BAB 3

933 87 15
                                    

" Baik Encik, kami dah pun menangkap suspek pembunuhan Kim Jaehyun, Kim Hyoshin, Kim Minjee dan cubaan membunuh Hana Isabella. " Kata Inspektor Goh. Taehyung dan Mingyu dibawa ke sebuah bilik soal siasat.

Lelaki yang digari itu menunduk.

Taehyung menghembus nafas kasar. Dia dan Mingyu duduk menghadap lelaki itu. Kedua-duanya mengekalkan muka serius.

" Kami tinggalkan encik berdua dulu selama 10 minit. " Kata pegawai itu sebelum melangkah keluar. Sebaik sahaja pintu ditutup, lelaki bergari itu mengangkat muka dan terus memandang Taehyung serta Mingyu.

" Bukan aku yang bunuh!! " Kata lelaki itu. Dia menarik rambutnya, kusut. Bibirnya menggigil dan dirinya serba tak kena.

Taehyung memandang lama lelaki itu sebelum teringat sesuatu.

" Kau lelaki yang kat kelab semalam kan? " Kata Taehyung lantas menundingkan jari.

Semalam...

" Banyak sangat dah kau minum ni. " Teguran seseorang membuatkan Taehyung berpaling. Disebelahnya ada seorang lelaki yang mabuk teruk dan sedang ditegur kawannya.

" Ini kali terakhir aku minum. Esok aku dah kat penjara besi! " Kata lelaki itu, meracau. Senyuman sinis terbentuk dibibir.

" Kenapa kau ikut sangat cakap Sungchan tu?! "

Nama yang meniti dibibir lelaki itu membuatkan tumpuan Taehyung terganggu. Kini dia lebih berminat mahu mencuri dengar perbualan mereka.

" KALAU TAK DIA BUNUH AKU NANTI! BAIK AKU KENA PENJARA DARIPADA MATI! "

" Kau kan lelaki yang mabuk semalam? " Soal Taehyung. Lelaki bergari itu mengangguk laju. Dia memandang wajah Mingyu dan Taehyung, sayu.

" Kenapa kau tolong Sungchan?! Kau bodoh ke?! " Tengking Mingyu. Taehyung segera menahan Mingyu. Gelengan diberikan.

" Maafkan aku! Aku hutang Sungchan 300,000 won! Aku tak ada duit nak bayar, jadi dia suruh aku buat benda ni! Kalau tak dia nak bunuh aku! " Balasnya. Mingyu menggeleng.

" Apa lagi yang kau tahu? " Soal Taehyung.

" Tak ada apa dah. Tolong bebaskan aku. "

Taehyung dan Mingyu bangun. Mereka berdua mengeluh kasar.

" Aku cuma boleh cakap yang aku rasa kau tak bersalah kat pegawai tu. " Kata Mingyu, tegas. Mereka berjalan merapati pintu.

" JANGAN LIBATKAN POLIS! KORANG KENA LAWAN SUNGCHAN CARA MAFIA. " Pesanan terakhir lelaki bergari itu membuatkan kedua lelaki itu terhenti. Mereka berpaling.

" Apa maksud kau? "

" Aku cuma ingatkan tu je. Sungchan tu lain. Dia bukan lawan korang. "

------------

Mingyu menghempaskan badan pada katil biliknya. Keluhan berat dilepaskan. Matanya utuh memandang kipas yang berpusing di siling.

" Papa! " Mingyu berpaling. Minjee sedang berlari menghampirinya.

" Ha kenapa Minjee? " Mingyu terus bangun daripada pembaringan. Anaknya dipandang.

" Minjee draw this! Lawa kan? " Sebuah lukisan ditunjukkan kepada ayahnya.

" Wah! Minjee lukis papa, Minjee dengan...mama? "

" Yup! Even Minjee tak pernah jumpa mama, Minjee tahu dia cantik! " Kata anak kecil itu. Mingyu tersenyum tawar sebelum kepala anaknya diusap.

Dia memandang anaknya sebelum dia tersedar yang dia sedang mengusap angin.

" Minjee! Minjee! " Mingyu segera bangun dan meninggalkan bilik. Berkejar dia mencari anaknya di ruang tamu dan dapur.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now