1 3

2.3K 117 12
                                    

Kerja mengemop dilaksanakan setelah mereka berehat selama sejam. Mereka mengemop satu bilik seorang bagi mempercepatkan lagi kerja tersebut. Sambil Aralyn mengemop, dia menutup mulutnya yang sedang menguap. Walaupun telah melelapkan mata sebentar tadi namun dirinya masih mengantuk.

Aralyn yang mengemop tanpa kekuatan menyebabkan cat-cat yang terlekat pada lantai itu masih tidak tertanggal.

"Tekanlah sikit mop tu," tegur Sayf yang bersandar di bingkai pintu sambil tangannya disilangkan, memerhatikan sahaja kerja sambil lewa yang dilakukan oleh gadis itu.

"Tengah buatlah ni. Sibuklah. Pergilah mop bilik awak tu!" halau Aralyn.

"Kau ni nak kata tak makan, dua kali kau tambah nasi ayam aku beli tadi."

Aralyn mengabaikan sahaja kehadiran jejaka itu, kerja mengemop terus dilakukan olehnya.

"Bagi sini." Mop di tangan Aralyn direntap oleh Sayf sebelum dia pula mengambil alih tugas itu.

"Tekan mop ni! Tekan!" ujar Sayf sebelum dia memandang sekilas Aralyn dengan raut wajah tidak puas hatinya.

Aralyn cuma berdiri tegak di situ sambil dirinya memerhati Sayf dengan matanya yang layu. Akhirnya kerja mengemop dilaksanakan hampir keseluruhannya oleh Sayf tatkala mengenangkan Aralyn yang badannya kekurangan tenaga.

"Pergilah tidur dekat bilik yang aku dah siap mop tu. Katil pun aku dengan along dah pasang tadi," cadang Sayf.

Aralyn cuma membalas dengan anggukan lalu meninggalkan Sayf keseorangan di dalam bilik yang sepatutnya dimop olehnya itu.

***

"Awak masak apa tu?" tegur Aralyn yang baru sahaja usai mandi dan menunaikan solat Maghrib.

"Gulai lemak ikan masin," jawab Sayf yang sedang sibuk di dapur.

"Nak saya tolong?" pelawa Aralyn lalu membuka langkah mendekati Sayf.

"Eh jangan bagi dia dekat dengan dapur! Bahaya!" Husayn mendepakan tangannya, menghadang adiknya daripada masuk ke dapur. Khuatir akan berlakunya bencana di dapurnya itu, namun jelas sekali tindakannya itu hanyalah gurauan semata-mata memandangkan Aralyn dan dapur memang tidak serasi.

"Along ni," keluh Aralyn.

Syifa cuma melepaskan ketawa, terhibur dengan gurauan yang dibuat oleh suaminya itu. Sayf seperti biasa hanya mengukirkan senyuman nipis, langsung tidak menunjukkan emosi kepada apa jua situasi sekali pun. Seakan-akan emosinya itu sedaya upaya diselindungkan daripada dilihat oleh orang.

"Duduk jelah dekat meja makan tu. Aku masak. Nanti kalau tak terbakar dapur ni, kau pula yang terbakar. Bukan boleh percaya sangat," sindiran daripada Sayf itu membuatkan Aralyn mendengus sebelum dia menuju ke arah Syifa yang duduk di meja makan.

"Kak, tengok adik akak tu," ujar Aralyn mengadu kepada kakak iparnya itu.

"Sayf ni memang. Kalau bab menyindir orang serahkan je pada dia," kata Syifa lalu kepalanya digelengkan.

"Sayf dengan Aralyn ni tak apa ke cuti? Takut menyusahkan kau orang berdua je," soal Husayn.

"Tak apa, long. Adik bukannya sibuk sangat pun, kerja adik pun boleh buat dekat rumah," jawab Aralyn.

"Sayf suruh salah seorang chef untuk uruskan restoran. Jangan risaulah." Kini giliran Sayf pula bersuara.

"Tak sangka adik lelaki seorang akak ni nak kahwin dah. Dulu sibuk sangat dengan impian nak buka restoran dia sampai akak ingat kamu tak ada masa nak bercinta. Tup, tup tengok hujung bulan ni nak jadi tunang orang dah," ujar Syifa.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now