BAB 26

695 83 17
                                    

" BERTENANG TAEHYUNG!! " Mingyu memegang bahu Taehyung yang semakin agresif. Lelaki itu cuba menendang pintu bilik ICU!

" Minyoung kat dalam! Aku nak tahu apa jadi kat dia! Dia... Dia... " Menangis. Akhirnya Taehyung kalah dengan tangisan. Dia terduduk dan menangis.

Terhenjut bahunya.

" Dia akan okay lah. Jangan risau. " Mingyu cuba memujuk. Taehyung menggeleng laju.

" Aku takut hilang dia lagi... Aku pernah hilang dia sekali. Aku tak nak hilang dia lagi.. " Taehyung bersuara dengan suara menggigil. Air matanya mengalir laju.

" Janganlah macam ni. Malam ni kita nak jumpa Sungchan. Ingat sikit. Jangan ikut emosi. "

Mata Taehyung membulat.

" Lelaki tu! Aku akan bunuh setan tu!! " Jerit Taehyung. Tangannya dikepal kuat. Mingyu segera menahan lagi diri Taehyung.

" KAU DAH GILA KE TAEHYUNG?! KAWAL DIRI KAU! AKU DAH PESAN BANYAK KALI! POLIS DAH PESAN SURUH KITA TANGKAP SUNGCHAN HIDUP-HIDUP! " tengking Mingyu. Dan sekaligus membuatkan Taehyung terdiam.

" Aku.. aku lepaskan Minyoung. " Taehyung mengangkat muka. Apa yang baru dituturkan Mingyu membuatkan dia terperanjat.

" Kau nak lepaskan dia? "

" Aku percaya dia milik kau, Taehyung. Park Minyoung diciptakan untuk Kim Taehyung. Aku cuma watak sandaran je. Tak malu nak menumpang kasih. " Gelak Mingyu.

Dalam hatinya siapa je yang tahu.

" Aku pernah ada Kim Jeena. Tapi aku bodoh. Terlambat sayangkan dia. Terlambat nak sedar betapa pentingnya dia. Aku tak patut rampas hak kau. "

Taehyung mengusap bahu Mingyu.

" Terima kasih kerana memahami. "

" Jaga dia elok-elok. Aku sayangkan dia. Sampai aku hembuskan nafas terakhir. Jadi tolong, jangan lukakan hati dia. "

" Macam mana kalau bangun ni dia cari kau? "

" Then, i should break her heart first. Kau tolonglah camtumkan balik nanti, okay? "

Taehyung memandang wajah Mingyu. Senyuman yang dibuat itu.

Senyuman palsu.

Ketika mereka berbual, Jungwoo menapak kearah mereka. Dia kelihatan sebal dan sedih.

" Minyoung dah sedar? " Soal Jungwoo. Kedua-duanya menggeleng.

Jungwoo mengeluh.

" Korang tahu tak Minyoung bawa penumpang lain dalam kereta tu? "

" Err.. tak. Dia bukan sorang je eh? "

" Dia bawa seseorang. Kami dah kenal pasti siapa dalang disebalik kemalangan ini. Memang Sungchan. " Berat hati Jungwoo menuturkan. Tangan Taehyung dikepalkan. Giginya diketap kuat.

" Apa lagi lelaki tak guna tu nak?! " Rintih Taehyung. Jungwoo mengeluh.

" Sungchan tersilap percaturan. Dia tersilap korban. "

" Ap-apa maksud Inspektor? " Soal Mingyu, keliru.

" Penumpang Minyoung ialah Karina. Dan Karina.. "

" Apa? "

" Karina terkorban. "

Mingyu dan Taehyung tersentak. Terasa dunia berhenti berputar. Mereka berdua terdiam buat beberapa waktu.

" Sekurangnya, mendiang Karina dah menyumbang banyak bukti kukuh. " sebak Jungwoo. Dia juga membesar bersama Karina. Tak sangka gadis itu pergi dahulu.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt