BAB 17

691 71 9
                                    

Taehyung duduk termenung di meja kerjanya. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Dia rasa tercabar dengan kata-kata Mingyu semalam.

" Lepas je Sungchan kena tangkap, we're no longer friend. "

" Apa maksud kau? " Taehyung berkerut. Wajah Mingyu dipandang dengan tanda- tanya.

" Minyoung. "

Taehyung berpaling.

" Aku suka dia. "

" Huh? Minyoung? Mimpi apa kau ni? " Taehyung cuba tersenyum sinis. Namun, wajah serius Mingyu mematikan semua.

" Perangai dia. Ingatkan aku kat Jeena. Aku dah mula sayangkan dia. Dan aku nak melamar dia lepas Sungchan kena tangkap. "

" Kau lupa ke dia isteri aku, Kim Mingyu?! " Rahang Taehyung diketap. Matanya membulat memandang Mingyu.

" Ke kau yang lupa, Kim Taehyung? Ex wife. Bekas isteri. Apa lagi yang perlu aku tambah? Bekas pasangan kau? Bekas ibu pada anak-anak kau? " Kini, Mingyu pula yang tersenyum sinis.

Bibir Taehyung diketap. Tangannya mengepal penumbuk sehingga menampakkan urat.

" Jangan mainkan dia hanya sebab kau dendam dengan aku. Dia tak salah. "

" Aku betul-betul sukakan Minyoung. Aku nak lamar dia. Perlu ke aku ulang? "

" AKU MASIH CINTAKAN DIA! " Kolar Mingyu dicekak. Wajah Taehyung mulai membengis.

" SIAPA YANG CERAIKAN DIA, HUH?! SIAPA? KAU YANG BODOH! TAK PAYAH NAK MARAH KALAU ADA YANG NAKKAN DIA! " Mingyu menepis.

" Aku bagi amaran, jangan sentuh Minyoung. "

" Ni pertandingan, bro. Siapa cepat, dia dapat. " Mingyu tertawa sinis dan terus menaiki keretanya meninggalkan Taehyung bersendirian.

Lelaki itu masih marah.

Tok! Tok!

Taehyung tersentak. Posisi duduknya dibetulkan.

" Masuk! "

Kelihatan dua orang lelaki masuk dengan bersahaja. Mereka berdiri dihadapan Taehyung.

" Boss, kami dah sediakan anak buah macam yang boss suruh. " Kata salah seorang lelaki.

" Kami juga dah cakap malam ni pukul 12, boss nak ajak jumpa. "

" Bagus. Pastikan dorang bawa senjata. Tapi tak payah tunjuk dulu. Simpan sebelum aku bagi arahan. " Arah Taehyung. Selepas anggukan diterima, kedua lelaki itu menapak keluar.

Taehyung berpeluk tubuh. Gambar Minyoung dibingkai gambar atas mejanya dipandang sayu.

' Saya janji akan kembalikan kita yang dulu... '

----------------

Tingtongtingtong!

Loceng rumah Minyoung tak habis ditekan. Gadis itu yang baru sahaja selesai mengemas rumah, terkocoh-kocoh menghampiri pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terburu-buru menutupnya kembali.

" Hey! Kenapa tutup balik? " Soal suara diluar. Jantung Minyoung berdetak laju. Air liur ditelan.

" Kenapa awak datang? " Soal Minyoung.

Sunyi.

Aik?

Minyoung mulai pelik. Dia membuka pintu rumahnya sedikit.

Mingyu dah tiada.

" Mana dia pergi ni? " Minyoung melihat kiri dan kanan.

Hilang tanpa jejak.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now