebuah rak yang menempatkan tempahan-tempahan yang telah disiapkan. Dari situ, dikeluarkan beberapa pasang baju yang telah siap. Tiga pasang kesemuanya. Salah satunya sepasang baju kurung moden berwarna putih gading keemasan bertatahkan butiran permata. Baju tersebut direka khas untuk majlis akad nikah. Kebaya berwarna coklat dan gaun pula bakal dipakai semasa majlis resepsi nanti. Melihatkan koleksi baju tersebut, Aqilah menggeleng.

    "Membazir sajalah mama ni. Yang wajib tu cuma akad nikah saja. Hisy!" Aqilah tidak henti-henti menggeleng.

    "Mama Qilah tu sayangkan Qilah sebenarnya. Dia nak tengok majlis tu berjalan sempurna seperti yang dirancang. Nak tengok anak gadisnya ni bahagia dan gembira." Puan Nik cuba membela hasrat murni temannya yang sudah disalah ertikan oleh Aqilah. Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia dan gembira?

    "Bahagia bukan boleh diukur melalui pakaian, aunty. Bahagia tu di sini!" Aqilah menepuk-nepuk dadanya  beberapa kali. "lagipun, orang macam Qilah ni... Mesti nampak tak sesuai pakai baju feminin macam ni," rungut Aqilah.

    "Emm... Cubalah dulu baju tu, Qilah!" Puan Nik mengarahkan Aqilah ke bilik persalinan. Gadis itu kalau tidak puas hati dengan mamanya, segalanya akan disuarakan.

    "Afiq pun rasa lebih baik pergi fitting room. Cuba baju melayu yang aunty jahit tu."

    Afiq menurut sahaja perintah Puan Nik. Lima belas minit kemudian, dia keluar dari bilik persalinan. Segak dengan baju Melayu warna putih gadingnya. Lelaki itu membetulkan samping keemasan yang agak longgar dan membiarkan leher bajunya tidak dibutang.

    "Cantik!" Spontan pujian dilontarkan.

    "Cantik, Qilah! Padan dengan Qilah," sokong Puan Nik.

    "Tapi Qilah rasa panaslah!" Aqilah mengeluh rimas.

    "Alahai... Kat atas pentas tu, boleh pulak tahan. Takkanlah majlis tak sampai 24 jam tu pun tak boleh tahan, Qilah!" Bebel Puan Nik sambil membetulkan kerongsang yang dipakai Aqilah.

    Aqilah tersenyum manja di hadapan Puan Nik. Sengaja beralasan.

    "Betul tu, aunty... Takkanlah kenduri yang tak sampai sehari suntuk tu pun tak boleh tahan!" Tokok Afiq, menyokong kata-kata Puan Nik.

    Aqilah menjegilkan matanya ke arah Afiq, geram. Nanti kau!

    "Fiq, sekejap!" Panggil Aqilah mendekatinya.

    Afiq tanpa mengesyaki apa-apa menghampiri tunangnya itu. Aqilah melangkah setapak ke hapadan bila Afiq sudah betul-betul berada di hapadanya.

    "Kenapa tak butangkan leher baju ni? Biar Qilah butangkan, ya?" Aqilah bersikap manja luar biasa.

    Pelik! Tidak pernah pula Aqilah sejinak ini. Pasti ada muslihat! Namun, Afiq membiarkan sahaja tangan Aqilah yang sudah berada di leher bajunya.

    Aqilah dengan senyuman manis membutangkan leher baju Melayu Afiq satu per satu. Afiq terpukau dengan senyuman itu, tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. She's hiding something!

    "Qilah!!!"

    Afiq sudah terlambat bila Aqilah membutangkan keseluruhan baju tersebut membuatkan lelaki itu sedikit tercekik. Tergapai-gapai tanganya mahu menanggalkan kembali butang baju yang paling atas itu agar dia dapat bernafas. Terbatuk-batuk dia dibuatnya.

    Aqilah pula sudah jauh meninggalkan lelaki itu dengan senyuman nakalnya. Padan dengan muka!

    Namun, kerana tidak sampai hati melihat Afiq yang bagai tidak cukup nafas itu, Aqilah berpatah balik ke arah Afiq lalu menanggalkan semula butang teratas pada leher baju Melayu Afiq itu. 

    "Padan muka!" Balas Aqilah seraya berpaling ingin berlalu. Bagaimanapun Afiq lebih pantas menarik lengan Aqilah. Aqilah yang langsung tidak bersedia terdorong kembali ke belakang dan hampir terjatuh. Namun, Afiq sempat menyambar tubuh Aqilah. Tangannya kuat merangkul pinggang gadis itu.

    Bulat mata Aqilah merenung wajah Afiq tidak berkelip. Terkejut kerana dirinya hampir terjatuh, juga terkejut kerana kini dia berada dalam dakapan Afiq.

    "Mana boleh lepas macam tu saja? Kena denda ni!" Bisik Afiq dekat di telinga Aqilah.

    Wajah Afiq dengan senyuman nakalnya menghiasi mata Aqilah. Kecut perut dibuatnya. Jatungnya berdetak tidak menentu.

    "Qilah nampak cantik sangat macam ni." Afiq sengaja memuji Aqilah yang masih dalam kejutan itu.

    "Ehem... Takkan nak buat drama kat sini pulak? Aunty tak produce drama, tau! Aunty cuma produce baju." Puan Nik mengusik melihat tingkah teruna dara di hadapanya itu. Cukup mesra.

    Afiq menarik tubuh Aqilah agar dapat berdiri dengan sempurna. Aqilah tidak lagi memandang wajah Afiq mahupun Puan Nik. Malu rasanya. Dia terus melangkah ke bilik persalinan. Afiq hanya memerhati dengan senyuman.

    Di dalam bilik persalinan, Aqilah duduk di kerusi yang menghadap cermin solek. Tangannya masih di dada bagi mengurangkan degupan kencang yang belum hilang.

    "Hisy... Kenapa dengan aku ni?" Bukan Aqilah sendiri.

********

Afiq melihat baju-baju yang tersangkut di rak khas dalam butik tersebut sementara menunggu Aqilah selesai menyalin pakaian. Dia tertarik melihat sepasang baju melayu Johor berwarna ungu lembut. Cantik buatan tangannya.

    "Cantiknya baju ni, aunty! Kemas jahitannya," puji Aqilah.

    Puan Nik tersenyum penuh makna. Memang sudah ramai yang tertawan dengan baju Melayu tu. Tetapi, dia tidak pernah berniat untuk menjualnya kepada sesiapa walaupun  pernah ditawarkan dengan harga yang tinggi.

    "Ramai yang nak mintak beli baju tu, tapi aunty tak bagi. Sayang nak jual lah, Fiq." Ujar Puan Nik.

    "Laa... Kenapa pulak macam tu?" Tanya Afiq hairan.

    "Sebab... Baju melayu ni Aqilah yang buat! Buatan tangan 100%. Tulang belut kat leher ni pun dia buat," ujar Puan Nik lagi.

    Bulat mata Afiq mendengarnya. Tidak disangkanya Aqilah yang menjahit baju tersebut. Kalau dilihat dari segi fizikal, memang sesiapa pun tidak akan percaya dengan hasil tangan gadis itu.

    "Aunty Nik, I need you favor!" Tiba-tiba Afiq bersuara, sekali gus mengatakan hajatnya.

********

Aqilah bertukar dua pasang pakaian lagi yang bakal dikenakan sewaktu majlis resepsi kelak. Wajah itu menggambarkan keletihan yang amat sangat. Selesai semuanya, mereka mengambil keputusan untuk terus pulang.

    "Thanks, Afiq. I rasa enjoy walaupun letih," ucap Aqilah. Ada keikhlasan dalam nada suaranya. Walaupun pertemuan merekah hari itu bermula dingin, tetapi Afiq nyata pandai memainkan peranan untuk memulihkan keadaan.

    "Esok I hantar you ke U ya, Qilah?" Pinta Afiq seakan-akan meminta kebenaran.

    "Esok Qilah pergi dengan Scoot. Tak payahlah susah-susah. Lagipun, esok jadual Qilah pack dari pagi sampai petang." Aqilah menolak secara baik.

    Afiq jelas hampa. "Bukan apa, Fiq ingat nak ajak Qilah cari hantaran untuk majlis kita esok."

    Aqilah terdiam. Lama dia berkeadaan begitu sebelum menghela nafas dalam.

    "Qilah ni jenis yang simple. Rasanya, Aunty Yasmin pun tahu Qilah macam mana. Kalau tak ada pun, Qilah tak kisah. Lagipun semua tu bukannya wajib pun," ujar Aqilah sebagai jawapan.

    "Tapi, Fiq memang nak bagi Qilah sebagai tanda penghargaan."

    "It's not important, Fiq. Nor necessary!" Tegas Aqilah.

    "But it's important to me, Qilah!"

    Aqilah merengus. Bengang juga bila kata-katanya disanggah. "Eeii... Ikut suka awaklah! Qilah malas nak campur dan tak mungkin akan ada masa esok!" Gadis itu menyatakan pendiriannya.

    Giliran Afiq pula mendengus. "Qilah, I don't know why, but I realize, inside you... You're different. Different from Aqilah before. Sikap Qilah cepat berubah. Kadang-kadang Fiq rasa Qilah seorang kawan yang baik. Tapi ada masanya, Fiq tak kenal Qilah, yang mana satu karakter Qilah yang sebenarnya," luah Afiq perlahan.

    "On yeah? I guess, you must have learned my real attitude now, Mr. Afiq! Good night!" Aqilah pantas meluru keluar dari kereta tersebut dan menghempas pintu kereta itu. Membiarkan sahaja baju-baju persalinan yang diambil dari butik Puan Nik tadi tersadai di dalam kereta lelaki itu. Tiba-tiba sahaja dia naik angin dengan Afiq.

    Afiq sekadar melihat Aqilah yang sudah berubah moodnya masuk ke rumah dengan wajah yang masam mencuka. Nampak gayanya, esok sahaja dia datang untuk menyerahkan baju-baju yang ditinggalkan di dalam keretanya itu kepada Aqilah. Harap-harapnya cuaca beransur baik dan 'puting-beliung' sudah mereda esok.

********

To be continue...

Dah baca jangan lupa vote & komen yer











Continue Reading

You'll Also Like

504K 20.4K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
248K 9.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
255K 16.7K 41
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
72.7K 7.4K 41
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...