BAB 1

1.2K 95 46
                                    

" Meeting start pukul 8 pagi?! " Ternganga besar Kim Taehyung. Segera dia melihat jam ditangan. Dah pukul 7.30 !

" Yup. Pihak pembeli ada mesyuarat lain pukul 10 pagi ni, so dorang mintak awalkan meeting pukul 8. Cepatlah datang! " Gesa Junmyeon.

Sejak Kim Taehyung bersara daripada dunia mafia, jawatan CEO Paradigma Holding diberikan kembali kepada lelaki itu. Makin sibuk lelaki itu dibuatnya.

" Okay jap, hyung tolong lengahkan pembeli tu sikit eh? Aku sampai kejap lagi. " Panggilan dimatikan dan berlari Taehyung ke bilik air. Mandi kerbau dan terus bersiap memakai kemeja dan kot hitam

Selepas menilik penampilannya di cermin, Taehyung terus berkejar turun ke tingkat bawah. Dia lihat anak-anaknya dibawah sedang sarapan bersama Hana.

" Hai uncle! " Seorang budak lelaki tiba-tiba sahaja menegur Taehyung.

" Hai. Ermm, ni Minjee kan? Anak Mingyu? " Tebak Taehyung ke budak yang berusia 10 tahun itu. Segera dia mengangguk.

" Tadi Mingyu minta I jaga anak dia kejap while dia pergi kerja. So alang-alang I nak ke rumah you, I pun bawa dia sekali. Dapatlah dia main dengan Jaehyun and Hyoshin. " Celah Hana. Taehyung mengangguk dan terus ke pintu rumah.

" Jaehyun, Hyoshin! Papa nak pergi work ni! " Jerit Taehyung. Segera si kembar itu hanya mengangguk.

" We love you, pa. " Kata si kembar serentak dalam keadaan mata masing- masing terkunci rapat pada telefon bimbit ditangan.

Taehyung tersenyum kecil. Kunci kereta diambil dan dia terus menghidupkan enjin kereta.

" Tae, I ada benda nak cakap dengan you. " Hana menghampiri Taehyung.

" Not now. I dah lambat nak pergi kerja ni. Bye! " Taehyung terus masuk kedalam kereta lantas mengundur. Hana mengeluh kecil. Dia kembali kedalam rumah dan menutup pintu.

-------------

Mingyu mencium kepala anaknya. Dia memandang Hana, lama.

" Thanks Hana, sebab boleh jagakan anak I harini. " Ucap Mingyu, ikhlas.

" No hal lah. I tolong kawan. You balik pukul berapa ni? "

" Lambat jugakla. Pukul 9 malam? I akan call you kalau I balik lambat. " Mingyu tersenyum. Hana hanya mengangguk. Si kecil Minjee memeluk kaki Mingyu.

" Papa jangan pergi lama sangat. Nanti Minjee rindu. " Katanya. Mingyu tertawa lantas kepala anaknya diusap.

" Papa janji tak lama. Now follow aunty Hana. Papa akan balik cepat. "

" Janji? "

Jari kelingking dihulur. Segera Mingyu mengangguk dan jari itu disambut. Minjee mengangguk faham. Dia menapak kearah Hana dengan perlahan.

" I happy tengok you yang sekarang. " Kata Hana dengan senyuman.

" I pun happy dengan diri I yang sekarang. " Balas Mingyu sebelum menapak ke keretanya dan berlalu pergi.

---------------

Habis sahaja mesyuarat, Taehyung mengurut lembut tengkuknya. 2 jam dalam bilik mesyuarat bukanlah sekejap. Dia membuka telefon bimbitnya dan mendapati ada beberapa mesej daripada Hana.

Hai Taehyung.
I tahu ni awkward. But entahlah I rasa I perlu text you. I just nak cakap thanks for everything. Even you dah tak cintakan I, I still bersyukur dapat jadi kawan you.
Kenangan paling I tak boleh lupa time you minta I berlakon mengandung depan Minyoung. It's funny, you know? 😂 I happy dapat jaga Jaehyun & Hyoshin. They're so cute! You bertuah dapat anak-anak yang macam tu.
Satu benda je I nak cakap. Maaflah kalau you anggap I menyibuk.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now