BAB 30

763 80 20
                                    

" Lah sebulan ke? " Keluh Minyoung. Borang diatas meja dilihat berulang kali.

" Patotnya Cik Minyoung kena tindakan tatatertib sebab dah melawan prosedur kerja. Tapi sebab Cik ni doktor terbaik kami, sedikit hukuman dikurangkan. " Jelas doktor Goh. Dia tersengih.

" Tapi, hurmm sebulan tu ma-- "

" SEBULAN?! HABISTU SAYA? APA AKAN JADI KAT SAYA NANTI?! " sampuk Taehyung. Dia menghentak tangan pada meja dengan geram.

Wajah Doktor Goh dipandang dalam.

" Errr... Manalah saya tahu! Kenapa awak yang tak bantu Doc Minyoung ni ingat balik masa ingatan dia hilang? "

" Tae.. ikut saya keluar jap. " Bisik Minyoung. Tubuh Taehyung ditarik keluar daripada bilik peribadi doktor senior itu.

Sebaik sahaja mereka keluar daripada bilik itu, Minyoung menarik telinga Taehyung dengan kuat.

" Aduh! Aduh! "

" Janganlah malukan aku! Kau ni pun! " Keluh Minyoung. Dia cemberut.

" Mana ada malukan. Kau tak dengar ke doc tua tu cakap apa?! Dia cakap kau kena jadi doktor kat Busan balik for a month before boleh dipindahkan ke Seoul! " Bebel Taehyung. Bahu Minyoung digoncangkan.

" Apa masalahnya? Sebulan je pun! Cara kau cakap macam setahun! "

" Tak boleh! "

" Kenapa?! "

" Tak boleh! "

" KENAPA?!! "

" Sebab nanti aku rindu kau. "

Terdiam dua-dua.

Pipi Taehyung memerah.

" Ahh malu!! " Dia berlari keluar sambil menutup muka. Minyoung masih tergamam disitu.

" HEY KAU DAH KENAPA KIM TAEHYUNG?! " jerit Minyoung.

-------------

Jimin mengemaskan riben dicekaknya. Tuxedo hitam dibelek sekilas sebelum dia menapak masuk kedalam dewan besar itu.

Matanya melilau mencari tempat duduk sebelum tertancap pada satu meja yang mempunyai satu kekosongan.

Berlari anak dia kesitu dan terus melabuhkan punggungnya. Nafas dihembus kasar.

Gadis disebelahnya berpaling. Terus bahu Jimin ditepuk.

" Eh kau! Buat apa kat sini?! " Tegur gadis itu ramah. Jimin terdiam cuba memproses sebelum dia tersengih.

" Eh Jeena! Kawan aku kahwin. Kau tu? Buat apa kat sini? "

" Kawan aku kahwin jugak! "

Kedua-duanya tergelak. Beberapa pelayan datang dan menghidangkan makanan bufet. Jimin dan Jeena makan dengan senyap. Hanya bunyi lagu dan bunyi laga garfu sudu yang berlanggaran.

" Err.. Jeena? "

" Yup? "

" Kau nampak happy je? Maksud aku, kau macam tak.. "

" Sedih? " Potong Jeena. Jimin mengangguk takut.

" Kenapa kena sedih? "

" Mingyu? Erm.. maafkan aku. Aku-- "

" Sedih. Siapa tak sedih kan? Dia ayah kepada anak aku, cinta pertama aku. Tapi takkanlah aku nak tunjukkan segalanya? Senyum jelah walaupun sakit. " Sengih Jeena.

Jimin menunduk. Rasa bersalah bertanya.

" Err.. sorry. "

" Tak apa. Kau tu? Sedih tak? "

" Jeongyeon ke? "

Angguk.

" Sedih. Sebab selama ni jaga jodoh orang kan? Tapi aku ni siapalah nak menentang. Dia pun dah bahagia. "

" Cerita kita sama la ni? Dua-dua kena tinggalkan? "

" Aip! Kau lain. Aku lain. Kau ditinggalkan sebab meninggal, aku sebab lelaki lain. " Dahi Jeena ditunjal. Mengaduh wanita itu.

" Tapi nasib kita sama! "

" Kalau macam tu, apa kata kau couple dengan aku je? "

Jeena terdiam.

------------

Minyoung mengelus lembut gambar Jaehyun dan Hyoshin di makam. Air matanya menitis.

Kenangan dia bersama si kembar ini cumalah saat mereka lahir sebelum 2 hari selepas itu, mereka diambil Taehyung.

" Mama rindu korang.. korang sihat tak kat sana? Jalan-jalan tak kat sana? Ada malaikat teman tak? "

Minyoung terasa bahunya dielus lembut sebelum seorang lelaki berdiri disebelahnya.

" Kalau korang jumpa papa Mingyu dengan Minjee kat sana, tolong kirimkan salam papa ya? "

Taehyung.

Minyoung terdiam. Dia menunduk.

" Maafkan aku. " Taehyung mencium umbun-umbun Minyoung. Tubuh gadis itu dipeluk erat.

" Maafkan aku juga. Sebab abaikan kau. " Balas Minyoung. Taehyung tersengih.

" Tak apa. Aku sayang kau. "

" Tadi lari. Kenapa tiba-tiba ada kat sini ni? "

" Aku tak lari lah! Aku merajuk. "

" Merajuk? HAHAHAHAHAHA! " gelak Minyoung. Dada Taehyung ditepuk-tepuk.

" Eh kenapa? Betullah! Kau nak tinggalkan aku sebulan! Aku perlu gembira ke? "

" Salah siapa? Aku kena tindakan sebab tak datang kerja 3 bulan masa hilang ingatan tu. Siapa yang tak bagi aku ingat balik? "

" Eh ada sebab! Bukan sengaja! Aku.. aku.. "

" Ya, tak apa. Aku faham! Kau tak nak bagi aku stres kan? Tak apa, aku faham. "

" Min.. "

" Iyaa? " Mata Taehyung dipandang. Mereka berdua bertentangan mata, lama.

" Lepas habis tindakan tatatertib kau ni, jom kahwin. "

" Hah? "

" Yup! Jom kahwin. Aku.. rindu sangat kat kau. Tak nak hilang kau lagi. Jadi.. jom kahwinn!! " Pipi Minyoung dicium lama. Hidungnya berlaga dengan pipi Minyoung.

" Aku.. " Minyoung mencucuk pipi Taehyung.

Dia tersengih.

Cup!

Pipi lelaki itu dicium sekilas.

" TAK NAK! "

Minyoung terus kabur meninggalkan Taehyung. Sempat lagi dia menjelirkan lidah.

" Hey! Hey! Aish! Nasib sayang! "

Taehyung menggeleng sebelum kakinya laju mengejar langkah Minyoung.

" Nasib baik aku sayang kau tau! "

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now