BAB 4

876 82 6
                                    

Mingyu mengambil sesisip ais americano miliknya. Vernon yang baru tiba dipandang serius.

" Ada apa nak jumpa ni abang kawasan? " Gelak Vernon. Dia berjabat tangan dengan Mingyu.

" Maafkan aku. "

Sepatah ayat Mingyu membuatkan Vernon tergamam. Tak berkelip dia memandang Mingyu.

" Ke--kenapa? "

" Yeah, for all this bad time with you. Arahkan kau, marah kau, and kau kena penjara sebab aku juga. Mian. " Mingyu menunduk. Vernon tersenyum. Bahu Mingyu diusap.

" Aku tak kisahlah. Sekarang, kenapa kau nak jumpa aku ni? "

" Aku-- aku nak masuk balik dunia mafia.. "

Vernon membulatkan mata. Wajah Mingyu dipandang tak percaya.

" Serius? Kau lupa ke janji kau kat mendiang Jeena? Kau tak kesian ke kat Min-- "

" Minjee dah mati! " Vernon terkedu. Air liurnya ditelan pahit. Wajah Mingyu kembali murung.

" Apa maksud kau? "

" Jung Sungchan. Kau ingat dia? "

" Ingat. Drug dealer yang kita tipu dulu. Kenapa dengan dia? "

" Anak aku dengan anak Taehyung dah tiada. Sungchan tu.. dia... "

" Dia bunuh anak korang? " Tebak Vernon dan anggukan Mingyu menambahkan lagi rasa terkejut Vernon.

" Ken--kenapa?! Apa dia nak? "

Mingyu menunduk sayu. Vernon mengepal tangan.

" Kau kena report polis lah, Gyu. Takkan nak biar je anak kau mati? "

" Dah report pon. Sungchan hantar salah seorang pengikut dia untuk ditangkap. So, dia takkan disuspek. Tapi pengikut dia pesan...yang aku.. "

" Hah? "

" Aku dengan Taehyung kena lawan cara mafia. Jangan libatkan polis. Sekarang kau dah faham kan kenapa aku panggil kau. "

" Aku boleh tolong kau cari semula ahli geng kita yang lama. Nanti aku try detect sorang-sorang. "

" Kau pulak? "

" Aku? Hahahahah " gelak Vernon. Senyuman senget diberikan.

" Kau ingat lepas aku masuk penjara ni, papa aku nak lepaskan aku? Tempoh penjara aku patutnya 8 tahun, tapi papa aku bayar denda so you know aku dibebaskan agak awal. Dengan syarat, aku kena berubah. "

Mingyu mengeluh. Kehilangan Vernon, sahabatnya itu?

" And aku akan pindah New York minggu depan. Nama aku dah ada dalam rekod jenayah Korea, so papa suruh aku pindah duduk dengan dia. Tolong dia uruskan bussiness dia tu. Don't worry bro, aku akan cari balik geng kita before aku pindah. " Katanya. Mingyu mengangguk faham. Wajah Vernon ditenung lama.

Sahabatnya bakal pergi, dan dia akan menghadapi Sungchan tanpa sebarang sokongan.

Sesungguhnya, dia lemah.

Kim Mingyu tak kuat.

----------

Telefon Taehyung berdering kuat. Dia yang sedang menandatangan urusan pembelian syarikat segera menoleh.

Park Minyoung

Terkedu dia seketika. Muka diraup sebelum panggilan diangkat.

" Hai Min. " Ujarnya dahulu.

" I want to met you. Now! " Kata suara gadis itu, tegas. Taehyung berkerut.

" Saya tengah kerja ni. Lunch nanti bol-- "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now