Suamiku yang terbaik

By Zul_Riss17

3.1K 938 945

Berada dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. sejak kecil, jiwa Nurul Aqilah me... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Intro
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29

Bab 18

75 30 24
By Zul_Riss17

Afiq aiman manatap wajahnya di cermin. Dia meneliti penampilannya sendiri yang berpakaian sut pejabat. Tali leher yang dikenakan dibetulkan agar kelihatan lebih kemas dan bergaya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Afiq menampak turun. Pasti ibunya sudah siap menyediakan sarapan pagi untuk dia dan bapanya.

    "Assalamualaikum, bu! Morning!" sapa Afiq ceria lantas mengambil tempat di hadapan ibunya, Puan Yasmin.

    "Wa'alaikumussalam," jawab Puan Yasmin menyambut kemunculan anaknya dengan senyuman lebar.

    "Ehem... Smart hari ni? Berseri-seri betul. Ada apa-apa rahsia yang ibu tak tahu ke ni?" tegur Puan Yasmin.

    "Hisy... Tak adalah! Fiq macam biasa aje. Tiap-tiap hari Fiq memang macam nilah, bu." Afiq menyanggah kata-kata ibunya.

    "Betul ke? Tapi ibu rasa lain macam aje. Hmm... Fiq pergi tonton teater Aqilah kan?" tanya Puan Yasmin tanpa disangka-sangka.

    "Hah? Mana ibu tahu ni?"

    "Ibu ternampak tiket teater tu atas almari solek kamu. Macam manalah ibu tak tahu. Memang Fiq pergi kan?" ulang Puan Yasmin lagi.

    "Memang Fiq ke sana tengok teater tu atas jemputan Aqilah sendiri. Fiq tak sangka Aqilah boleh berlakon dengan begitu baik sekali. Penghayatannya Bagus. Tak sangka Aqilah yang Fiq kenal selama ni yang selalu berbaju kemeja kotak-kotak dan berseluar jean lusuh tu berbakat besar rupanya." Afiq memberi komen positif, tanpa sedar ibunya sedang tersenyum senang.

    Dalam diam, Puan Yasmin berdoa agar Afiq dan Aqilah berjaya menemui satu titik persefahaman sebelum mereka berdua disatukan kelak.

    "Dari teater tu juga, baru Fiq sedar yang Aqilah ni punya personaliti yang penuh warna. Dia kelihatan anggun dalam kebaya Bandung yang dipakainya masa berlakon dalam teaternya itu. Cukup cantik! Cukup ayu semasa berkasih dengan Usman, penuh aura menggoda apabila bekerja sebagai penari joget di Mambo Nite Klub. Membuat penonton benci dan marah bila di merampas Hasan dari Rusnah. Kejam saat meninggalkan Hasan papa kedana. Tragis sewaktu dipukul oleh suaminya, Sulaiman dan Zakaria. Kesedihan meruntun hati..." minda Afiq kembali ke malam itu. Malam di mana tangisan sendu Aqilah seakan tidak dapat dilupakan. Runtun hatinya mendengar. Namun, dia terpesona dengan wajah Aqilah yang basah begitu. Aqilah kelihatan begitu tulus, tiada langsung riak jahat di wajahnya. Kadang-kadang terasa dirinya terperangkap dalam lakonan Aqilah. Seperti babak di Restoran Seri Purnama tempoh hari. Malam itu, dia dapat melihat sendiri wajah pilu seorang gadis yang kesedihan. Tangisannya itu ternyata bukan dibuat-buat.

    "Ehem... Amboi, Amboi! Sebut nama Aqilah aje ni. Ada apa-apa ke?" usik Encik Afendi yang baru sahaja duduk di kerusi bersebelahan dengan isterinya.

    Afiq yang baru tersedar dari lamunan asyiknya tersengih.

    "Apa ceritanya ni Min?" Encik Afendi berpaling ke arah isterinya mengharapkan penjelasan.

    "Fiq ni tengah memuji Aqilah, lakonan dalam teaternya dua malam lepas. Melangit pujiannya!" usik Puan Yasmin sambil melirik anak terunanya yang masih tidak berhenti tersenyum itu.

    "Oh! Pasal tu. Hmm... Aqilah tu memang berbakat budaknya. Bukan setakat berlakon. Kalau dijadikan isteri memang sesuai, Fiq." puji Encik Afendi pula dalam nada mengusik. Memberi isyarat agar Afiq dapat menangkap maksud mereka.

    Afiq masih tersenyum sambil mengunyah kuih lapis yang dibuat oleh ibunya itu. Dia faham maksud kedua orang tuanya. Namun, dia sekadar terpesona dengan kata hati. Tidaklah sampai mahu menjadikan Aqilah sebagai isteri. Hatinya masih pada Rasya. Mana mungkin kasihnya berubah. Aqilah pula sejak kebelakangan ini bagai sengaja mengetuk-ngetuk pintu hatinya. Tiba-tiba sahaja muncul dengan wajah dan kelatahnya yang manja. Hati lelaki mana yang tidak terpikat? Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum lagi.

    Puan Yasmin turut tersenyum sambil menjongketkan kening, memberi isyarat kepada suaminya. Nampak gaya, hati Afiq seperti sudah diseru-seru. Kelihatan seperti sudah terpaut dengan bunga idaman.

********

Aqilah duduk di tempat biasanya di Restoran Sri Purnama. Ada mendung di wajahnya. Hatinya gelisah. Dia sedar,  Kay semakin menjauh daripadanya. Lelaki itu nampaknya sudah membuang jauh dirinya. Tidak sekelumit pun dirinya dipedulikan. Farah Hani dengan wajah girang terlentok manja di bahu lelaki itu. Matanya yang melihat terasa sakit denga cemburu menusuk kalbu.

    Haji Azman, pemilik restoran itu turut berasa hairan dengan sikap Aqilah. Mahu sahaja dia mengajukan pertanyaan kepada Aqilah, tetapi dia bimbang andai emosi gadis itu terganggu. Akhirnya, dibiarkan sahaja tanda tanya berlegar di fikirannya. Dia turun semula ke tingkat bawah, membiarkan gadis itu bersendirian.

    Angin yang bertiup sepoi-sepoi meleraikan ikatan rambut Aqilah. Pada masa yang sama, seorang jejaka sedang asyik memerhatikan gelagat Aqilah dari jauh. Aqilah kelihatan lebih cantik dengan rambut yang dibiarkan lepas bebas begitu. Namun, semua kelebihan yang ada pada dirinya selama ini cuba disembunyikan dengan menjadi 'orang lain'

    Fikiran Aqilah merawang jauh. Semua kegembiraannya direntap sekali gus. Mendung sudah mula berarak ke dalam hidupnya. Siang tadi apabila dia tersempak dengan Kay bersama Farah Hani, Kay seakan-akan manjauhkan diri seperti mereka tidak pernah kenal sebelum ini. Sedih hatinya apabila diperlakukan begitu. Sekalipun kecewa, mereka masih boleh berkawan. Pada sesi kuliah pun, lelaki itu tidak lagi duduk di sisinya seperti selalu. Mereka bagaikan orang asing. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar setelah diri sendiri meletakkan jarak.

    Aqilah memejam mata. Dia mengeluh berat. Hatinya jadi resah tiba-tiba.

    "Wahai adindaku, mengapakah adinda bermuram durja? Bolehkan kekanda tahu gerangan apakah yang membuat adinda bersedih hati begini?"

    Serta-merta Aqilah beralih pandang ke arah datangnya suara itu.

    "Hei, kenapa ni?" pantas lelaki itu mengesatkan air mata di pipinya. "Apa yang menyebabkan dirimu bersedih, wahai gadis?" tanya lelaki itu lagi.

    Aqilah yang benar-benar terkejut dengan kehadiran lelaki itu terpana. Dia terus membisu. Entah bila Afiq Aiman muncul di situ. Tidak tahu kenapa dia berasa rimas dengan kehadiran lelaki itu saat ini. Dia mengeluh lagi.

    "Kenapa ni? Hmm?" Afiq menggengam erat jari-jemari Aqilah pula.

    "Kenapa ni, Qilah? You have no reason to feel dejected, dear," tegur Afiq apabila Aqilah terus memdiamkan diri. "Kenapa ni, hmm? Nak Fiq nyanyikan untuk Qilah ke?" sudah tiga kali dia bertanya, tetapi satu pun soalannya tidak berjawab.

    "Tolong tinggalkan saya. Saya nak bersendirian," pinta Aqilah sambil cuba merungkaikan genggaman kemas Afiq ditangannya. Matanya dihalakan ke luar restoran itu.

    "Qilah, kita dah berkawan kan? Jadi, saya rasa tak salah ambil berat pasal awak. Apa gunanya kita berkawan selama ini, Qilah?" Afiq ternyata sedikit kecewa mendengar kata-kata Aqilah itu.

    "Awak kena hormat hak saya nak bersendiri, Afiq. Qilah bukan Rasya. Qilah tak ada masa nak layan ketawa awak tu."

    Tinggi nada suara Aqilah mengejutkan Afiq. Suara itu membuatkan niatnya untuk terus bertanya terus terbantut. Dia lantas bangkit dari tempat duduknya.

    "Okey, maaflah kalau Afiq ganggu Qilah kat sini. Minta diri dulu." Afiq mula mengatur langkah meninggalkan Aqilah. Sungguh dia berasa kecewa dengan sikap Aqilah

    Hati Aqilah diterpa rasa serba salah tiba-tiba. Bukan niatnya mahu menyakiti hati Afiq. "Afiq! Fiq!" laungnya lantang.

    Langkah Afiq terhenti apabila tubuh Aqilah sudah terpacak di hadapannya.

    Aqilah meraih lengan lelaki itu

    "Qilah minta maaf sebab layan Fiq macam tu tadi," ucap Aqilah bersungguh. Dia memegang erat lengan jejaka itu.

    "Tak apa... Fiq tak marah." Afiq memaksa senyuman tawar. Apalah gunanya dia marahkan gadis itu pun.

    "Temankan Qilah? Kita makan sama," pelawa Aqilah dengan senyuman yang dibuat-buat agar kelihatan manis di hapadan Afiq.

    "Okey." Afiq terus memberi persetujuan.

    Mereka kembali ke meja yang diduduki Aqilah sebentar tadi. Mereka duduk sambil berbual-bual tanpa menyentuh perihal yang baru berlaku sebentar tadi. Masih tiada jawapan tentang apa yang berlaku pada Aqilah, namun Afiq tidak berniat untuk mengungkit tentang cerita itu lagi. Suasana bertukar ceria apabila makanan sudah terhidang di hapadan mereka. Aqilah sudah mula ketawa dan tidak jemu-jemu mengusik seperti biasa. Pelik! Hidup gadis itu seperti dalam drama. Boleh bertukar mood sedih, kecewa dan gembira dalam sekelip mata. Bagaikan berusaha keras menyembunyikan rahsia hatinya yang kini sedang tergores luka. Afiq sekadar memerhatikan cara gadis itu ketawa. Sah! Gadis itu seperti cuba menyembunyikan sesuatu!

    Renungan tajam Afiq bagaimanapun membuatkan Aqilah terdiam. Mengapa lelaki itu memandang begitu?

    "Kenapa tengok Qilah macam tu?" tegur Aqilah sambil meraba-raba wajahnya. Bimbang ada yang tidak kena tanpa kita sedari.

    Afiq menghela nafas panjang. "Qilah... Is it you berfore me now? Is this really now?" tanya Afiq penuh hati-hati sambil kembali merenung wajah bujur di hadapannya.

    "Kenapa pulak?" kecil mata Aqilah membalas pandangan Afiq.

    "Apa yang Fiq nampak ni, depan Fiq  ni sekarang bukan Aqilah yang Fiq kenal. Qilah macam bawa watak orang lain depan Fiq ni. Qilah seperti tak menikmati tawa Qilah tu sepenuhnya macam selalu. Sedangkan Qilah yang Fiq kenal bukan macam ni!" serius wajah Afiq kini, seserius kata-katanya.

    Wajah Aqilah berubah serta-merta. Dia meletakkan sudu dan garpu. Berdenting bunyinya bila besi bertemu kaca. Perlahan-lahan Aqilah memeluk tubuhnya lalu melemparkan pandangan ke luar restoran. Bergetar bibirnya cuba menahan sesuatu. Matanya sudah kembali berkaca.

    "What do you expect, Fiq?" suara Aqilah terggelam timbul. Sayu sekali.

    Afiq menghela nafas dalam. Adakalanya dia geram juga dengan tingkah Aqilah itu. Afiq bangkit lantas menarik kerusinya menghampiri Aqilah. Dia duduk sambil merenung wajah polos itu. Pura-pura tabah.

    "Masalah sama seperti di Panggung Sari hari tu ke?" Afiq membuat tekaaan rambang.

    Aqilah menoleh pada Afiq. Air matanya sudah tumpah dipipi tanpa dapat ditahan. Lalu, wajahnya sekali lagi dipalingkan sementara tangannya cuba mengusir air mata yang sudah membasahi pipi. Afiq menarik wajah Aqilah agar menghadap wajahnya. Digenggamnya kedua-dua tangan Aqilah kejap.

    "Biarkan air mata tu mengalir. Lepas segala beban di hati tu," suruh Afiq.

