BAB 11

796 80 33
                                    

Kereta dipandu oleh Jungwoo ke Lapangan Terbang Seoul. Suasana didalam kereta nampak tegang. Taehyung hanya mendiamkan diri disamping Jungwoo dan Mingyu ditempat duduk belakang mengisi masa dengan bermain game.

" Aku di pihak korang. " Terangkat kepala Taehyung dan Mingyu. Kedua-duanya tidak berkelip memandang Jungwoo.

" Apa kau cakap? " Soal Mingyu. Kini fokusnya pada Jungwoo.

" Semalam... "

" Kau bawak Taehyung dengan Mingyu gi airport esok, hyung. " Arah Sungchan.

" Apehal? "

" Hantar stok dadah kat client China. Lalu airport je, pepandai kau guna trick. " Jungwoo membulatkan mata.

" Kau gila ke? Dadah tu! Kalau kantoi, aku ke tali gantung! " Marah Jungwoo. Bahu Sungchan ditolak.

" Hey! Kau kan khadam aku! Apehal kau tak nak buat pulak?! Kalau ke tali gantung, kau je yang kena! " Sungchan mendengus. Bahunya dibersihkan.

" Aku tak nak buat. " Jungwoo berkira mahu pergi. Jika ini membahayakan nyawanya, dia tidak mahu ambil risiko!

" Kau lupa ke apa kau buat kat aku dulu, hyung? " Langkah Jungwoo terhenti. Dia kaku sebentar. Wajahnya diraup. Muka Sungchan dipandang penuh benci.

" INI KALI TERAKHIR, JUNG SUNGCHAN! "

" Pastu macam mana kau nak tolong kitorang? " Taehyung bertanya, serius.

" Sampai airport, korang tau. " Ketiga-tiganya terus terdiam selepas itu. Perjalanan yang mengambil masa 20 minit itu berjaya dilalui dengan mudah. Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, mereka mengenakan cermin mata hitam. Tak lupa juga mask hitam.

" So nak buat apa sekarang? " Soal Mingyu. Matanya diarahkan pada beg yang dipenuhi dadah dipegangannya.

" Kejap lagi dia sampai. " Jelas Jungwoo. Jam ditilik sebelum bibirnya membentuk senyuman. Susuk tubuh seseorang yang menghampiri mereka menimbulkan tanda tanya.

Lelaki itu juga memakai mask hitam dan bercermin mata hitam.

" Siapa ni? " Soal Taehyung, tanpa nada mesra. Jungwoo menyalam tangan lelaki itu sebelum bahu dilaga.

" Ni akulah. " Mask lelaki itu dibuka.

Taehyung dan Mingyu melopong.

" Jongin?! " Mingyu memandang tak percaya.

Anggukan diberikan oleh Jongin. Senyuman manis menghiasi wajah.

" Macam mana kau kenal dia? " Taehyung mulai curiga. Senyuman sinis diberikan kepada Jongin.

" Lah Taehyung? Kau dah start sombong dengan aku ke? Lepas aku tolong selamatkan wife kau yang kau tembak dulu tu? " Perli Jongin. Taehyung menghembus nafas kasar. Jelingan diberikan.

" Jongin ni polis. Jadi, aku beritahu dia yang kita bawa dadah. "

" KAU GILA KE?! " Kolar Jungwoo ditarik oleh Mingyu. Matanya terjengil menahan marah. Jungwoo memandang muka Mingyu kembali dengan penuh tawa.

" Aku tak bodoh macam korang, ikut je cakap Sungchan. " Dompet Jungwoo dikeluarkan dan satu tag nama yang terselit dapat dilihat.

Inspektor Kim Jungwoo

" Kau polis? " Terkejut mereka berdua. Jungwoo tersengih dan bahu Jongin dipaut.

" Sekarang ni ikut cakap aku. Mingyu dengan Taehyung. Korang berdua kena berlakon jadi gay couple sekarang. "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat