E P I L O G

4.1K 164 14
                                    

Setahun berlalu tanpa disedari, lumrah rumah tangga ada pasang surutnya namun semua kejadian yang berlaku sepanjang setahun ini mengeratkan lagi hubungan suami isteri ini.

"Kak... ambillah Afina ni. Dia meragamlah," ujar Sayf yang sudah tidak keruan tatkala anak kakaknya menangis tidak henti. Pelbagai cara dilakukan oleh Sayf namun tidak berhasil.

Syifa mendekati adik lelakinya itu lalu mengambil anak perempuannya yang sudah mencecah usia sembilan bulan.

"Dia membuanglah," beritahu Syifa.

"Sayf, apa lagi tukarkanlah lampin Afina tu," suruh Husayn.

"Tak apalah. Terima kasih jelah," tolak Sayf mentah-mentah.

"Apa salahnya Sayf. Belajarlah awal-awal, nanti anak kamu dah keluar tak adalah kekok," ujar Puan Mawar yang datang dari dapur setelah selesai membasuh pinggan.

"Masih ada masa lagi, ibu. Tiga bulan lagi, sempat lagi nak belajar nanti," kata Sayf memberi alasan.

Puan Mawar hanya menggelengkan kepalanya, benar belaka apa yang diperkatakan Aralyn. Sayf dengan alasan-alasannya memang tidak boleh dipisahkan!

Pintu bilik dikuak oleh Sayf dengan perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi yang kuat memandangkan isterinya sedang lena tidur.

Dia mendekati isterinya lalu duduk dihujung katil itu sambil dirinya memerhatikan wajah tenang Aralyn.

Rambut isterinya yang menutupi matanya disisirkan ke tepi sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

Kepala isterinya diusap perlahan sehingga tanpa disedarinya tindakannya itu membuatkan Aralyn terjaga dari lenanya.

"Abang," tegur Aralyn sambil dia mengosok matanya.

"Abang kejutkan sayang ke? Sorry eh, tak sengaja," ucap Sayf.

"Tak adalah. Sayang nak pergi tandas."

Aralyn yang cuba untuk bangun dari baringnya dibantu oleh suaminya. Tangannya dipegang oleh Sayf sambil sebelah lagi tangan jejaka itu diletakkan dibelakang isterinya.

"Baik-baik, sayang."

"Ya."

Melihat suaminya yang mengekorinya dari belakang membuatkan dahi Aralyn berkerut.

"Saya boleh pergi tandas sendiri. Awak jangan risau sangat," ujar Aralyn yang membantah tindakan suaminya.

"Tapi-"

"Tak ada tapi-tapi. Awak tunggu sini. Jangan nak berkepit dengan saya 24 jam. Saya tahu saya clumsy, tapi saya hati-hati okay, abang?"

Sayf hanya mengangguk lemah lalu merebahkan punggungnya di atas katil.

Aralyn tersenyum melihat Sayf yang mengikuti kehendaknya. Dahi Sayf dikucup oleh Aralyn sebelum dia beredar keluar dari bilik itu.

***

Masakan istimewa dimasak oleh menantu keluarga Encik Tahir bagi dijamu untuk makan malam hari ini.

"Menu istimewa, ikan masak asam pedas," kata Sayf sambil dirinya meletakkan juadah itu di atas meja makan.

"Wah, nampak sedap tu!" puji Encik Tahir.

"Ini ada sambal udang petai, jiran sebelah rumah bagi. Kegemaran kamukan Ara?" Sudu yang diletakkan lauk kegemaran Aralyn itu disuakan ke arah pinggan Aralyn sebelum tindakan Puan Mawar itu dihalang oleh Sayf.

"Jangan, bu," bantah Sayf.

"Lah, kenapa pula?" soal Husayn keliru.

"Sejak dia mengandung ni, lauk sambal udang petai ni lah yang paling dia benci," beritahu Sayf.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now