BAB 28

757 82 26
                                    

Idea by : niaaakyooo
Thankiess! ❤️❤️❤️

-----------------

Kaca mata hitam dipakai ringkas. Bunyi kasut tumit tingginya memenuhi ruang koridor yang sunyi. Langkahnya penuh bergaya menuju ke suatu lokasi.

Tok! Tok!

" Masuk! " Satu suara bersuara. Dia membuka pintu dengan pantas. Senyuman manis diberikan.

" Err.. awak siapa? "

Sengihan mulai bergayut di bibir.

" Hai Minyoung, ingat aku lagi? "

Gadis itu terkesima. Darahnya terasa berhenti mengepam.

" Je--Jeena? "

-------------

Jeongyeon memegang tangan Hyunmin, manakala Jinyoung memegang tangan Dawon. Mereka bersama-sama menapak ke cafe bistro.

Sarapan terlebih dahulu sebelum penerbangan ke Bali pada jam 11 pagi nanti.

Akhirnya, Jinyoung dan Jeongyeon berjaya mendapat pelepasan cuti selama seminggu. Mereka berdua bersetuju untuk bercuti di Bali, Indonesia kerana pemandangan lautnya yang cantik.

Baru sahaja turun daripada kereta, mata Jeongyeon tertancap pada seseorang.

Jimin.

Lelaki itu kelihatan ingin menapak ke cafe yang sama.

Segera lengan Jinyoung diraih.

" Jom makan tempat lain. "

" Eh kenapa? Kan sini dekat dengan airport. Senang nak gerak. " Hairan Jinyoung. Tiba-tiba sahaja Jeongyeon nampak gelisah.

" Alah jomlah. " Desak Jeongyeon. Jinyoung menggigit bibir.

" Awak pegang Dawon dengan Hyunmin jap. " Pinta Jinyoung. Kemudian, Jinyoung menapak ke suatu arah.

Oh no.

Jinyoung menuju ke arah Jimin.

" KENAPA DENGAN LAKI AKU NI? " desis hati Jeongyeon. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah dalam pelbagai bahasa.

" Sayang! Sini jap. " Tiba-tiba sahaja Jinyoung menjerit. Tangannya diangkat melambai.

Jeongyeon berdecit. Dia menggeleng kecil. Meminta Jinyoung faham.

" Lah kenapa geleng tu? Sakit perut ke? Tadi awak yang kata nak jumpa Jimin. " Balas Jinyoung.

LAH BILA MASA PULAK AKU CAKAP NAK JUMPA JIMIN?

Dengan beratnya, Jeongyeon menapak kearah Jinyoung. Dia menunduk.

" Hai Jeongyeon. "

Suara ini menyapanya.

Rindunya.

Tapi dia perlu berpijak di bumi yang nyata.

Jeongyeon mengangkat muka. Mulutnya dimaniskan sebanyak mungkin.

" Hai Jimin. " Balasnya dengan senyuman. Jimin hanya mengangguk mesra.

" Aku nak cakap terima kasih. " Celah Jinyoung.

" Untuk apa? "

" Sebab jaga Jeongyeon sebelum ni. Buat dia jadi cantik macam ni. Kalau tak, aku kawin dengan tomboi! " Sengih Jinyoung. Muka Jeongyeon sudah memerah.

" Mudah nak jaga jodoh orang. " Balas Jimin.

Jeongyeon menggigit bibir, menanti suasana menjadi janggal. Namun lain jadinya.

Turn Back Time // Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now