BAB 10

806 82 22
                                    

Taehyung memghembus nafas kasar. Mingyu yang sedang menahan tangis disebelahnya, diperhati lembut. Bekas abu dihadapannya diusap penuh kasih.

" Papa datang ni, Jaehyun, Hyoshin. Korang okay tak kat sana? " Soal Taehyung. Gambar si kembar dipandang penuh rasa sayu.

" Minjee~ya. Appa here. Appa percaya ada orang lagi bagus daripada appa yang boleh jaga Minjee..... " Mingyu terhenti. Air mata yang menitis dibiarkan mengalir. Tangannya utuh menggenggam abu mayat anaknya.

" Min--Minjee... Ikut eomma ya? Appa janji akan tuntut bela. Appa janji. " Ucap Mingyu. Gambar Minjee dipandang dengan air mata yang bergenang.

" Jaehyun, Hyoshin~ ya...thanks jadi anak papa dan mama yang paling baik! Finally, papa dapat rasa macam mana membesarkan anak kembar. Papa rindu korang.... "

Taehyung mengetap bibir. Terasa bibir bawahnya bergetar menahan tangis. Macam baru semalam dia meraikan hari jadi si kembar, dan harini mereka dah tak ada.

" Mama... Dia pun rindu korang. Papa janji akan jaga mama ya? Papa janji. Korang rehatlah kat sana. Papa janji akan balas dendam untuk korang. " Taehyung mengepal penumbuk. Bahu Mingyu ditepuk.

Kedua-duanya mahu berangkat pergi. Buat kali terakhir, kedua-duanya berpaling melihat gambar anak-anak mereka buat kali terakhir.

" Jom. Jungwoo dah tunggu aku kat luar hotel. " Ajak Taehyung. Mingyu mengangguk. Mereka berdua menapak dengan hati yang penuh dendam.

-------------------

Hana meniup kukunya. Senyuman sinis terpamer dibibirnya.

" Tolong jagakan Minyoung kejap eh? Aku ada hal dengan Sungchan. "

Pesanan Taehyung pagi tadi buatkan dirinya menjulingkan mata keatas. Jaga Minyoung?

Hana menjeling tajam figura Minyoung yang sedang kusyuk menonton televisyen. Bukannya Taehyung ingin bertanyakan keadaan dirinya, malah disuruhnya menjaga ' BEKAS ISTERI ' nya ini.

" Hoi Minyoung! " Panggil Hana. Segera Minyoung berpaling. Wajah Hana dipandang penuh senyuman.

" Ya kak? " Balas Minyoung. Hana menahan tawa. Dia naik menyampah.

" Akak? Hurm nampak tua. Call I Miss Hana. "

Minyoung hanya mengangguk.

" You betul ke tak ingat I? "

" Tak.. " Minyoung hanya menggeleng. Sungguh dia tak tahu siapa gadis dihadapannya ini. Dia percayakan Taehyung, jadi dia ikut sahaja arahan lelaki itu untuk duduk dengan Hana.

" Kau nak aku cerita pasal Taehyung tak? " Segera anggukan laju diberikan. Selama ini, dia curious siapa sebenarnya Taehyung. Mingyu juga menasihatkan supaya dia tak payah ambil tahu.

" Buatkan hot chocolate untuk aku. "

" Hah? "

" Kau nak aku cerita ke tak?! " Segera Minyoung berlari ke dapur apabila ditengking begitu. Peket coklat dikeluarkan dan segera air pintaan gadis itu dibuat. Setelah hampir 2 minit didapur, dia menatang secawan air ke ruang tamu.

" Nah air Miss Hana. "

" Bagus! Now urut bahu I. " Sekali lagi Minyoung tercengang. Hana menjengilkan mata.

" Then I tak nak cerita lah macam t-- "

" Okay! " Minyoung kebelakang Hana dan bahu gadis itu diurut.

Hana mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya lincah mencari sesuatu sebelum sekeping gambar ditekan.

" Kenal ni? "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें