BAB 21

684 75 5
                                    

Jungwoo mengetuk pintu bilik Sungchan. Selepas beberapa saat, baru terdengar perkataan masuk dilaungkan.

" Kau nak apa? " Soal Sungchan, dingin. Dia hanya bersandar pada kepala katilnya sambil melihat telefon.

" Nak jumpa kau. "

" Huh? Apesal? Kau nak duit? " Sinis Sungchan. Jungwoo geleng kecil. Punggungnya dilabuhkan pada sisi katil Sungchan.

" Eh kau pehal nak duduk sini? Aku tak bagi keiz-- "

" Aku nak berbual dengan kau sebagai adik dan abang. " Tegas Jungwoo. Sungchan menggeleng.

" Aku tak ada abang. "

" Kalau kau tak ada abang pun, hormat aku as orang lagi tua. " Jungwoo bersuara keras. Sungchan menjeling dan meletakkan telefonnya disisi.

" 5 minit. Kau nak cakap apa? " Sungchan bersikap endah tak endah.

" Eomma.. "

Sungchan terdiam.

" Aku rindu dia. " Jungwoo menunduk.

" Rindu lepas kau bunuh dia? Huh? " Sungchan memandang Jungwoo dengan pandangan menjelekkan.

" Aku dah lama simpan semua ni. Tapi harini, aku nak beritahu kau. "

Jungwoo menangis. Sehingga pipinya basah dan lembab.

" Janganlah nangis, sayang.. " pujuk Puan Jung. Kepala Jungwoo yang menangis dipangkuannya diusap lembut.

" Kenapa eomma derma hati kat Woo? Nanti eomma sakit.. " Remaja Jungwoo menangis. Dia rasa bersalah.

Eomma sedang tenat.

Kesan akibat ketiadaan hati lagi.

" Eomma yang rela nak bagi kat Jungwoo. Kenapa menangis ni, hm? Eomma akan okaylah. " Wanita itu mengusap kepala Jungwoo dengan lembut. Cuba menyalurkan kasih sayang.

" Eomma jangan pergi.. nanti siapa nak jaga Woo? Sungchan? Dia sayangkan eomma sangat-sangat. "

" Eomma nak mintak tolong boleh? " Puan Jung memegang lembut tangan Jungwoo. Senyuman tua terpancar diwajahnya.

" Boleh! Eomma nak apa? "

" Jagakan Sungchan. Sampai dia berjaya. Dia tu degil sikit, jadi Woo nasihat lah dia eh? " Puan Jung tersenyum sambil melirik pada Sungchan yang sedang tidur di sofa hospital.

Remaja 17 tahun itu tertidur polos disofa.

" Eomma nak pergi mana? Janganlah tinggalkan kitorang. " Rayu Jungwoo. Namun, Puan Jung hanya mampu menahan air mata.

" Eomma sayang Jungwoo dengan Sungchan. Jaga sesama diri sendiri ya? Jangan gaduh, eomma sayang dedua. "

" Aku sayang kau, Sungchan. Cukuplah kita gaduh. " Jungwoo bersuara perlahan. Sungchan yang mendengar cerita Jungwoo sedari tadi menitiskan air mata.

" Ya, aku sayang eomma. Ya, aku rindu eomma. Ya, aku sayang kau. Tapi aku takkan pernah maafkan kau, hyung. " Sungchan memandang dan bersuara keras. Dengan perlahan, air matanya mengalir.

" Aku tahu aku tak layak dapat kemaafan kau. Tapi, kau stoplah kerja ni semua. Kalau kau kena tangkap polis, kau ke tali gantung, Chan. Tali gantung. Aku tak ready lagi nak hilang kau. " Jungwoo menunduk.

" Polis? Cakap sekarang. Polis mana nak tangkap aku? Polis mana? "

" Jangan cakap bes-- "

" Aku dah ready nak ikut eomma, hyung. Aku dah lama ready. "

------------------

Jeongyeon melihat telefon bimbitnya. Tiada lagi pesanan mesej daripada ketua jabatannya. Sesekali dia mengeluh. Kerja hospitalnya yang menggunung membuatkan dia stres.

" Ma.. ma.. " satu tangan kecil menarik lengan Jeongyeon.

" Haish apa lagi ni? " Perhatian Jeongyeon pada budak kecil dilengannya.

Hyunmin.

Anak perempuannya.

" Hyun nak apa? "

" Su..su.. " pinta gadis kecil itu. Jeongyeon mendecit.

" Mama busylah. Nanti lah eh? "

HU..

HU..

HUWAAAAAAAA!!!

Tangisan anak kecil mulai membingitkan rumah. Hyunmin menghentak kaki dan menangis kuat. Jeongyeon menarik nafas kasar.

" Baby.. janganlah nangis. Mama busy sekarang ni. Kejap lagi mama buat eh? " Jeongyeon masih memujuk.

Namun, Hyunmin masih tidak berganjak. Tangisannya masih kuat memenuhi rumah.

" Hyun! Janganlah buat mama marah! "

HUWAAAAAAAAAAAAA

PANG!

Satu tamparan diberikan pada pipi anak kecilnya.

Hyunmin tergamam.

" EH APA AWAK BUAT NI?! " Jinyoung tiba dan terus merangkul tubuh Hyunmin yang sudah menangis tersedu-sedan.

" BUDAK NI MEMEKAK TAHU TAK! " Tengking Jeongyeon. Rambutnya diraup kasar.

" Tapi dia tak salah. Dia budak lagi. Kenapa nak marah sampai macam ni? "

" Eh, awak duduklah kat tempat saya. Buat kerja hospital saya! Buat! "

" Park Jeongyeon. Jawatan saya lagi tinggi daripada awak, dan saya pernah hidup kat tempat awak. Saya tahu stresnya macam mana, tapi tak perlu hamburkan kat anak. Hyunmin ni kecil lagi, mana sifat belas ihsan ibu awak tu? " tegur Jinyoung. Matanya membulat.

Jeongyeon dah melampau.

" Itu masa lalu, Park Jinyoung. Masa tu anak pun belum ada. Awak tak rasa stresnya macam mana! " Bidas Jeongyeon.

" Sejak menjak ni, awak dah jarang balik rumah. Jarang spend time dengan anak-anak. Pengasuh pernah call saya, cakap awak tak amik Dawon dengan Hyunmin for one days. Kalau awak marahkan saya pun, jangan libatkan anak-anak. "

" Saya tak pernah libatkan anak-anak. "

" Ni perkara awak buat sekarang ni? Tak libatkan anak-anak? Pukul Hyunmin? Tu tak libatkan anak-anak? " Provok Jinyoung. Jeongyeon semakin naik darah. Ingin sahaja dia menghamburkan semuanya sekarang.

Betapa dia menyesal mengahwini lelaki ini.

" Park Jimin."

Jeongyeon terdiam apabila nama itu disebut dibibir Jinyoung.

" Saya tahu dia dah balik dan dah jumpa awak. Tapi tu bukan alasan untuk berubah, Jeongyeon. Kita dah kahwin lebih 10 tahun, anak pun dah 2. Takkan awak masih tak boleh lupakan dia? " Keluh Jinyoung. Dia nampak kecewa.

" Awak mungkin lupa. Tapi saya boleh ingatkan pada awak siapa cinta pertama saya. Siapa yang saya cintai saat saya kahwini awak. " Jeongyeon tersenyum sinis.

Hilang rasa hormatnya pada insan bergelar suami.

" Awak mungkin dah tawar hati dengan saya, tapi saya takkan pernah ceraikan awak, Yoo Jeongyeon. Awak milik saya. " Jinyoung berpesan sebelum menapak pergi.

Jeongyeon hanya memerhati tajam.

" ARGHHHHHHHHHH " Raung Jeongyeon. Rambutnya ditarik kasar.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now