[C] : PSYCHO MR HAZEL

By syaiain25

1.4M 66.6K 2.7K

~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
☁️ BAB 22 ☁️
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
THANKS✨✨
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
87
88
89
SPECIAL PART - KENANGAN
SPECIAL PART- TAKKAN PUTUS
PEMBERITAHUAN (JMP)
E-BOOK
JEMPUTAN PERKHAWINAN

86

10.5K 470 101
By syaiain25

"Untuk projek tembual tu. Aku dah pilih dah siapa kita akan temubual. Tapi disebabkan dia VIP kita kena buat temujanji dulu. Minta kebenaran sebelum boleh temubual dia untuk projek kita". Lalila berkata sebagai ketua kumpulan.

Darin, Sara dan si kembar Faizal dan Faris  mengangguk bersetuju. Untuk kerja projek final exam semester ini, dia, Sara, Lalila, Faizal dan Faris satu kumpulan untuk selesaikan projek final exam mereka. Dayah berada dikumpulan lain. Kumpulan yang sama dengan senior Aiman.

Punyalah merungut si Dayah apa bila pensyarah memberikan kumpulan. Ada sahaja dia bantah apa yang dikatakan senior Aiman. Memang tak sehaluan langsung dua orang manusia itu. Jika dihadapan mereka ada jalan mungkin seorang kiri seorang kanan

"Tapi siapa kita nak temubual ni?". Faizal bertanya. Semua memberi tumpuan kepada Lalila. Siapalah agaknya yang akan menjadi mangsa mereka kali ini? Darin juga memberikan tumpuan. Pen sudah tersedia ditangan. Dia memang si tukang catit. Perancangan mereka semua dia yang tulis setiap kali perjumpaan

"Tuan Rayyan Aiden...". Terlepas pen ditangan Darin mendengar suaminya. Semua memandang ke arah nya.

"Kenapa Darin?"

"Tak... Tak ada apa. Terkejut dengar nama orang yang kita nak temubual tu. Sorry". Pantas pen dikutip kembali. Nama suaminya dicoretkan di dalam buku. Dalam hati sudah gelabah. Macam mana kalau diorang tahu Tuan Rayyan Aiden ni suami dia?

Tak ke tiba-tiba populer dia nanti?

"Aku dah telefon PA Tuan Rayyan, dia kata nanti kalau Tuan Rayyan setuju. Dia akan call aku beritahu. Tapi aku harap Tuan Rayyan setuju lah. Dah lama aku nak jumpa dia....". Darin memandang Lalila. Nampak muka berharap disitu. Kesian pula Darin lihat.

Patut ke dia pujuk suaminya supaya setuju? Lagipun ini untuk projek final exam dia jugak kan? Tak salah rasanya

"Apa kata kita pergi je syarikat Tuan Rayyan tu. Jumpa PA Tuan Rayyan terus". Darin memberi cadangan. Lagi senang daripada tunggu sahaja. Bukan dia tak kenal suaminya itu. Dia takkan setuju punya.

Rayyan Aiden kan?

"Betul tu. Tak ada lah kita tunggu je. Kitakan ada deadline. Kalau Tuan Rayyan tak setuju bolehlah kita cari yang lain. Tak terganggu sangat dengan tugasan yang lain". Faris menyokong. Yang lain mengangguk. Mereka bukan ada tugasan ini sahaja. Banyak lagi tugasan yang mereka perlu lakukan untuk markah yang bagus

"Ok. Lepas perjumpaan ni aku pergi. Tapi aku nak seorang teman aku". Lalila bersetuju. Betul juga apa yang dikatakan Faris

Tak boleh berharap sangat pada benda yang tidak pasti kan?

"Aku teman kau". Dengan rela hati Darin berkata. Lalila menganggukkan kepala. Mereka meneruskan perbincangan. Hampir 2 jam baru mereka selesai.

"Nanti apa-apa aku update dekat dalam group ok".

"Okay, selamat berjaya!". Sara memberi semangat kepada Darin dan Lalila. Sebelum berpisah sempat mereka bertiga melambai ke arah Darin dan Lalila.

"Aku tumpang kau boleh. Pagi tadi ada orang hantar aku".