    Aqilah tidak menunggu lebih lama. Di bahu Afiq dia menghamburkan segala kesedihan hatinya. Teresak-esak gadis itu mengawal sendu.

    "Maafkan Qilah. Qilah tak dapat kawal perasaan. Maafkan Qilah sebab menyusahkan Fiq," ucap Aqilah penuh sendu. Tangannya merangkul erat lengan Afiq

    Afiq merenung dalam wajah dirasakan cukup ayu itu. Hati lelakinya tersentuh dengan tangisan hiba Aqilah yang jarang sekali dapat didengar. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk gadis itu agar kesedihannya dapat dikawal, tapi dia sedar batas-batas seorang teman. Lelaki manalah agaknya yang tergamak melukakan hati gadis itu?

    "Lelaki mana yang buat Qilah macam ni, hah?" Tanya Afiq. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah itu.

    Aqilah sedikit terkejut dengan soalan itu. Segera didongakkan kepalanya dari bahu Afiq.

    "Kenapa tanya macam tu?" Aqilah melepaskan genggamannya dari lengan Afiq, namun Afiq pantas menarik tangannya kembali.

    "Sebab... Lelaki sahaja boleh buat Qilah menangis macam ni. Kalau dengan orang lain, Fiq tak rasa boleh jadi sampai macam ni. Bergaduh lah macam mana pun, Qilah bukan jenis yang cepat mengalah, apatah lagi menangis! Dengan Rasya pun Qilah tak macam ni. Tapi kali ni, lain betul Fiq tengok." Afiq memandang mata basah di hadapannya. Cantik, bersinar!

    Qilah memaksa senyuman. "mesti awak dah cukup faham dengan perangai Rasya kan? Mesti Rasya selalu guna bahu awak tu untuk sandarkan segala keresahannya. Awak sayangkan dia, Fiq."

    Afiq tersentak. Ingatannya kembali terfokus kepada Rasya. Genggaman di tangan Aqilah dilepaskan perlahan-lahan.

    Aqilah menghela nafas lega. Dia berjaya menwujudkan rasa bersalah di hati Afiq. Berjaya menarik perhatian Afiq agar lupa pada topik sebenar yang sedang dibincangkan oleh mereka saat itu.

    Afiq bingung. Rasya yang dicintainya, Aqilah pula didampingi. Dia cuba menolak kata-kata hati yang mengatakan dirinya sudah terpikat dengan Aqilah. Dia masih cintakan Rasya!

     "Awak pastinya cintakan Rasya kan? Bertuah Rasya." Aqilah meneruskan kata-katanya seraya mengesat sisa air matanya. "cuba pada tanya Rasya, betul ke dia cintakan awak?" Provok Aqilah tiba-tiba.

    "Of course, Qilah! Kami saling mencintai. Empat tahun menyemai cinta dengan Rasya, ternyata cukup membahagiakan. Kami dah rancang nak berkahwin," pintas Afiq penuh yakin.

    "Hm... Yakin betul you dengan Rasya, kan? You kena ingat, macam-macam boleh jadi sekarang. Kalau betul you cintakan Rasya, I cabar you pinang dia secepat mungkin," cabar Aqilah bersahaja.

    Afiq terkesima. Dia hairan. Aqilah seperti mencabar ego lelakinya. Memang perancangan awalnya mahu segera mengahwini Rasya, malah sudah ada ura-ura ingin bertemu dengan keluarga Rasya. Tetapi Rasya sering mengelak dan memberikan alasan. Tambah menghairankan, sejak kebelakangan ini, Rasya seperti cuba mengelak setiap kali dia membangkitkan soal perkahwinan.

    "I cabar you lamar Rasya secepat mungkin, Afiq!" Ulang Aqilah lebih tegas lantas bangkit dari tempat duduknya sebelum berlalu pergi  meninggalkan Afiq keseorangan. Sedang di hatinya sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Lelaki itu bakal ditinggalkan oleh Rasya kerana Rasya kini sedang asyik membilang hari untuk bersemayam di atas pelamin indah bersama sorang lelaki... Dan yang pastinya, orang itu bukanlah Afiq, tetapi Amer Munawer, abangnya! Ah, alangkah malangnya nasib Afiq!

To be continued...

Maaf lambat update author banyak kerja hehehe.

Sikit lagi semua Rahsia Rasya akan terbongkar korang jangan ketinggalan tau😉

    

   

Continue Reading

You'll Also Like

42.3K 1.1K 52
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...
203K 6.8K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
458K 16.4K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...