BAB 8

806 78 8
                                    

Minyoung mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil. Dia hanya berkemban sebaik sahaja selesai mandi tadi.

        Taehyung dah pesan awal-awal yang dia tak ada kat rumah malam ni. Jadi, bolehlah Minyoung buat rumah ni macam bapak dia yang punya.

Terasa haus, dia ke tingkat bawah dan terus menuju ke dapur. Peti ais dibuka lantas sekotak susu diambil. Segera dituangkan pada gelas kaca yang berada dirak. Tangannya lincah mencari playlist lagu kegemarannya.

Lagu Blackpink How You Like That ditekan.

" Ha! How you like that! " Minyoung menyanyi. Sesekali tangannya menerawang semasa mencuba rap Lisa. Badannya digoyangkan mengikut rentak lagu. Terasa seperti dapur itu dia yang punya.

Cawan susu yang masih belum habis itu segera diminum. Sebaik sahaja titisan terakhir dihirup, dia tergamam. Cawannya terlepas daripada tangan dan pecah berderai.

" Si--siapa kau?! " Minyoung kaget. Seseorang tidak dikenali sedang berada di hadapannya.

Paling seram, Minyoung hanya berkemban sahaja sekarang!

" Seronok ehh kau joget. Habis dah? " Soal lelaki itu. Minyoung terdiam. Langkahnya makin kebelakang. Tangannya lincah meraba mencari pisau.

" Nak buat apa? Cari pisau? " Soalan lelaki itu membuatkan wajah Minyoung pucat lesi. Tubuhnya menggigil.

Taehyung...mana awak?

" Ja--jangan dekat... "

" Kalau tak, apa? " Lelaki itu semakin menghampiri. Minyoung yang mulai takut itu tak sedar ikatan tualanya mulai melonggar. Apabila disedari, segera tangannya menahan tuala dan kakinya terlanggar kerusi kecil dibelakangnya.

Tubuhnya jatuh kebelakang. Segera gadis itu memejam mata menanti sebarang kesakitan pada tubuh.

Sesaat...
Dua saat...
Tiga saat...

Tiada apa yang dirasai.

Minyoung membuka matanya dan terkedu melihat apa dihadapan matanya. Lelaki itu sedang menangkap badannya. Tangan si jejaka tampan itu elok melekap pada pinggangnya.

Kedua-duanya berpandangan mata buat masa yang lama.

Muka ni... Macam kenal...

" Ehem! " Lelaki itu berdehem dan terus badan Minyoung dilepaskan ke lantai. Mengaduh sakit gadis itu.

" Minyoung, ni akulah Mingyu. Aku baru datang rumah ni pagi tadi. " Kata lelaki itu, kekok. Minyoung berkerut cuba mengingati.

" Oh kau ke yang dengan Taehyung tu? APA KAU BUAT KAT SINI?! "

" Taehyung suruh aku jaga kau malam ni. "

" Huh mengada! " Minyoung mengeluh. Segera dia bangun. Fuh, nasib tuala masih melekat utuh.

" Kau pergilah pakai baju. Aku...tunggu depan tv. " Mingyu menggosok belakang lehernya. Pipinya mulai merah dan lelaki itu terus menapak ke ruang tamu.

Minyoung mengetuk dahinya.

Haduh, apa ni Min?!

------------

Taehyung menyilangkan kakinya. Ikutkan hati, dia tak mahu berjumpa lelaki ini. Tetapi, dia terpaksa.

" Hai Kim Taehyung! Bagus kau dah sampai. " Sinis Sungchan menuturkan ayat. Wajah Taehyung ditilik.

" Apa kau nak? " Balas Taehyung, kasar.

" Oh well, are you ready? Dah kumpulkan orang kau? Bila kita nak lawan? "

" Lawan apa ni?! Aku dah cuci tangan. Aku dah tak nak jadi gangster lagi, apa yang kau tak faham? "

" Cuci tangan? Woo senang cakap! Lepas apa yang kau dah buat kat aku, itu je kau boleh komen? "

" Aku tak nak gaduh, jadi bagitau sekarang. Apa kau nak aku buat? "

" Good! Aku ada job untuk kau. But still, aku nak berlawan. "

" HAH?! "

" JUNGWOO!! " Sungchan menjerit memanggil pembantunya. Dan ketika itulah sebuah beg besar dibawa masuk kedalam bilik private itu.

" Dalam ni ada lebih 5 KG dadah jenis metaphitamine. Sungchan nak ka-- "

" Kejap! Siapa bos sekarang ni? Kau ke aku?! " Jungwoo yang sedang menerangkan segera dipotong oleh Sungchan. Terus lelaki itu ditengking disitu juga.

Merah padam muka Jungwoo dibuatnya. Terus terdiam lelaki itu. Dia menapak keluar dengan perlahan.

" So now, dalam ni ada lebih 5KG dadah methapitamine. Tugas first kau, hantarkan semua bungkusan ni ke China. "

Membulat mata Taehyung. Dadah ni! Tak boleh buat main.

" KAU BODOH KE?! Kalau aku kena tangkap, aku terus ke tali gantung! Lebih 5KG, bukan sikit tau tak! " Taehyung melenting. Wajah Sungchan dipandang geram.

" Bukan masalah aku. Sekarang, ni masalah kau. Jungwoo akan bawa kau ke China lalu laluan tikus. Kau kena elak daripada nampak suspicious je. Lepas je perairan Korea, kau selamat. " Jamin Sungchan. Beg besar itu ditolak ke Taehyung.

Hembusan nafas kasar dilepaskan.

" Aku tak nak buat. "

" Pastu kau nak aku buat apa dengan perempuan ni? " Sekeping gambar Minyoung semasa dihospital dicampak keatas meja. Tepat dihadapan Taehyung.

Rahangnya diketap kuat.

" KALI NI JE, JUNG SUNGCHAN! " Taehyung mulai naik suara dan beg itu terus dicapai. Tanpa sebarang kata-kata, terus dia meninggalkan bilik private itu.

Sungchan tersenyum sinis.

" Pastikan polis buat rondaan kat pintu keluar Korea. "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now