BAB 13

738 81 2
                                    

Hana memakai cermin mata hitam miliknya. Sesekali kuku yang sudah diwarnakan dibelek seketika sementara menunggu kedatangan seseorang. Dan beberapa minit kemudian, kerusi hadapannya ditarik.

" Hey, I Hana Is-- "

" Apa kau nak? " Hana terdiam seketika. Dia tidak sangka lelaki dihadapannya sedingin ini.

" I nak cakap pasal Taehyung. "

" Kenapa? "

" I know you dendam dengan dia lagi. I pun sama. And I nak you sama-sama kerjasama dengan I. "

" For what? Aku dapat apa kalau Taehyung jatuh pun? "

" Kepuasan! Sebab dia lah punca you masuk penjara. So, kalau dia jatuh, you akan puas hati! " Hana tersenyum sinis. Matanya melirik wajah lelaki tampan dihadapannya.

" Aku tak pernah kisah lagi pasal dia, Hana. Apa guna kalau dia jatuh pun? Aku tak dapat faedah apa. Dah, bye. " Lelaki itu berkira mahu bangun sebelum Hana menarik tangannya.

" Jimin, I cintakan Taehyung. I nak dia. So, please tolong I. "

Jimin terhenti lantas tangannya direntap kasar. Bibirnya ditarik membentuk senyuman mengejek.

" Kes tangkap cintan lah ni? Sampai kau nak heret aku sekali? "

" Bukan macam tu! Tapi I tahu you dendam dengan Taehyung tu, I tahu yo-- "

" Perempuan yang paling aku cinta dah kahwin dengan orang lain. Kau tanya aku sekarang pun, apa yang aku nak, aku dah tak berharap apa-apa lagi. " Jimin menapak pergi meninggalkan Hana yang terkulat-kulat. Dia hanya memerhati Jimin pergi.

Siapa perempuan yang Jimin cinta?

-----------

Minyoung memakai hoodie berwarna hijau miliknya sebelum telefon diletakkan dalam poket. Earpod dipasangkan pada telinga.

Dia telah meminta izin daripada Jeongyeon pagi tadi, yang dia mahu berjoging pagi ini. Awal lagi, baru 7 pagi.

Tapi fikirannya serabut.

Dia terjaga semalam kerana keadaan kedengaran kecoh. Dan Taehyung ada semalam. Dia bergaduh dengan Jeongyeon berkenaan Jimin.

Siapa Jimin?

Dia membuka playlist lagunya dan lagu Last Dance oleh Bigbang ditekan. Fikirannya dikosongkan dan langkahnya diatur untuk mengelilingi kawasan tasik itu.

" Hai! " Seseorang menegur. Dan apabila Minyoung berpaling, dia tergamam. Tanpa sedar, kakinya terpijak batu besar dan menyebabkan dirinya jatuh terjelepuk.

" Ehh, Minyoung! Are you okay? " Dirinya dihampiri dan lutut yang berdarah dibelek.

" Eh jangan sibuk! " Tangan lelaki itu ditepis. Minyoung mengumpul kekuatan mahu bangun sebelum terasa buku lalinya berdenyut hebat. Dia jatuh terduduk kembali.

" Saya rasa...kaki saya terseliuh. " Kata Minyoung perlahan. Mukanya berkerut menahan sakit. Tangannya ditahan pada tanah, mengumpul kekuatan mahu bangun kembali sebelum dia rasa tubuhnya diangkat.

" Eh, eh apa awak buat ni Mingyu? " Minyoung kaget apabila tubuhnya didukung oleh Mingyu. Rasa malu juga dengan pandangan-pandangan orang lain.

" Kaki kau kan terseliuh. Macam mana kau nak jalan? Tu sana, ada bangku, aku tengokkan mana yang sakit. " Pelawa Mingyu. Minyoung mengangguk. Dia hanya terdiam kaku dalam dukungan Mingyu. Darah panas menyerbu wajahnya.

Sebaik sahaja tiba dibangku yang dimaksudkan, Minyoung didudukkan dengan berhati-hati. Buku lali gadis itu diperhatikan.

Dalam pada itu, wajah Mingyu diperhatikan oleh Minyoung. Dia seperti tidak percaya akan kata-kata Hana kelmarin.

Mingyu dan Taehyung gangster?

Dia percaya Taehyung boleh begitu, tetapi sifat Mingyu yang begini menidakkan perasaan Minyoung.

" Awak ni gangster ke? "

Terpacul keluar daripada mulut Minyoung. Dia tergamam lantas mulutnya ditutup. Tak sangka ayat didalam fikirannya akan terlepas dimulut.

Pergerakan Mingyu terhenti. Nafas kasar dihembus.

" Kenapa? " Soalnya. Minyoung mengetap bibir.

" Maaf, saya tak patut cakap perk-- "

" Aku bekas gangster. "

Minyoung terlopong. Tak sangka bahawa perkara itu benar. Dia terdiam seketika. Mingyu bangun dan mengambil tempat disebelahnya.

" Maaf sebab tak beritahu kau perkara sebenar. Ingatan kau masih tak pulih lagi, jadi aku dengan Taehyung tak nak bebankan kau dengan ingat semua perkara serentak. " Mingyu meluah. Minyoung hanya setia mendengar.

" Pasal Jeena, aku tak cerita pun kat kau kenapa dia meninggal kan.. aku tak nak kau terbeban. Tapi, yang aku boleh cerita, dia pernah jadi ibu kepada anak aku. "

Minyoung berkerut sebelum mulutnya terlopong. Dia tergamam dan terkedu. Perkara ini..

Mengejutkan.

" Awak dengan Jeena dah kahwin ke? "

Gelengan Mingyu menambahkan lagi kelopongan mulut Minyoung.

" Aku dah siakan perempuan sebaik Jeena. Dia ibu yang baik, dan seorang kekasih yang penyayang juga. "

" Saya masih tidak ingat lagi apa yang terjadi, tapi percayalah, Jeena mesti berbangga dengan awak sekarang. " Pujuk Minyoung apabila melihat air muka Mingyu berubah keruh.

Tangisan lelaki ini akan pecah.

" Saya tak nak paksa diri saya ingat. Tapi saya akan cuba. And awak, jangan pendam segala benda sorang-sorang. Mulai sekarang, kita kawan. Cakap je semua benda kat saya, jangan kat Taehyung okay? Saya sedia dengar! " Ibu jari dinaikkan. Minyoung tersengih lebar.

Mingyu tersenyum. Wajah Minyoung dipandang.

Bertuahnya kau Taehyung sebab pernah memiliki gadis sebaik ini.

" Jom saya hantar awak pergi klinik. Takut kaki awak masuk angin. " Tawar Mingyu dan anggukan Minyoung yang laju menambahkan lagi riang dihati.

" But, jangan dukung eh! Papah saya. "

" Baik, cik besar! " Tabik diangkat oleh Mingyu lantas kedua-duanya tertawa. Tubuh kecil Minyoung dipapah ke kereta Mingyu dan sebuah klinik swasta dituju.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now