0 6

2.5K 133 0
                                    

Mereka berempat berjalan keluar daripada restoran itu memandangkan hari sudah pun mula gelap.

"Abang hantar adikkan?" tanya Aralyn inginkan kepastian.

"Err, macam mana kalau Sayf je yang hantarkan Ara? Abang nak hantar Kak Syifa lagi. Lagipun, hotel tempat abang tinggal tu satu jalan je dengan rumah sewa Kak Syifa," cadang Husayn.

"Betul tu. Apartment Sayf pun dekat-dekat area rumah Aralynkan?" ujar Syifa bersetuju dengan kata-kata Husayn itu.

"Alah, abang. Tak apalah, Ara balik naik teksi jelah," jawab Aralyn lalu mengeluarkan telefonnya untuk menempah teksi buat dirinya.

"Tak payah mengada-gada. Balik je dengan aku," bantah Sayf yang masih berkepit dengan telefonnya lalu dia terus beredar ke keretanya.

"Ara balik dulu. Bye!" ucap Aralyn melambai-lambaikan tangan lalu berlari anak mengekori Sayf daripada belakang.

Suasana di dalam kereta itu sunyi, mujur ada radio yang berkumandang yang sedikit sebanyak mengurangkan rasa janggal di dalam kereta itu.

"Macam mana restoran awak lepas artikel tu keluar? Ramai tak pelanggan datang?" tanya Aralyn memulakan bicara.

"Ramailah juga," jawab Sayf seperti mahu tak mahu sahaja melayan perbualan tersebut.

Aralyn cuma mengangguk-angguk sambil otaknya berfikir apa lagi isu yang ingin diujarkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa di kereta itu berpanjangan. Jari jemarinya mengetuk-getuk pahanya sambil mata Aralyn memandang ke arah luar daripada tingkap sisinya.

"Awak okay ke dengan hubungan Kak Syifa dengan abang saya?"

"Kenapa kau tanya?"

"Saja nak tahu."

"Aku okay je. Bukan aku yang nak kahwin pun."

Suasana kembali menjadi sunyi. Pandangan gadis ini hanya pada suasana di luar bagi mengelakkan dirinya terus berada dalam keadaan janggal tatkala Sayf membalas sepatah dua sahaja pada persoalannya. 

"Kau macam mana pula?" Kini giliran Sayf pula bersuara terlebih dahulu.

"Saya? Saya mestilah suka sebab saya tahu Kak Syifa tu macam mana. Dia baik dan saya yakin dia boleh jaga abang saya."

Sayf tidak membalas, matanya cuma tertumpu pada jalan raya di hadapannya.

"Saya minta maaf." Ucapan yang tiba-tiba sahaja keluar daripada mulut Aralyn membuatkan Sayf memandangnya dengan raut wajah keliru.

"Kenapa pula?"

"Sebab saya dah melanggar perjanjian kita. Sayakan tak sepatutnya muncul dalam hidup awak. Saya terpaksa juga jumpa abang saya tadi, dan nanti kita mesti-" Belum sempat Aralyn menghabiskan ayatnya, Sayf mencelah.

"Sebab tu kau tanya aku kalau aku okay ke tak dengan hubungan Kak Syifa dengan Abang Husayn tu? Perjanjian tu pun sia-sia juga sebab lepas ni kita mesti selalu akan jumpa atas alasan kakak aku dan abang kau akan kahwin?" teka Sayf.

"Ya," jawab Aralyn sambil menunduk.

"Lupakanlah perjanjian tu. Asalkan kau jangan kacau aku sudah." Kata-kata Sayf itu membuatkan Aralyn tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Serius ni?" tanya Aralyn tidak percaya.

"Hmm." Jawapan biasa lelaki ini diujarkan.

Kereta milik Sayf kini berhenti di hadapan rumah teres yang disewa oleh Aralyn.

"Terima kasih," ucap Aralyn.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now