BAB 7

836 82 2
                                    

Hana duduk di kerusi roda dengan bantuan jururawat. Pandangan jauh diberikan pada tingkap hospital yang mempersembahkan langit dunia. Burung terbang bebas dan matahari tidak terlalu naik hari ni.

Akhirnya, dia berjaya bangkit daripada koma.

Dia masih dihantui peristiwa hitam tu. Kejadian itu sesungguhnya meninggalkan titik hitam pada dirinya.

" Nurse, ada siapa-siapa melawat saya sepanjang saya koma tak? " Soal Hana, dan jururawat kecil itu menggeleng.

" Pengarah Charles tak benarkan sesiapa datang melawat cik. Masa tu ada seorang lelaki ni nak datang, tapi Pengarah halau. " Hana tersentak. Tangannya menolak roda bagi membolehkan kerusi roda menghadap jururawat itu.

" Ada lelaki? "

" Haah. Tak ingat nama dia. Tapi dia kata nak tengok cik. "

" Describe dia. "

" Tinggi average 179-180 cm? Rambut hitam and dia agak handsome, hmm nama dia Kim.. "

" Kim Taehyung? " Pintas Hana. Jururawat itu cuba berfikir. Mengingat kembali siapa yang datang melawat Hana.

" Saya rasa dia. Sebab dia cakap dia nak tahu apa jadi kat anak-anak dia. "

Hana terdiam. Fikirannya jauh menerawang.

' Auntie selamatkan kami! "

Jeritan itu. Hana menutup telinganya sebelum pandangannya mulai kabur.

Dia pengsan.

-------------

Pintu rumaha terus dibuka tanpa diketuk. Mingyu terus menuju ke arah Taehyung yang sedang elok bersilang kaki di sofa.

" Apa kau nak sampai nak suruh aku datang? " Soal Mingyu, suaranya meninggi.

Padanya, hubungan dia dengan Taehyung hanya kerana ingin menewaskan Sungchan. Bukannya kerana mereka dah berbaik.

" Duduk dulu. Relax. " Balas Taehyung. Senyuman sinis diberikan.

" Cakap cepat, aku malas nak berlama. Apa kau nak? "

" Aku nak cakap pasal-- "

" Awak, saya nak keluar kejap eh! " Satu suara mencelah. Serentak kedua-duanya menoleh.

Mingyu melopong.

" Min--Minyoung? " Soal Mingyu, tergamam. Dia tidak percaya dengan apa yang dia nampak.

" Maaf, tapi awak kenal saya ke? "

" Hah, apa maksud kau yang kau-- "

" Kau nak pergi mana? " Potong Taehyung. Diri Minyoung ditilik. Pakaiannya sudah ditukar kepada yang lebih kasual.

" Jumpa Jeena. Mesti dia asyik datang melawat masa saya koma kan? "

" Je--Jeena? " Mingyu terketar. Wajah Taehyung dipandang meminta penjelasan.

" Aku tak benarkan. Masuk bilik kau balik. "

" Eh apa pulak?! Biarlah saya nak jumpa kawan saya. Pastu saya nak balik jumpa eomma. Kenapa awak tak hantar saya balik rumah?! " Bentak Minyoung. Wajah Taehyung dijeling. Hembusan nafas kasar dilepaskan.

" MASUK BILIK KAU SEBELUM AKU NAIK ANGIN! " jerit Taehyung. Gadis itu tersentak. Hampir sahaja air matanya mengalir. Segera dia menapak semula ke bilik.

" Minyoung? Hah? Kenapa dia cari Jeena? " Soal Mingyu. Taehyung mengeluh sebelum sofa disebelahnya ditunjuk.

" Duduklah. Takkan nak cerita sambil kau diri macam tiang pulak? " Perli Taehyung. Mingyu menggosok belakang lehernya. Sofa disebelah Taehyung segera diduduki.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now