2 9

2.2K 96 11
                                    

Sayf memandang kosong ke arah meja yang telah dihias olehnya. Lauk juga sudah dihidangkan, namun wanita yang ditunggu tidak mungkin akan ke sini.

"Saya masak lauk kegemaran awak, Aran," ujar Sayf sendiri.

Semakin hari dia dapat merasakan gadis itu semakin menjauhkan diri daripadanya. Walaupun jasadnya dilihat di hadapan mata, namun dia dapat merasa gadis itu menjauhinya.

Adakah aku telah melakukan kesalahan padanya? Adakah dia menyesal menerima aku semula sebagai sahabat? Sungguh aku tidak mahu kehilangannya lagi. Biarlah perasaan sayang ini aku pendam, pendam sehingga aku tidak mampu menyimpannya lagi. Kerana aku khuatir, dia akan pergi. Pergi meninggalkan aku sendiri. Sungguhku sayanginya.

Sayf tidak tahu bila dan bagaimana namun dia yakin hatinya sudah dimiliki oleh Aralyn. Melihat Aralyn yang menjauhinya membuatkan dia risau, jadi biarlah perasaannya dipendam sendiri.

Namun kini dia mendapat jawapannya. Jawapan yang langsung tidak terbenak di fikirannya.

Aralyn sudah pun dimiliki, dan jejaka yang bertuah itu bukan diriku.

***

Sejak malam tadi dia cuba untuk menghubungi Sayf, namun gagal. Mesejnya juga tidak dibaca oleh Sayf walaupun jejaka itu berada di talian.

"Dia merajuk ke aku tak datang semalam? Bukan sengaja, dah Azfar minta tolong aku," fikir Aralyn sendiri sambil dahinya dikerutkan.

Cepat-cepat dia menuju ke arah biliknya untuk bersiap ke restoran milik Sayf. Dia ingin berjumpa dengan jejaka itu untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku kepada sahabatnya itu.

Adakah Sayf benar-benar merajuk dengannya? Hatinya tidak tenang selagi tidak mengetahui kebenarannya.

Selendang berwarna krim dililit di kepalanya lalu dia mencapai beg tangan yang tersangkut di belakang pintu sebelum beredar keluar dari bilik tidurnya.

Mesej untuk Maissa dihantar sebelum pintu rumah dikunci, meminta izin untuk menggunakan kereta milik kawannya itu untuk ke restoran Sayf. Mujur Maissa membaca mesejnya dan memberi keizinan kepada Aralyn.

Masuk sahaja dia ke dalam restoran itu, matanya tercari-cari kelibat susuk tubuh Sayf namun gagal. Aralyn meneka chef itu sedang sibuk di dapur.

"Sayf ada tak?" Aralyn menyoal pekerja yang menjaga kaunter itu.

"Bos tak adalah, Cik Aralyn. Dia cuti," Jawapan daripada pekerja Sayf itu membuatkan Aralyn semakin keliru. Sejak bilakah Sayf bercuti? Dia tidak memberitahu apa-apa pun tentang ini.

Matanya kini beralih ke arah Talia yang baru sahaja datang dari dapur dan langkah memang menuju tepat kepada Aralyn.

"Hi, Aralyn," tegur Talia.

"Hi, Talia," jawab Aralyn.

"Awak nak jumpa Sayf eh? Dia tak ada. Tiba-tiba je dia minta cuti pagi ni," beritahu Talia sambil tangannya disilangkan ke dada.

"Bila dia balik kerja?"

"Tak pasti. Tapi dia kata mungkin seminggu dia tak masuk kerja."

"Awak tahu kenapa dia cuti?" soal Aralyn ingin tahu.

"Tak tahu."

"Takkan awak tak tahu. Awakkan... teman wanita dia."

Talia melepaskan tawa mendengar tekaan daripada Aralyn itu.

"Sejak bila pula saya ni teman wanita dia? Awak tahu dekat mana? Dia ada cakap ke?"

Aralyn menggeleng lemah.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now