BAB 18

672 72 10
                                    

Pintu wad ditolak kasar. Wajahnya yang risau tadi berubah lega sebaik sahaja melihat keadaan lelaki itu.

" Tae.. kau okay? " Minyoung menghampiri lelaki yang sedang terbaring itu. Kepalanya berbalut, pipinya bengkak dan badannya juga ada bekas tetakan.

Taehyung gelak.

Jap.

Gelak?

" Asal kau gelak?! " Minyoung cemberut.

" Panggilan tu. Tae... Lama aku tak dengar. Rindu. " Sengih Taehyung. Pipi Minyoung mulai memerah.

" Kau okay ke tak ni? Aku datang tanya, tak payah la blushing! "

" Kau nampak aku okay ke ni? Hehehe sakitlah sikit, tapi tak teruk. "

Sengihan itu.

Membuatkan Minyoung sakit hati.

Lelaki ini boleh tersenyum disituasi begini?

" Siapa hantar kau? "

" Aku naik taxi. Risaulah dapat tau kau masuk hospital! Kenapa ni? Kau gaduh dengan siapa? "

Sekali lagi, sengih.

" KENAPA KAU SENGIH?! " Minyoung mencubit lengan lelaki itu. Aduhan sakit terdengar.

" Woi ketam ke orang ni?! Sakitlah! "

" Hah habistu?! Jawablah kenapa. Kau gaduh dengan siapa? "

" Aku kena rompak. "

" HAH?! " Minyoung ternganga.

" Takut sangat eh? Tak payah tahulah kenapa. Nanti satu hari kau tahu juga. " Geleng Taehyung. Dia berpaling daripada melihat wajah Minyoung.

" Aish kau ni, aku pu-- "

" TAEHYUNG! OMG ARE YOU OKAY? " tiba-tiba seseorang datang dan menerjah wad Taehyung.

Dengan bunyi kasut tumit tinggi dia tu.

" Hana? Apa you buat kat sini? " Bingung Taehyung.

" I risaukan you lah! Are you okay? Kepala sakit tak? " Kepala dipegang. " Tangan you? Patah tak? " Lengan Taehyung dicuit. " Badan you ok-- " baru sahaja badan mahu disentuh, sudah ditepis dulu oleh Minyoung.

" Hormat pesakit kak. Bukan main check gitu je. " Jeling Minyoung. Hana membutang.

Eh eh beraninya perempuan ni!

" You tu yang buat apa kat sini? " Bidas Hana. Wajahnya dicebikkan.

" Saya jaga Taehyung as sepupu. Awak tu? Kenapa datang? Ops lupa, awak kan girlfriend dia. " Sarkastik Minyoung. Hana terkedu.

" Girlfriend? " Celah Taehyung. Hana gelabah. Lengan Taehyung disentuh lembut.

" Haritu Hana cakap dengan aku yang kau ni boyfriend dia. " Minyoung menambah. Puas hatinya.

" Eh sejak bila? You jangan fitnah eh! "

" Apa yang saya fitnah hah? Awak tu ya-- "

Tok! Tok!

Pintu diketuk dan terpacul wajah seorang jururawat. Senyuman menghiasi wajah jururawat itu.

" Encik Kim, sekarang masa untuk tukar bandage. "

" Nurse, boleh tak saya nak tukar sendiri? " Pinta Taehyung.

" Boleh ke? Takut encik kekok. " Risau jururawat itu. Taehyung hanya mengangguk.

" Okay, baik. " Bandage dan peralatannya ditinggalkan. Sebaik sahaja jururawat itu keluar, segera bekas membalut itu diserahkan pada Minyoung.

" Balutkann~~ " sengih Taehyung. Lengannya dihulurkan pada gadis disebelahnya.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now