3 0

2.9K 120 9
                                    

"Kak Long mengandung?" Matanya membulat mendengar pengumuman yang dibuat oleh kakak iparnya itu.

Syifa mengangguk-angguk sambil tersenyum. Dia memandang ke arah Husayn sebelum suaminya merangkul erat bahu isterinya itu.

"Alhamdulillah. Tahniah Husayn, Syifa," ucap Puan Yani sebelum dia memeluk erat anak dan menantunya.

"Tambah lagilah cucu papa," kata Encik Raimi sebelum terketawa kecil membuatkan Aralyn geli hati.

"Sukanya pa," tegur Aralyn.

"Mestilah. Keluarga kita akan membesar, makin riuhlah nanti rumah ni," balas Encik Raimi.

Ruang rumah itu diperhatikan oleh Aralyn, cuba mencari susuk tubuh lelaki yang tiba-tiba saja menghilang.

"Ni kalau Sayf tahu ni, mesti dia gembira," ujar Puan Yani.

Tiba-tiba sahaja nama Sayf dipetik membuatkan Aralyn fokus kembali pada perbualan mereka.

"Sayf mana ma? Dia ada kat sini?" tanya Aralyn cuba mendapatkan jawapan akan keberadaan kawan baiknya.

"Tak ada. Tiba-tiba je pergi bercuti. Katanya nak tenangkan hati. Apa yang buat dia tak tenang pun mama tak tahu," bebel Puan Yani.

"Ber-bercuti? Ke mana ma?" soal Aralyn ingin tahu.

"Dia tak ada bagitahu kamu?"

Aralyn menggeleng lemah.

"Mama pun tak pasti. Kamu dengan dia bergaduh ke?" teka Puan Yani.

"Mana ada. Tiba-tiba je dia menghilang. Itu yang Ara pelik tu, mesej pun tak balas." beritahu Aralyn.

"Papa mesej dia, dia balas je."

Penyataan daripada Encik Raimi itu membuatkan dahi Aralyn berkerut.

"Tapi kenapa dia tak balas mesej Ara?"

"Betul ke kamu tak ada gaduh dengan dia?" soal Puan Yani sekali lagi.

"Betul, ma." Aralyn terdiam sebentar, cuba memikirkan apa-apa kejadian yang mungkin menyakitkan hati Sayf.

"Tapi..."

"Tapi apa?" Puan Yani sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui puncanya.

"Ada sehari Ara tak datang restoran dia lepas kerja, itu pun sebab Ara keluar dengan kawan Ara. Ara ada mesej dia, jadi tak adalah dia tertunggu-tunggu. Lepas daripada tu, dia terus menghilang." beritahu Aralyn.

"Kawan tu... lelaki ke perempuan?" Kini giliran Encik Raimi pula mengajukan soalan.

"Lelaki."

"Ha!" Bunyi tepukan daripada Puan Yani membuatkan bahu Ara terhenjut.

"Kenapa ma? Mama dah tahu ke sebabnya?" tanya Syifa.

"Dia cemburulah tu."

Kata-kata daripada Puan Yani itu membuatkan Aralyn ketawa, langsung tidak terlintas perkara itu di mindanya.

"Ma, dia tak tahu pun dengan siapa Ara keluar."

"Kamu yakin?"

"Errr... ya kot."

"Alah, jangan risau sangat. Dia tu dah besar panjang, lelaki pun. Pandai-pandailah dia jaga diri," kata Encik Raimi cuba meredakan suasana.

"Tapikan Ara..."

"Ya ma."

"Kawan lelaki itu siapa? Boyfriend Ara ke?" Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu tidak dapat dikawal oleh Puan Yani.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now