BAB 20

720 75 13
                                    

Minyoung termenung seorang diri dicafe itu. Fikirannya jauh menerawang.

" Anak-anak kau. Dengan Taehyung. "

Anak? Sejak bila? Dan mereka meninggal? Kerana apa?

Dan dia teringat saat dia bertanyakan pada Taehyung dihospital tempoh hari. Jawapan lelaki itu sangat mengecewakan.

" Am I have been someone special to you before? "

Taehyung melarikan anak matanya daripada bertatapan dengan Minyoung. Sesekali bibir bawahnya digigit.

Lelaki ini cuba mengelak menjawab soalannya.

" Jawab, Kim Taehyung. " Tegas Minyoung. Mata gadis itu bergetar.

" Kau pernah jadi someone yang aku cinta. Dan.. erm.. "

" Dan apa? "

" Masih hingga sekarang, aku cintakan kau. "

Minyoung tergamam. Tubuhnya terasa berhenti berfungsi. Terkebil dia memandang Taehyung.

" Apa maksud kau? Kita kan sepupu. Kau tahu kan keluarg-- "

" Kau bukan keluarga aku, Minyoung! Bukan! Tolong keluar.. aku merayu.. " Taehyung menggeleng membuatkan Minyoung terkedu seribu bahasa.

Bukan keluarga?

Habistu dia ni siapa?

Orang asing?

Minyoung meninggalkan bilik wad itu dengan seribu tanda tanya. Bingung.

Minyoung menghembus nafas kasar sebelum dia mencicip sedikit latte yang dipesannya.

Masa lalunya.

Nampak berserabut.

" KAU BODOH KE?! " Minyoung terganggu dengan kekecohan yang sedang berlaku didepan matanya. Seorang gadis sedang dimarahi oleh lelaki tua. Maybe manager tempat ini.

" Maafkan saya, boss.. " gadis itu menunduk kesal. Nampak rasa serba salahnya.

Mungkin gadis itu melakukan kesalahan kecil?

Seperti terpecahkan pinggan?

Minyoung mulai rasa kasihan.

Gadis itu tampak takut.

" KAU NAK BAYAR KE SEMUA NI?! " Dahi gadis itu ditunjal. Perlakuan lelaki tua itu diperhatikan oleh pengunjung cafe, namun tiada siapa pun yang berani menghalang.

" Saya akan bayar! Tapi.. bagi saya masa. Saya tak ada duit. " Rayu gadis itu. Sehingga melutut dikaki managernya.

Minyoung mulai berkerut.

Perbuatan ini nampak sudah keterlaluan.

" AKU NAK SEKARANG! " Rambut gadis itu ditarik! Gadis itu kelihatan hampir menangis menahan sakit.

" Maafkan saya boss.. saya tak ada dui-- PANG! "

Tamparan.

Gadis itu ditampar.

Minyoung mengetap gigi kuat. Dia segera bangun dan menghampiri mereka. Pelanggan lain buta agaknya. Gadis ini sedang didera! Kenapa tak ada yang menolong?

" Tak payah sampai nak bertampar, encik. " Tegur Minyoung. Lengan gadis itu ditarik lembut untuk bangun.

" Kau siapa?! Kenapa nak sibuk dengan pekerja aku? " Lelaki buncit itu mulai berang. Matanya dibesarkan pada Minyoung.

" Tak payah tahu aku siapa! Yang penting aku ada ni! "

Minyoung menunjukkan telefonnya pada lelaki itu. Bukti rakaman gadis itu sedang didera.

" APEHAL KAU RAKAM? KAU NAK KE-- " baru sahaja telefon Minyoung mahu dirampas, gadis itu pantas memasukkan telefonnya kembali dalam poket.

" Perempuan ni. Berhentikan dia. Atau aku report kat polis. "

Terasa lengan Minyoung dipegang erat. Gadis itu menggeleng padanya.

" OKAY AKU TAK KISAH PUN! AKU BERHENTIKAN KAU! " manager itu memberi arahan dan terus berlalu pergi. Tumpuan pelanggan kini kembali pada makanan masing-masing.

" Puan... Terima kasih.. tapi saya tak ada kerja sekarang. Kenapa puan suruh manager nim berhentikan saya? Say-- "

" Jadi pembantu rumah saya. Nak? Lagipun saya perlukan kawan. " Ajak Minyoung.

Gadis itu nampak teragak. Minyoung memegang lembut tangan gadis itu.

" Saya bosan kat rumah. Nak tak, teman saya? Gaji awak akan lagi tinggi daripada kat sini. " Jamin Minyoung.

Gadis itu tersenyum pahit sebelum mengangguk.

" Terima kasih, Puan? "

" Minyoung. Saya Cik Minyoung. Belum kawin. " Sengih Minyoung. Gadis itu turut tersenyum.

" Oh baiklah Cik Minyoung. "

" Nama awak apa? "

" Karina. "

-----------------

Jungwoo menyelak helaian demi helaian diatas mejanya. Fikirannya berserabut.

Saksi mereka hilang.

Tiba-tiba sahaja mereka mengaku yang Sungchan tidak bersalah.

Hancur semuanya.

Jungwoo menulis sesuatu diatas kertasnya. Cuba membuat perkiraan.

Walaupun Sungchan adik angkatnya, tetapi tugas tetap tugas.

Sungchan tetap bersalah.

Tok! Tok!

Terpacul muka Inspektor Yeonjun dipintu. Mukanya berkerut.

" Apa masalah lagi ni? " Soal Yeonjun. Dia mengunyah gula getah dimulutnya.

" Saksi. Dorang tarik diri. "

" Apa? Apehal?! " Yeonjun menghentak meja. Uratnya tersembul menahan marah.

" Dorang tiba-tiba kata Sungchan tak salah. Aku takut dia dah tau aku ni polis. Hancurlah rancangan kita. " Keluh Jungwoo. Mukanya diraup kasar.

Stres.

" Kau tak payah datang balai dulu buat masa ni. Lepak dengan dia. "

"Hah? Serious? Aku yang handle tau kes ni. Mana boleh aku tak join settle kes. "

" Kau bantu dalam, okay? Pasal masa serbuan dan penangkapan, aku dengan yang lain handle. Kau cari masa je nak cari bukti lagi. " Bahu Jungwoo ditepuk lembut. Yeonjun menghembus nafas kasar.

" Apa-apa roger aku. "

" Oh ya, aku ada maklumat baru ni. Sungchan nampaknya ada tunjukkan minat kat seorang budak perempuan ni. Orang dalam kita beritahu. " Yeonjun tersengih. Terus Jungwoo menunjukkan minatnya.

" Siapa? "

" Karina. " Beberapa keping gambar dan maklumat peribadi Karina diletakkan atas meja.

Jungwoo tergamam.

" Perempuan ni aku kenal. Dia memang kawan Sungchan sejak kecil. Macam mana dorang boleh jumpa balik? " Gambar Karina dibelek.

Jungwoo sangat terhutang budi pada Karina. Gadis itu selalu melawat kubur mendiang eommanya.

Bersihkan kuburnya.

Meletakkan bunga.

Semuanya perkara yang Sungchan dan dirinya sendiri gagal laksanakan sebagai anak.

" Dorang jumpa kat cafe katanya. Aku tak ada maklumat detail sangat. Head department pegang. "

" Kenapa dengan gadis ni? Korang nak buat apa? "

" Gunakan dia sebagai umpan untuk kita tangkap Jung Sungchan. "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now