"Boleh, jom". Sampai sahaja di kereta. Mereka bergerak syarikat Rayyan. Meminta kepastian.

Sampai di sana. Mereka berdua bergerak ke tingkat atas selepas bertanya pada pekerja yang ada. Namun Darin sedaya-upaya mencuba menyembunyikam wajahnya. Taknak ada sesiapa mengenalinya

Yelah dulukan dia terkenal dengan gelaran 'perempuan jalang' yang ada hubungan dengan Tuan Rayyan. Buat hal lagi...

Sampai ditingkat yang sepatutnya. Mereka bergerak ke meja PA. Tok... Tok... Meja diketuk Lalila apabila gadis didepan matanya tidak memberikan perhatian kepadanya.

"Ouh ye saya?". Aliya memandang kedua wanita dihadapannya sebelum membulat matanya memandang Puan besar dihadapannya. Namun melihat jari telunjuk Darin dimulut gadis itu membuatkan dia tidak menjadi menegur Darin

"Saya Lalila. Pelajar yang telefon ke syarikat ni dua hari lepas..."

"Ouh Cik Lalila, pelajar yang call untuk adakan temubual dengan Tuan Rayyan kan?". Pantas sahaja Aliya mengingati nama dan tujuan pelajar ini. Memorinya cepat datang

"Ye saya, harini saya nak confirmkan tarikh boleh. Ataupun kata putus dari Tuan Rayyan sendiri?".

"Saya memang nak beritahu awak esok, sebab saya kata tunggu 3 hari bukan? Tapi dah alang awak dekat sini saya beri kata putus dari Tuan Rayyan. Dia taknak bertemubual dengan awak. Maaf".

"Ouh, kalau macam itu takpalah kami pergi dulu. Terima kasih". Lalila cuba mengukir senyuman dan berlalu pergi namun Darin menghalang.

"Kalau kami sendiri jumpa Tuan Rayyan boleh tak? Mungkin kami boleh tukar fikiran dia?". Darin memandang Aliya. Terus sahaja Aliya membuat panggilan ke pejabat Rayyan. Setelah beberapa minit Aliya membenarkan Darin dan Lalila masuk ke pejabat Rayyan

Tok... Tok....

"Masuk!". Darin membuka pintu pejabat suaminya. Melihat Rayyan yang sedang memandang ke arah mereka membuatkan dia gementar seketika. Pandangannya dingin bukan seperti mereka saat berada dirumah

"Maaf menganggu, kami pelajar Universiti nak minta kebenaran dari Tuan Rayyan untuk temubual Tuan Rayyan..."

"Bukan saya dah beri kata putus. Saya taknak?". Rayyan memutuskan apa yang hendak dikatakan Darin. Wajah si isteri memang langsung tidak puas hati dengan gangguan dari dia

Rayyan tetap Rayyan. Kerja tetap kerja. Isteri akan dimanjakan di tempat lain bukan tempat kerja. Sekarang cuma business. Nak kan sesuatu perlukan pulangan yang lumayan dan menguntungkan

"Ye memang dah tapi ....."

"Sebelum tu silakan duduk". Rayyan menjemput. Kesian dia lihat isterinya berdiri. Ini bukan manjakan okay. Ini kesian!

"Tapi kami nak minta kata putus lagi sekali dari Tuan Rayyan sendiri. Mana tahu Tuan Rayyan tukar fikiran?". Telefon dikeluarkan. Nombor suaminya dicari dan dihantarkan pesanan ringkas

Daddy please setuju.... I need you untuk projek final exam sayang! -Darin

Rayyan yang sedang fokus dengan ucapan isterinya dihadapan terasa terganggu dengan telefonnya yang bergetar. Pantas dia melihat siapa yang memberikan pesanan kepadanya

Selepas dia membaca pesanan ringkas isterinya. Dia memandang Darin. Mulutnya mengukir senyuman tipis saat melihat Darin tertingkah comel. Mata disepetkan sambil mulut seperti berkata sesuatu tanpa suara

Habistu apa daddy dapat kalau daddy setuju? -Rayyan

Telefon diletak tepi. "Saya tak boleh janji untuk tukar fikiran saya. Seperti yang berdua tahu saya agak sibuk untuk libatkan diri dengan pelajar seperti awak berdua". Alasan diberikan.

Mummy akan ikut cakap daddy seminggu. Deal? -Darin

"Takkan tak boleh langsung luangkan masa untuk kami. Hanya 2 jam". Darin memandang suaminya dengan pandangan berharap

Yang lagi lumayan takda? -Rayyan

"Dengan 2 jam saya rasa saya boleh dapatkan projek yang menguntungkan bagi saya dan syarikat saya, daripada temubual dengan pelajar seperti awak berdua?". Lagi-lagi Rayyan memberikan alasan. Lalila menyerahkan segalanya pada Darin. Mulutnya seakan terkunci melihat Tuan Rayyan dihadapan matanya

Betullah apa yang dikatakan. Lelaki ini kacak, matang, dan dingin memang betul-betul ideal type seorang wanita. Tapi sayang dia tahu Tuan Rayyan sudah beristeri. Siapa? Dia tidak tahu

Apa yang daddy nak? -Darin

"Kalau Tuan temubual kami, tuan boleh asah bakat baru?" Apa benda kau merepek ni Darin oiii?! Asah bakat baru? Kau ingat ni sekolah menengah ke?

"Maksud awak?"

Something nice? - Rayyan

Cakap la daddy nak apa? -Darin.

Cuba cakap je senang sikit kepala otak aku ni berfungsi macam biasa. Ini something nice la. Lumayan la. Itulah. Inilah.

Anak perempuan - Rayyan

Rayyan memandang Darin. Cuba melihat reaksi yang dia dapat dari Darin. Sudah beberapa hari Darin mengelak bercakap perkara ini. Kalau dia buka pasal anak pasti Darin cari alasan. Dan dia tak suka benda itu. Bukannya dia tidak mampu ada anak ramai. Semuanya perlu keputusan Darin sahaja

Darin pula memandang geram suaminya. Tak ada benda lain ke dia nak minta? Anak! Anak! Anak! Rimas la! Terus sahaja Darin bangun untuk berlalu pergi namun ditahan Rayyan. Tangan isterinya digengam erat sebelum melepasi pintu pejabat

"Sayang, kita bukan buat salah pun, tambah anak, tambah rezeki la tu kan?". Lembut Rayyan memujuk.

"Memang la tak salah! Tapi abang tahu tak saya tak bersedia! Abang bukan faham pun!". Tanpa sengaja Darin meninggikan suara sekali dengan jelingan diberikan kepada Rayyan

"Sayang! Tolong jangan tinggikan suara". Rayyan memberi amaran. Tidak suka melihat kelakuan Darin. Nampak kurang ajar.

Lalila dibelakang pelik mendengar gelaran yang keluar dari mulut mereka berdua. Sayang? Abang? Anak? Siapa diorang berdua ni sebenarnya? Atau ada apa-apa yang aku tak tahu?

"Jom Lalila". Pantas Lalila mengikut langkah Darin keluar dari bilik itu. Sempat dia menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Rayyan. Namun panggilan Rayyan kepada Darin hanya dibuat tidak endah oleh Darin. Menonong sahaja gadis itu berlalu ke lif. Sampai dalam kereta masih lagi terasa dinginya. Lalila hanya diam tidak berkutik

Takut nak tegur....

"Sorry, nanti aku cuba pujuk suami aku untuk temubual kita....". Ujar Darin tanpa memandang Lalila. Badan disandarkan ke seat kereta.

"Suami? Tuan Rayyan tu suami kau ke?".

Darin mengangguk, mengiyakan. Lalila terkedu. Selama ini Puan besar la yang dia jumpa? Tiba-tiba seram pula duduk disebelah gadis ini

"Kau jangan risaulah, aku masih Darin, yang ada pangkat suami aku bukan aku, tapi kau jangan bagitahu sesiapa pasal benda ni boleh?".

"O...okay".

Darin membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Cuba menengkan fikiran yang bercelaru. Patut ke dia setuju dengan permintaan Rayyan itu? Air matanya mengalir seketika namun pantas sahaja diseka.

