BAB 2

957 91 5
                                    

Taehyung menghembus asap rokok setelah disedut. Bunyi bingit kelab malam berdentam-dentum dibelakangnya. Sesekali matanya mengerling memerhatikan tubuh wanita dikelab malam ini.

" Orange je ke? " Soal barista. Taehyung hanya mengangguk. Dia tiada mood nak mabuk malam ni.

Tiba-tiba, matanya menangkap kelibat seseorang yang dikenalinya.

Kim Mingyu.

Dia segera bangun dan menapak kearah Mingyu yang sedang dikelilingi ramai wanita. Sesekali bibir Mingyu sibuk bercumbuan dengan mereka.

" Kim Mingyu! " Tegur Taehyung. Terhenti perbuatan Mingyu. Dia menoleh dan wajahnya memberikan senyuman sinis.

" Taehyung. Long time no see. "

" Aku nak cakap sikit dengan kau. "

" Now? Aku ada banyak nak dilayan ni. " Decit Mingyu. Taehyung dijelingnya.

" Sekarang sebelum aku pukul kau. " Ugut Taehyung. Mingyu mendengus. Dia mengangkat punggungnya dan segera bangun. Dengan langkah malas, dia mengikut Taehyung ke luar kelab.

" Apa benda kau nak? Apa lagi?! " Tengking Mingyu. Taehyung memeluk tubuh. Rokok dibibir dicampak ke tanah dan dipijak.

" Hana dah lepas tahap kritikal. " Mingyu berpaling sebelum dia tertawa sinis.

" Aku dah tak kisah. Semua milik aku dah diambil. Jeena, Minjee. Ambillah lagi! Aku dah tak kisah! Biar aku hidup sorang! " Mingyu berteriak. Air liurnya diludah ke tanah.

" Aku call kau semalam, tapi lepas aku cakap pasal hal ni, kau terus end call. Kau betul-betul dah give up ke? Aku-- "

" Kau apa?! Kau masih nak tuntut bela? Hey Kim Taehyung! Sedarlah sikit. Bukan semalam tau, tapi dah 3 bulan anak-anak kita mati dibunuh! Dah 3 bulan! Apa lagi kau nak? Tuntut bela ni boleh hidupkan balik ke Minjee aku? B-- "

" Minyoung next targetnya! " Taehyung mencekak kolar Mingyu. Terdiam lelaki itu. Muka Taehyung dipandang tak percaya.

" Hah? "

" Ni. " Sekeping gambar Minyoung dikedai buku yang ditangkap secara senyap-senyap dicampak ke muka Mingyu. Terdapat juga tulisan merah disitu yang menyatakan target seterusnya ialah Minyoung.

Throwback 3 bulan lepas..

Taehyung membelokkan keretanya memasuki perkarangan rumah sebelum ternampak kereta Mingyu diluar rumah.

" Kenapa tunggu luar? " Tegur Taehyung. Mingyu yang sedang fokus bermain telefon mengangkat mukanya.

" Rumah kau senyap and pintu berkunci. Aku tak nak ketuk, takut budak-budak dah tidur. " Balas Mingyu. Taehyung berkerut.

" Tidur? Sekarang dah pukul berapa? "

" 1 pagi. " Mata Taehyung membulat. Jam ditangan ditilik. Lahh, dia tak sedar langsung.

" Aku tak perasan. Jom masuk. " Kunci dibuka dan pintu ditolak.

Kedua-duanya terlopong. Mingyu jatuh terduduk dan mata Taehyung sudah bergenang.

" MINJEEEEEE!!!! " Mingyu menjerit. Segera tubuh tidak bernyawa milik anaknya dihampiri lantas dirangkul.

" HYOSHIN! JAEHYUN! " Taehyung menghampiri si kembar. Kedua-duanya dipeluk kuat. Tangisannya juga semakin lebat.

" Dorang-- dorang kena kelar.... " Terketar-ketar Mingyu menuturkan ayat itu. Tangannya naik mengelus pipi Minjee. Leher anaknya dilihat. Runtun hatinya sebagai bapa melihat kesan kelaran dileher anaknya.

" Siapa yang buat ni?!!!!!! " Taehyung menjerit. Matanya melilau lalu anaknya diletakkan kembali. Dia berlari ke tingkat atas.

Mingyu menghampiri Hana. Masih bernafas. Syukurlah!

" Mingyu!! " Jerit Taehyung daripada tingkat atas. Mingyu mengikut langkah ke tingkat atas dengan pantas. Dia terhenti dibilik Taehyung.

" Ni... " Taehyung menunjuk pada cermin biliknya. Ada kesan coretan darah.

HAI KIM TAEHYUNG! INGAT AKU LAGI? ORANG BAWAHAN KAU YANG PERNAH KAU HINA?
HAI KIM MINGYU! REMEMBER ME? DRUG DEALER YANG KAU TIPU TU?
OPS, MATI DAH ANAK KORANG EH?
AKU NAK PERHITUNGAN. GANGSTER LAWAN GANGSTER.
MAFIA LAWAN MAFIA.
SEBELUM SEMUA ORANG YANG KORANG SAYANG, AKU BUNUH <3

- SUNGCHAN

-------------------

Minyoung menyusun barangannya didalam kotak. Sesekali habuk yang ada diatas buku ditiup lembut.

" Unnie! " Datang seorang jururawat muda. Tubuh Minyoung dipeluk.

" Yup, Yeri? Kenapa? "

" I'll miss you. " Muncung gadis itu. Minyoung tertawa. Tubuh jururawat yang kecil itu dipeluk kembali.

" Unnie bukan pergi jauh pun. "

" Kenapa akak berhenti kerja? Kan akak dah berjaya jadi ketua jabatan kat sini. "

" Sampai bila nak duduk tempat orang je kan? Sampai masa akak kena balik ke tempat asal akak jugak. I'm 30 years old now, dah tua! " Gelak Minyoung.

Yeri memuncung. Minyoung merupakan doktor paling baik pernah dia jumpa. Sentiasa bersabar dengan pesakit walaupun pesakit itu banyak karenahnya. Kerana itu juga prestasinya asyik dipuji oleh pengarah sekaligus dinaikkan pangkat.

" Akak take care okay? " Pesan Yeri sebelum dia menapak keluar daripada bilik Minyoung. Dia mengambil buku laporan pesakit dibilik ubat untuk melakukan pemeriksaan seterusnya. Tiba-tiba sahaja mulutnya ditutup.

" Uhmpp...uhmppppp... " Yeri mulai kaget. Seseorang bertopeng sedang menutup mulutnya.

" Diam. " Yeri menahan air mata sebaik sahaja terasa sesuatu tajam menyucuknya dipinggang. Dia tahu itu pisau.

" Park Minyoung nak ke mana?"

Yeri mendiamkan diri. Dia terjerit kecil apabila terasa rambutnya ditarik.

" Jawab! " Tengking si bertopeng. Yeri mengangguk kecil.

" Dia nak balik rumah lama dia. Seoul. " Jawab Yeri dalam tangisan. Penjahat bertopeng tersenyum sinis.

" Thanks, cantik. " Katanya sebelum kepala Yeri dipukul dengan pemadam api. Terbaring gadis itu dalam keadaan kepala berlumuran darah.

Penjahat itu membuka topengnya dan menapak keluar dalam keadaan santai. Topi hitam dipakai dan kepala ditundukkan. Senyuman sinis dibentuk dimulut.

Baru sahaja dia mahu menekan butang lif, tubuhnya dilanggar seseorang.

" Maaf! Maaf!" Tubuh yang melanggarnya meminta maaf. Barang dipegangannya berterabur dilantai. Lelaki itu segera membantu mengutipnya.

" Tak apa. Banyaknya barang. Nak pergi mana, Dr Minyoung? " Soal lelaki itu selepas melihat tag nama.

" Pindah. Eh awak kenal saya? "

" Saya selalu nampak doc kat sini bila saya melawat atok saya. " Balas lelaki itu. Minyoung tersenyum manis.

" Siapa nama awak? "

" Jung Sungchan. Panggil je Sungchan. "

Tangan diberi tanda perkenalan. Tanpa Minyoung sedar, disinilah bermula segalanya.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now