1 0

2.4K 118 1
                                    

Usai sahaja membeli barangan mengikut senarai yang telah disediakan oleh Lisa. Mereka ke surau bagi menunaikan solat Asar.

Aralyn menatap wajahnya di cermin sambil menempelkan bedak. Solekannya tidaklah setebal sebelum ini memandangkan foundation yang dipakainya telah pun dibuang tatkala dia mengambil wuduk tadi.

Keluar sahaja daripada surau itu, kelihatan Sayf yang duduk di kerusi sambil matanya tertumpu pada skrin telefonnya. Aralyn mendekati jejaka ini sebelum dia bersuara.

"Jom. Saya dah siap solat dah," ujar Aralyn.

Tatkala kepala Sayf diangkat, matanya tertumpu pada dahi milik gadis ini. Raut wajah kosongnya berubah serta merta, dia seakan-akan sayu memerhatikan Aralyn.

"Parut jatuh basikal tu tak hilang?" tanya Sayf inginkan kepastian sebelum dia berdiri dari duduknya.

"Tak. Luka tu kan dalam," balas Aralyn.

Setelah beberapa saat berlalu, Sayf berdehem sebelum dia kembali berkelakuan seperti selalu. Tanpa berkata apa-apa dia terus memulakan langkah menuju ke medan selera untuk menjamah makanan sebelum pulang.

***

"Kau dah faham sekarang kenapa aku tak bersedia lagi nak kahwin?" ujar Sayf yang menghilangkan rasa sunyi di antara mereka.

"Hmm? Tak faham," jawab Aralyn yang keliru.

"Lisa tu terlalu sibuk dengan kerjaya dia. Kalau kita orang kahwin, duduk serumah tapi jarang berjumpa lebih baik tak payah kahwin je kan?"

"Kalau awak betul-betul sayangkan dia, awak tak akan bagi macam-macam alasanlah. Awak sendiri yang akan cari cara untuk pertahankan hubungan awak dengan Lisa," bantah Aralyn yang tidak sependapat dengan lelaki yang duduk di hadapannya ini.

Kata-kata Aralyn itu sedikit sebanyak membuatkan Sayf tersentak, kunyahannya menjadi semakin perlahan tatkala dia sedang cuba menghadam ayat yang dilontarkan oleh Aralyn.

"Kalaulah aku kahwin, lepas tu ada anak. Aku tak nak letak anak aku dekat nursery. Aku lebih suka kalau isteri aku yang jaga anak-anak aku. Lisa pun tak nak berhenti kerja, dia lebih sayangkan kerjaya dia daripada nak bina keluarga dengan aku."

"Awak kenalah faham, susah-susah dia belajar lepas tu awak suruh dia berhenti macam tu je. Saya pun tak nak."

"Jadi kau rasa hantar anak ke nursery tu lebih baik? Aku mampulah nak sara Lisa dengan anak-anak aku. Tak perlulah dia kerja lagi."

"Apa kata awak sendiri yang ambil alih tugas jaga anak tu? Awak boskan? Tak kerja di bawah arahan sesiapakan? Upah babysitter, lepas tu sediakan satu bilik untuk anak-anak awak dekat restoran tu. Baru puas hati awak tengok anak awak depan mata," cadang Aralyn.

"Kau cakap senanglah, bukan kau faham pun situasi aku," keluh Sayf.

"Macam mana saya nak faham situasi awak kalau awak sendiri pun tak nak faham situasi orang lain!" balas Aralyn yang sudah geram dengan perangai keras kepala Sayf ini. Dia sahaja yang betul!

***

Aralyn memandang wajah Sayf, perasaan bersalah mula menyelubungi diri tatkala lelaki ini dari di pusat membeli belah sehinggalah di dalam kereta ini cuma mendiamkan diri.

"Saya minta maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan awak. Saya tahu saya tak sepatutnya cakap macam tu. Macam awak cakap, saya tak akan faham situasi awak," ucap Aralyn.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now