_______
"Sayang?". Darin dipanggil namun tiada yang menyahut. Dia melangkah ke tingkat atas. Si isteri yang sedang berada alam mimpi di ruang tamu tingkat atas membuatkan dia jatuh kesian

Beg bimbit diletakkan di atas meja. Darin didekati. Rambut isterinya dibelai lembut. Sebelum tangan jatuh di pipi mulus gadis itu. Beberapa minit Darin terjaga. Mungkin kerana sentuhannya

"Hi, kenapa sayang tidur dekat sini? Nanti sakit badan". Senyuman diberikan. Tangan masih setia mengelus lembut kepala si isteri.

"Tunggu abang...."

"Kenapa? Ada apa-apa nak cakap dengan abang?".

"Pasal siang tadi...". Darin menunduk terasa bersalah membuak-buak dalam hati. Rasa bersalah sudah meninggikan suara. Rasa bersalah sudah menolak permintaan suaminya. Banyak betul dia buat dosa kepada suaminya

"Takpalah, abang maafkan sayang, abang janji abang takkan cakap pasal benda tu dah. Kalau sayang tak bersedia abang takkan paksa. Abang janji...."

Mata mereka bersatu. "Isteri abang lagi penting"

"I'm sorry abang....".

"Dan pasal tembual tu abang dah suruh Aliya setkan masa untuk team sayang jumpa abang, abang dah maklumkan dah dekat kawan sayang yang tadi tu. Minggu depan okay kan?"

Darin mengangguk setuju. Namun rasa bersalah pula dia dalam diam

"Dah la jangan fikir sangat okay. Abang nak tengok twins sekejab". Kaki melangkah ke bilik kembarnya.

"Sayang! Twins takda!". Pantas kakinya kembali ke ruang tamu ditempat Darin tadi. Tenang sahaja gadis itu memandangnya

"Memang lah takda. Sayang dah hantar diorang rumah Aryan dengan Malika"

"Nak buat apa hantar twins pergi sana. Jom ambil". Tangan isterinya ditarik. Anak sendiri jaga sendiri la suruh orang buat apa?

Darin menjeling suaminya. Bengap juga suami aku ni rupanya

"Hisy abang.... Tak faham ke?"

"Faham apa?".

Darin memeluk leher suaminya. Dahi mereka disatunya. "Abang kata nak anakkan....?".

Rayyan mengangguk. Otaknya masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dikatakan isterinya. Terlalu bengap rasanya sekarang

"Jom". Darin mengangkat kening dengan senyuman menggoda diberikan kepada suaminya. Perlahan senyuman terukir di wajah Rayyan. Tangannya perlahan naik memeluk pinggang isterinya

"Thanks sayang..."

______
"Sampai bila kau nak sembunyikan diri dari diorang Waisa!? Darin menderita sebab kau! Semua orang sedih dengan orang yang pentingkan diri macam kau ni!". Davian menengking Waisa.  Sedaya-upaya Davian cuba melepaskan diri dari tali yang sudah menyatukan dia dan kerusi. Wajah orang yang dahulu dia sayang seperti keluarga sendiri ditatap penuh benci

Waisa hanya tersenyum mendengar perkataan pentingkan diri keluar dari mulut Davian. Pentingkan dirikah dia kalau dia sendiri dipaksa lari dari perkhawinannya sendiri.

"Aku pentingkan diri sendiri Davian. Aku terpaksa menjauh dari korang! Dia paksa aku!".

"Paksa?...". Davian ketawa besar. "Kau dah berkhawin dengan suami setan kau tu dan kau kata kau terpaksa hah! Syafiq lagi menderita tahu tak!".

Waisa meraup kasar wajahnya. Davian tidak faham dia. Dia dipaksa! Dipaksa! Bukan kerelaan dia untuk berkhawin dengan...

"Mrs. You time is up. Master ask me to take you go to the master's room". Salah seorang dari orang suruhan suami dipandang sebelum matanya memandang ke arah Davian dengan air mata yang mengalir

"Aku terpaksa....". Itu yang sempat diujarkan kepada Davian sebelum berlalu pergi. Dia menderita di sisi lelaki ini. Dia juga tidak tahu kenapa suaminya menculik kawan baiknya. Dalam perjanjian mereka bukan seperti ini

"Penipu!". Jerit Waisa sebaik sahaja matanya dan suaminya bertentangan. Pandangan cukup mengambarkan kesakitan yang dilakukan lelaki itu

"Kau kata takkan sentuh sesiapa yang berkaitan aku! Kenapa kau sentuh kawan aku! Hah! Kenapa!". Kolar baju kemeja lelaki itu ditarik kasar dengan tanganya. Air mata setia mengalir tanpa dipinta.

Namun tenang sahaja tangan itu naik mengelap air mata yang ada di wajah Waisa. "Itu sekadar peringatan untuk kau, dan aku tahu kau rindukan diorang kan, aku bawakkan untuk kau, takde terima kasih dari kau pun, aku tahu kau cukup bahagia dengan hadiah aku kan?".

"Kau!"

"Ye aku memang kejam, dan kau lebih kenal aku. Cuba gembira sikit aku dah sediakan hadiah untuk kau". Pinta lelaki itu. Sedikitpun dia tidak mengalihkan tangan gadis itu daripada kolarnya

"Lepaskan kawan aku!"

"Aku akan sayang, jangan risau, kau ikut cakap aku dan aku akan bawa hadiah untuk kau".

"Aku taknak hadiah kau, jangan kacau sesiapa lagi dalam hidup aku. Lepaskan Davian. Gabril".

Gabril mengeluh perlahan. Tengkuk isterinya ditarik mendekatinya. "Kita akan ke Malaysia esok. Aku nak kau rehat". Pil yang sudah ada ditangan dipaksa masuk ke dalam mulut Waisa. 5 minit kemudian Waisa separuh sedar

Diangkat tubuh itu dan diletakkan di atas katil bilik mereka. Wajah lena itu diusap perlahan.

"Master...."

"Lepaskan Davian, isteri aku nak aku lepaskan dia....". Arah Gibril. Namun tatapannya masih diwajah Waisa.

"Baik Master...". Lelaki itu berlalu keluar.

"Apa yang kau nak aku akan beri walau kau suruh aku menyerah sekalipun". Dahi Waisa dicium lembut sebelum berlalu pergi ke mejanya. Ada sesuatu yang perlu diuruskan

Alldys dan Y

.
.
.
.
.
.
.
Disebabkan ada bab yang tergantung dan ada yang minta Waisa muncul balik. Author kena buat bab penutup lagi beberapa bab. Ingatkan boleh habis satu bab tapi tangan gatal sangat nak buat watak Gabril walaupun sekejab dan tak ada ayat dah nak karang sampai 5000 ke atas. Disebabkan Syafiq dan Hannah dah nak ada anak. Author kesian nak jadikan Waisa sebagai perampas dari situlah terjadilah watak Gabril.

Biar semua ada pasangan. Biar semua ada happy ending.... Barulah tamat cerita ini. Ye dok?

Davian? Jangan risaulah dia takkan ada pasangan dalam cerita ni. Sesiapa yang nak try dia bolehlah bagi no phone nanti author kenenkan okay. Hehehehe gurau-gurau.

So sorry kalau ada salah apa-apa, nak tegur boleh, nak abaikan pun boleh...

So happy reading my lovers semua! And thanks sudi baca cerita ni sampai nak penamat dah hehehehe

And readers-readerssss author please

Take care and stay safe okay. Nak keluar mask jangan lupa. Yang belajar online author faham perasaan awak-awak semua. Sila jangan skip kelas! I see you!

Selamat kelas online semua!

So the end bebelan dari author. Enjoy the stories and selamat malam Assalamualaikum l_o_v_e_r_s....

-syai-

Continue Reading

You'll Also Like

654K 27.1K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
28.4K 95 1
𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ππ˜π’π‚π‡πŽ " 𝐇𝐄 π–πˆπ‹π‹ πŽππ’π„π’π’πˆπŽπ π…πŽπ‘ π‡πˆπ’ π‹πŽπ•π„ " Daniel Mikael - Seorang lelaki yang agak ternama kerana dia adala...
80.6K 4.7K 23
Devil boy? siapa tidak kenal dengan nama kumpulan tu. mereka terdiri daripada tiga jejaka yang mempunyai rupa paras yang tampan tapi wajah ketiga jej...
69.6K 3K 27
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...