BAB 9

784 82 12
                                    

Jeongyeon melilau mencari kaunter pertanyaan. Seketika, matanya tertancap pada satu kaunter. Senyuman nipis menghiasi bibir.

" Hai Yeri! " Sapanya dengan senyuman. Jururawat itu membalasnya. Wajah Jeongyeon dipandang mesra.

" Hai Doc Jeongyeon! Lama tak datang sini. Kenapa? Hospital Seoul tak best eh? " Seloroh Yeri. Jeongyeon hanya tertawa kecil.

" Actually, saya nak cari Doc Minyoung. Dia ada tak? "

" Doc Minyoung? Minggu lepas dia dah transfer ke Hospital Seoul. "

" Hah?! " Ternganga sebentar Jeongyeon. Transfer? Kenapa dia tak tahu.

" Oh? Takpelah, thanks Yeri. Hati-hati kerja! " Pesan Jeongyeon dan terus menapak meninggalkan kaunter. Dia berdecit kecil.

Telefonnya dikeluarkan. Nombor si suami didail.

Tak angkat.

" Haih! " Jeongyeon terus memandu pulang ke Seoul.

Mana Minyoung?

Selepas hampir 4 jam perjalanan, Jeongyeon tiba di Seoul. Jam sudah menginjak ke angka 5 petang. Penat.

Hari ni dibazirkan dengan ulang alik Seoul-Busan je. Dengan langkah pantas, dia memarkir di kawasan Hospital Seoul. Beg tangan dicapai dan langkahnya terus disegerakan ke dalam hospital.

Bilik Dr Minyoung merupakan lokasi utama.

" Nurse, Dr Minyoung ada kat dalam tak? "

" Erm sebenarnya, Dr Minyoung dah lewat 3 hari untuk lapor diri. Kami pun tak tahu dia kat mana. " Jelas jururawat itu. Jeongyeon tercengang.

" Dr Jinyoung ada pesakit ke sekarang? "

" Saya tengah free. Kenapa? " Satu suara mencelah. Jeongyeon menoleh malas.

" Saya tak cari awak. " Balas Jeongyeon. Dia berura mahu menapak pergi sebelum tangannya ditarik oleh Jinyoung.

" Awak berubah sebab Jimin. Kenapa? " Jeongyeon mengetap gigi. Soalan Jinyoung tu, betul-betul memerangkap diri.

" Saya tak berubah sebab dia. Kan saya isteri awak, kenapa saya nak fi-- "

" Awak isteri saya, tapi hati awak milik dia. "

Terdiam. Jeongyeon menunduk.

" Sa--saya nak balik dulu. " Tangannya ditarik. Air mata ditahan agar tak mengalir.

" Saya cintakan awak, Jeongyeon. Jadi saya sanggup buat apa sahaja untuk awak. Tapi bukan melepaskan awak untuk dia. "

Jeongyeon menapak pantas keluar daripada hospital. Don't cry, Jeongyeon!

Gadis itu memilih untuk ke taman terlebih dahulu. Fikirannya tak tenang. Kenapa dia masih terfikirkan Jimin?!

" Saya dah cuba lupakan awak. "

" Saya dah cuba untuk tak cintakan awak. "

" Saya kahwin dan ada 2 anak sekarang ni pun sebab saya nak cuba hapuskan memori saya tentang awak. "

" Saya cuba. "

" Tapi....saya tak boleh. "

Tangisan Jeongyeon pecah juga. Air matanya mengalir deras. Dadanya terasa sakit. Kenapa pada saat ini, dia masih terfikirkan lelaki itu?

Senangnya mencintai, tetapi sangat susah untuk melupakan.

" Saya pun tak boleh lupakan awak, Jeongyeon. "

Jeongyeon menoleh.

Park Jimin.

------------

Mingyu membelek telefonnya sebelum terasa sofa disebelahnya diduduki seseorang.

Oh, Minyoung.

" Apa kau nak? " Balas Mingyu tanpa berpaling. Rasa malunya masih ada.

" Kau kawan Taehyung kan? "

Hanya anggukan dibalas.

" Jadi, aku nak keluar kejap boleh? Aku nak jumpa Jeena. "

Terdiam Mingyu. Perbuatannya terhenti.

" Jee--Jeena? "

" Haah! Alah, kau tak kenal dia kan? Aku takde gambar dia sebab phone aku rosak masa accident tu. She's one of my friend. "

Mingyu menelan liur. Nafas ditarik kasar. Wajah Minyoung dipandang.

" Aku nak main game dengan kau. Nak? "

" Lah, game apa pulak ni? Candy crush ke? Aku nak jumpa Jee-- "

" Kau boleh tanya tiga soalan, and kau kena ikut dua arahan aku. Deal? "

" Hurm...deal! " Minyoung mengangguk. Terasa seronok pula.

Mingyu membuka telefonnya dan galeri ditekan. Gambar seseorang ditunjukkan pada Minyoung.

" Kau kenal budak ni? "

" Tak. Siapa ni? Comelnya! " Puji Minyoung. Gambar budak lelaki ditelefon Mingyu ditelek.

" Ni anak Jeena. "

Minyoung terkedu. Wajah Mingyu dipandang penuh tanda tanya.

" Bila masa Jeena ada anak? Apa nama budak ni? "

" Dia start ada anak 10 tahun lepas. And nama dia Kim Minjee. "

" Habistu, mana Jeena sekarang? "

" Dah limit 3 soalan. Aku takkan jawab lagi. Now, kau kena buat arahan aku. " Mingyu memotong. Minyoung memuncung.

" Alah! Tapi... "

" Arahan pertama."

" Apa dia? "

" Jangan jatuh cinta dengan Kim Taehyung. "

" Hah?! Takkanlah weh. Dia dahlah garang. Taknak aku. "

" Arahan kedua, sentiasa percayakan aku. "

Minyoung mengangguk. Tapi, ada satu lagi soalan dia mahu tanya.

" Kalau aku nak tanya lagi satu soalan boleh? "

" Kan dah limit, kita dah deal tadi. "

" Aku janji ni yang terakhir. " Minyoung menghulurkan jari kelingking. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin.

Mingyu mengeluh kuat. Dengan malas, dia mengangguk.

" Okay, boleh. "

" Mana Jeena? "

" Aku akan jawab. Tapi jangan tanya apa-apa lepas tu, and jangan beritahu Taehyung yang aku cerita. "

Minyoung mengangguk laju. Mingyu serba salah mahu memberitahu. Tetapi dia naik kasihan melihat Minyoung.

" Kawan kau...dah meninggal. "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now