TEARSBREAKER

By aeyssia

16.8K 2.8K 3.1K

[ INFINITY LOVE ] Roses are red, Iesyraf is cute. Damn babe, Just let me kiss you. Iesyra... More

PROLOG
1 : Lost girl.
2 : Beautiful fate, isn't?
3 : Retold of Alpha.
4 : Pool and mint.
5 : Little bitter secret.
6 : Al-Nu'aiman ibn Amr.
7 : Alohomora!
8 : Just let me love you.
9 : Get out!
10 : Monopoli.
11 : Road to Terengganu!
12 : Iesyraf vs Ayam.
13 : Moon, stars and you.
14 : Putera Nawaz.
15 : Promises.
16 : Wedding preparation.
17 : Trust him.
18 : Our new beginning.
19 : My prayer.
20 : A threat?
21 : The invisible friend.
22 : Treat you better.
23 : Night date.
24 : You bake, I shake.
25 : 'AITTALNHAQ'
26 : Worry.
28 : Redi o not?
29 : It's my fault.
30 : No choice.
31 : Stay strong.
32 : This is not what I wanted.
33 : You're nothing.
34 : Break your own tears.
35 : Betrayer.
36 : Stay.
37 : Into a monster.
38 : Time for some crimes.
39 : Happiness is back.
END : Our story ends here.
EPILOG
SPECIAL CHAPTER

27 : Meow, meow!

326 60 42
By aeyssia

a veryyyyy long chapter, taklah sepanjang waktu dorang kahwin tapi banyak scene

hakue edit check typo pun penat scroll

takziah iesy cringe di bawah

.

.

.

LAMA Iesyraf merenung gambar semalam. Puas dia memerah otak untuk bekerja lebih keras untuk merungkaikan kod itu. Tidak mahu membiarkan pakar IT sahaja yang membuat kerja manakala dia senang - lenang goyang kaki.

"Yo."

Tiba - tiba kepalanya terasa dihempap sesuatu yang suam. Iesyraf mendongak ke atas.

Qays menjongketkan sebelah keningnya menanyakan apa Iesyraf sedang buat. Sempat dia menghirup kopi yang baru dibancuh tadi.

"Kau pergi mana tadi?" Aju Iesyraf seraya memusingkan kerusinya menghadap meja Qays.

"Tengok suspeks."

"Buat apa? Bukannya dia nak buka mulut pun kalau kau lawat dia setiap hari."

"Diamlah. Janji aku buat kerja." Qays menjeling Iesyraf sekilas. "By the way, macam mana Hana semalam?"

"Kau tahu tak? Aku punyalah gelabah kalau dia cedera ke apa, rushing balik dah tak kisah kena saman. Balik - balik tengok dia sedap tidur."

Pecah tawa Qays!

"Itulah kau! Tak menyabar lagi!"

"Siapa tak sayang bini, bro? Kau tu single tak faham perasaan aku."

"Aku single aku bahagia. Daripada kahwin nanti, banyak masalah je. Orang nak rampaslah, tak percaya sesama sendirilah, gaduh setiap hari. Buat sakit kepala," hujah Qays menyatakan sebab - sebab dia tidak mencari jodoh dan lebih fokus pada kerja. Selamba benar mukanya, lupa agaknya kawan di depan itu baru masuk ke alam perkahwinan. Masih aman - damai tiada duri.

"Too much drama," tukas Iesyraf lalu menatap skrin telefonnya semula. Cuba beriak yang dia tidak ambil peduli kata - kata Qays.

"Aku bukannya nak takutkan kau, Iesy... tapi bersedia jelah. Tak ada perkahwinan yang tak ada ujian," tambah Qays sambil mendekati meja kerja Iesyraf. Dia menongkat kepala.

"Aku tak takutlah."

"Ya ke?"

Tersentak Iesyraf. Dia menggigit bibir bawahnya.

Bohonglah kalau dia tidak termakan bicara berupa pesanan Qays itu. Dengan mata sendiri dia menjadi saksi ujian dunia perkahwinan Rayyan dan adiknya, Laila. Malah dia sendiri mengaku yang dia tidak mahu perkara sama berlaku padanya. Terlampau sakit meskipun sekadar melihat.

Scream, tears and all.

Yang lagi menakutkan Iesyraf ialah, ujiannya akan lebih teruk daripada Rayyan. Lagi - lagi dia seorang pegawai polis yang mempunyai musuh keliling pinggang.

Chipsmore yang tersedia depan mata dilahap rakus.

Gelisah.

"Woi, palau aku!"

Bahu Iesyraf tidak semena - mena ditampar! Bulat mata bundarnya mempersoalkan tindakan Qays itu.

"Aku punya panjang bebel, kau boleh makan Chipsmore?" Luah Qays sebal. "Chipsmore tu lagi penting daripada aku?!"

"Mestilah. Obvious kan?" Tanpa berfikir panjang, Iesyraf menjawab sambil tersenyum sinis.

Jangan lupa hobi dia ialah buat Qays mengamuk.

Atau lebih tepat dia nak menghapuskan semua idea negatif tentang perkahwinannya tadi. Semua salah Qays sebab menyentuh tajuk itu. Jadi, dia layak diperli.

Logik seorang Iesyraf Danial, harap maklum.

"Tak apa, Iesy. Dah biasa dipinggirkan. Biskut tu kan yang selalu jaga kau, selalu teman kau kalau pergi misi, yang jadi kawan kau dari awal - awal jadi polis ni, yang selalu sabar bila kau mengamuk tak tentu pasal ke, kau annoying ke... memang Chipsmore tu yang selalu ada dengan kau."

Sarkastik betul respon balasan Qays.

Iesyraf dalam hati berdekah ketawa. Geli hati. Dia menepuk bahu Qays yang sibuk bersandiwara.

"Tahniah Qays, kau boleh kawan dengan Naufal. Dia pun drama king."

"Tak nak aku. Dia punya drama lagi over. Kenapa dia tak jadi pelakon je? Muka dia tu pun boleh tahan."

"Kembang hidung budak tu kau puji."

Dalam kepala Iesyraf dapat bayangkan yang Naufal akan terkinja - kinja gembira dipuji. Macam baru dapat durian runtuh.

"Tapi aku lagi handsome," sambil - sambil mengutuk Naufal, semestinya Iesyraf tidak lepaskan peluang memuji diri sendiri.

"Suddenly, can't hear."

"Aku tahu aku handsome sangat sampai pekak telinga kau walaupun tak ada kena mengena pun sebenarnya."

Mereka berdua ketawa kecil.

"By the way, macam mana budak IT? Dah boleh rungkai ke kod mengarut tu?"

Automatik Qays senyap. Untuk soalan itu, panjang keluhan diberi.

"Tak ada maknanya. Kod dia tu macam budak sekolah main tekan tekan keyboard tau. Mental budak - budak IT tu."

Iesyraf kembali merenung skrin telefonnya yang memaparkan kod. Jari telunjuk dan jari hantunya memutarkan pen seperti helikopter. Kertas juga habis dicontengnya dengan beraneka tekaan tentang rahsia di sebalik kod misteri itu.

Tiada yang berhasil.

Chipsmore disuapkan dalam mulut lagi. Kepalanya dihantukkan di meja menunjukkan betapa dia kusut.

Rungutan Qays tadi berulang - ulang dalam kotak memorinya. Dan di saat itu, kata - kata Hana yang ringkas tapi entah kenapa boleh menghempap Iesyraf.

Sometimes, all we need is the simple one.

Macam mana kalau kod ini sebenarnya mudah sahaja cara nak rungkaikan? Hanya Iesyraf yang beria berfikir tentang semua jenis sukar yang berada atas muka bumi ini sampaikan terlepas pandai kod mudah?

"Qays..."

"Ya, saya?"

"Kau dulu ambil RBT ke sains komputer?"

Terpinga - pinga Qays dibuatnya tatkala ditanyakan soalan sebegitu rupa.

"Sains komputer."

"Form berapa kita start belajar pasal kod - kod macam ni?"

Mereka berdua terdiam sejenak. Berfikir.

"Mana ingat. Kalau setakat Asas 10, Asas 2, aku tahulah."

Respon itu sekadar membuatkan Iesyraf meraup mukanya lagi. Dia sepantas kilat membuka Google dalam komputernya. Bermula dengan buku teks Tingkatan 1, dia akan kaji selidik semula di mana dia mula belajar tentang kod ini. Kalau tiada di buku teks sekolah menengah, dia akan cari di nota universiti pula. Seakan - akan dapat semangat baru.

"Woah, our Iesyraf... so serious. Takut," seloroh Qays lalu menyerabutkan rambut Iesyraf yang mulanya bergaya dan kemas, kini bertukar persis sarang burung. Tidak cukup dengan itu, dia curi pula sekeping Chipsmore Iesyraf seraya duduk di meja kerjanya.

Iesyraf semestinya tidak akan lepaskan pencuri biskut kesayangannya hidup aman sentosa, dia menarik kerusi roda Qays sebelum lelaki itu berjaya duduk.

Secara tak langsung menyebabkan Qays terduduk di lantai diselangi jeritan puntianak menarik perhatian pegawai polis lain.

Dan Iesyraf pura - pura prihatin dengan muka temboknya.

"Ya Allah Qays... kerajaan bagi kita kerusi free, siap ada roda lagi, lembut pun ya, tapi dekat lantai juga kau nak duduk. Melayu sangatlah brother."

Prihatin sangat.

Qays yang membahang mukanya kerana diketawakan mengetap rahang. Dia bangun dan goncang kerusi Iesyraf sekuat hati.

"Kau tak payah acah innocentlah! Fikir aku tak tahu kau yang tarik kerusi tadi?!"

"Pening bodoh!"

"Padan muka!"

Gamat seisi pejabat itu dengan gelak ketawa. Penceria suasana betul dua manusia itu.

Telefon Iesyraf berdering berupa penyelamat daripada dia didera oleh si bapa tiri mengamuk, Qays.

"Stop Qays stop! Telefon aku woi!"

Qays berhenti namun dia masih bermasam muka. Punggungnya yang berbirat diusap seketika.

Tersengih Iesyraf seronok dapat mengusik kawannya. Dia mengangkat panggilan itu.

"Siapa call?"

Setelah mendengar suara si pemanggil, Iesyraf segera mencubit sepasang mulut Qays. Dia membuat mimik mulut yang menyebut, isteri aku.

"Ya, sayang saya?"

Qays berlakon muntah. Loya tekak dengan perubahan drastik Iesyraf. Dia berpeluk tubuh merenung kawannya yang tersenyum - senyum.

Gembira sangat agaknya isteri telefon.

"Oh, okay. Suruh dia tunggu kejap. Kejap lagi saya habis kerja. Awak biarlah dia mereput depan pintu tu kejap."

Dia tamatkan perbualan dan menatap jam telefonnya. Terus lupa dia sedang menelaah buku teks tadi. Komputer pun laju ditutup.

"Kenapa?" Soal Qays.

"Baru diseru, datang dah dia."

"Siapa?"

"Yang kau kata muka boleh tahan tadilah."

Naufal Lutfan.








































PARTY popper diletupkan tepat depan muka Hana tanpa sebarang amaran. Hampir luruh jantung wanita itu dibuatnya.

Iesyraf dan Naufal tersengih - sengih sambil membaling sisa party popper itu ke arah Hana.

"Tahniah, sayang! Awak diterima masuk pertandingan ni!"

"Berterima kasih dekat aku sebab aku pergi pujuk director pertandingan ni tau! Nasib baik dia kawan aku."

Terpinga - pinga Hana tidak faham situasi. Dia membersihkan bahunya yang dihiasi konfeti sebelum mencabut topi hari lahir yang Iesyraf paksanya pakai awal tadi.

"Pertandingan apa ni? Saya tak tahu apa - apa pun."

Sejurus itu, Naufal menjeling Iesyraf setajam pedang. "Kau tak bagitahu dia?"

"Lupalah."

Dia memutarkan bola mata ke atas. Seterusnya, punggung dilabuhkan di sofa sambil dia mencari poster pertandingan memasak itu.

"Company saya buat pertandingan ni. Macam dekat TV tu." Skrin telefon ditunjuk. "Kau pandai masak kan?"

Sepantas kilat Hana menggeleng kepala. Membuntang matanya dek terkejut dengan berita tidak disangka - sangka itu.

"Tak nak saya! Itu hobi je."

"Tapi kau berbakatlah. Rugi kalau biar macam tu."

"Tak apalah, susah susah je."

"Tak susah pun."

"Nanti saya jadi bahan ketawalah." Hana mengelakkan bertentang mata dengan dua lelaki di hadapannya. Pura - pura sibuk menuang air. "Tak apalah Naufal, tak apa. Terima kasih."

Dari lirikan mata, Naufal meminta pertolongan Iesyraf yang turut tersenyum pahit.

"Dia tak percayakan diri sendiri kan?" Soal Naufal perlahan buat telinga Iesyraf sahaja. Dia bersandar sambil lama merenung Hana yang tampak sedang berkira - kira.

Keluhan Iesyraf mengganti jawapan.

"Tipikal isteri aku."

Lelaki itu berdiri dan mengambil tempat di sebelah Hana pula. Tangan isterinya diraih dan diusap.

"Hana... saya yang minta Fal masukkan nama awak dalam list competitors tu." Dia memeluk bahu Hana. "Jadi tolonglah, berhenti tipu diri sendiri."

Serba salah Hana mendengar bait pujukan itu. Dia menggenggam penumbuknya. Tak mahu mengangkat muka. "Tapi saya menyusahkan awak."

Balasannya hidung dia dicubit Iesyraf. Spontan dia memberi suaminya renungan maut.

"Siapa kata awak menyusahkan?"

Tidak pula Hana membantah, dia sibuk menggosok hidungnya yang menjadi mangsa tadi.

"Masuk pertandingan ni. I trust your cooking skills. You?"

Jeda. Tiada jawapan.

"See? Sayang tak percayakan kebolehan sayang. Sayang tak percaya pun dekat diri sendiri. Dari dulu macam tu. Sayang selalu cakap, Saya okay. Tak apa."

Iesyraf bersila atas sofa menghadap Hana. Dia menyilangkan tangan di dada dan begitu serius dia menyambung, "and I'm not happy about it."

Menerima renungan sehebat itu, sedekat itu, setajam itu, Hana jadi terkaku. Hilang butir - butir bicara.

Dagunya dipagut.

"Sekarang, sayang nak masuk ke tak nak? Jujur dengan hati. Kalau tak, saya tak paksa dah. Janganlah menyesal di kemudian hari pula." Nada Iesyraf bertukar lembut. Dia menguntum senyum pendek.

Hana tidak pasti itu amaran atau betul - betul Iesyraf tidak akan memaksanya lagi. Sukar untuk membaca apa yang bermain dalam kepala lelaki itu.

"Cepatlah, Hana. Kalau kau nak masuk, isi borang ni. Boleh buta mata aku tengok korang sweet sweet tak hormat orang single," Naufal mencelah sambil menyentuh ekor matanya dengan hujung jari. Dia menyeka air mata yang tidak wujud kemudian menekup mulut. Sedih dengan status dirinya yang tidak berpunya.

"Okaylah fine!" Borang yang terhampar di permukaan meja berserta sebatang pen akhirnya diambil Hana. Dia mengisi maklumat yang diminta sambil tersenyum simpul.

Dia memang tergoda sebenarnya dengan tawaran Naufal tapi sengaja merendah diri. Betullah kata Iesyraf, nanti menyesal di kemudian hari.

"Nah."

Borang bertukar tangan dan diiringi jeritan dolfin Hana.

"Aaa awak! Saya tak sabar! Bila pertandingan tu?! Dekat mana?! Saya kena masak apa?! Nanti awak tolong saya tau! Saya janji tak kecewakan awak!"

Terhinjut bahu dua lelaki itu, tiba - tiba sahaja Hana menjerit. Iesyraf lebih parah kerana lengannya habis digoyang sekuat hati. Teruja sangat gamaknya.

"Sayangku, Ariya Hanania, excited excited juga... tangan saya tercabut awak nak ganti?" Soal Iesyraf lebih kepada memerli. Dia memandang semula ke depan di mana Naufal sudah berlapis dahinya. Tidak faham betapa cepat perangai Hana berubah.

"Tak payah buat muka pelik macam tu, memang ni perangai dia kalau excited."

"Like husband like wife. I see."

Sedar yang dirinya menjadi topik bualan, Hana berhenti mendera tangan Iesyraf yang tidak bersalah. Pipinya terasa panas.

"Saya over sangat eh?" Hana malu - malu bertanya.

"Taklah, tak apa. I like that side of you. It's so you."

"Ish awak ni. Malulah saya." Bahu Iesyraf ditolak manja.

"Saya suka tengok awak malu. Pipi ni..." Iesyraf menekup pipi gebu Hana yang kemerahan. "Merah macam tomato. Comel! Geram nak gigit."

"Awak dah pernah gigit kan? Tak sedap pun."

"Nak try lagi, boleh? Try gigit sini pula."

Dua pasang mata mereka berdua terpaku di telunjuk Iesyraf yang menyentuh bibir Hana.

Iesyraf tarik senyum penuh makna.

"Awak!" Pehanya dipukul!

Berdekah Iesyraf ketawa suka.

"Boleh ya, sayang? Terima kasih." Dia menepuk pipi Hana lembut, mengusik kemerahan pipi itu yang semakin menjadi - jadi.

Naufal menayang wajah kosong. Bola matanya bergerak ke kiri kanan mencari sesiapa yang boleh memahami. Tegak semua bulu roma yang menjadi saksi pasangan itu bergula - gula.

"Balik kena clorox matalah ni," gumam Naufal sambil memicit batang hidung di antara matanya. Trauma habis, taubat tak nak datang rumah Iesyraf dah.

Sebelum dia dibuli mental dan rohani lagi, Naufal berdiri dan menzip begnya. Nak pulang. Nak menangis bawah selimut bawah katil.

"Eh, nak balik dah Fal? Awallah," tegur Iesyraf barangkali teringat yang kawannya itu masih wujud dalam rumah ini. Dia berdiri untuk mengiring Naufal ke pintu keluar.

Kecil besar kecil besar Naufal menatap Iesyraf yang tidak menunjukkan walau sekelumit pun rasa bersalah.

"Tuan rumah tak hormat orang single."

"Kau single? Bukan ke kau ada tunang?"

"Siapa pula dah?"

"Gorilla Ray hari tu."

Kemarahan Naufal melebihi hadnya dan justeru itu, kakinya mendarat di punggung Iesyraf!

Dan liga tinju dibuka.

Kemurungan Naufal sewaktu mahu pulang kerana diiringi irama lagu Loser dinyanyikan oleh si pemenang, Iesyraf. Seperti biasa, tiada kejutan.












































KEESOKAN harinya di waktu yang sama selepas Iesyraf habis kerja dan Naufal kosongkan jadual demi kawannya, berkumpul lagi mereka bertiga. Kali ini di dapur. Naufal siap sedia satu beg dengan bahan - bahan memasak lagi.

Hana sebagai chef.

Naufal sebagai jurulatih, dia kata nak tiru gaya Gordon Ramsay.

Dan tidak lupa, Iesyraf memainkan peranan sebagai tukang makan.

"Kau selalu masak dessert kan? Benda lain pandai tak?" Aju Naufal sambil memakai apron. Khas dibawa dari rumah. Corak Doraemon.

"Nak kata pandai, tak. Nak kata tak pun tak."

"Okay jadi aku ajar resepi senang eh? Mac and cheese. Pernah buat?"

Hana menggeleng kepala. Dia menjadi penonton sahaja memerhati Naufal sedang mengeluarkan isi begnya. Kata Naufal, untuk saringan pertandingan itu dia perlu masak apa - apa makanan berkait dengan pasta. Elok pula Iesyraf teringin nak makan Mac And Cheese.

"Simple je." Naufal tergelak. Geli hati kerana Hana tampak begitu gementar dan keliru.

"Okay mula - mula kau kena panaskan..."

Tenggelam suara Naufal tatkala satu suara spesies speaker merengek protes.

"Nak masak juga!" Iesyraf melutut di atas kerusi dengan mata bundarnya yang bersinar - sinar. Paket keju dibelek penuh minat.

Tiba - tiba spatula teracu di bawah dagunya. Wajah poyo Naufal menjamah ruangan matanya. "I appreciate your kindness but I don't trust your cooking. Cukuplah aku keracunan makanan seminggu hari tu."

Lambat - lambat Iesyraf letakkan semula paket keju di tempat asalnya.

"Dah blah," halau Naufal sebelum dia memberi isyarat supaya Hana pergi panaskan ketuhar. Risau nanti Iesyraf minta simpati wanita itu pula.

Naufal memimpin lengan sahabatnya itu keluar dari dapur. Siap diheret sama kerusi lagi. "Duduk sini. Jangan masuk dapur aku."

"Dapur kau?! Excuse me?!"

"Blah kau manusia. Terbakar dapur ni kau masuk nanti."

Tertusuk - tusuk dada Iesyraf kerana dia tiada idea untuk membantah. Semua bicara Naufal itu benar berdasarkan pengalaman.

Tapi dia tetap tidak mahu menerima kenyataan.

"Aku buat solat tahajjud lepas tu doa kau kahwin dengan gorila Ray hari tu," ugut Iesyraf perlahan tapi cukup kuat untuk sampai ke telinga Naufal.

Naufal mengacah ingin mencampakkan spatula dan berjaya membuatkan Iesyraf ketawa terbahak - bahak.

"Naufal, lepas ni buat apa?" Soal Hana memecahkan perbalahan dua lelaki itu. Bosan pula dia beberapa minit menjadi patung lilin. Nak teruskan langkah seterusnya, tidak pula Hana tahu resepi.

"Oh, lupa tujuan asal datang sini." Naufal tersengih. "Campurkan semua keju ni."

"Cepat siap, pergi balik cepat." Iesyraf mencelah lagi sambil dia mengeluarkan telefonnya. Habuan menanti dua manusia yang berbakat masak itu buat hal mereka. Dia berbakat makan sahaja.

"Halau, halau, aku tak bagi Hana masuk kang."

"Bukannya kau yang buat pertandingan tu."

"Tapi aku kawan dia. Boleh dah aku haramkan kau jejak studio nanti."

"Aku haramkan kau jejak sini."

"Sampai hati halau kawan sendiri kan. Macam tulah kau. Single meraung dekat aku konon sendu. Dah kahwin buang aku. Lupa member."

"Mula dah drama dia. Mula dah. Aku suruh kahwin, kau tak nak."

"Kau suruh aku kahwin dengan gorila buat apa?!"

Menggeleng kepala Hana, sakit kepala dari tadi dia menjadi orang tengah cakaran kucing anjing. Silap haribulan boleh berdarah telinga. Berlapis - lapis rungutan dalam hati namun tangan juga cermat mengikut arahan Naufal. Tiga jenis keju yang berbeza dimasukkan dalam mangkuk besar. Siap digaulkan bersama.

"Malaslah aku layan kau! Buat sakit hati!" Hambur Naufal lalu mencapai periuk dan tuangkan paket makaroni dengan kasar. Menzahirkan betapa bengangnya dia.

"Siapa suruh layan?!"

"Diamlah!"










































LENANYA Iesyraf tertidur di meja makan setelah mendapat kebenaran Naufal untuk masuk ke dalam dapur semula. Barulah aman damai dapur itu tiada lagi bertikam lidah.

Naufal memicit dahi, langsung tiada peluang dia nak awasi Hana yang mengikut arahannya sahaja. Serba salah pula kerana dia tidak membantu selain memberi resepi.

"Lepas tu?"

Seorang murid yang patuh dan rajin, Hana langsung tidak merungut dan menanti arahan seterusnya. Dia tersenyum lebar melihat sos air tangannya kelihatan menjadi.

Daripada memberi arahan, Naufal sendiri yang pergi buat kerja. Dia melindungi tangannya dengan kain lalu menapis makaroni tadi.

"Lepas tu buat apa?" Soal Hana lagi. Dia bertenggek di kaunter sebelah sinki.

"Campur dengan sos kau buat tadi. Tambah sikit dengan baki cheese tadi. Lepas tu, bakar. Siap," terang Naufal sambil fokus dengan makaroni. Dia tidak mahu melayan Hana terlampau lemah - lembut, takut menimbul fitnah atau cemburu di hati Iesyraf. Hatta banyak bergaduh, dia masih sayangkan persahabatan mereka dan tidak terniat langsung untuk menjadi orang ketiga.

"Senangnya," gumam Hana diam - diam teruja apabila Naufal tuangkan makaroni - makaroni itu ke dalam sos. Dia mengambil peranan menabur baki - baki keju dan masukkan ke dalam ketuhar.

"Awak rasa saya boleh lepas saringan tu tak?" Soal Hana lagi bagi mengisi masa. Dia tersenyum buat Naufal yang duduk bersebelahan dengan Iesyraf.

"Kau kena lepas. Iesyraf beria paksa aku masukkan nama kau dalam senarai peserta. Dia tak nak kau duduk rumah tak buat apa - apa, bazirkan bakat kau tu. Maybe dia nak kau buat kawan juga. Dia kan selalu pergi kerja, tak ada dengan kau setiap masa," respon Naufal senada sambil melarikan jemarinya ke rambut Iesyraf lalu diserabutkan seketika. Dia menatap wajah sahabatnya itu dengan senyum di bibir. Terus terlupa tadi mereka mengadakan perang dunia ketiga.

"Dia sentiasa support kau." Dia mencampakkan pandangan ke arah Hana semula. "So support him at his lowest. There're hidden battles he fights. Please don't become another fight he has to try to win."

Terserlah keakraban Iesyraf dan Naufal, tidak lupa Rayyan dan Asyraf dalam bicaranya. Dari zaman sekolah mereka berkawan, susah senang masing - masing tahu dan sentiasa ada untuk satu sama lain.

Hana terdiam. Matanya jatuh pada kaki sendiri yang menyepak angin. Kata - kata Naufal ditelan dalam ruhinya.

"He doesn't have to try." Dia tersenyum nipis. "He always wins anyway."





































HANA mengemas cawan yang tidak terusik pun oleh Naufal sewaktu mereka beramai - ramai makan di ruang tamu tadi. Mungkin lelaki itu lebih fokus bertekak dengan Iesyraf sampai tidak menyepat nak minum air. Tidak mahu hatinya lebih terluka, Naufal membuat pilihan untuk pulang.

Sempat dijeling sekilas figura Iesyraf yang duduk bersilang kaki. Kepalanya ditongkat dan barulah Hana sedar yang dirinya diperhati.

"Apa pandang - pandang?"

"Tengok keindahan ciptaan Allah."

Darah menyerang muka! Hana segera mempercepatkan gerak tangannya dan berlari menyelamatkan diri ke dapur. Telinganya menangkap suara Iesyraf ketawa halus.

Dia menggeleng kepala. Riak muka sehabis baik dikawal supaya tidak terlampau kelihatan yang dia cair dengan pujian itu. Hana kembali ke ruang tamu dan direhatkan badan di sebelah Iesyraf.

Mata lelaki itu masih terpaku padanya. Jari Iesyraf bermain dengan juntaian rambut Hana dan dibawa ke bawah hidungnya.

Senyum yang baru nak kendur ditarik semula.

"Kenapa awak tak berhenti senyum ni?" Aju Hana.

"Eh, nampak sangat ke?"

"Obviouslah sayang. Dengan Naufal bukan main sepak penampar, ni tiba -  tiba jadi kucing ni kenapa?"

Berkerut seribu dahi Iesyraf manakala bibirnya yang tadi mengoyak senyuman bertukar ke cebikan. Boleh pula Hana samakan dua dengan kucing.

Okay tak apa.

"Sebab senyum ni untuk fallen angel Iesyraf je." Dia membuat gaya kucing lalu digeselkan hidung di bahu Hana. "Meow... awak gembira, saya lagi gembira meow..."

Tawa Hana meletus. Dia menggaru bawah dagu Iesyraf serupa layanan kepada seekor kucing. Suaminya memberi kerjasama dengan membuat bunyi meow lagi. Tidak cukup matanya terpejam dek senyum lebar sangat, lesung pipitnya turut kelihatan menambah kecomelan.

Hana ketawa lagi. Dia menyerabutkan rambut Iesyraf. "Comelnya kucing saya ni."

"Meow, meow." Iesyraf angguk mengiyakan kenyataan itu. Bahasa kucing, harap faham.

"Terima kasih meow sebab bagi saya peluang macam ni. Meow pandai baca isi hati saya ya?"

"Mestilah, sebab dalam hati Hana ada meow seorang je." Iesyraf mengenyitkan mata.

Hana mencubit pipi suaminya. "Not a wrong choice for me to fall in love with you. Awak hero saya."

"Come on, you didn't fall in love with me. You walked in love with me, with our eyes wide open, choosing to take every step together along this road." Iesyraf membawa tangan Hana untuk membelai kepalanya. Mahu dilayan seperti kucing lagi. Waktu itu, sempat dia mencuri peluang mengucup jemari Hana.

"Hana," panggilnya lalu memeluk pinggang si isteri.

"The most beautiful..." Dahi Hana dikucup. "Adorable..." Jatuh ke kelopak mata Hana. "Lovely" Dan pipi Hana turut dicium sama. "Angelic heroine."

Akhir sekali di bibir Hana.

"My heroine."

Hana tersenyum bahagia. Dia relakan sahaja layanan Iesyraf tanpa melawan.

Apabila terlerai, dia automatik menjerit. "Siapa kucing kesayangan Hana angkat tangan!"

Iesyraf terus melompat dari sofa dan dia melonjak tinggi ke udara sambil mengangkat tangan. Bersungguh - sungguh!

"Saya! Saya!"

Tidak reda tawa Hana. Dia menepuk tangan sambil mengisyaratkan tangan supaya Iesyraf duduk semula. Kepala Iesyraf disandarkan ke bahunya seraya dia mencucuk - cucuk lesung pipit yang tidak berhenti munculkan diri.

"Meow manja sangat ni kenapa?"

"Kurang kasih sayang, pft." Iesyraf menutup mulutnya daripada ketawa dengan lawak sendiri.

"Saya suka lesung pipit awak."

Terhenti Iesyraf daripada terus berlagak menjadi kucing. Bulat - bulat matanya membalas tatapan penuh kasih sayang Hana. Seakan dia betul - betul memaksudkan pujian itu.

"Kenapa? Tak ada sesiapa pernah puji lesung pipit awak ke?" Hana menyoal lalu membiarkan Iesyraf duduk tegak.

"Tak..." sayu benar bunyinya. Iesyraf memeluk kaki dan menggeleng perlahan. Sengaja dilebih - lebihkan rasa sedih yang sebenarnya dalam hati hanya wujud secebis cuma. Tapi, biasalah, kalau dah nama pun Iesyraf Danial. Tak mengada - ngada sehari, tak sah.

"Sayang first. Serius."

Hana menahan ketawa lagi. Sungguh di matanya Iesyraf tampak seperti seekor kucing yang sedang sedih. Tambah telinga kucing di kepala dan ekor. Lengkap imaginasinya.

Ah, sedih sedih pun comel! Rasa nak terkam!

"Terkam jelah, sayang. Your eyes already undressing me."

"Mana awak tahu ni?!"

"Dah kata saya seorang je dalam hati awak, mestilah saya tahu."

Diam. Hana seram. Semua benda Iesyraf tahu.

...





kucing miang kucing gatal :>

Continue Reading

You'll Also Like

1.5K 361 53
Living a poor life wasn't easy at all for Yvette Whites until she was enrolled into the biggest school in America. Getting there she met the four mos...
24.3K 471 38
We sat on her couch. Cups of hot chocolate in our hands. I took a shaky breath. She was beautiful really. I wasn't sure about having a mate. But if i...
716K 40.2K 200
Love is a messy kind of art.
1.4M 35.1K 47
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...