[C] : PSYCHO MR HAZEL

By syaiain25

1.4M 66.6K 2.7K

~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
☁️ BAB 22 ☁️
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
THANKS✨✨
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
SPECIAL PART- TAKKAN PUTUS
PEMBERITAHUAN (JMP)
E-BOOK
JEMPUTAN PERKHAWINAN

SPECIAL PART - KENANGAN

7.2K 343 48
By syaiain25

"Dah la tu Khar, nanti aku suruh mummy atau daddy beli kau ikan baru okay, kau sedih-sedih macam ni aku pun terasa tahu tak? Kitakan kembar". Bahu abang kembarnya dipagut mesra. Sudah 2 hari berlalu dari kejadian buruk dalam hidup Khar. Namun lelaki itu masih juga tidak mampu melupakan ikan emas yang sudah dibelanya sejak mereka berumur 3 tahun itu.

Entah mengapa, dia juga terasa sedih jika Khar terasa sedih. Perasaan kembar mungkin.

"Kau tak faham, aku sayang dengan Namu, dia macam hidup aku, aku... Aku tak boleh hilang dia". Air mata keluar daripada tubir mata. Dua hari ke, setahun ke, ataupun selamanya belum tentu dia akan lupa dengan ikan kesayangannya.

Namu seperti kawannya, sentiasa mendengar celotehnya, bosannya sentiasa terisi dengan Namu, tapi kenapa ikan itu pergi terlalu cepat. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan.

Nash hilang kata, Khar jarang menunjukkan perasaan sehingga tumpah air mata, dia faham Namu memang seperti adik mereka. Setiap hari tidak boleh lepas dari pandangan Khar. Mereka sekeluarga pergi bercuti juga ikan itu dibawa sama. Khar memang terlalu kemaruk dengan ikan itu.

Tapi sekarang, ikan itu sudah tiada, nak buat apa menangis meratap begini? Fikir baik, mungkin ikan itu pergi kerana akan diganti dengan yang lebih baik, siapa sangka bukan?

"Kalau aku jaga dia elok-elok mesti dia ada dengan aku lagi sekarang...". Nash mengeluh perlahan, salahkan diri pula lelaki ini.

"Dia pergi bukan salah kau la Khar, dia pergi mungkin sebab ada lagi baik yang nak digantikan. Kau cuba fikir baik-baik je tak boleh ke? Rimas lah dengan kau ni". Nash bangun dari duduknya. Boleh gila rasanya kalau dilayan perasaan sedih Khar yang tidak tentu hala itu. Dia berjalan keluar daripada bilik mereka.

Sedang kaki ingin melangkah turun tangga, dia terserempak dengan daddynya. Muka dimaniskan, pantas dia melangkah mendekati lelaki itu. Tangan Rayyan disalam hormat.

"Awal daddy balik kerja?". Beg kerja daddynya diambil dan dibawa mengikut langkah Rayyan ke bilik utama. Bilik daddy dan mummy

"Kerja habis awal, daddy baliklah awal, lagipun daddy nak bawak awak bertiga keluar makan, mummy balik lambat harini". Pintu bilik dibuka, dia memberi Nash jalan masuk dahulu ke dalam biliknya sebelum dia juga sama masuk ke dalam

"Ala, baru nak suruh mummy buatkan kek batik". Muncung didepakan, memikirkan mummnya akan pulang lewat harini cukup meruntuhkan harinya yang baik. Sudahlah kembarnya itu seperti mayat hidup sahaja, ditambah dengan berita buruk ini.

Sangat malang harinya.

"Amboi panjangnya muncung awak, kenapa dah tak suka keluar dengan daddy ke?". Kemeja dibuka, lalu dicampak ke dalam bakul baju kotor. Towel diambil, dan dia berjalan menuju ke bilik mandi. Namun dia singgah dulu duduk di sebelah anaknya.

"Eh taklah, suka je keluar dengan daddy, tapi teringin je nak makan masakan mummy, dah lama mummy tak masak, sebab mummy sibuk". Sudah seminggu Darin sibuk dengan kerja. Seminggu juga mereka berulang alik ke rumah Tok Pa dan Tok Ma mereka.

Kalau tidak makan diluar, mereka akan makan di rumah Tan Sri Alfi dan Puan Sri Aisyah. Memanglah seronok, tapi rindu, iya perasaan rindu walaupun mummynya ada sahaja berdekatan dengan mereka. Perasaan rindu itu tidak dapat ditolak.

"Daddy minta maaf sebab mummy tak dapat luangkan banyak masa dengan awak semua, mummy awak dia busy sikit, nanti dah ada masa, daddy bawa kita semua pergi bercuti macam tahun lepas okay?". Kepala Nash diusap perlahan. Kesian sudah semestinya dia kesian.

Walaupun Khar, Nash dan Naira sudah pandai membawa diri sendiri. Tentu sahaja mereka ingin bermanja dengan mummy mereka. Tapi apa daya, dia faham dengan situasi isterinya yang sedang tertekan dengan tugasan yang diberikan memandangkan isterinya itu memutuskan untuk sambung belajar. Darin juga ada sahaja telefon untuk bertanya tentang anak-anak mereka. Jadi dia tidak mahu membebankan isterinya lagi.

"It's okay daddy, Nash faham mummy busy, walaupun mummy busy, Nash still sayang mummy, Nash akan tunggu sampai tak busy". Senyuman diberikan. Dia kena faham dengan apa yang sedang terjadi. Dia tak salahkan Darin. Mummynya pasti ada sebab tinggalkan mereka.

"Good boy, sekarang daddy nak Nash suruh Khar dengan Naira siap okay, pukul 6 kita keluar makan".

"Okay daddy". Rayyan mencium ubun-ubun Nash sebelum lelaki itu berlalu keluar. Nasib sahaja anak-anak mereka sentiasa memahami. Kalau tidak, entah apalah alasan yang dia ingin beri apabila mereka bertanya tentang mummy mereka.

Sedangkan dirinya juga kadang-kadang memberontak apabila isterinya hilang dari pandangan. Rayyan menggeleng kepala, gelakkan kecil tercipta di bibirnya. Jika ingin difikirkan, anak-anaknya lagi matang darinya. Dia menyambung langkah ke bilik air. Bersiap untuk keluar sebentar lagi.
.
.
.
.

"Tempahan bawah nama Rayyan Aiden". Nama diberikan apabila mereka sudah berdiri di hadapan kaunter. Memandang dia memilih untuk makan di tempat yang tertutup, jadi dia menempah awal-awal sahaja restoren yang selalu dia berbincang hal kerja dengan client-clientnya.

Perjalanan yang agak jauh membuatkan anak bongsunya terlentok lemah di bahunya. Perlahan tangan mengusap lembut belakang badan Naira Audara. Satu-satunya puteri di dalam keluarga mereka.

"Bilik 19 ya Tuan, ini kuncinya". Kad akses diberikan kepada Rayyan. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berempat pergi ke mencari bilik bertanda 19 yang dikatakan sebentar tadi. Setelah jumpa kad tersebut di masukkan ke dalam lubang yang ada. Pintu dapat dibuka Rayyan.

Naira diletakkan bersebelah dengannya. Si kembar juga mula mengambil tempat. Menunggu pelayan hadir untuk meminta pesanan mereka. Lima minit menunggu, seorang pelayan tiba dengan buku hidangan.

Khar dan Nash memilih pesanan yang sama, manakala Naira memilih pesanan yang sama dengan Rayyan. Setelah selesai memberikan apa yang diiginkan kepada pelayan tersebut. Pelayan itu pergi.

"Daddy, mummy balik lambat ke malam ni?". Khar yang dari tadi diam, membuka suara, bertanya soalan. Dia perlukan pelukan hangat dari Darin untuk dia melupakan luka yang ada. Dia rindukan usapan lembut mummunya.

"Mungkin, daddy tak tahu, tapi mummy ada kata yang dia balik lewat malam ni, tapi daddy tak tahu pukul berapa? Kenapa?".

"Nothing, Khar cuba rindu pelukan mummy". Kepala ditundukkan. Mummy, Khar tak kuat, sakit, iya sakit terasa menjalar dalam badan Khar. Sakit rindu

"Nanti mummy balik, daddy suruh mummy pergi bilik awak okay?". Keluhan perlahan dilepaskan. Khar kelihatan serabut. Nash pula hanya diam. Dan Naira pula hanya tunduk kepalanya membuatkan Rayyan rasa bersalah.

Telefon dikeluarkan, baru sahaja dia ingin menghantar pesanan  kepada isterinya, pintu bilik mereka dibuka. Kepala pusing memandang, mungkin pesanan mereka sudah siap.

"Surprise!".

"Mummy!". Suasana yang suram tadi mula terasa ceria dengan kedatangan Darin. Laju sahaja Nash dan Naira mendekati Darin. Pelukan hangat diberikan. Khar sahaja hanya diam ditempat duduknya. Dia gembira sehingga tubuhnya kaku.

"Mummy, Naira rindu mummy".

"Nash pun"

"Mummy pun rindu sangat dengan awak semua! Sorry sayang, mummy busy lately ni". Duduk dilabuhkan bersebelahan Rayyan. Tangan Rayyan dicapai dan disalam hormat.

"Takpa, kitaorang faham". Nash menjawab. Cukup mummy ada disini suasana sudah cukup sempurna!

Bahagia!

"Thanks sayang, tepat masa awak datang sini". Manis senyuman Rayyan diberikan kepada Darin. Tangannya mengusap lembut kepala yang sudah berbalut tudung itu. Alhamdullilah, Darin terbuka hati ingin memakai tudung.

Pakaian isterinya juga sudah berubah. Tiada lagi ketat mengikut badan. Semuanya longgar sahaja. Senang dia dengan perubahan isterinya. Suami mana sahaja tidak senang lihat isteri mereka berubah menjadi lebih baik bukan?

"Sorry abang, sayang betul-betul busy tadi, tapi sayang siapkan semuanya cepat-cepat, dan datang sini". Mata dikenyitkan kearah suaminya. Memang dia rushing sungguh tadi. Namun disebabkan dia ingin meluangkan masa dengan keluarganya dia paksa juga diri siapkan kerja yang patut.

"Awak datang pun abang dah lega sayang". Darin tersenyum nipis. Tangannya naik mengusap lembut wajah Rayyan seketika sebelum memandang kedepan. Wajah anak-anaknya dipandang.

"Okay! Korang dah pesan ke belum?". Suara diceriakan, menaikan suasana.

"Dah!". Ceria Nash dan Naira menjawab.

"Mummy nak tahu tak tadikan dekat sekolah ada orang nak kenal dengan Naira". Celoteh bermula, Darin melayan sahaja. Suasana hanya sunyi sebentar apabila pelayan datang membawa pesanan yang dipinta sebelum kedua suara itu kembali berceloteh.

Namun suasana itu hanya dihayati oleh Nash dan Naira. Rayyan hanya diam mendengar. Terasa hidup nyawa anak-anaknya apabila mummy mereka ada sekali. Namun dia pelik apabila lihat si anak sulong hanya diam. Kadang-kadang dia lihat juga Khar mencuri pandang ke arah Darin.

Tertanya, tapi dia hanya diam. Dia tahu Darin perasan. Tahulah Darin nanti.

Selesai makan, Darin naik keretanya ditemani Nash, Khar, si Naira naik Rayyan. Nak dating katanya. Rayyan dan Darin ikutkan sahaja. Sempat juga mereka sekeluarga singgah di masjid yang ada untuk solat Mahgrib. Sampai di rumah, semuanya sudah penat, masuk dalam bilik sendiri.

"Thanks sayang, datang harini". Dahi isterinya ditarik mendekat lalu dicium mesra. Darin memang penyelamat yang takkan terganti

"Thanks jugak abang jaga anak seminggu ni, thanks jugak sebab faham saya, thanks untuk semuanya". Pipi Rayyan pula ditarik dan dilabuhkan senyuman hangat. Rayyan tersenyum.

Tangannya melingkar di leher suaminya. Menarik si suami masuk dalam pelukannya. Rayyan hanya melayankan sahaja. Sudah seminggu dia tidak bermanja.

"Miss you daddy...". Perlahan ungkapan itu dikatakan. Memang rindu. Jumpa setiap hari pun tetap juga ada rindu dihati. Lumrah ke perasaan ini.

"Me too mummy...". Pelukan dieratkan.

Tok... Tok... Tok..

"Mummy, Daddy...". Suara Nash diluarkan membuatkan Darin melepaskan pelukan di leher Rayyan. Mereka berjalan ke arah pintu. Dibuka, Nash sedang menguis tangan sendiri.

"Kenapa sayang?". Lembut Rayyan bertanya.

"Khar...". Darin sudah tahu, dia ada buat sedikit kejutan untuk anak sulong itu. Tubuh dijatuhkan separa tinggi anaknya.

"Nash tidur dengan daddy malam ni boleh? Mummy tidur dengan Khar, malam je, esok kita tidur sama-sama okay?".

Nash mengangguk, dia masuk ke dalam bilik daddy dan mummy. Tubuh dibaringkan di atas katil. Peluk daddylah malam ni

"Abang tidur dengan Nash malam ni, sayang ada benda nak cakap dengan Khar, selamat malam abang". Satu kucupan dihadiahkan di wajah Rayyan sebelum berlalu pergi ke bilik anak terunanya.

Pintu diketuk

"Masuklah Nash, macam tak biasa je". Lemah kedengaran suara itu. Melihat Darin yang masuk membuatkan Khar bangun dari baringnya. Gambar yang banyak berada di tangan disembunyikan.

"Khar suka dengan hadiah mummy?". Punggung dilabuhkan bersebelahan anaknya. Si teruna itu hanya diam. Tanpa dipinta air matanya jatuh melihat gambar ditangan.

"Gambar ni mummy ambil masa mula-mula Namu ada dengan kita, kecikkan dia?". Khar mengangguk dalam tangisan. Semakin banyak air matanya keluar. Rindu semakin memberat.

"Masa ni, Khar pun kecik lagi, tak tahu perasaan nak menyayangi kan?". Lagi sekali kepala itu mengganguk, mengiyakan.

"Tapikan sayang, sekarang awak dah besar, awak dah tahu macam mana rasa menyayangi, setahu mummy, kalau kita nak menyayangi sesuatu, kita kena belajar satu perkara, tahu tak apa?".

Khar menggeleng kepala.

"Melepaskan, kita kena belajar melepaskan kalau kita ada rasa nak menyayangi sesuatu, mummy, daddy,  Tok Pa, Tok Ma, Opah, Tok Lang, semuanya kena belajar benda tu"

"Tapi mummy, daddy, Tok Pa, Tok Ma, Opah, dengan Tok Lang orang dewasa. Khar kecik lagi, Khar tak sanggup nak lepaskan Namu".

"Melepaskan, tak kira umur sayang, kalau kita dah tahu perasaan menyayangi secara semula jadinya kita kena belajar untuk melepaskan. Tak semua akan stay dengan kita sampai akhir nafas kita, sama ada dia pergi dulu, atau kita yang pergi dulu, sama macam Namu, kalau bukan Namu yang tinggalkan Khar, Khar yang tinggalkan Namu. Sebab itu kita kena belajar untuk melepaskan sayang".

"Khar rindu". Leher mummynya menjadi mangsa. Tangan melilit erat di leher Darin. Menangis sepuasnya.

"Rindu tak salah, menyayangi pun tak salah, yang salah bila kita terlalu tenggelam dengan emosi dan perasaan, sampai tak boleh nak melepaskan. Allah kan adil, nanti dia gantikan Namu dengan sesuatu yang lagi berharga untuk Khar. Biarlah Namu jadi kenangan sahaja untuk keluarga kita okay sayang?". Belakang badan Khar diusap perlahan memujuk lembut dengan kata-kata.

Khar dan Nash sudah berumur 11 tahun, semestinya sudah faham dengan perkara yang melibatkan perasaan. Perasaan sayang memang sudah ada dalam diri mereka. Cuma mungkin mereka terlalu awal untuk belajar melepaskan. Sebab itu Darin ingin lelaki ini tahu tentang melepaskan. Kehilangan berlaku tidak kira umur. Biar mereka belajar sekarang

Melepaskan memang suatu yang sukar, namun itu yang terbaik, kerana masa depan masih lagi menjadi tanda tanya, kita tak tahu apa akan jadi, lepaskan dengan hati yang ikhlas, percayalah semuanya akan baik-baik sahaja.

"Along janji, Along akan lepaskan Namu...". Perlahan tekad itu dikatakan.

"Pandai anak mummy, mummy bangga dengan along, dah jangan sedih-sedih okay, mummy nak along yang ceria, mummy taknak along yang sedih-sedih ni". Air mata dilap menggunakan ibu jarinya.

"Thanks mummy, along love you so much". Pipi Darin dicium lama. Terlalu sayang!

"Mummy pun, sini tidur, mummy dodoikan". Khar membaringkan tubuhnya. Doa tidur dibaca. Tangan naik memeluk tubuh Darin. Darin hanya tersenyum sahaja, kepala Khar diusap perlahan.

Sebuah lagu yang biasa dinyanyikan dahulu kepada si kecik ini dinyanyikan. Besar macam mana sekalipun, anak-anaknya tetap kelihatan kecil sahaja dimatanya.

Tidak sampai beberapa minit, Khar sudah tertidur. Tangan Khar dialihkan perlahan oleh Darin. Tidak mahu membangunkan anaknya itu. Lengan Khar diletakkan di atas badan kanak-kanak itu.

Dia berjalan keluar dari bilik Khar membawa langkah ke bilik tidurnya dan Rayyan. Lagi sekali senyuman tumbuh di bibirnya apabila melihat pemandangan di depan mata. Sejak bila entah Naira berada di situ dia sendiri tidak tahu.

Yang pasti si anak gadis tunggal itu sudah terbaring lesu sedang  menggapai mimpi mungkin ditengah-tengsh ayah dan abangnya. Indah, terlampau bermakna pemandangan ini.

Perlahan langkah diambil. Tidak mahu membuat bunyi yang boleh membangunkan ketiga-tiga manusia itu. Selimut dibetulkan menutupi badan suami dan anak-anaknya. Ciuman dilabuhkan.

"Selamat malam sayang mummy". Towel diambil dan pantas dia meloloskan diri masuk ke dalam bilik mandi. Bersihkan diri dan memakai pakaian yang selesa untuk tidur. Dia pergi ke bilik Khar semula.

Ingatkan nak suruh Rayyan bawa tubuh Nash ke bilik bila dia sudah selesai dengan Khar. Tak sangka pula Naira sudah dahulu mengambil tempatnya. Biarlah dia teman Khar harini. Biar tiga beranak itu tidur bersama malam ini.

Lampu bilik ditutup. Lampi di meja kecil bersebelahan dengan Khar sahaja dibiarkan. Tubuhnya dan Khar diselimutkan. Tangan meliar memeluk anaknya. Mata dilelapkan.

Kenangan memang indah, tapi kenangan juga boleh jadi menyakitkan apabila kita tahu, kita tidak boleh nak ulang kembali kenangan yang sama dengan orang yang sama. Mungkin kerana ditinggalkan sementara ataupun selamanya....

Dan kerana itu, melepaskan menjadi satu-satunya cara untuk diri tidak terikat mati dengan kenangan. Sebab kenangan takkan pernah terganti...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SPECIAL PART 1

Korang ada kenangan yang tak boleh korang lupa? Share okay kalau sudi.

Author ada, kenangan bila author tahu itu ciuman dan gelakkan terakhir author dengan 'si dia'.

MAAF BUAT SEMUANYA MENUNGGU. TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA. MAAF KALAU BAB INI HAMBAR ATAU ADA YANG TERSALAH, AUTHOR AKAN BUAT YANG LAIN NANTI OKAY. APAPUN AUTHOR HARGAI SANGAT!

LOVE..

Continue Reading

You'll Also Like

654K 27.1K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
493K 17.1K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.5M 63.3K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
96.7K 6.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...