BAB 6

876 91 2
                                    

Taehyung menghempaskan badannya pada sofa. Keluhan berat dilepaskan. Pandangannya kosong diberikan pada tv yang tertutup.

" Ehem! "

Taehyung tersentak. Terlupa seketika kewujudan makhluk disebelahnya. Masih tegak berdiri sambil memandang wajahnya.

" Pende? " Balas Taehyung, kasar. Wajah beku diberikan.

" Bilik saya kat mana? " Soalnya. Taehyung menepuk dahi. Mereka sudah berpindah ke kondominium miliknya, dan rumah ini tiada bilik tetamu.

" Kau tidur je kat bilik aku. "

" Hah? " Gadis itu bertanya lagi. Taehyung menggigit bibir dan wajah gadis itu dipandang tak puas hati.

" Hey Park Minyoung, masuk jelah bilik aku. Susah sangat ke?! " Marah Taehyung. Minyoung menunduk ketakutan. Anggukan pantas diberikan dan dia terus menuju pantas ke bilik Taehyung.

Sebaik sahaja kelibat gadis itu hilang daripada pandangan, Taehyung meraup mukanya. Kenapa jadi macam ni?

" Kenapa dengan Minyoung, doc? " Soal Taehyung pada doktor. Kenapa Minyoung tak kenal dirinya?

" She's having amnesia. "

Taehyung tergamam. Wajah doktor dipandang tidak berkelip.

" Wae? Kenapa dia hilang ingatan? "

" Kemalangan itu menyebabkan hentakan kuat pada otaknya. Jadi, dia hilang ingatan sekarang. Maybe Encik Taehyung boleh bawa dia ke tempat yang ada memori, to gain her memories back. "

" Bila saya boleh bawa dia balik? "

" Esok. Dia dah sihat, jadi esok dah boleh discharge. "

Taehyung membuka televisyen. Tiada siaran menarik. Music Bank, dan juga kdrama terbaru True Beauty.

Tiada yang menarik.

Pappp!

Taehyung mengurut dadanya. Hampir sakit jantung kerana gadis yang tiba-tiba duduk disofa sebelahnya!

" Taehyung! " Panggil Minyoung. Pipi Taehyung dicucuk.

" Hurm? " Taehyung jawab malas dengan pandangannya masih terpaku pada televisyen.

" Betul ke saya ni cousin awak? "

Mata Taehyung kini beralih pada gadis disebelahnya. Wajah cantik itu dipandang lembut.

" Kenapa kau tanya? "

" Saya kan accident, jadi saya tak tahu apa jadi sekarang ni, siapa awak, apa hubungan ki-- " Minyoung terdiam apabila Taehyung memandang tepat kematanya.

Semakin lama, muka Taehyung semakin menghampiri wajahnya.

Duggun duggun.

Haish hati, kenapa nak berdegup kencang ni?

" Aku.... " Muka Taehyung berjarak kurang daripada 1 cm je sekarang ni. Ya Tuhan! Minyoung memejamkan matanya. Bibirnya dikatup rapat.

" Aku cousin kau. " Satu suara dibisikkan pada pada telinganya. Dengan perlahan, Minyoung membuka matanya kembali.

Taehyung tidak lagi mendekatkan diri. Fokus lelaki itu kembali pada televisyen. Sengihan mengejek diberikan padanya.

" What do you expect from me, huh? A kiss. Pfttt. " Taehyung tertawa kecil. Pandangan sipi diberikan pada gadis itu.

" Huh! Mana ada expect apa-apa! " Minyoung menjeling dan segera berlari ke biliknya. Taehyung tersenyum nipis.

Masih comel macam dulu.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang